|
Rasul kita yang tercinta tidak pernah berpecah belah dengan saudara-saudara kandungnya ( ba ...
DanIno Post at 7-5-2011 14:03
am i talking about HIM?...NO |
|
|
|
|
|
|
|
hehe....baru tulis camtu, u already can read my true colours
that's typical of being muslim i ...
my-alja Post at 7-5-2011 14:04
Ok I'll edit it, sorry if I sound like being judgmental.....human beings should never judge one another, an exception being if you are a JUDGE in an official capacity in the court of law |
|
|
|
|
|
|
|
Ok I'll edit it, sorry if I sound like being judgmental.....human beings should never judge ...
DanIno Post at 7-5-2011 14:07
hehe....sorry, diterima |
|
|
|
|
|
|
|
frankly ...tak nampak significant of calling brotherhood dlm masyarakat sekarang
kita bukannya dalam medan perang, darurat bagai....
my-alja Post at 7-5-2011 14:04
Kita memang dalam keadaan medan perang dan darurat pada zaman sekarang, walaupun mungkin sesetengah kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar |
|
|
|
|
|
|
|
hehe....sorry, diterima
my-alja Post at 7-5-2011 14:09
The issue and topic of friendship never fails to interest me. I even make this as my research topic in one of my Legal Research and Methodoly subject when I was in uni |
|
|
|
|
|
|
|
hehe....baru tulis camtu, u already can read my true colours
that's typical of being muslim i ...
my-alja Post at 7-5-2011 14:04
…Kita tidak layak untuk menghakimi sesama manusia melainkan Allah S.W.T sahaja kerana kita adalah masing-masing manusia yang lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita memang dalam keadaan medan perang dan darurat pada zaman sekarang, walaupun mungkin se ...
DanIno Post at 7-5-2011 14:11
then....elaborate so people will understand
sebagai islam, u dan i paham...segalanya berlaku dengan nama Allah
tapi islam ada mekanisma nya...bukan semata letak nama Allah
benda boleh terjadi dengan sendiri tanpa usaha...
begitu juga dgn persahabatan....
sickening btol kalo i baca tulisan2 org yg so called themselves alim, warak
bagi sebaris ayat, quote sejarah...quote hadith, pastu tinggalkan suruh org baca paham2 sendiri
this is not the way to teach and sharing perspective....u have to write and elaborate
gives examples, gives hipothesis....so people would think with their capacity of brain given by god
u don;t assume .....semua org pandai cam awak...nak org paham dgn sebaris ayat...quote sana-sini
quotation used is to support your ideas....bukannya nak memudahkan keje awak memahamkan org...
khennn....i dah bebel |
|
|
|
|
|
|
|
The issue and topic of friendship never fails to interest me. I even make this as my resear ...
DanIno Post at 7-5-2011 14:12
so share with me your findings....
i'm so interested with subject ever since i try to understand people...
dale carnegie is one of my fav. author on this subject |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 7-5-2011 14:51
so share with me your findings....
i'm so interested with subject ever since i try to underst ...
my-alja Post at 7-5-2011 14:22
Among my findings :
1. Sahabat terbaik kita adalah diri kita sendiri. We attract people ( read friends ) who are very similar to ourselves in many ways, this is elaborated in the law of attraction.
2. Hubungan persahabatan dan persaudaraan yang terbaik adalah hubungan persahabatan dan persaudaraan generasi pertama sahabat. Key point kat sini : Kena ada common purpose yang unbreakable and unshakeable.
Sahabat terbaik seorang ilmuan adalah ilmunya. Sahabat terbaik Qarun adalah hartanya. Sahabat terbaik Firaun adalah kekuasaan, harta, pangkat dan kedudukannya. Sahabat terbaik Haman adalah jawatannya. Sahabat terbaik Israel adalah Amerika Syarikat. Sahabat terbaik Lionel Messi adalah his passion for football and the sheer joy of playing against the best in the game. Sahabat terapat Nabi Musa ialah Nabi Harun. ----> bagaimanapun ini hanyalah contoh2 that are simplisized, they have elaborations.
