|
Kenapa lagu dulu-dulu lebih best daripada lagu sekarang-sekarang?
[Copy link]
|
|
lagu baru diorang wat ikut syok sendiri jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Sy suke dgr lgu dulu2.. Cm lgu kump. The eagles,george benson, jet, the platters..lauryn hill, xpn dgr mix fm,..tu kalu omputih.. Klu malay, lgu Dr awie, rock2 kapak..amy search, ella.. Tu mmg sy suke..coz sy lyn smpi skng.. Melekat Di hati..artist skng sy jz minat faizal tahir, azlan,black.. Len2 xlyn... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 lama.....melodi nya lebih sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Fragmen: Lagu raya malar segar terus jadi pilihan
Post Last Edit by hayrin86 at 22-8-2011 10:53
Ini bab lagu raya pulak: -
Oleh Zainuri Misfar
2011/08/22
DUA minggu sebelum kemunculan Syawal, akan kedengaran pelbagai lagu Raya Aidilfitri berkumandang dalam semua stesen radio. Bukan sahaja radio berbahasa Melayu, kita juga pernah mendengar ada stesen radio berbahasa Inggeris tidak ketinggalan untuk turut menyiarkan lagu raya.
Ia tidaklah satu kejanggalan. Di stesen radio berbahasa Inggeris terdapat juruhebah atau petugasnya orang Melayu atau sekurang-kurangnya beragama Islam yang sama-sama menjalani ibadat puasa.
Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.
Dalam bab lagu raya ini, nampaknya, komposer, pencipta atau penulis lagu sekarang belum ada jawapan lagi bagaimana untuk menghasilkan karya setanding dengan lagu-lagu yang sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun.
Orang sekarang baik daripada orang muda, remaja atau budak-budak akan tetap memilih dan mengenali lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya atau Balik Kampung. Bukan tidak ada lagu-lagu raya ciptaan terbaru. Sesetengahnya memang agak sedap didengar, tetapi masih belum mencapai tahap malar segar atau evergreen.
Baru-baru ini, penulis mendapatkan pandangan daripada bekas Pengarang Rencana Berita Harian, Karim Sulaiman mengenai lagu-lagu raya yang malar segar. Menerusi emel yang dikirimkan oleh Karim, antara lain beliau berpendapat susunan muzik dan bait-bait liriknya sangat dekat dengan pendengar berbanding dengan lagu raya ciptaan terbaru.
Berikut petikan pandangan Karim mengenai lagu-lagu Hari Raya;
“Pada tahun 1980-an, saya pernah menemubual komposer hebat, Kassim Masdor yang pernah menghasilkan lagu bertema Aidilfitri malar segar seperti Bila Takbir Bergema nyanyian Rafeah Buang (lirik juga ditulis oleh Rafeah Buang), Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M Amin (lirik Yusnor Ef), Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri (Yusnor Ef) dan Selamat Hari Raya - Fazidah Joned (Jins Shamsuddin).
Lagu ini dihasilkan antara tahun 1972 dan 1973 dan masih relevan dan dapat diterima oleh generasi sekarang serta akan datang. Kata orang lagunya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Rahsianya, kata Kassim, melodi dan liriknya mesti memberi kesan kepada pendengar.
Jika melodinya riang ria, kegembiraan itu dikongsi bersama orang yang mendengarnya. Kalau iramanya bersuram duka, kesedihan itu dapat dihayati pendengarnya.
Melodinya menggambarkan suasana dan meruntun jiwa. Bukan sekadar irama dan melodi, liriknya turut memainkan peranan penting. Ada penceritaan dalam lagu itu. Liriknya bukan sekadar patah-patah perkataan untuk melengkapkannya menjadi lagu, tetapi ada makna dan peristiwa sama ada tersurat atau tersirat. Paling penting lagu itu mesti mudah menangkap jiwa pendengar. Istilah sekarang catchy.
Hal ini menjadikan lagu raya dulu-dulu dekat dengan jiwa pendengar kerana ada antara penceritaan itu ada kena mengena atau kaitan dengan perjalanan hidup mereka.
Satu perkara lagi, sebenarnya tidak banyak lagu raya dihasilkan pada zaman 1950-an, 60-an dan 70-an. Pada zaman 50-an antara lagu raya popular adalah Selamat Hari Raya nyanyian Saloma, Manusia Miskin Kaya - Nona Asiah dan Kamsani serta Aidil Fitri – Nona Asiah. Lama selepas itu muncul lagu Suara Takbir dan Dendang Perantau – P Ramlee pada awal 1960-an, disusuli Selamat Hari Raya – Ahmad Jais, dan Selamat Hari Raya – Fazedah Joned serta Musafir Di Aidilfitri, S jibeng pada akhir 1960-an.
