CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: INTEGRITY REVEALS BEAUTY

 Close [Copy link]
Post time 26-10-2024 11:36 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 11:36 PM | Show all posts
Page 3
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:37 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2024 11:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:39 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2024 11:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 11:40 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:05 AM | Show all posts
check in

thanks tashu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:08 AM | Show all posts
Bahalol diangkat Drama TV Terbaik, ASA 2024






Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa menyampaikan trofi Drama TV Terbaik kepada Azrai Fahmi pada malam kemuncak ASA di PICC, malam tadi. - NSTP/Genes Gulitah







PUTRAJAYA: Drama berkisar mengenai pesakit autisme, Bahalol terbitan TV Okey dinobatkan Drama TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, produksi terbabit menerima hadiah utama Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000, wang tunai RM5,000 dan trofi.
Selain itu, ganjaran Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM150,000 dianugerahkan kepada Chong Boon Yee selepas naskhah garapannya, Taste of Memory Season 2 siaran 8TV diangkat Dokumentari Terbaik.
Pengarah drama, Zainorhisyam Samudin memenangi kategori Drama TV Terbaik menerusi drama Lebai Sampan.


ASA 2024 menyaksikan pelakon Sobri Anuar menjulang trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Bahalol, manakala pelakon veteran, Liza Othman yang menunjukkan lakonan cemerlang dalam drama sama memenangi trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik.
Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik, trofi dimenangi Que Haidar menerusi drama Lebai Sampan, manakala lakonan mantap aktres 'senior', Aida Aris dalam drama siaran TV3 berjudul Dania melayakkan dirinya memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik.


Kategori Anugerah Khas Juri yang menawarkan wang tunai RM8,000, barangan kemas bernilai RM20,000 dan trofi kepada Saeim Mohammad.
Bakti dan sumbangan pengarah legenda dan perintis sitkom, Othman Hafsham dalam bidang seni melayakkannya menjadi penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, kereta Ptoton S70 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Fahni Fadzil.
Penjiwaan hebat, Datuk Fauziah Nawi menerusi drama Lima Beradik melayakkannya memenangi kategori Pelakon Drama Radio Terbaik.
Selain itu, ASA 2024 turut menyaksikan kecemerlangan Media Prima Berhad (MPB) apabila kategori Pengacara TV Terbaik dimenangi Fiza Sabjahan menerusi program Eksklusif Bersama Joko Widodo, Presiden Republik Indonesia sekali gus mengenepikan pemenang terdahulu, Ahmad Fedtri Yahya.
Bagaimanapun, Ahmad Fedtri tidak pulang tangan kosong apabila memenangi kategori Pengulas TV Terbaik.


ASA 2024 turut mengiktiraf Siti Mimah yang disiarkan di Facebook TV3 sebagai Podcast Terbaik.
Tuah juga berpihak kepada Hazel Desmond apabila memenangi Penyampai Berita TV Terbaik.
Bertemakan Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan, ASA 2024 menyaksikan 60 kategori termasuk TV (40), radio (26) dan empat kategori media baharu dipertandingkan.
ASA mula dianjurkan pada 1972 dianggap pengiktirafan kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan karyawan industri kreatif tanah air.
Malam kemuncak ASA 2024 turut diserikan dengan persembahan artis seperti Ziana Zain, Aina Abdul, Zamani Ibrahim, Liza Aziz, Ernie Zakri, Aisha Retno. Amir Masdi dan Roxy Ixzy.
Shahrizan Borhan dan Nana Mahazan bertindak sebagai hos ASA 2024





https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1316369/bahalol-diangkat-drama-tv-terbaik-asa-2024


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:08 AM | Show all posts



Sobri menjulang trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, manakala Liza Othman memenangi trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Bahalol. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:09 AM | Show all posts



Fahmi menyampaikan trofi Tokoh Seri Angkasa kepada Othman Hafsham pada malam kemuncak ASA 2024 di PICC, malam tadi. - NSTP/Genes Gulitah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:11 AM | Show all posts
Belum layak digelar legenda - Zaidi Omar








