Post Last Edit by cmf_anisss84 at 29-6-2011 09:21
#4 - bina ayat
- mari bina ayat dari perkataan2 yg diberi di bawah. setiap ayat mesti mengandungi sekurang2nye 5 patah perkataan(termasuk perkataan yg diberi).
- takde siape betul dan salah. semua akan mendapat kredit. kredit akan diberi mengikut penilaian ayat yg dibuat.
- extra kredit akan diberi jika penjawab memberi perkataan lain yg sama makna.
1. kepercayaan.
Kepercayaan Kepada Tuhan Ialah Salah Satu Teras Rukun Negara Malaysia Perkataan Seerti : Keyakinan
2. keadaan.
Setelah menjalani pembedahan, keadaan ibu masih belum stabil lagi Perkataan Seerti : Suasana
3. bergolak.
Semua pelancong tidak dibenarkan untuk pergi di sebuah Negara yang sedang bergolak kerana bimbang keselamatan mereka apabila mereka di sana nanti. Perkataan Seerti : Kucar Kacir
4. sentiasa.
Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk maju dan berjaya dalam kehidupan. Perkataan Seerti : Sering / Selalu
5. Kesempitan
Akibat daripada kesempitan hidup, Ali terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibubapanya mencari rezeki. Perkataan Seerti : Kesusahan
6. Kerusi
Terdapat 40 buah kerusi dalam bilik darjah itu. Perkataan Seerti : Bangku
7. Mirip
“Sekali pandang rupa adik iparnya mirip dengan kakaknya” kata Cik Kiah kepada Hasni Perkataan Seerti : Serupa
8. Maklumat
“Sila berikan maklumat tentang kongsi gelap di Kuala Lumpur dan kemukakan kepada saya esok” kata Inspektor Azri kepada Detektif Yusuf. Perkataan Seerti : Informasi / Data
9. Meriah
Suasana hari raya di kampung sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara. Perkataan Seerti : Gamat / Ceria
10. lintang-pukang
Ahmad lari lintang-pukang kerana dikejar anjing liar di kawasan perumahannya. Perkataan Seerti : Langkah Seribu
|