MeeSai posted on 29-8-2012 02:40 PM
mcm mana org2 di situ bole percaya pd ayah pin..
tak pernah mengaji ke..
baru keluar dr gua ? { ...
Kebanyakan pengikut dia berjawatan tinggi....doktor...lawyer....
dulu sibuk cari ilmu dunia, bila org cerita benda pelik sikit, dah rasa tu lah ilmu akhirat.....
hantukiller posted on 29-8-2012 02:14 PM
Yg paling seni sebab sejarahnya....
Yg buat pun tak pakai duit rakyat, cuma duit derma:lo ...
owho..mcm tu..tapi rasanya tinggalan runtuhan dekat tapak tu pun da cukup untuk kita nak kenang sejarahnya...
kalau nak dibuka utk public pun, kene kira faktor maintenance etc etc..kos jgk tu..
nak kata struktur tu semua ada architectural value yg berbaloi utk kita appreciate, tak juga..'mickey mouse' je pun
so better biar je la tinggal ruins je kat situ..masih bole jadi tourist spot (kalau ada yg nak melawat lah)..tanpa perlu kos tinggi..
Aku pun nak tanya ape fungsi cerek besar gedabak tu.
Fungsi dia dalam tu ruang sebesar bilik mesyuarat, ada kerusi, ada aircond. Kemungkinan besar sebagai ruang tetamu besar yang datang berehat sebelum masuk ke dewan besar mereka.
Cerek atau kendi tu, ada saluran paip yang bersambung ke telaga... telaga tu sedikit berbau hanyir. Telaga ni dikatakan diludah Ayah Pin sbg ubat mujarab kepada pengikutnya. Jadi kalau suis dipasang saluran paip dari telaga akan mengangkut air ke kendi dan mengeluarkan pancuran air.
Dalam hal penyerbuan ke atas tempat Ayah Pin, sebelum diserbu/diroboh tempatnya, sudah ada kes dakwaan di Mahkamah Syariah tak silap saya tentang ajaran sesat dia. Asalnya dari ajaran ratib kuat, beratip sampai bergegar rumah. Dikatakan menuntut ilmu dengan ayah mertuanya Hasan Anak Harimau (betulkan saya kalau silap). Bila Hasan Anak Harimau diwarta sesat ramai pengikut lari dan beralih kepada Ayah Pin. Dia pula menyebar di sebuah kampung tak ingat nama. Tempat Ayah Pin memang "habis sut". Selepasnya hutan. Sepertimana kalau anda pernah sampai ke daerah Ulu Terengganu.. abis jalan tar... tutup dengan hutan, begitulah tempat Ayah Pin. Jadi dari segi tempat memang sesuai sebagai tempat ajaran sesat kerana amat terpencil. Jadi mudah bagi Ayah Pin training/basuh penduduk sekitar kejiranan markaz mereka.
cemana bole ikut ayah pin reramai kemain..kut hensem mcm aaron aziz ke lain jugok..
Sebelum serbuan beberapa bulan sebelum itu tersebar video Ayah Pin salinan dari risikan pejabat agama. Saya pernah menonton salinan tersebut. Tidak beberapa lama baru tersebar ke tv dan arus perdana. Artis pun ramai, yang kelihatan dalam cd tersebut kita kenallah. Tapi ada desas desus senarai beberapa artis tidak kelihatan dlm cd tersebut juga terlibat dengan Ayah Pin. Ayah Pin menjanjikan hapus dosa, sporting, bertolak ansur kerana itu geng2 artis ni yang sedia maklum jauh tersasar dari agama mudah menerima cara Ayah Pin. Satu lagi bila berubat, sekali tepuk orang lumpuh boleh jalan beb.
Masih ingat lagi kata-kata Ayah Pin di Bali depan sami hindu Bali, "Dulu saya sudah mari ke sini (beratus tahun dulu) sebagai orang lain, sekarang saya mari lagi ke sini sebagai orang lain." Tok sami Bali angguk jer. Ini merujuk kepada reinkarnasi dalam agama Hindu.
Kalau dilihat pada bantuan suply binaan mozek dikatakan dari sebuah syarikat yang ada hubungkait dengan orang kuat UMNO Besut ketika itu (nama xperlu sebut). Tapi kerana kerajaan UMNO yang memerintah maka hal tersebut direndam agar tidak menjadi bahan politik pembangkang. Hal ini pernah disebut kawan saya beberapa tahun dulu lagi ketika masih belajar. Ini bermakna hal ini suply bahan mentah ini sudah menjadi rahsia umum masyarakat Besut ketika itu.
Dalam bab ajaran sesat nih susah nak banteras. Hapus mereka bukak kat tempat lain plak. Seperti ajaran Ayah Pin, ada dua tempat dikatakan dibukak anak muridnya satu di Jerangau dan satu di Pasir Panjang. Di Pasir Panjang nih selepas kene serbu markaz induk dia di Besut... slow selalu di rumah pakcik nih. Kalau dulu bergegar rumah dengan zikir penduduk ini. Selain zikir kuat, yang ketua di Pasir Panjang tak gi solat Jumaat. Hasil risikan dah hilang entah ke mana, rumah tu pun kadang2 cerah.
agak2 ayah pin ni da kena tangkap ke belom ek? xtawu citer r..
Hasil risikan masih berada diantara sempadan Malaysia-Siam. Sejak dari hari orang nak tangkap dia, dia dah lari. Akhirnya ke sempadan. Masa tu askar siap bawak moto scrambler round hutan. Pada saya kalau kerajaan nak tangkap sekejap jer... tapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanya yang melambatkan tangkapan.
Hal Hj Lokman gi hapus jin Ayah Pin pun sebenarnya ada orang nak nama daa... bukan Hj Lokman. Beliau tidak terlibat hal nama nih. Tapi ada orang lain nak Tuanku Sultan pandang "dia"... Kerana nak dikira kata jin ganggu proses perobohan bangunan, 2-3 malam sebelum tu selamba jer geng serban gi pecah cermin dewan dan siap bakar lagi.
Dan kalau lihat dalam gambar hanya view pada tempat cantik jer.... diluar bangunan cantik yang tak besar mana tu dikeliling rumah kampung yang serba daif.
te_peng posted on 29-8-2012 04:03 PM
Fungsi dia dalam tu ruang sebesar bilik mesyuarat, ada kerusi, ada aircond. Kemungkinan besar seba ...
ooo...begitu ceritanye ye
tu la, terlalu banyak penyelewengan fakta. yg kami x tau pape ni, terus ajer menerimanya bulat2.
papepun, trima kasih atas penerangan bro te_peng
xde ke kt malaysia nk buat program cam ''dua dunia'' cam kt indon sana tuh. boleh berinteraksi ngan hantu jin utk mendapatkn cerita sebenar sst tempat atau kejadian.
xde ke kt malaysia nk buat program cam ''dua dunia'' cam kt indon sana tuh. boleh berinteraksi ngan hantu jin utk mendapatkn cerita sebenar sst tempat atau kejadian.