Zaidi tidak pernah terfikir atau ada niat untuk menang anugerah. - NSTP/Hazreen Mohamad







KUALA LUMPUR: Aktor berpengalaman, Zaidi Omar merasakan masih belum layak menerima gelaran 'legenda' biarpun sudah lebih tiga dekad membawa diri sebagai anak seni.
Zaidi yang mula beraksi di layar perak menerusi filem Penghujung Malam pada 1992 berkata, masih terlalu jauh untuk dirinya meraih gelaran itu, malah pembabitannya dalam bidang seni bukanlah bertujuan mengejar pengiktirafan.
"Saya masih tidak boleh digelar legenda dalam dunia lakonan kerana perjalanan saya dalam bidang ini masih jauh. Jadi, doakan saya dalam bidang ini.
"Saya juga tidak pernah terfikir atau ada niat untuk menang anugerah. Saya buat sahaja yang terbaik kalau ada orang hendak beri anugerah, saya terima.

"Saya fikir, kalau ada cita-cita untuk memenangi anugerah, saya sudah buat satu perkara yang salah.
"Tapi, untuk letakkan sasaran perlu menang anugerah tiada," katanya ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem Mereka Yang Tertewas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, baru-baru ini.
Pada masa sama, Zaidi yang cukup dikenali dengan gaya lakonan 'method' menitipkan saranan untuk bakat baharu supaya lebih mendalami ilmu lakonan.
"Sebaiknya buat pelakon baharu ini belajarlah. Perkara pertama adalah ilmu, diikuti cita-cita dan bakat. Ilmu itu penting dalam lakonan ini.
"Berlakon ini adalah bertingkah laku seolah-olah yang tidak betul adalah betul, itu adalah definisi pelakon.
"Sekarang, kita ada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan banyak lagi kelas lakonan.

"Ramai pelakon hebat seperti Datuk Fauziah Nawi, Datuk Tarmimi Siregar dan Eman Manan. Tidak salahnya belajar dengan mereka kerana berlakon bukan sekadar melafazkan dialog sahaja," katanya.




alam perkembangan lain, Zaidi memegang peranan utama dalam filem Mereka Yang Tertewas iaitu naskhah adaptasi novel tulisan Hasanuddin Md Isa pasa 1988.
Filem Mereka Yang Tertewas berkisar perjalanan hidup Tapa lakonan yang berhijrah dari kampung asalnya ke Kampung Bukit Setugal.
Di sana, Tapa yang dikenali sebagai Lebai Pa cuba menyebarkan ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat yang semakin mengabaikan agama.
Filem adaptasi novel yang akan menjengah pawagam mulai 7 Disember depan turut menampilkan pelakon seperti Fiza Halim, Fad Anuar, Sherie Merlis, Adam Shahz, Mubarak Majid.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1316268/belum-layak-digelar-legenda-zaidi-omar









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:15 AM | Show all posts
Bella sibuk jalani latihan vokal, tiada masa fikir kontroversi








Bella kini berguru dengan Cikgu Shafi demi persediaan Sumandak Stars: Ceritera Hatiku. - NSTP/Faiz Anuar







SHAH ALAM: Kontroversi berkaitan Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku tidak sedikitpun menjejaskan tumpuan penyanyi sensasi, Bella Astillah.
Bella berkata, dia kini sibuk menjalani kelas vokal bersama Cikgu Shafi sebagai persiapan untuk konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November ini.
Justeru, Bella berkata, dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal yang tiada kaitan.
"Saya hanya tahu isu ini melalui media sosial dan penganjur juga tidak maklumkan apa-apa.


"Jadi, lebih baik saya fokus kepada diri sendiri dan latihan vokal. Sekarang, saya sibuk menghadiri kelas vokal bersama Cikgu Shafi," katanya yang ditemui pada acara Jelajah Jiwa SME, di sini, semalam.
Baru-baru ini, Bella dikecam gara-gara gambarnya pada poster konsert lebih besar berbanding penyanyi berpengalaman lain.
Bagaimanapun, penyanyi yang baru sahaja muncul dengan lagu Tapi Bukan Denganmu itu tidak tahu menahu berkaitan poster kerana ia di bawah tanggungjawab penganjur.





