|
BungaSaffron posted on 20-10-2012 09:48 AM
pasal apa? laki makcik ko tu sakit ke
sakit????......sehat sepanjang tahun jek aku tgk....segak bergaya lagik.... |
|
|
|
|
|
|
|
1)orang kelantan suka berpuak
Bukan berpuak tetapi bersatu padu. Negeri mana yang boleh menongkah arus memilih pembangkang untuk mentadbir
kerajaan negeri pada tahun 1990.Berpakat ramai-ramai menonton bola di stadium Bukit Jalil sampai melimpah ruah.
Berpakat ramai-ramai menyewa bas balik kampung ketika belajar di universiti. Cuma mereka tidak mendaftar
Persatuan Kelantan maka kita menuduh mereka berpuak. Rasanya kalau mereka mendaftar persatuan dan membuat aktiviti
mesti kita kata mereka berpersatuan.
Tengok saja orang cina ada Persatuan Hokkien,Persatuan Hokchien,Persatuan Teochew,Persatuan Hakka dan Persatuan
Hainan. Ada kita kata orang cina berpuak? Kita cuma kata orang cina menindas orang Melayu (bagi orang berfikir
negatif) atau bersatu padu (bagi orang berfikir positif).
Konsep berpuak yang dituduh orang kepada orang Kelantan adalah sama seperti orang Yahudi mementingkan bangsa
mereka,orang Cina mementingkan bangsa mereka, orang Korea mementingkan bangsa mereka dan orang Jepun mementingkan
bangsa mereka.Jadi betulkanlah istilah ini sebagai BERSATU PADU.
2)suka cakap loghat pekat sesama mereka dgn nada yg kuat
Rasanya kebanyakannya bercakap biasa je tak kuat. Yang kuat tu segelintir kecil sahaja. Orang Jawa cakap Jawa sesama
Jawa, orang utara cakap utara sama geng, orang Terengganu cakap Terengganu sama geng, orang Nogori cakap Nogori
sama geng, orang Sabah cakap Sabah dan orang Sarawak cakap Sarawak. Cuma orang cina je suka cakap kuat.
Jadi sebenarnya tiada isu di sini.
3)org muda kelantan byk masalah sosial seperti menagih dadah dan main pelacur
Masalah sosial seperti menagih dadah dan main pelacur mana-mana negeri ada. Cuma tiada kajian terperinci je.
Kalau bab main nombor ekor mungkin Melayu negeri lain sangat kuat berbanding dengan Kelantan sebab negeri lain
bebas main judi. Tengok saja di Kuantan (aku pilih Kuantan sebab Kuantan pun ramai Melayu berbanding cina
supaya setara dengan Kota Bharu yang sangat ramai Melayu) ramai je yang main nombor ekor. Jadi tiada isu
yang besar sebenarnya.
Satu lagi yang biasa orang tengok budak2 Kelantan ni suka pow dan bergaduh dengan orang lain. Pada pemerhatian
aku le (aku rasa orang lain ramai yang tak perasan) budak2 Kelantan ni tak kira latar belakang apa pun berani
berhijrah ke bandar2 besar seperti KL, Penang & JB. Tu yang kita tengok dekat IPTA ramai je orang Kelantan.
Kat kilang2, gerai2 makan dan kerja kuli punn ramai je orang Kelantan. Cuba bagi tahu aku orang Johor, KL/Selangor
dan utara yang yang tak masuk IPTA, mereka kerja di mana? Mereka cuma duduk kampung, tak nak berdikari dan
berhijrah.
Jadi sesiapa kata orang Kelantan malas dan jahat mungkin mereka tengok spesis Kelantan yang degil ni. Sepatutnya
mereka tengok sekali di IPT, kedai-kedai dan kilang-kilang orang Melayu mana yang mendominasi. Kita tak dapat
tengok orang lain buat onar di JB atau lembah Kelang mungkin sebab mereka sebenarnya jaguh kampung yang tak
berani keluar kampung.
4)lelaki kelantan ayat manis (pendpt ekstrem: suka kacau bini org)
Aku rasa sama je dengan negeri lain. Cuma orang negeri lain yang ayat manis kebanyakkannya tak berani keluar
kampung sebab jaguh kampung. Oleh itu, di KL kau nampak orang Kelantan je ayat manis.
Yang aku perasan masa belajar di IPT dulu, daripada sepuluh orang kawan aku yang bapaknya buat poligami,
6 daripada 10 mesti orang Kelantan. Mungkin siapa2 boleh bagi pendapat.
