CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_azure

Penulis dan Pembaca

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-6-2010 12:59 PM | Show all posts
Reply 28# iwimz


    iwimz..
    hingga kini Hizairi masih menjadi tanda tanya
    bapanya meninggal pun dia tak balik..
    kasihan sungguh famili dia...
    bakatnya memang besar dalam bidang penulisan...
    ... hidup ini bermacam ragam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 01:18 PM | Show all posts
itulah azure,
sempat 2 semestar ngan hiraizi
penulis yg berbakat besar
ayah dia gi umrah dan sampai meninggal pun xdgr berita lg dr dia.
ingat lg dia tegur kami yg x pergi dgr kursus ttg penulisan kreatif di dbp.
huhuhuhu sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 01:32 PM | Show all posts
Reply 42# iwimz

Cerita ni dlm surat khabarkan....
Kesian kat family dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 01:59 PM | Show all posts
ye kak qimi
kira-kira dah 10 taun hizairi hilang tanpa khabar berita
sebagai exstudent dia, iwimz harap ada positif, kalau dah mati mana mayatnya, kalau hidup mana jasadnyaa

kehilangan sebutir permata yang begitu berharga dalam penulisan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 02:15 PM | Show all posts
dah pernah jumpa penulis kat WR - Adilla, Smiley aka Sang Arjuna dan  Ifah aka. Anak Pak Kassim....
termasuk la tuan umah ni Kak Azure.... (yg pernah karang citer tapi tak abis....hehehehe ye ke????)

  penulis2 yg dah ada nama pernah jumpa.... Fauziah Ashaari, Shamsiah Md Nor dan Ahadiat Akashah... masa jumpa tu masih remaja belia lagi sbb ikut kakak yg suka sgt dgn penulis2 tu....... skrng ni teringin sgt2 nak jumpa Cik Naz kita dan cik Anaz....
  penulis2 yg tersohor tu mmg nak jumpa tapi lum ada kesempatan lagi sbb bila BF je pasti ada je yg menghalang.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 02:19 PM | Show all posts
Reply 44# iwimz

Akak masih ingat berita ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2010 02:29 PM | Show all posts
Reply 42# iwimz

ni aku paste cite dia  dari http://www.ehoza.com/v4/forum/is ... langan-hizairi.html

PADA 17 Mac 2001, seramai 20 remaja yang ingin mendalami dunia penulisan kreatif sedang berkumpul di Kuala Lumpur. Mereka menanti untuk bertemu dengan tiga penulis terkenal ketika itu - Hizairi Othman, Siti Rohayah Attan dan H.M Tuah Iskandar. Bagaimanapun, novelis yang ditunggu-tunggu, Hizairi, tidak muncul-muncul. Siti Rohayah yang merupakan rakan Hizairi sudah beberapa kali mengulang dail nombor telefon bimbit milik jejaka itu namun tiada jawapan.




"Hizairi gagal dihubungi," kata Rohayah. Ada riak kecewa pada wajah-wajah yang hadir.

Rupa-rupanya kekecewaan itu terlebih dahulu dirasai ahli keluarga Hizairi. Bapanya, pensyarah dan sasterawan, Dr. Othman Puteh sebenarnya telah melaporkan kehilangan Hizairi sejak 15 Mac. Ketika itu Hizairi berusia 31 tahun dan telah muncul dengan karya-karya yang dikagumi termasuk Juktaposisi, Syonagar, Hati Milik Kesuma dan Puteri Gul Bakawali. Sejak itu, usaha mencari Hizairi giat dijalankan - di tempat kerja, rumah rakan dan tempat yang biasa beliau kunjungi. Namun, Hizairi gagal ditemui. Satu-satunya petunjuk yang ada ialah kereta Citroen milik Hizairi yang ditemui ditinggalkan di sebuah taman rekreasi di ibu kota.



HIZAIRI dirindui ramai biarpun selepas lebih sembilan tahun hilang.


Sehingga kini, selepas sembilan tahun berlalu, Hizairi masih belum ditemui. Misteri kehilangannya belum dirungkai, malah segala usaha untuk mengesan dan mencari figura yang dianggap permata dunia penulisan tanah air itu belum pernah menampakkan jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, sumber polis memberitahu kes kehilangan lelaki tinggi lampai itu masih dalam siasatan. Bagi ibu Hizairi, Timah Baba, 61, kehilangan anak sulungnya itu adalah satu tragedi.

"Saya tak boleh nak bercerita mengenai Hizairi lagi. Menyebut namanya saja sudah buat saya sedih," ujar wanita itu ketika dihubungi Jurnal.