Berkongsi persiapan konsert sulungnya bersama barisan penyanyi wanita dari Sabah, Bella berkata, tumpuannya kini mahu memantapkan vokal.
"Saya mahu perbaiki vokal terlebih dulu kerana konsert ini membabitkan ramai artis.
"Jadi, saya akan cuba tampil dengan persembahan terbaik. Perkara lain saya serahkan kepada penganjur untuk uruskan," katanya.
Kata Bella, dia tidak marah dengan teguran netizen berkaitan vokalnya.
"Saya faham setiap orang ada pendapat masing-masing, tetapi saya memang ada menghadiri kelas vokal.
"Namun, kesilapan saya tidak berkongsi dalam media sosial. Apa sahaja komen atau kecaman menjadikan saya lebih baik. Mungkin lepas ini saya kena 'update' hadiri kelas vokal.
"Saya terima teguran dengan hati terbuka kerana saya sedar banyak kelemahan dan kekurangan perlu diperbaiki.
"Jujurnya, saya berterima kasih kerana teguran menunjukkan orang masih ambil tahu dan tak nak saya dikecam lebih hebat lagi," katanya.




https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1316193/bella-sibuk-jalani-latihan-vokal-tiada-masa-fikir-kontroversi









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 02:18 AM | Show all posts
Tiada lagi khemah biru di pantai Port Dickson mulai 18 November







Foto fail menunjukkan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita khemah yang dipasang walaupun tiada pengunjung. - Foto ihsan MPPD







PORT DICKSON: Aktiviti sewaan khemah birudi Pantai Telok Kemang yang sering mencetuskan pertikaian di antara peniaga dan orang ramai yang mahu menggunakan pantai awam itu, diarah dihentikan berkuat kuasa 18 November depan.
Notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan turut tular dalam media sosial, antara lain memaklumkan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan.
Surat ditandatangani Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid itu, menyenaraikan alasan tindakan terbabit, termasuk aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai pantai peranginan.
"Ini ditambah lagi dengan tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam daripada menggunakan pantai awam," menurut notis berkenaan.





Arahan menghentikan sewaan khemah mulai 18 November itu turut membabitkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. Ia sebagai persediaan bagi menambah baik perniagaan khemah di pantai-pantai daerah ini.
Selain itu, larangan memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti yang jika tidak dipatuhi, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
Jika tidak mematuhi mana-mana kehendak notis, MPPD akan memindahkan dan mengalihkan halangan terbabit tanpa notis selanjutnya.
"Pengusaha khemah juga dikehendaki melakukan pembersihan dan menghilangkan semua peralatan seperti khemah-khemah, meja, kerusi, payung, struktur atau binaan tempat simpanan dan sebagainya.
"Pihak majlis akan melupuskan apa-apa peralatan yang masih kekal di pantai sekiranya ada selepas pemantauan dilakukan," menurut notis berkenaan.
Sehingga kini, masih terdapat peniaga ingkar dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan MPPD dalam surat bertarikh 18 Jun 2020.
Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pengusaha khemah di sekitar Pantai Telok Kemang susulan isu deretan khemah sewa di kawasan itu yang didakwa mengganggu pemandangan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, berkata pelbagai aspek akan dinilai sebelum membuat keputusan memandangkan kebanyakan pengusaha telah lama beroperasi dan menjalankan perniagaan di situ.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316264/tiada-lagi-khemah-biru-di-pantai-port-dickson-mulai-18-november









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:28 AM | Show all posts
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang









KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bumiputera disyaki menyeleweng dana program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di Republik Czech.
MARA dalam satu kenyataan, malam tadi, memaklumkan bahawa organisasi itu memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat terbabit, antaranya menuntut €478,349.14 (kira-kira RM2.24 juta), ganti rugi teladan, kos dan faedah.
"Penghakiman ingkar susulan kegagalan memfailkan pembelaan, diperoleh terhadap syarikat (defendan pertama) dan seorang daripada pengarah syarikat itu (defendan kedua) pada 19 September 2022.
"Perbicaraan penuh terhadap seorang lagi pengarah (defendan ketiga) telah selesai pada 15 Julai 2024 dan tarikh keputusan ditetapkan pada 9 Januari 2025.





