CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Pendapatan pengemis sehari minimum RM500

[Copy link]
Post time 9-10-2012 10:06 AM | Show all posts
memang kaya la sape2 yang jadi pengemis ni...org malaysia ni murah hati dan lembut hati bila tengok org yg kesusahan dengan alasan nak buat amal kebajikan, tapi tak sangka disebaliknya kita diperbodohkan...ntah la, nak percaya sape ntah skang ni...ada kudrat 4 kerat tak dgunakan dengan betul....pastu, selalu makan kat kedai mamak ada jer budak2 mintak sedekah..selagi tak bagi, selagi tu la dorang terpacak depan kita tengok kita makan...lepas tu kalau lepak lama-lama pun, dorang akan datang berkali-kali...kadang-kadang kesian, kadang-kadang rimas...mula-mula rasa ikhlas, lepas tu rasa menyampah & meluat....aish...over la pulak...maafkan saya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 10:21 AM | Show all posts
sehari rm200? huhu..lagi banyak dari pendapatan iol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 10:30 AM | Show all posts
aku pon pernah terkena masa tunggu bas kt ipoh... makcik tu siap ugut lelaki yg yg dtg dgn dia nak pukul aku kalo aku tak bagi duit... aku ade RM5 je... mase tu praktikal mane ade duit bnyk huhu... badi aku dgn org mntk2 duit nie...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:07 AM | Show all posts
Aku pun pernah sedekah kat mamat sorg kata nk minta derma sebb buah pinggan dia ada masalah siap tunjuk surat doktor lepas tu...dh tuhan nk tunjuk dia tu tipu dpt duit aku masuk kedai main mesin judi...mcm [email protected] direct masuk tempat tu mintak duit aku blk..

Jgn buat main dgn aku!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:12 AM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 8-10-2012 04:08 PM
teringat kisah mazidul...

Hampeh betul~
Dah habis mengemis, kopiah hilang entah ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:23 AM | Show all posts
pendapat aku lah.., kerajaan atau ngo yg boleh dipercayai kena buat pondok khas dan diletakkan tabung derma bertujuan untuk bagi kpd pengemis x2  yg di daftarkan kat situ..., baru org ramai percaya ..,  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2012 12:10 PM | Show all posts
sesasaku posted on 9-10-2012 12:07 PM
Aku pun pernah sedekah kat mamat sorg kata nk minta derma sebb buah pinggan dia ada masalah siap tun ...

so u got ur money back?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:27 PM | Show all posts
aechae posted on 8-10-2012 08:31 PM
nk jd pengemis dpt untung segera pn, aku xde bakat, xde rupa....terpaksa laa keja mkn gaji je, xdpt  ...

awak mmg takde rupa pengemis.  awak ada rupa dan bakat artis.   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 12:39 PM | Show all posts
aku kalo jumpa budak2 yang mintak sedekah ni memang aku takde nak bagi duit tapi aku belanja makan.kadang makan sama kadang aku suruh bungkus je. kalau bagi duit bukan dapat kat diorang pun, dapat kat sindiket adela.so bila bagi makan setidaknya itu dapat kat mereka sendiri.puas hati aku sebab sindiket tak dapat ape2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:48 PM | Show all posts
sebelum n pernah terkena org mintak duit nak bayar tambang la... sekrang ni kalau xde duit nak balik... pernah aku offer nak tolong belikan tiket... tunggu sampai dia naik bas & bas tu jalan... tau lak takmo naik bas tu, kalau minta duit nak makan bawa dia g makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 01:01 PM | Show all posts
time hari raya dan hari jumaat lagi ramai
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:18 PM | Show all posts
aku teringat lak kt kl sentral ade mamat dtg approach cakap tak cukup duit lagi 2ringgit setengah nak balik kuantan..
aku bagi je...dia kacau waktu aku tengah menghayati buah jambu..kacau fefeling betul...aku gasak jer la bagi...
pehtu pi main jauh2
apa die buat lantak kome lah..

kalau kat jalanan pun aku susah nak bagi..bek aku bagi kat umah anak yatim terus...
sebab rasa macam tak ikhlas je kalau bagi dekat orang tepi jalan sebab dah banyak sangat dornag ni dikantoikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2012 01:36 PM | Show all posts
Fokus: Pengemis mampu kutip RM500 sehari
ROSMIZA KASIM, IZWAN ROZLIN, MOHD AZLIM ZAINURY, HAZELEN LIANA KAMARUDIN, HIDAYAH HAIROM
9 Oktober 2012



ALOR GAJAH - Aktiviti mengutip derma di daerah ini dilihat semakin menjadi-jadi terutama hadapan pintu masuk bank, stesen minyak, tempat letak kenderaan, kedai makan dan pasar raya besar.
Difahamkan, seorang ‘ustaz’ ditugaskan menghantar dan mengambil pengutip derma dalam kalangan kanak-kanak atau remaja dengan kereta mewah, sekali gus menjadikan amalan ini seolah-olah perniagaan untuk mengaut untung berganda.

Wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai penderma berpeluang mendengar pengalaman dua pengutip derma berusia 11 dan 15 tahun di dua lokasi berasingan.

Adawiyah ketika ditemui di hadapan sebuah stesen minyak di sini, berkata, dia terpaksa melakukan kerja itu kerana desakan hidup.