Pada awal 1970-an lebih tepat 1972/73, baru dirakamkan lagu seperti Hari Yang Mulia - Sharifah Aini, Bila Takbir Bergema, Suasana Riang Di Hari Raya dan Bersabarlah Sayang. Jarak penciptaan sesuatu lagu itu agak lama tempohnya. Jadi bertahun-tahun orang mendengar lagu itu sehingga ada lagu baru lain.
Pada 1977, baru muncul lagi album raya yang diterima ramai Bergembira Di Hari Raya yang mengandungi lagu Seloka Hari Raya – Uji Rashid dan Hail Amir. Ini disusuli dengan tiga album raya malar segar pada awal 1980-an, iaitu Aidilfitri Bermaaf-maafan -1980 (ada lagu Bingkisan Untuk Perwira nyanyian Khadijah Ibrahim); Pemberian Di Hari Raya, 1981 (ada lagu Suatu Hari Di Hari Raya – M Nasir) dan Album Hari Raya – 1981 (ada lagu Pulang Berhari Raya). Selepas itu, tiada lagu raya yang menyengat kecuali yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu Sesuci Lebaran.
Antara sebab lain lagu raya sekarang tidak best kerana tidak ada jiwa keMelayuan sama ada dari segi melodi atau liriknya. Persoalan penting untuk siapa dan tujuan lagu itu dicipta. Logiknya adakah ia untuk semua pendengar tanpa mengira kaum atau agama. Jika untuk orang Melayu dan Islam, perlu difikirkan bentuk lagu yang sesuai bagi tujuan itu.
Contohnya, lagu Sesuci Lebaran oleh Siti Nurhaliza yang dihasilkan pada alaf baru, popular dan diminati kerana melodi dan liriknya kena dengan jiwa pendengar. Ringkasnya lagu raya sekarang kehilangan jiwa untuk berhari raya – sekadar rentak, irama dan melodi berseni kata tema hari raya.”
Kita tidak memperkecilkan bakat pemuzik atau komposer hari ini. Tapi jelas, kalaupun mereka berjaya dengan lagu-lagu pop semasa, tetapi menghasilkan lagu raya adalah sesuatu yang cukup mencabar.
Pemuzik sekarang menghasilkan lagu raya suka sangat mengikut kata hati, kononnya untuk memenuhi cita rasa orang muda yang akhirnya jadi entah apa-apa. Lagu-lagu raya yang bertemakan Aidilfitri mempunyai nilai budaya, agama dan peradaban yang tinggi. Inilah yang mungkin masih gagal difahami oleh komposer muda hari ini. - [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
mendengar lagu2 lama mcm kt sinar tu seumpama mendengar album greatest hit..of cos akan rasa sedap belaka sbb lagu2 itu sudah merentas ujian zaman...kalu ko berada di zaman itu,aku pikir byk juga lagu2 sampah...lagu2 baru mmglah tk berapa nk sedap,dah campur2 sekali dengan yg bagus dan hazab..tp dlm byk2 tu aku percaya mesti akan ada yg mampu jadi malar segar.
aku tk heran kalu orang kata sinar itu lagi best dari radio lain.kerana dari segi option lagu sinar lagi luas.dia boleh pilih lagu terbaik dari zaman2 yg berbeza dan genre yg berbeza.stesen lain kene pokus pada lagu2 terkini yg bercampur atr bagus dan tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
x dpat dinafikan lg,tu yg aku bohsan giler
arrangement pn mcm indon, suara pn byk sengau2, baik aku dgr lagu indon trus je kan
Reply September14
lagu sekarang banyak dipengaruhi muzik indon, tu yang aku menyampah giler.
ahmadzamri Post at 27-10-2010 23:40 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bijakbudget at 26-8-2011 12:42
Tu silap korang, suka dengar lagu lama dan sekarang, dengarlah lagu/irama masa akan datang(future) sure tangkap lelehhhh, aku maksudkan muzik techno...