Walaupun enggan diasak persoalan tentang kehilangan Hizairi, Timah mengakui hatinya sangat rindu dengan anaknya itu. Hizairi mempunyai empat adik-beradik yang lain.

"Saya sangat berharap dia balik masa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, tapi dia tak balik," akuinya.

Menurut Timah, biarpun hati mereka walang mengenangkan nasib Hizairi, namun ikhtiar untuk bertemu dengan si anak tidak pernah putus.

"Kami cuba mencari, bertanya dengan rakan-rakannya, tetapi tidak berhasil. Dalam solat, kami juga tidak lupa berdoa supaya Hizairi selamat dan dapat ditemui. Sebagai ibu yang melahirkan dan melihat dia membesar, kehilangannya memang dirasai.



Gambar kenangan Hizairi Bersama bapanya. HIZAIRI tidak kembali biarpun pada hari pemergian bapanya, Othman Putih (kiri) pada tahun 2003.


"Saya dan arwah bapanya juga pernah memanjatkan doa di hadapan Kaabah, namun sehingga kini tiada khabar berita daripada Hizairi," luahnya.

Paling menyedihkan hati si ibu, pemergian suaminya menjelang usia 59 tahun pada 19 Oktober 2003.

"Masa bapa dia meninggal dulu, saya tunggu Hizairi, harap dia balik untuk tengok wajah arwah untuk kali terakhir tapi saya hampa," keluhnya.

Walaupun sukar untuk menerima kehilangan anaknya itu, Timah tidak menyalahkan takdir sebaliknya menganggap ia sebagai ujian untuk keluarganya.

"Saya percaya Hizairi masih ada, cuma tidak tahu dia di mana. Yang pasti dia hilang dengan cara lain, bukan hilang yang biasa," ucapnya menutup bicara. Kerisauan Timah itu ada benarnya. Semasa berita kehilangan bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu heboh diperkatakan, banyak versi teori mahupun spekulasi yang timbul termasuk Hizairi dikatakan hilang ingatan.

Namun, rakan seperjuangan Hizairi dalam bidang penulisan kreatif, Salina Ibrahim tidak pernah percaya pada cakap-cakap yang disifatkan tidak berasas itu.

"Saya mengenali Hizairi semasa menyertai Minggu Penulisan Remaja (MPR) awal tahun 90-an dahulu. Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), dia adalah senior saya. Kami juga pernah bekerjasama dalam pertandingan pantun antara universiti.

"Kami mula rapat selepas masing-masing sudah bekerja. Ketika itu saya di majalah Al-Islam manakala dia pula di majalah Massa," cerita editor dan juga novelis ini.

Menyentuh tentang karakter lelaki yang pernah diminati karyanya itu, Salina memberitahu Hizairi seorang yang bertanggungjawab, sopan santun, tidak memburukkan orang, menyokong hasil karya rakan-rakan dan bekerja keras untuk memperbaiki karyanya.

"Hizairi ambil inisiatif mengumpulkan alumni MPR. Kami tubuhkan Kelab Alumni MPR dan Hizairi adalah ketuanya manakala saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa.

"Seminggu sebelum kehilangan Hizairi adalah pertemuan kami yang terakhir. Mungkin sibuk dengan komitmen pengajian pasca ijazahnya, dia mengagihkan tugas-tugasnya kepada kami," katanya.

Salina yang ketika itu baru ditukarkan ke akhbar Utusan Malaysia dimaklumkan tentang kehilangan Hizairi menerusi panggilan telefon daripada seorang rakan.

"Pada mulanya saya tak percaya dia hilang apatah lagi bila ada pihak mengaitkan kehilangannya dengan cerita-cerita yang kurang enak didengar.

"Bila ada yang bertanya tentang Hizairi, saya boleh bersangka baik sahaja. Kalau ada yang kata dia jadi begitu atau begini, saya hanya geleng kepala. Dalam hati saya kuat mengatakan, Hizairi yang saya kenal tidak begitu.

"Dia seorang yang baik dan saya percaya ibu bapanya juga mendidiknya dengan baik," ujarnya yang turut mengenali keluarga penulis.

Bagi Salina, Hizairi pergi bersama bakat penulisan yang dimilikinya.

"Hizairi adalah penulis yang unggul dalam kelasnya. Dek kerana itu, sewaktu dia masih ada, karyanya sering menjadi buruan dan dia memiliki kumpulan pembaca yang kagum dengan hasil ideanya.

"Apabila dia hilang, karyanya juga hilang dan MPR juga sudah tiada tonggak yang giat memperkasakan cabang penulisan kreatif ini.

