|
oh, dah diagnosed ke? dr dah confirm? sbb awak muda lagi la kan so unless ada kecederaan ke..apa simptom u if u x kisah share? anyway hope u getting better ya
|
|
|
|
|
|
|
|
[size=0.8em]MENU
SEARCH FOR...
[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 7 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 5 (29 Januari – 4 Februari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 7, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-5 TAHUN 2023 (29 JANUARI 2023 – 4 FEBRUARI 2023) 1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN 1.1 Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 8.8 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-5 tahun 2023 (ME 5/2023) berbanding ME 4/2023 (Rajah 1);
1.2 Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 adalah seperti berikut; - Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 33.3 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, tiada perubahan, kekal pada 0.5 peratus.
1.3Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2): - Katil bukan kritikal tiada perubahan, kekal pada 8.0 peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) tiada perubahan, kekal pada 4.0 peratus; dan
- Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 0.1 peratus.
2.0 PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) 2.1 Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 5/2023 berbanding ME 4/2023 (Rajah 3): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 27.1 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 8.5 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital menurun sebanyak 58.3 peratus.
3.0 STATUS TERKINI KES COVID-19 3.1 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 5,037,784;
- Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes;
- Purata kes aktif : 9,476 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
3.2 Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023 (Rajah 4): - Bilangan kes baharu meningkatsebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan
- Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes).
4.0 NILAI Rt Nilai Rt pada ME 5/2023 adalah 1.02 (Rajah 5).
5.0 SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 5/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Sebanyak 15 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 1.9 peratus pada ME 5/2023 (Rajah 6); dan
- Tiada sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 5/2023 (Rajah 7).
6.0 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Malaysia masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Walaupun demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi saranan berikut iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 7 Februari 2023 @ 9.00 pagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 7-2-2023 12:30 PM
[size=0.8em]MENU
SEARCH FOR...
[size=0.8em]PRESSKenyataan Media KPK 7 Februari 2023 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kali ke-381 Berkenaan Pendaftaran Produk Ubat Veterinar yang Mengandungi Polymyxins[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 7, 2023
Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin B) telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine. Seterusnya polymyxins telah dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). Kategori di atas adalah sebagai panduan bagi menentukan langkah pengurusan risiko bagi mengehadkan penggunaan antimikrobial dan seterusnya mengekang risiko kerintangan (resistance). Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR).
Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyenaraikan semua polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar sebagai langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari 2023 telah bersetuju dengan keputusan berikut: - Penyenaraian semua polymyxins sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar untuk semua spesies sasaran KECUALI produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.
- Pembatalan pendaftaran produk ubat veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuatkuasa serta-merta. Pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk tidak dibenarkan serta-merta. Pemegang Pendaftaran Produk dibenarkan untuk menghabiskan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat pembatalan produk.
- Penolakan permohonan pendaftaran baru produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin (kecuali Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuatkuasa serta merta.
- Tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula bagi produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan di atas adalah tidak terpakai untuk produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal. Oleh itu, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan. KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat veterinar yang dibekalkan di Malaysia dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Penilaian manfaat-risiko (risk-benefit) dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
7 FEBRUARI 2023
FEBRUARI 2023
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya...tt leh sambung sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
farhana008 replied at 26-2-2023 06:14 PM
ya..macam-macam bencana berlaku. semalam lombong kat china runtuh. mangsa belum jumpa lagi.
Sambung balik sini |
|
|
|
|
|
|
|
[size=0.8em]MENU
SEARCH FOR...
[size=0.8em]BLOGKenyataan Media KPK 28 Februari 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 8 Tahun 2023 (19-25 Februari 2023)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON FEBRUARY 28, 2023
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-8 TAHUN 2023 (19 – 25 FEBRUARI 2023) 1.0 STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.7 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-8 tahun 2023 (ME 8/2023) berbanding ME 7/2023 (Rajah 1); Rajah 1: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk
dari ME 9/2022 hingga ME 8/2023
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100, 000 populasi pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 adalah seperti berikut; - Pesakit kategori 1 dan 2, menurun sebanyak 25.0 peratus; manakala
- Pesakit kategori 3, 4, dan 5, menurun sebanyak 25.0 peratus.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 adalah seperti berikut (Rajah 2): - Katil bukan kritikal, tiada perubahan, kekal pada 7.0 peratus;
- Katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal pada 2.0 peratus; dan
- Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.1 peratus.
Rajah 2: Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19dari ME 9/2022 hingga ME 8/2023
2.0 PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan penurunan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 8/2023 berbanding ME 7/2023 (Rajah 3): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 7.5 peratus;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 14.1 peratus; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 50.0 peratus.
Rajah 3: Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan CAC ke hospital dari ME 46/2022 hingga ME 8/2023
3.0 STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 5,042,188;
- Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes;
- Purata kes aktif : 8,898 kes;
- Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023 (Rajah 4): - Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes);
- Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan
- Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes).
Rajah 4: Taburan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19
dari ME 52/2021 (1 Januari 2022) sehingga ME 8/2023
4.0 NILAI Rt Nilai Rt pada ME 8/2023 adalah 0.97 (Rajah 5). Rajah 5: PurataNilai Rt mingguan sehingga ME 8/2023
5.0 SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 8/2023, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Sebanyak 23 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.9 peratus pada ME 8/2023 (Rajah 6); dan
- Sebanyak 1.5 peratus sampelSARI dikesan positif COVID-19 pada ME 8/2023 (Rajah 7).
Rajah 6: Kadar positif sampel ILI bagi COVID-19 dari Klinik Kesihatan sentinel sehingga ME 8/2023
Rajah 7: Kadar positif sampel SARI bagi COVID-19 dari hospital sentinel sehingga ME 8/2023
6.0 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. Aktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera dalam telefon pintar masing-masing. Notifikasi melalui MySejahtera akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang layak mendapat rawatan Paxlovid atau perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di (https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO dan pihak berkuasa negara-negara serantau. Selain itu, KKM sentiasa memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 28 Februari 2023 @ 10.00 pagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kerana sambung balik covid info dan updates
important utk future generations
|
|
|
|
|
|
|
| |
|