Download nie, Pulse zone. bolehler buat rehatkan minda.
http://pyrozane.madtracker.net/download.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ruffleen at 1-9-2011 13:05
aku suka lagu dulu2 sebab lirik dia mendalam..
sonata85 Post at 27-10-2010 08:01
lirik skrg tah hape2. dah tu rojak lak malay english |
|
|
|
|
|
|
|
20 tahun lagi, org akan pandang lagu zaman skrg lebih sedap dr zaman akan datang. itu lumrah. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu2 sekarang ni innovative. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu sekarang ni maafla kata, tak ada nilai seni langsung, tak menagkap macam besi berani. Lagi 70-80an memang ada umph. Contoh lagu Balk kampung dan lagu meredeka(tanggal 31, bulan 8 57, merdeka-merdeka), lagu nie pun masih belum ada yang boleh challange sampai sekarang, lagu raya pun sama. Seni telah hilang, yang tinggal hanya kaku.
Saya ada buat kajian kenapa, antaranya:
1. Terpengaruh dengan trend musik omputeh, suara tenggelam, music yang kuat, senikata tak boleh difahami.
2. Senikata yang tak diketahui apa yang nak disampaikan.
3. Tidak menyentuh perasaan
4. Suara lelaki banyak yang suara halus macam ala-ala pondan. Tak macam suara jantan asli(brorey marantika) dan lagu hindustan.
5. Music tak menagkap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya suara manusia nie lebih sedap dari bunyi music, contoh macam penyanyi Uji Rasid, music dia best-best, senikata pun senang difahami, namun lagu-lagu dia apabila penyanyi sedang nyanyi music jadi perlahan, bila penyanyi senyap baru music kuat. Rasanya masih belum terlambat untuk belajar dari Ahmad Nawab yang masih hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 29-11-2012 11:52 AM
Lagu sekarang ni maafla kata, tak ada nilai seni langsung, tak menagkap macam besi berani. Lagi 70-8 ...
aku setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuu btol !!!!!!!!! nak2 lg bile dgr lagu jiwang..[jiwang karat plok aku nie..hihihi] |
|
|
|
|
|
|
|
Kerana lirik,bahasa2 yg indah |
|
|
|
|
|
|
|
TJCLASSIC posted on 18-1-2011 05:50 PM
oooo paler kembang masih ada lagi di forum muzik ni.
ni pendapat aku la, mungkin tak betul.
Contoh, 80's pop music ... masihkah anda dengar Flock of Seagulls, The Smiths, Bros, Yazoo, Kajagoogoo, etc yang kebanyakkannya one-hit-wonder The Smiths one hit wonder????? maaf bro, ko ni banyak lagi tak tau pasal dunia muzik nih..better ko tanye orang yg arif pasal scene indie UK dan pengaruh scene ni terhadap industri muzik dunia sblum ko buat post yg tak sepatut nye..The Smiths ni bukan calang2 band kt UK sana tu tau..
|
|
|
|
|
|
|
|
zamkumis posted on 29-11-2012 11:52 AM
Lagu sekarang ni maafla kata, tak ada nilai seni langsung, tak menagkap macam besi berani. Lagi 70-8 ...
bro ckp cmtu sbb bro dengar lagu2 yg ade kt tv,radio jer...cuba korek skit dn dengar karya2 dr band indie Malaysia yg hebat cm The Times,OAG,Butterfingers,ACAB,Hujan,Bunkface,Couple baru lar bagus..dlm banyak2 band nih sy sarankan bro dengar The Times dulu..melody dn muzik diorang mmg sangat sedap dn melankolik serta lirik2 diorang juga makan dalam dn banyak unsur2 tersirat..slack band nih x popular jer coz penah ad problem mse join mainstream dulu..kalu tak diorang nih dah boleh jadi salah satu band terhebat Malaysia arrh..try dengar dulu..lapangkan dada dn hayati karya2 hebat dr pemuzik2 generasi skang..yg popular, selalu menang anugerah tak semestinye bagus..
|
|
|
|
|
|
|
|
30 tahun akan datang, orang akan buat thread mana pergi lagu-lagu sedap (sedap ke?) seperti Yuna, Ana Rafali, Ainan, Dandria, Aizat
setiap lagu ada zamannya |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat lagu2 melayu zaman dulu yg best dari sekarang, malah lagu2 english antarabangsa jugak
nama2 besar spt bryan adams, michael bolton, babyface, brian mcknight, lionel ritchie dan ramai lagi yg produced good music.
aku dengar lagu justing biber yg budak2 dok suka tu pun aku tak paham.
er,mungkin bukan zaman aku kot
|
|
|
|
|
|
|
|
ctaz posted on 26-10-2010 03:57 PM
lagu2 lama...contohnyer lagu2 rock2 kapak tahun2 88-91...
semua buat lagu2 untuk pendengar...wat la ...
Btol tu..aku setuju..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|