5)kelantan adalah negeri kotor
Negeri lain pun kotor jugak. Tapi kalau tengok kat pasar tani @ pasar malam memang kotor. Kalau bawak kereta
kat Rantau Panjang waktu malam, mesti sangkut plastik bawah kereta. Negeri lain pun kotor jugak tetapi di
Kelantan lagi kotor. Orang Kelantan kena berubah pasal kebersihan ni...
6)peminat bola sepaknya yang fanatik
Dulu zaman Kedah, Selangor dan Perak tiada apa2 pun. Cuma ni zaman bola sepak Kelantan berada di puncak orang kata
fanatik. Sebenarnya bukan fanatik tetapi bersatu padu dalam jumlah yang lebih ramai.
7)masalah keluarga x bg kawin sbab pasangan org kelantan. Vice versa
Orang negeri lain pun sama saja. Sebabnya kau tengok orang Kelantan ramai di KL. Kenapa kau tak jumpa orang
negeri lain macam tu? Jawapannya ada di nombor 3.
Aku tengok orang yang banyak kutuk banyak pasal Kelantan sebab:
(i) Dia tak keluar tengok negeri, budaya, orang lain
(ii) Dia susah nak jumpa kawan2 dari negeri lain
(iii) Orang negeri lain susah nak berhijrah ke bandar besar jadi dia susah nak buat pemerhatian
Kalau nak bercerita pasal negeri lain ada saja keburukannya cuma mereka tidak ramai di bandar2 besar.
Orang Sabah & Sarawak lagi kuat semangat kenegeriannya. Semua kaum termasuk cina bersatu. Orang luar
susah nak masuk join sekali.
Orang Nogori, Perlis, Penang susah nak jumpa kat KL. Mana diaorang ni ekk?
Orang Johor suka poyo cakap besar tapi nan hado.
Orang Terengganu selalu cemerlang dalam akademik. Tetapi tak ramai macam orang Kelantan kat IPTA. Ke
mana mereka ini ekk?
Orang Pahang banyak sangat loghat ikut daearah masing2 sampai tak bersatu atas nama negeri Pahang.
Orang Kedah pun suka duduk dalam puak2 jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan antara negeri yang mencatatkan purata pendapatan isi rumah yang terendah. |
|
|
|
|
|
|
|
hakass009 posted on 25-10-2012 01:57 AM
sakit????......sehat sepanjang tahun jek aku tgk....segak bergaya lagik....
habis tu kenapa? malas ke |
|
|
|
|
|
|
|
sang_sapurba posted on 25-10-2012 01:58 AM
1)orang kelantan suka berpuak
Bukan berpuak tetapi bersatu padu. Negeri mana yang boleh menongk ...
Sangsapurba, pendapat awk memang jujur. Cuma statement yang last2 tu bahaya. Kalau tak disertai hujah yang baik dan fakta, kena tone down atau olah sikit ayat. Walaupun apa yg Sangsapurba cakap psl org negeri lain tu ada betulnya, tapi lebih baik kita jgn prejudis mcm sesetengah org luar.
Bagaimanapun disebabkan persepsi buruk(yg malangnya ada yang betul mcm 'pengotor'), org2 Kelantan saya nasihatkan mesti menjadi bangsa yg superior dlm bidang mereka. Itu tanggungjawab yang melekat di dahi setiap anak Kelantan. Ambil contoh plg dekat, goalkeeper Malaysia, Apek. Dia hebat dlm bidang dia. Dari prejudis beralih pd pujian, dan perempuan2 luar negeri juga minat Apek.
Laki2 kelantan(dan perempuan) yang inferior, akan menjadi modal dan bahan orang luar menanam sifat prejudis. Boleh tgk sendiri dalam thread ni walaupun dah explain banyak kali, tetap ada. Kita tak nak jadi macam tu. Hari ni media(utusan) memainkan isu psl Kelantan lagi di tajuk utama bertajuk 'org kelantan paling ramai minta kerja di SPA'.
Saya fikir beberapa minggu sebelum kempen pilihanraya di luar, kempen halus media sudah berjalan. Di post lepas dlm thread ni, ada dikepilkan link media menwar-warkan psl 'kelantan plg byk kes HIV' tanpa beri statistik dan perbandingan dr negeri lain. Jangan terkejut lepas ni, isu2 di Kelantan psl kebersihan, air, jenayah, kekeluargaan, pelajaran dan sebagainya akan dihidang.