"Pelaksanaan penghakiman melalui writ penyitaan dan penjualan (WSS) telah diambil terhadap syarikat terbabit pada 22 Januari 2024, namun aset syarikat itu sudah dilupuskan. Notis Kebankrapan telah difailkan terhadap defendan kedua," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, laporan mengenai kes berkenaan juga sudah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 28 Januari 2022, manakala pegawai MARA tidak berdepan sebarang laporan salah laku yang difailkan oleh mana-mana pihak.
Katanya, susulan laporan polis itu, MARA dipanggil bagi membantu siasatan dan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, MARA memaklumkan, 39 pelajar program latihan penerbangan tajaannya berjaya menghabiskan pengajian masing-masing.
Bernama sebelum ini melaporkan 50 bakal juruterbang mendakwa kerugian apabila sebuah syarikat Bumiputera didakwa menyalah urus dana pelatih penerbangan selepas mereka mendaftar dengan syarikat itu antara 2019 hingga 2022.
Syarikat itu dikatakan bekerjasama dengan MARA untuk menghantar pelajar menjalani latihan di Republik Czech.
Namun, ramai pelajar termasuk bukan tajaan MARA mendakwa gagal menamatkan latihan apabila syarikat itu dituduh tidak membayar kepada akademi latihan penerbangan di sana. – BERNAMA





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316359/seleweng-dana-latihan-penerbangan-mara-sudah-ambil-tindakan-undang









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:29 AM | Show all posts
Remaja hilang sejak seminggu lalu, mesej adik minta pinjam RM1,000






Mohammad Sallehuddin Abdullah hilang sejak seminggu lalu, selepas minta izin ibu untuk ke pekan Benut. - NSTP/Togi Marzuki





PONTIAN: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilapor selepas keluar ke pekan Benut, di sini, tujuh hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi 18 Oktober lalu, Mohammad Sallehuddin Abdullah dikatakan meminta izin ibunya keluar ke pekan terbabit untuk membeli barang.
Ketika itu, mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda bernombor pendaftaran JQH 5586 dan sejak itu mangsa tidak lagi pulang ke rumah
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu remaja terbabit pada 20 Oktober jam 8.16 malam dan meminta pihak polis mengesannya.


"Siasatan awal mendapati remaja itu adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung Benut dan berhenti sekolah pada awal Januari lalu.
"Kali terakhir difahamkan remaja itu juga menjawab mesej dari adik perempuannya pada 20 Oktober pada jam 12.30 tengah hari untuk meminjam wang RM1,000," katanya.
Pihak kini giat mengesan remaja itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Sarjan Mohamad Fitri (Bahagian Siasatan Jenayah) di talian 011-11903688 atau mana-mana balai polis berdekatan.



https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1316332/remaja-hilang-sejak-seminggu-lalu-mesej-adik-minta-pinjam-rm1000


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2024 02:31 AM | Show all posts
Cheong Min sambar emas di Jepun






Cheong Min raih emas acara nangun pada Piala Dunia Taolu di Yokohama. - Foto BERNAMA





KUALA LUMPUR: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas dalam acara nangun pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun, hari ini.
Cheong Min yang juga juara dunia 2019 mengungguli pertandingan berkenaan dengan markah keseluruhan 9.770 mata, meninggalkan pesaing terdekat dari Hong Kong (9.756 mata) dan Vietnam (9.646 mata) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Malaysia turut membawa pulang pingat perak menerusi Calvin Lee Wai Leong yang mencatat keseluruhan 9.760 mata dalam kategori nandao lelaki manakala Wong Weng Son berjaya meraih gangsa dalam kategori changquan lelaki dengan keseluruhan 9.780 mata.
Sementara itu, Pang Pui Yee menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara jianshu wanita dengan 9.756 mata di belakang wakil China yang meraih emas (9.796 mata), Vietnam (9.773 mata) dan Hong Kong (9.766 mata). - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/10/1316315/cheong-min-sambar-emas-di-jepun


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.198545 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list