"Sudah tiga tahun saya mengutip derma. Saya lakukan dengan sukarela, bukannya atas paksaan seperti didakwa sesetengah pihak, malah ‘ustaz’ juga mengajar kami bagaimana melariskan jualan,” katanya.
Menurutnya, dia dan rakan lain mampu mengutip RM300 hingga RM500 sehari bergantung kepada tempat dan keadaan kerana hasil  diperoleh mungkin berlipat ganda daripada jumlah kutipan derma yang disasarkan di setiap daerah.
“Setiap sektor ditempatkan seorang remaja perempuan atau lelaki. Kami akan dipantau seorang ‘ustaz’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri kami dari dalam kereta mewah agar aktiviti yang kami jalankan berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Kami menjual beberapa keping cakera padat (VCD) dan beberapa jenis minyak pintar untuk kecerdasan minda kanak-kanak serta dewasa dengan harga RM20 setiap satu. Semua hasil daripada jualan barangan ini diserahkan sepenuhnya kepada ‘ustaz’," katanya yang dibayar RM10 hingga RM15 sehari.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis kaya bukan dongeng]

Menurutnya, hasil kutipan akan diserahkan kepada pengetua untuk dana markas iaitu tempat mereka semua menumpang teduh.

Seorang lagi rakannya, Hurhidayah Suliman berkata, aktiviti mereka bermula selepas tamat sesi persekolahan sebelah pagi dan bermula jam 11 pagi sehinggalah 10 malam.
Menurutnya, mereka akan diberikan taklimat sebelum bergerak dan dihantar menggunakan van atau MPV ke lokasi ditetapkan.

"Kami hanya diminta memilih pelanggan berduit dan yang mudah dipengaruhi supaya mereka membeli VCD serta tisu yang dijual.
“Kami mengharapkan jualan ini untuk terus hidup. Jika kami tak buat kerja ini, kami nak makan apa, lagipun bukan senang nak cari duit lebih. Walaupun terpaksa kami tetap relakan juga untuk bersemuka dengan orang ramai yang bermacam ragam,” katanya.

Nurhidayah berkata, dimaki hamun, dihalau dan diludah sudah menjadi perkara biasa buat mereka yang mengutip derma.

"Tapi ramai juga bersimpati dengan kami dengan memberi derma dan menasihatkan kami supaya menjaga diri," katanya yang biasanya mengalas perut dengan sekotak air soya dan  sebungkus roti sepanjang mengutip derma.




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:45 PM | Show all posts
org buta skang blaja pandai2...ramai yg masuk u..dorang mrh bile kite bg sedekah..sbb dorg tau dorang mampu kerja. xperlu dpt duit dgn cara mengemis
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:54 PM | Show all posts
tolonglah jangan bagi title ustaz dekat orang2 bangsat. buat busuk title ustaz je. kalau nak sebut ustaz pun, tambahla kepala bana ke kan baru orang tau ni ustaz tak betul. ustaz kepala bana.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 02:07 PM | Show all posts
ni menandakan rakyat malaysia kaya raya...dalam rancangan mazidul aritu pun sorang2 bagi 10 ringgit...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 02:09 PM | Show all posts
sorry to say, selepas berita camni keluar, ramai yang sedar tentang pengemis kaya raya ni, tapi makin ramai juga akan bertukar profession kepada pengemis kerana mengetahui peluang kaya raya dengan mudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 02:25 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 8-10-2012 07:53 PM
aku ingat dlm 17 tahun dulu masa aku kat kl pon trick gini gak.... aku ada apek mintak 5 hinggit n ...

Seremban juga?..  tapi tak semua menipu rasanya sbb pernah berlaku kat diri sendiri pergi kl pastu something happen dah takde duit nak balik rumah..lama tunggu kat bus stop fikir nak buat mcm mana sampai nangis..pastu ada abg ni tanya knp pastu dia beri duit tambang balik...so sbb tu i mcm 50/50 hal pengemis minta duit tambang ni...tapi bila fikir balik apasal sampai rm30 pakcik semalam minta sbg tambang balik seremban.bukan dkt je ke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 02:38 PM | Show all posts
org malaysia pemurah tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 03:24 PM | Show all posts
dekat klang sentral ni pon ada gak pengemis ni.aku rasa dy baru je kot mulakan profesion dy kat sini.
mula2 dy datang dekat,pastu tanya aku"di,pakcik nk cakap skit bole tak" pastu aku tgk dia atas bawah.hati aku rasa tak sedap,pastu tangan plak sorokkan kat belakang,tangan dy terketar2.gaya dy nampak macam nak buat benda jahat.last2 aku undur belakang dan buat muka takut.pakcik tu malas nak kacau aku lg kot sbb tempat tu tempat terbuka.aku rasa kalo situ tempat tertutup,mesti dy approach lg sampai ak bg duit.

lepastu,ada pompuan tu,baru ja msk keta,pakcik tu datang dekta tingkap keta dy,ketok2 tingkap.pastu pompuan tu wat donno je.bila pompuan tu nk undur.baru pakcik tu pegi jaoh2 skt.

lepastu plak, ada sorang pakcik india ni tunggu kat bhg depan klang sentral ni.tunggu aank dy dt amik.sementara pakcik ni tunggu,pakcik pengemis tu datang,cakap2 skit sambil buat muka sedih.pastu pakcik india ni hulur la rm5.lastnya,merasa jgk dy duit mengemis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.130981 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list