Tp org Kelantan, kalau korang bukan sapa2, apa yg korang boleh buat? Jadilah bangsa yg superior.
|
|
|
|
|
|
|
|
kt forum cari ni mmg xhabis2 ngn isu kelantan, mane2 board pn mesti ade. boleh tgk mentaliti melayu yg mmg suke mengumpat, mengutuk, suke jaga tepi kain orglain tapi kain sendiri terkoyak xsedar.
beza dgn forum lowyat yg kaum bercampur, kt kopitiam je yg kdg2 ade isu jenis ni..subtopik lain kebanyakan akan share knowledge n xde borak merapu. oh melayu...mmg rendah sungguh minda..
tp sabar la org klate, kita dh biase diprovoke, mcm negeri klate ni negara lain dah..sabar je la, org yg duk mengutuk ni bukan hebat sgt pun..diorang xde keje, tu sbb byk je idea nk kutuk org..pastu xpenah keluar negeri sendiri..otak mmg xberkembang, tu yang jakun sangat.
p.s:
teringat kes semua makhluk kt negeri yg sentap lepas kena kutuk katenye bandar mulia termaju peninggalan nenek moyang kena kutuk sebab xde jual famous amos..siap meroyan buat page fb lagi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
BungaSaffron posted on 25-10-2012 11:41 AM
habis tu kenapa? malas ke
ya betooolllllllllll 100 merkahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalu nok mengutuk ore2 kelate..sila g mengutuk kat CI...harap mod lock thread bodo ni....mcm le org negeri2 lain pangai macam malaikat......... sapa2 yang berkuasa dlm politik tu..kalau anti sangat dengan org kelantan..sila tendang je kelantan dari persekutuan.....aku mmg meluat dgn org2 duk cita benda2 bodo ni..seolah2 org2 negeri depa je BERSIH,RAJIN....mentaliti PPRT semua.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pembaca2 sekalian, thread ni bukan tujuan untuk mengutuk. Jangan salah faham dan BACA dari post awal. Ia nya bertujuan untuk kita memberi pendapat secara terbuka dan ILMIAH. Kita semua ada hak bersuara dan mesti berlapang dada, jangan cepat melenting, jangan ber-emosi. Walaupun ada yang cuba reply secara provoking, tapi kita tak perlu terbawa-bawa.
Perbezaan pendapat tu takpe sebab kita semua hidup dlm negara demokrasi. Saya rasa pembaca2 semua-nya bijak pandai dan terpelajar, boleh menerima perbezaan pendapat dan tak terbawa-bawa dengan emosi. Yang mana kita tak setuju, kita berhujah dengan baik, tak perlu maki hamun dan mengamuk.
Kalau tercuit sikit nak tutup thread, itu bukan caranya. Itu cara masyarakat dunia kelas ketiga. Kita masyarakat yang menuju kelas pertama, kita boleh berbincang perkara2 sensitif secara terkawal dan ilmiah. Kemukakan hujah anda dengan baik, sebab korang org kelantan yang terpelajar. |
|
|
|
|
|
|
|
mod,sila tutup thread yang tujuan utama nya nak memburuk2 kan org kelantan..x cukup duk kutuk2 kat CI..sampai ke sini wat thread ke,bai? mcm le ko ni ore kelate....bila ko bukak thread mcm ni..berduyung2 set2 anti kelate akan bukak cerita basi....tgk le akhir thread ni..mmg semua cita2 basi jaman2 dulu...dah le..aku dah masak dgn pangai org luar yang cukup anti,alergik dan dengki dgn bangsa aku - kelantan....x yah le nak menyamar2 kunun2 ore kelate..bangsa kelate x akan memburuk2 kan bangsa dia sendirik..kecuali kelate murtad yg perasaan urban.... |
|
|
|
|
|
|
|
org kelantan...kalo x setuju dgn beberapa perangai yg sebenarnya x elok akan terus dituduh kelantan murtad
wadefak!! |
|
|
|
|
|
|
|
untuk mengelakkan kebencian orang negeri lain pada org kelantan, sewajarnya org kelantan tak payah berckp bahasa ibunda bila berada di luar kelantan, tidak makan makanan kelantan, dan apabila bertemu kawan2 senegri, buat2 tak kenal saja
-ni aku tgok org kelantan bila bertemu kawan2 senegeri bukan main lagi bertegur sapa
-satu lg, kesetiaan pada negeri tu kurangkan sikit |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita tgok org2 kl kan, kalau berlaku eksiden ke apa ke masalah, diorang mana nak bantu sama2 melayu, tgok sajalaaaa
-org kelantan patut adapt budaya ni, biar urban sikit, aku tinggal di cheras, masyarakat sini memang tak peduli satu sama lain |
|
|
|
|
|
|
|
isteri sy ore kota bharu, dan kitaorg pun baru je berkahwin masa hari raya ogos lepas...
sebelum tu sy tak pernah bermimpi pun akan berkahwin dgn dia..
apatah lagi mak ayah sy pun tak berapa sukakan org2 kelantan..
tapi, knpa sy memilih dia?
