CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mojarean_X

VIRALSerik! Pelanggan perjelas situasi dalam restoran ‘makcik puaka’, malu kena maki depan pelanggan lain

[Copy link]
Post time 10-6-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena nak mention dia ibu tinggal dengan peniaga di melaka yg mulut kena celaka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 01:24 PM | Show all posts
copy_paste replied at 10-6-2022 11:11 AM
aku baru tahu cite sebenar,salah faham je la,
mmg restoran tu bg layanan khas kat pelanggan mcm tu,
...

elok suh diba aa bertandang... mulut siapa paling laser

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:25 PM | Show all posts
Mesti ada diantara ahli keluarganya tu yang cuba provoke juga jadi makin menjadi2 anginnya tu.  Orang tua2 mana suka kalau dengar ada yang cakap kadar macam tu.  Mana tak tambah panas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:27 PM | Show all posts

konklusi...makcik puaka suka lelaki muda muka jambu
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi katanya masa nak order tu dah mula bising2. Kenapa tak cancel je then blah? Atau memang nak buat content? Diorang beefing kot, bukan makcik puaka je one way membebel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:29 PM | Show all posts
melayu ni ramai spesis bodoh suka berasak2 makan kedai caprut mcm nih.
lagi viral, lagi ramai melayu datang.
tak kisah makan berhimpit hiruk piruk spesis beruk makyeh takde tamadun  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2022 01:31 PM | Show all posts
djzara81 replied at 10-6-2022 12:18 PM
Kann..tak semua org Melaka mulut puaka. Bapak aku anak Jasin. Tak ckp kasar langsung. Sepupu Melak ...

aku duduk melaka dah 20 tahun.
memang ada segelintir yang mulut spesis bangkai.
tapi kalau di maki kan balik, konfem dia yang kecik hati.

orang melaka ni mulut jer besar, tapi hati kecil

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
makcik2...mlut tu jaga skit..jgn nnti bila ko ninggal,org sorak tepuk tgn...siap pdnkn muka..jaga2 mkcik..ntah2 org yg penah ko maki tu,tak ampunkan ko..huishh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 01:37 PM | Show all posts
Incanto replied at 10-6-2022 01:27 PM
konklusi...makcik puaka suka lelaki muda muka jambu

siapa je xsuka
wajah yg cantik jelita hensem bergetah bukan saja memurahkan rezeki
bahkan menyejukkan mhati mata2 yang memandang


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
influencer kedah tu nama apa dah..lupa pulak
dah kena cancel ke makin mendunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 10-6-2022 01:29 PM
melayu ni ramai spesis bodoh suka berasak2 makan kedai caprut mcm nih.
lagi viral, lagi ramai melayu ...

Bab ni akak setuju dengan kau sis. Kohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 10-6-2022 10:53 AM
gila

Waniteee
Hmm

Orang mane ni sebut wanite
Ke aku silap dengar
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 10-6-2022 01:39 PM
influencer kedah tu nama apa dah..lupa pulak
dah kena cancel ke makin mendunia

Eira aziera sis. Dia dah slow kat dunia media soSIAL dek. Sebab dia dah dapat apa dia nak sis. Semua kesenangan hidup dia dah gapai katanya sis. Tak perlu merempat kat media soSIAL lagi sis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 10-6-2022 01:49 PM

Aku pernah tengok customer kena maki dek makcik mulut puaka dekat gerai rooftop PKNS shah alam. Customer tu tanya sudu je… hamekk kena maki. Aku yg tengok pun terasa panas kulit muka. Buat makcik2 yg bermulut puaka maki hamun customers ikut suka tu apalah dalam hati dan akal dorang ya? Orang yg kena maki nipis kulit muka menahan malu.. yg memaki hamun takde rasa malu ke apa kot ya haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 10-6-2022 01:44 PM
Eira aziera sis. Dia dah slow kat dunia media soSIAL dek. Sebab dia dah dapat apa dia nak sis. Sem ...

haa lupa..iols duk ingat zira je kat belakang
ok la tu dah slow down..semoga beliau hidup tenang
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok akak ni teringat akak penjual buah potong di tempat I ni. Bulu mata lentiknya sama.

