CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

Diganggu Suara Aneh...

[Copy link]
 Author| Post time 13-11-2012 09:45 PM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 09:43 PM
Agak seram la..
Bila taip cerita ni tadi tetiba terbayang maya karin dlm PHSM yg tgh humming:swea ...

benda pe? cer citer.. excited ni nak dengar.. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 10:05 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 09:45 PM
benda pe? cer citer.. excited ni nak dengar.. hihi

Yang ni kopi pes je tau..Sori la kalau tak faham n tak seram hehe..

Saja nak kongsi ni..Sori kalau tak seram n ini pengalaman housemate Kyra ye...

Mggu lepas, waktu kyra tgh buat slide presentation, dtg housemate lain lepak dkt bilik kyra then dia bukak cerita.


Kawan: Eh! dah tau cerita baru pasal kak mimi? (kak mimi adlh kawan beliau yg selalu dtg umah ktorng buat esemen)


kyra: tak..Apa hal?


kawan: Minggu lepas, aku pergi pasar malam tggl kak mimi sorng2 dkt rumah. So agaknya tak tahu nak buat apa, kak mimi pun merajinkan diri mengemas ruang tamu umah kita. then time tgh syok2 basuh pinggan tu dia dgr org bagi salam, dia toleh ke arah pintu balkoni nampak "aku". kak mimi pandang depan balik then bila dia tgk belakang "aku" dh hilang. then kak mimi mmg tak tggu lama dah, terus dia cabut lari.


kyra:


Tak lama lepas tu, kyra pula kena. Tapi kali ni kyra nampak roomate kyra, kyra namakan dia B.
Satu hari dalam kesibukan berperang dengan final exam, kyra dgn sorang lagi roomate kyra, fara lepak lepak dekat ruang tamu sambil mengunyah. waktu ni si B tu tengah tidur.
Tengah-tengah syok2 sembang tu, kyra nampak B berjalan menuju ke bilik air tapi kyra buat tak tahu ajalah. selepas selesai urusan dalam tandas, kyra nampak si B ni berhenti depan cermin dan belek2 muka dia sebelum masuk bilik.
Lepas habis sembang, kyra ajak fara masuk bilik dan kyra tgk si B ni masih lagi tidur.
Tak lama selepas B bangun, kyra tanya la dia dah sembahyang isyak belum?
Si B dah buat muka pelik dan cakap "kan aku baru bangun tidur. Bila masa pula nak sembahyang isyak?"
Kyra: :Eh! tadi kau ada pergi bilik air?
B: Mana ada. aku baru bangun tidur ni.
Kyra dah berdebar2 dah waktu dia cakap macam tu.. Selepas didesak bertalu-talu oleh si B dan Fara baru la kyra cerita dkt dorng apa yg kyra nampak..
malam tu masing-masing try buat muka cool sambil study haha..

Last edited by KyraKnightley on 13-11-2012 10:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 10:06 PM | Show all posts
okey ni ada satu lagi kisah tentang gangguan suara aneh ni.

sekarang ni aku study kat ipta. but tiap hujung minggu aku akan balik ke rumah makcik aku. makcik aku ni takde anak. dia hidup berdua dengan suaminya aje. and cuma ada 3 orang anak buah nya je yang duduk sekali dengan dia kat rumah.sekarang ni pun, aku kat rumah dia la. btw, rumah makcik aku ni, rumah taman 2 tingkat.

nak dijadikan cerita, rumah ni memang selalu orang hantar sihir. sebbnya aku tak tau. dan dorang cakap salah satu sebab makcik aku sampai sekarang tak dapat anak disebabkan oleh sihir2 yang dihantar tu laa.. suaminya pulak ada ilmu jugak dalam bab2 mistik nih. tapi entah nape, walaupun dia pandai ilmu bunuh jin ni, tapi sihir yang dihantar ke familinya tak jugak henti2. so, kiteorang yang duduk dalam rumah ni pun kena jugak la tempias nya.