Artikel yg bagus untuk dibaca :
APAKAH MAKNANYA UKHUWAH FILLAH (persahabatan dlm Islam)?
Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah?
Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami?
Bagaimana kita menjaga ukhwah itu?
Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga.
Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.
10 kepentingan dalam menghubungkan ukhwah:
1) Untuk mendapat keredhaan Allah kerana Dia suka pada orang yang menghubungkan ukhwah begitu juga
Penghuni langit dan bumi.
2) Kita juga mengembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang
menghubungkan ukhwah.
3) Pahala yang berterusan.
4) Rezeki yang diberkati Allah
5) Allah s.w.t melanjutkan usianya.
6) Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.
7) Iblis dan syaitan bertambah gelisah.
Akan disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya.
9) Mengembirakan jenazah yang berada di alam barzah.
10) Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua belah pihak,tiada amalan yang lebih baik melainkan dapat
mengembirakan hati orang-orang beriman.
Syarat-syarat berukhwah:
Ikhlas
Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.
Status dua orang yang berukhwah:
Darjat yang tinggi di syurga Allah s.w.t.
Mendapat kemuliaan pada hari kebangkitan.
Menyayangi seseorang kerana Allah s.w.t bukan sebab lain hanya hadir pada hati yang bersih.Dunia dan segala hiasannya dipandang kecil berbanding keredhaan Allah s.w.t.
Kasih sayang yang hebat dan suci sehinggakan Allah s.w.t akan memuliakan hambaNya yang mampu berbuat demikian.
Rasulullah s.a.w juga menyarankan agar kita menzahirkan kasih sayang kita kerana ukhwah sangat penting dalam membentuk masyarakat.
Ciri-ciri mereka yang berukhwah kerana Allah s.w.t:
Tidak membiarkan atau meninggalkan sahabatnya yang dalam kesusahan.
Bersifat toleransi dan memaafkan.
Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
Setia dan berbuat baik pada sahabat.
Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
Bersifat pemurah dan muliakan sahabat.
Mendoakan sahabat.
Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?
1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya- Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang
mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)
2) Berdoa untuk mereka- Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang
hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan
bagimu juga seperti itu”.
|
|
|
|
|
|
|
|
3) Berjabat tangan bila bertemu- Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud
dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya
diampuni dosanya sebelum berpisah”.
4) Memberi senyuman ketika bertemu- Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika
engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)
5) Mengunjungi saudara- Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai
kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.
6) Menyampaikan ucapan selamat- Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat
kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)
7) Memberi hadiah- Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan
menghilangkan kekotoran hati”.
Memperhatikan keperluan sahabat- Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan
beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah
s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim
pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong
hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)
9) Tegakkan hak-hak persaudaraan: Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain,
Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.
Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.
Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu kerana ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dari sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) . Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat didlm hati.
Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu.
Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.
Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang terbaik.
Berkata ulama: “Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”
Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.
Salah satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah s.w.t di akhirat kelak adalah pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah, iaitu persahabatan yang diredhai Allah yang berdasarkan ketaqwaaan kepada Allah. Persahabatan adalah anugerah Allah yang terindah jika ianya berlandaskan atas dasar yang benar.Sahabat adalah seperti cermin kepada kita,kesalahan kita diteguri,bila alpa diingatkannya,bila berduka dihiburkannya,bila sempit dilapangkannya, kata-kata nasihat yang selalu keluar dari mulutnya menambahkan semangat,menjadikan kita kuat dengan cinta, kasih sayang dan persahabatannya darinya.
Dia juga menjadi sumber inspirasi untuk kita terus berdakwah.
Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah..moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..
ukhwah fillah Abadan abada
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan contoh : Sahabat terbaik Mark Zuckerberg ialah ciptaannya iaitu Facebook, sahabat baik beliau iaitu Eduardo Saverin sendiri sanggup ditinggalkannya semata2 kerana hendak memajukan Facebook
Sahabat terbaik seorang suami adalah isterinya.
Sahabat terbaik seorang peminat bola sepak tegar ialah bola sepak, minum, makan, tidur bola.... |
|
|
|
|
|
|
|
Among my findings :
1. Sahabat terbaik kita adalah diri kita sendiri. We attract people (read friends ) who are very similar to ourselves in many ways, this iselaborated in the law of attraction.
DanIno Post at 7-5-2011 14:45
that's make sense....
tapikan, sedangkan lidah lagi tergigit...inikan dlm bersahabat
thru pengalaman peribadi, i pun taklah selalu baik dan sesuai di jadikan kawan
ada sebab musabab, buat kita memilih kawan2....
btw....thanks for the sharing |
|
|
|
|
|
|
|
i ada sorang je kawan baik yang i kenal sejak zaman study dulu.. kitorang jarang jumpa, but always keep in touch..
bukan nak kata i tak perlu kawan dalam kehidupan seharian, but masa seharian i dah fully occupied dengan suami, anak2 bulu, family etc.. and im happy with my life now. i prefer to hang out with my husband berbanding dengan kawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
i ada sorang je kawan baik yang i kenal sejak zaman study dulu.. kitorang jarang jumpa, but always k ...
Lady_On_Earth Post at 7-5-2011 20:42
Yup, the husband should be the wife's best friend. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by DanIno at 7-5-2011 23:09
that's make sense....
tapikan, sedangkan lidah lagi tergigit...inikan dlm bersahabat
thr ...
my-alja Post at 7-5-2011 15:51
don't be sad because of people. they will all die - author unknown. Mortal beings wouldn't last forever, that's the crux of the problem |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku ada sorang kawan rapat prempuan, kenal dari sekolah tapi bila masuk u kami terpisah..sangat malang bila sebab sorang lelaki dia sanggup khianat aku..dia sanggup buruk2kan aku..tapi masa tu aku baik hati, aku tetap maafkan dia tapi setiap kali aku maafkan, dia akan ulang dan ulang lagi..akhirnya aku ambik keputusan hilangkan diri terus dalam hidup dia.aku tukar no hp, aku x jwb emel dan aku lari bila terserempak ngan dia..aku dah maafkn dia, tapi aku masih trauma dengan apa yg dia buat kat aku dulu..sejak tu, aku xde BFF prempuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
daku pun penah ade BFF...mkn,minum malah slalu tidor sekatil,sebantal...sejak skolah sampai ler keje....keretakan hubungan bermula bila daku ader boypren (kini dah jadi hubby ku...alhamdulilah)..dia lak br putus tunang...dia xleh terima lantas dia trus memutuskan hubungan kami...pastu di hasutnyer member2 lain supaya x kwn dgn daku...pedihnya hati ini
walhah masa dia bcinta,btunang...diriku inilah penyokong kuatnyer, siap tolong masakkan bihun goreng time rombongan lelaki dtg mrisik ke umah.....
memang serik daku nak ber BFF lg nehh...so skang ni daku xdele BFF lg...BFF ku cume hubby, anak2, ibu n kakak2 n adik iparku yg tercinta saja........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku x penah ada kawan baik, semua kawan aku lebih kepada touch n go je. time susah je nampak aku, time senang carik kawan laen, even aku ada sekali macam xde je..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah ada kawan baik. cuma sekadar kawan hi-hi bye-bye je. setakat hari ini, keluarga ialah kawan baik aku. paling rapat dengan adik. dia lah kawan baik aku. dia lah musuh ketat aku. pernah cuba untuk mencari kawan baik. tapi bila sampai satu tahap, tiba-tiba aku tersedar yang aku je yang terhegeh-hegeh nak berkawan dengannya. dia pula sebaliknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|