CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsuri

[Jenayah] Najib: 'Memang saya ada jumpa soros'

[Copy link]
Post time 13-10-2012 11:54 AM | Show all posts
awat sebut  kunjungan hormat weh

sbb utusan meloye ngan TV 3 suku kata soros tu penyangak

najib kunjungan hormat penyangak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 11:59 AM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 13-10-2012 11:54 AM
awat sebut  kunjungan hormat weh

sbb utusan meloye ngan TV 3 suku kata soros tu penyangak

dah tak boleh pakai dah perkataan penyangak tu...media macam utusan atau tv3 kena semak balik...tahun 2006 mahathir dah tarik balik mengatakan soros punca kejatuhan ringgit....panggil yahudi pun x boleh sebab soros menentang anti semitism....

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:00 PM | Show all posts
abgboroi posted on 13-10-2012 11:42 AM
x juga....walaupun kita anggap disana itu ini bagus tapi ramai  juga x puas hati ngan presiden...k ...

aku cuma ckp psl kebebasan institusi dr pengaruh presiden saja, aku tak cakap psl approval ratings pun
yg totok belah sana tetap totok belah sana, yg totok belah sinun tetap totok belah sinun...kalu kau sembang dgn rednecks felda pedalaman amareka mmg ler huduh belaka dasar2 puak liberal tuh, semua tak betui
sbb tu dlm 50 negeri, battleground states cuma dlm 10 saja, yg tentukan sapa yg menang sapa yg kalah...segala kempen, segala ceramah, segala tenaga mmg tumpu kat negeri2 tu ajer
sbb negeri2 lain dah dikira negeri totok, letak batang pisang jadi calon parti depa pun depa undi batang pisang...kempen pun buang masa saja
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:06 PM | Show all posts
abgboroi posted on 13-10-2012 11:45 AM
ehehe...ko rasa RPK ker tulis tu...macam kelakar ajer bunyi nyer kan...ada benda boleh setuju dala ...

aku speku saja...tak pasti pun..tapi bunyi membebel mcm rpk, isam rais pun bulih jadi...tapi kot kj pun tatau lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:13 PM | Show all posts
hzln posted on 13-10-2012 12:06 PM
aku speku saja...tak pasti pun..tapi bunyi membebel mcm rpk, isam rais pun bulih jadi...tapi kot k ...

aku pun pelik..naper takde original...artikel tu macam lempar batu sembunyi tangan...org ni tahu macam macam...

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:17 PM | Show all posts
hzln posted on 13-10-2012 12:00 PM
aku cuma ckp psl kebebasan institusi dr pengaruh presiden saja, aku tak cakap psl approval ratings ...

ahakss...kalau texas tu x sokong presiden....berjuta rakyat texas tu telan air liur ajer bila kutukan dan kempen mereka x menjadi....dah laa chauvinist sesama american...jgn harap laa org utara nak layan org kg dari southern tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2012 12:24 PM | Show all posts
pukas sungguh joj soros najib pun dia jumpa anuar pun dia jumpa pada fikirin saya mengundi di malaysia adalah undi utk joj soros
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:25 PM | Show all posts
Mana tu peliwat...dan chinadoll client.....nape x setel lgi...yg boleh terima bantuan syaitan pn...sama gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 12:27 PM | Show all posts
angkara penyangak joj soros nilah niaga saya bangkrup pada jaman ekonomi gawat. saya tidak akam undi joj soros
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:36 PM | Show all posts


idola terbaru pakatan=soros
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 01:22 PM | Show all posts
abgboroi posted on 13-10-2012 10:58 AM
alah soros sarcastic ajer tu...takde laa betul sangat pun apa dia tulis...dia bengang mahathir pan ...

aku rs aku x setuju itu jah..yg lain apa dia kata suma betul..mmg madet bodoh pn
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 01:33 PM | Show all posts
BUKU PANDUAN JASA DIBONGKAR !!! Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan, tapi makan diri

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Awar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Isu-isu lain yang dimuatkan di bahagian ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen Jasa -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.
http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/2-issues-explanation/698-panduan-penjelasan-isu-semasa.html

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 01:34 PM | Show all posts
roy3 posted on 13-10-2012 01:22 PM
aku rs aku x setuju itu jah..yg lain apa dia kata suma betul..mmg madet bodoh pn

to be fair mahathir sebenarnya bagus...tapi ada juga kelemahan kelemahan...dia kena dengar cakap org lain juga...

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 01:38 PM | Show all posts
hzln posted on 13-10-2012 01:33 PM
BUKU PANDUAN JASA DIBONGKAR !!! Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan, tapi makan diri

Projek memb ...

bodoh laa siapa kata soros agen zionis....dia sendiri menentang dasar dasar israel dan amerika...walaupun begitu dia bukan anti semitism...

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 02:04 PM | Show all posts
abgboroi posted on 13-10-2012 11:00 AM
amerika pun teruk juga tapi diorang pandai cover line...satu lagi diorang berjaya kurangkan persep ...

agama depa byk unsur setan, senang la nk memantau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 02:18 PM | Show all posts
tupaiterbang posted on 13-10-2012 02:04 PM
agama depa byk unsur setan, senang la nk memantau..

yaps tupai...diorang majoriti bukan practice kristian life atau sebarang agama neney moyang....yg nak follow agama..silakan tapi jgn kacau ngan hak kebebasan org lain....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 05:04 PM | Show all posts
geolimarkisa posted on 13-10-2012 12:36 PM
idola terbaru pakatan=soros

Apa bangang ko nih ..Najib pun dah ngaku jumpa soros so idola ko la soros tu habis pemimpin parti ko pi sujud kat soros..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 06:45 PM | Show all posts
Kesian Soros asyik jadi scapegoat jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 06:48 PM | Show all posts
Apo kato utusan dan ANkel felda
nak jilat ludoh balik ko?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 07:09 PM | Show all posts
so, siapakah pilihan hati soros, najib atau anwar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.168791 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list