Pada I, tak baik memaki depan rezeki. Tak kiralah awak penjual atau awak pelanggan. Cukup cukuplah pakai alasan orang negeri sekian sekian mulut puaka atau di mulut je jahat, hati baik. Semua perbuatan dan kata kata mencerminkan isi hati kita.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2022 02:30 PM | Show all posts
Dpt mak mertua orang melaka, boleh terkejut menantu pompuan dia.  Tak faham bila masa mertuanya marah atau mak mertuanya bergurau sapa. Kalau jenis mertua yg mengasuh cucu2nya, rosak  ayat2 cinta kanak2 trs.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:33 PM | Show all posts
ezacbee replied at 10-6-2022 11:51 AM
Aiyoh dah tau ada kes dulu lagi ko hadap makan kat situ, bingai.

Tu la pasal.. Kalau saya memang tak sanggup maruah diri ini dipijak free camtu weyy..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:50 PM | Show all posts

mstar.com.my
Anak ‘makcik puaka’ restoran Melaka pertahan ibu, hanya berbalah bukan mencarut... Pelanggan tetap patut dah kenal perangai suka bebel
IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
4-6 minutes

SELEPAS dua tahun, sebuah restoran popular di Melaka yang pernah tular kembali hangat diperkatakan gara-gara sekumpulan pelanggan didakwa dimaki peniaga di premis itu.

Bagaikan tidak serik, peniaga yang sebelum ini didakwa menghalau seorang usahawan yang juga influencer, kini didakwa pula memperlekehkan pelanggan gara-gara baki lauk yang dijual tidak banyak untuk pengunjung yang datang beramai-ramai.

Susulan kekecohan yang berlaku sehingga mendapat kecaman ramai, anak kepada pengusaha berkenaan menjelaskan situasi sebenar bagi pihaknya kepada mStar.

Ujar wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Illa, dia kesal dengan tindakan pelanggan tersebut membuat posting di Facebook bagi memburukkan restorannya.

Menurut Illa, dia menafikan dakwaan pelanggan tersebut yang kononnya datang ke restorannya di Bandar Hilir pada pukul 2 petang.

"Dia sebut datang pukul 2 petang, tapi sebenarnya pukul 4 petang. Apabila dah datang pukul 4 petang memanglah banyak barang dan makanan habis.

"Kedai saya buka pukul 12 tengah hari sehingga 5 petang, kadang-kadang kami tutup lebih awal kalau barang atau makanan dah habis... tapi saya dah maklumkan kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada," katanya ketika dihubungi mStar.

Tangkap layar video seorang pelanggan membuat rakaman keadaan di sebuah restoran.

Selain itu wanita berusia 39 tahun turut turut kesal apabila harga makanan yang dikenakan kepada pelanggan yang membawa keluarganya dari Singapura itu didakwa mahal.

"Mereka datang seramai kira-kira 10 orang. Kalau sesiapa yang tengok video yang dia viralkan di restoran saya, boleh nampak apa yang mereka makan.

"Order bukan sikit sebab untuk 10 orang makan. Mereka order lauk ikan pari, kerabu mangga, telur dadar dan daging goreng kunyit. Semuanya dua piring besar, jadi kami caj berdasarkan apa yang mereka pesan," katanya.

Mengenai dakwaan berhubung ibunya yang digelar ‘makcik puaka’ kerana kelantangannya bersuara di hadapan pelanggan, kata Illa, isu tersebut bukanlah perkara baharu.

"Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.

"Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.

    Kami tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua.
    ILLA

"Dia kata pernah datang ke restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

"Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan. Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut," tambahnya.

Menurut Illa lagi, dia kesal apabila pelanggan berkenaan sengaja mencari publisiti dengan memburukkan imej dan reputasi bisnes restoran yang diusahakan ibu bapanya sejak lebih 30 tahun lalu.

"Kalau boleh saya tidak mahu memanjakan isu ini, biarlah dia nak viralkan pun. Cuma saya kesal ia memberi kesan pada imej dan nama baik restoran kami.

"Cukuplah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua," katanya.

Menurut Illa, ibu bapanya mengusahakan bisnes restoran selama lebih 30 tahun.

Pada September 2020, restoran berkenaan pernah tular gara-gara seorang usahawan wanita yang juga influencer didakwa dihalau ketika membuat reviu produk di premis itu.

Menerusi video yang tular, kedengaran beberapa suara yang melarang influencer tersebut mempromosikan produk kecantikannya di restoran mereka, sehingga memaksa wanita itu bertindak meninggalkan premis tersebut.


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2022 02:57 PM | Show all posts
org melaka ni memang kasar...jgn kawin dgn org melaka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.085360 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list