|
Rosmah lepas, bebas 17 tuduhan ubah wang haram, elak cukai
Oleh Suraya Ali - Disember 19, 2024 @ 10:01am
[email protected]
Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir bagi Keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya di Mahkamah Tinggi KL hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan.
Rosmah, 73, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada September 2023, dan perbicaraan dimulakan pada 12 Disember tahun lalu, selepas sebahagian kes didengar dengan keterangan daripada dua saksi.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.
Tertuduh didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Muniandy berkata, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.
"Perintah berdasarkan permohonan dibenarkan dan kesemua 17 pertuduhan terhadap tertuduh dibatalkan.
"Oleh itu, berdasarkan premis kes yang dimaksudkan, mahkamah ini juga melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada semua 17 pertuduhan terhadapnya," katanya.
Hakim itu berkata, mahkamah memutuskan perkara itu berdasarkan hujah pertuduhan pilihan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak dan undang-undang yang terpakai, termasuk Akta Cukai Pendapatan (Akta 613).
"Perlu ditegaskan bahawa sebaik sahaja pihak pendakwa raya memulakan pertuduhan terhadap tertuduh dan perkara itu di hadapan mahkamah, mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk menangani ia sewajarnya dan dalam kes sekarang dengan permohonan untuk membatalkannya.
"Pertuduhan yang dirangka untuk kesalahan pengubahan wang haram tidak mendedahkan kesalahan sedemikian atas sebab yang dinyatakan.
"Dalam kes ini, pendakwaan dilakukan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan Akta 613, namun terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat undang-undang yang dikaitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram," katanya.
Muniandy berkata, mahkamah juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peguam Amir Hamzah yang mewakili tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, yang menyelesaikan permohonan dengan profesional, indulgensi dan kemahiran peguam yang sangat baik ketika berhujah.
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.
Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.
Rosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.
Selain itu, Rosmah masih menghadapi prosiding rayuan terhadap keputusan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan (kini hakim Mahkamah Rayuan) yang menjatuhinya hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Rosmah dalam permohonannya sebelum ini berhujah, kualiti hidupnya terjejas akibat ketidakadilan prosedur dalam kes itu.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan semua tuduhan adalah sah di sisi undang-undang dan mengandungi maklumat mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa, sekali gus membolehkan beliau menyediakan pembelaan yang sewajarnya.
Pada 23 Ogos lalu, peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, turut bersetuju tetapi menyatakan proses dokumentasi masih pada peringkat akhir sebelum perintah mahkamah dapat diteruskan.
Pada 13 Disember tahun lalu, Rosmah mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan. Representasi biasanya dilakukan untuk memohon penarikan balik atau pengurangan pertuduhan terhadap tertuduh.
Rosmah sebelum ini mengemukakan dua permohonan seumpamanya, masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos, yang belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.
Dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Oktober 2018 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangkem konsisten dari awal cakap rosmah tak bersalah
Tak sia2 perjuangan ikhlas mempertahankan rosmah selama ini |
|
|
|
|
|
|
|
ape la nak harapkan dekat malaysia
mmg dari dulu corrupt
haha |
|
|
|
|
|
|
|
'Jangan main-main dengan keadilan'
Diterbitkan: Dec 19, 2024 11:43 AM
⋅
Dikemaskini: 11:51 AM
Rosmah Mansor hari ini menyambut keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskannya daripada 17 pertuduhan - termasuk pengubahan wang haram sebanyak RM7 juta - dengan rasa amat syukur.
Kata isteri Najib Razak itu, peguamnya sudah memberitahu dengan yakin sejak awal bahawa pertuduhan tersebut - yang bermula di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Okt 2018 - sebagai tidak mempunyai asas.
Kes itu kemudian dipindahkan ke mahkamah tinggi.
Kata Rosmah walaupun mendapat jaminan sebegitu daripada peguam, dia tidak begitu pasti mengenainya sehinggalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan hari ini.
"Saya telah mendapat keadilan. Terima kasih kepada hakim yang membuat keputusan yang tepat.
ADS
"Ini yang dikatakan sebagai keadilan dan semua orang patut mendapat keadilan itu. Jangan main-main dengan keadilan," katanya seperti dilaporkan BH Online.
Terdahulu isteri berkas perdana menteri itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Keputusan itu dibacakan hakim, K Muniandy.
ADS
Sebelum ini pihak pembelaan berhujah prosedur yang berjalan adalah tidak adil sehingga menjejaskan kualiti hidupnya.
Pihak pendakwaan pula memberitahu semua tuduhan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang dan mengandungi maklumat yang mencukupi untuk memaklumkan Rosmah mengenai kesalahan yang didakwa.
Justeru, kata pihak pendakwaan, Rosmah boleh menyediakan pembelaan yang sewajarnya.
Untuk rekod pada 23 Ogos lalu peguam Rosmah, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tersebut.
BH Online melaporkan Ahmad Akram Gharib sebagai timbalan pendakwa raya bersetuju dengan kenyataan tersebut namun menyatakan proses dokumentasi perlu diselesaikan sebelum perintah mahkamah diteruskan.
Rosmah mengemukakan tiga surat representasi pada 13 Dis 2023 untuk memohon agar pertuduhan tersebut digugurkan.
Kata Rosmah, 73, hari ini, dia akan memaklumkan berita gembira tersebut kepada Najib dan menganggapnya sebagai keadilan yang dinanti sekian lama.
"Pembebasan pada hari lahir, bukan sahaja hadiah bermakna buat saya, malah hadiah untuk 'Bossku' (Najib).
"Saya akan maklumkan berita gembira ini kepada Datuk Seri (Najib). Inilah keadilan yang kita nantikan," katanya yang lahir pada 10 Dis 1951.
Sementara itu Ahmad Akram yang ditemui wartawan memberitahu, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
berita ni merupakan satu kemenangan buat para walanon..
tak caya?.. kalau tak caya, boleh tanya reply komen ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tenggelam jauh thread ni
Bersungguh sungguh doramg nak cover malu
Hey now hey now
Dont let them win |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 19-12-2024 12:12 PM
Bangkem konsisten dari awal cakap rosmah tak bersalah
Tak sia2 perjuangan ikhlas mempertahankan ros ...
terbukti.. bangkem terhindar drpd sebarang fitnah dan perkhabaran dusta |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 19-12-2024 02:17 PM
berita ni merupakan satu kemenangan buat para walanon..
tak caya?.. kalau tak caya, boleh tanya rep ...
Dorang tengah keliru sama ada nak terima rosmah tak bersalah atau nak tuduh kerajaan madani korup
Maybe macai2 tegar tak akan online selama 7 hari untuk cover malu.. dorang akan kembali aktif setelah berita ini reda |
|
|
|
|
|
|
| |
|