"Sebagai sahabat saya sentiasa mendoakan Hizairi selamat dan harap dia dapat mencari jalan pulang," tuturnya sayu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 03:05 PM | Show all posts
huhuhu sedih,
citer pasal hizairi ni
ingat lg last semester final year iwimz, kereta citroen tu baru hizairi beli
kami usik2 dia, wah cik hizairi kereta baru tu....
seperti biasa dia cuma senyum apabila student usik dia
huhuhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 03:05 PM | Show all posts
saya x penah tahu pun tentang kisah hazairi nie...10 tahun dlu..mungkin time tu saya kecik lg...
sedih bc ceta dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 04:20 PM | Show all posts
Cam ingat...cam tak ingat kisah ni...semoga dia dlm lindunganNya walaupun dimana dia berada.....

Pasal penulis yg pernah saya jumpa....klu dlm WR tak pernah jumpa sesiapa lg...klu ada rezeki teringin nak jumpa bukan jer penulis2 dlm WR tapi jugak rakan2 pembaca..takut2 jumpa nanti lidah plak kelu seribu bahasa..kat sini kan main...hehehe

Klu penulis lain yg saya dah jumpa...Noor Suraya..Aisyah Sofea..Syud...Aina Emir..Hanni Ramsul..Nass Alina...adlh 2..3 penulis lg..tp tak ingat...tu pun time BF...suka menyelit2 mintak autograph
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2010 05:35 PM | Show all posts
Buka komputer & belek album ada gambar bersama penulis-penulis
Noor Suraya, Aida Adriani, Lily Suriani, Syud, Norzailina Nordin, Salina Ibrahim, Sri Diah,
Dhiya Zafira, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Lynn Dayana, Norhayati Ibrahim, Mimie Afnie,
Fauziah Ashaari, Aina Emir, Anita Aruszi, Adilla Tasya, Ramlah Rashid, Umi Azrini,
Nas Alina, Najwa Aiman, Antasya Balqis, Siti Hasneeza, Arjuna, Lim Swee Tin dan .................

tak terduga, ramai juga yang saya dah jumpa...
juga Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 10:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by anabilla89 at 7-6-2010 22:40

Reply 51# cmf_azure


letak la pic kat sini xmau share ka..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 01:18 AM | Show all posts
Reply 52# anabilla89


      untuk memilih
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:33 AM | Show all posts
Reply 47# kaypo
  
misteri nusantara kan
Kes dia hilang dulu smiley baca sambil lewa je sbb tak minat novel Melayu masa tu ( ececeh ... eksyen nya aku)
nama bapa dia kenal la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:36 AM | Show all posts
Reply 51# cmf_azure

fuh... dasat
ada penulis dlm list azure, smiley tak pernah baca lagi buku derang

skrg tengah baca Matahari Cerah Lagi - Fauziah Ashari, cerita dia best tp ada page yg missing, banyak pula tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:42 AM | Show all posts
Errrmmm penulis enovel di WR yg dah bernah jumpa

Nazurah Aishah, Arnita Aruszi,Zuliana Abuas n Ad ...
qimi08 Post at 7-6-2010 10:22



akak, bunick belum layak di panggi; penulis pn. masih merangkak jatuh merangkak jatuh lg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 11:00 AM | Show all posts
akak, bunick belum layak di panggi; penulis pn. masih merangkak jatuh merangkak jatuh lg ni
bunick Post at 8-6-2010 10:42


lorr...standard ler cik kak..penulis cam baby gak..kena belajar guling guling dulu..dah tu merangkak..dah tu berdiri dahtu...lu pikir la sendiri...

yang pasti..ko dah berjaya melangkah setapak dua tapak tiga tapak kearah menjadi penulis dikenali ramai..dan disayangi ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:04 AM | Show all posts
lorr...standard ler cik kak..penulis cam baby gak..kena belajar guling guling dulu..dah tu meran ...
kaypo Post at 8-6-2010 11:00



terharunya ko cakap aku ni disayangi ramai kay
sayang korang gak, thanks sbb korang sudi baca cte aku yg merapu meraban nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2010 12:09 PM | Show all posts
Reply 55# sang_arjuna


teruja punya pasallah arjuna,
baca buku dia orang, mesti nak dptkan t/t
sekarang ini anak pula ikut
peminat fanatik Ain Maisarah
kat bilik dia penuh dgn. buku2 puan penulis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:25 PM | Show all posts
aku hanya dapat jumpa penulis bila ada pesta buku...
selalu minta tanda tangan aja..bab2 bergambar ni kureng..
penulis yg dpt tanda tgnnya: anis ayuni, aisya sofea, kak su, nazurah, syud, NB, iejay, abg RAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.286209 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list