KESINAMBUNGAN bagaimana watak Amy Mat Piah (Que Haidar) untuk menggabungkan kembali kumpulan Rimba Bara setelah Zul Kapan, penyanyi utama mereka, dilamar oleh Luncai Emas untuk menghasilkan album Black Metal bersama kumpulan Malaikat Maut. Justeru beliau ingin menyatukan kembali Rimba Bara menjadi band yang popular. Semangat ahli kumpulan Rimba Bara dipupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibu kota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian untuk menjadi kumpulan rock terkenal di persada seni tanah air. Di dalam misi mereka itu pelbagai rintangan yang dihadapi dan akhirnya mereka berjaya memasuki ke Anugerah Juara Lagu 1989 bergandingan bahu dengan Search, Wings dan May.
Anugerah Juara Lagu 1989
Finalis
Januari: "Taman Rasyidah Utama" nyanyian Kumpulan Wings
Februari: "Sekali Aku Jatuh Cinta" nyanyian Nassier Wahab
Mac: "Misteri Mimpi Syakila" nyanyian Kumpulan Wings
April: "Isabella" nyanyian Kumpulan Search
Mei: "Kad Ucapanmu" nyanyian Norsheila Amin
Jun: "Resahku" nyanyian Rohana Jalil ( A. Ali / Lukhman S)
Julai: "Sendiri" nyanyian Kumpulan May
Ogos: "Janganlah Menghancurkan" nyanyian Shidee
September: "Cintaku Hanyut di Lautan Sepi" nyanyian Ramlah Ram
Oktober: "Segalanya Kuterima" nyanyian Kumpulan Ilusi
November: "Bersama Suara Hati" nyanyian Kumpulan Gersang
Pemenang
Juara Lagu
1. "Isabella" nyanyian Kumpulan Search
2. "Segalanya Kuterima" nyanyian Kumpulan Ilusi
3. "Cintaku Hanyut di Lautan Sepi" nyanyian Ramlah Ram
Persembahan Terbaik
1. Kumpulan Search - "Isabella"
2. Kumpulan Wings - "Taman Rasyidah Utama"
3. Kumpulan Wings - "Misteri Mimpi Syakila"