sedari awal lagi sy dah tau identiti kekelantanan dia tu memang sgt kuat..
beberapa kali jugak la kitaorg bergaduh dan tak sependapat masa dedulu.....
tapi korang pernah tak dengar pepatah yg menyebut nak menawan api kena siram minyak keatasnya...
mesti jarang yg dengar kan?
selalu yg kita dengar, nak lawan api mesti dgn air...
ok, mari kita tengok algoritmanya :
mereka adalah "sebegini"..
jadi,
jika kita secara ekstrem menawan mereka melalui "minat dan citarasa" yg mereka sememangnya boleh terima..
maka
mereka akan marak seiringan dgn kita..
jadi,
secara tak langsung mereka berubah dari A ke B tanpa sedikitpun kehilangan identiti sebagai A, malah mereka juga diterima oleh pihak yg mengamalkan fahaman dan corak B.
sifat kekelantanese mereka tu bagi sy hanya bersifat setempat shj... bukan secara global..
buktinya,
jika mereka seorg shj, dan tiada kengkawan lain... mereka akan menjadi "kita"..
perkara sebaliknya akan berlaku jika wujud "magnet" lain yg berdekatan yg membuatkan semangat kenegerian mereka teraktif tanpa sedar..
dan yg paling best adalah,
jika kita menjadi "mereka".... maka mereka akan secara automatiknya akan mengendahkan apa shj perkara lain serta menolak perkara2 lalu seperti pernah disakiti / menyingung mereka... dan melayan kita bagai saudara rapat... sesuatu perasaan yg bg sy sgt berlainan diperoleh bila kita switch identity..
ok,
sy ni jenis pendiam dan bukannya petah bercakap pon...
si dia pulak seorg cikgu yg garang serta byk mulut...
bukan tu je...
serba serbi kitaorg ni memang tak ngam baik dari segi hobi, minat, kesukaan, pandangan politik, semua benda memang kontra laa...
so, sbg nak menghadapi dia... satu persatu sy challenge dia bermula dari perkara yg sesimple seperti makanan, sehinggalah ke bab agama sampai bertengkar2 tau tak...
akhirnya sy berjaya mengasingkan budu, meminati muzik, menyukai scratching, scripting addict, civilization islam... not extremist.. dan mcm2 lagi lah...
dia kini adalah tawanan sy manakala sy pula adalah tangkapan si dia...
sesuatu yg tak pernah sy duga...
akhhirnya dia adalah isteriku... seperti yg telah ditakdirkan utk diriku dan tercatat sejak dari loh mahfuz lagi.....
ku hadapkan syukur kpdmu Ya Allah...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada betulnye dan ada tidak betulnye..tuntasnya semua adalah sama cuma cara pembawakan diri masing-masing yang membezakan kita...semua adalah kerana diri KITA bukan negeri kita..proud to be kelantanese |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 27-10-2012 03:06 AM
untuk mengelakkan kebencian orang negeri lain pada org kelantan, sewajarnya org kelantan tak payah b ...
tp kalu lidoh tuh telo dok leh cakak luor doh nak wat gane..
mungkin sifat kenegerian tuh kuat sgt..sampai napok debe bile duduk berpuak |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin tajuk thread nih terlalu direct perkataan BENCI tuh...perlu tukar tajuk thread ni spy set kito dok sakit ati.. (ado hok ok ado jugok hok dok ok gamoknye)
set kito nih terlebeh emosi sikit kalu kato gapo2 hok buruk ke negeri kito nih
|
|
|
|
|
|
|
|
IRZeeBuk posted on 27-10-2012 10:15 AM
tp kalu lidoh tuh telo dok leh cakak luor doh nak wat gane..
mungkin sifat kenegerian tuh kuat ...
aku rasa kerajaan patut buat program ckp bahasa melayu standard, buang semua loghat negeri
-lagi satu, kita patut bangga sbg rakyat malaysia, bukan sbg rakyat negeri
|
|
|
|
|
|
|
|
IRZeeBuk posted on 27-10-2012 10:19 AM
mungkin tajuk thread nih terlalu direct perkataan BENCI tuh...perlu tukar tajuk thread ni spy set ki ...
Tajuk sesuai mungkin 'Stereotype terhadap orang kelantan'... Tapi, dengan tajuk camtu maybe tak kontroversi lah. ;D
|
|
|
|
|
|
|
|
tutup jah topik lagu nih..ore melayu mmg minat topic2 lagu..
haters gonna be haters.
explain smpai buih mulut pn xdok guna.
mmg dr nenek moyang keturunan jahiliah lg dh dihasut utk benci ngn ore klate nih.
keturunan jakun indon haprak ni mmg jenis lagu tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|