rumah ni ada satu family tinggal kat atas loteng. pakcik aku yang cakap, dorang duduk kat loteng. tapi tak kacau orang pun. aku pun rasa macm tu jugak. sebab bila aku ada cuti, aku duduk rumah dorang. tapi aku akan selalu sorang-sorang memandangkan dorang sume keje.

cerita family benda tu, macam ni... aku selalu dengar bunyi pelik-pelik dalam rumah ni. selalu jadi time aku sorang-sorang laa. kalau aku duduk kat tingkat atas, aku akan dengar macam ada orang je kat bawah. jelas sangat. selalu jugak aku tertipu ada orang kat bawah. bila aku kat bawah, bunyi kat atas pulak menjadi-jadi. suara-suara macam manusia bercakap. barang-barang kena alih. pintu bukak tutup. dan yang paling obvious bila benda tu meniru suara kiteorang sume.

yang paling ekstrem bila aku dengar bunyi suara aku sendiri kat bawah time aku syok2 online kat atas dalam bilik. kat rumah ni ada seekor kucing gemuk yang amat. kiteorang panggil dia mimi (bukan nama sebenar). so, selalu la jerit mimiiiii.. mimiiiii.. sampai la satu hari tu, aku dengar kat bawah orang jerit-jerit mimiii.. mimiiii.. memang sebijik macam suara aku. aku memang hairan ajaib betul. siang-siang lagi tu. masalahnya cara benda tu bersuara dan tune dia menjerit panggil kucing tu sama macam cara kteorang panggil mimi macam biasa.

tapi bukan setakat suara aku je aku dengar, suara cousin aku, suara makcik pakcik aku.. tapi bila jenguk kat bawah, memang takde orang pun. lagipun taman perumahan ni memang sunyi pun. belakang rumah kosong. kiri kanan pun jenis family yang tak bising. so, yang menjadi aneh bila perkara tu sentiasa berlaku setiap kali kiteorang sorang-sorang kat rumah. tak kesah la aku ke cousin aku ke makcik aku ke yang sorang2. kteorang mesti akan alami benda yang sama. tapi makin lama dah biasa je.

oh, lupa pulak nak bagitau kenapa aku cakap ada satu famili dalam rumah ni. sebab, aku selalu dengar orang main guli kat atas loteng. kat loteng tu, makcik aku ada simpan congkak yang buahnya adalah guli. then, bila aku tengok tv, (bila baring depan tv, boleh nampak dari tepi mata sebelah kiri adalah tangga untuk naik ke atas), so, bila aku baring, tengok tv, selalu la macam nampak bayang2 berlari turun naik tangga. sometimes, ekor mata aku selalu nampak macam ada kepala main cak-cak kat tepi tangga tu.

btw, rumah tu, memang sunyi la, sebab orang dalam rumah jarang ada kecuali malam dan sabtu ahad. tu pun kadang-kadang jugak. sebab selalu balik kampung or g melancong mane-mane. aku je yang selalu jadi mangsa jaga rumah jaga kucing sorang-sorang. tapi benda yang sefamili tu, tak kacau la. just bunyi pelik-pelik je selalu dengar plus bayang2 dorang lalu lalang. setakat ni ok lagi.

just sihir-sihir yang selalu dihantar je sering ganggu rumah tu. sebab rumah tu selalu ada bau busuk, bau bangkai, bau taik, bau wangi takde pulak nak melekat. tapi aku buat dont know je la. then, sebelum ni aku selalu jugak nampak lembaga hitam besar duduk kat tangga nak naik atas. mungkin benda tu yang jahat dari sihir tu kot. kata pakcik aku la.. huhuu aku tak tau..

ni je la kot, setakat ni yang aku mampu citer. banyak lagi. tapi banyak dah lupa.. ok, pe pandangan korang-korang sume.?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 10:09 PM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 10:05 PM
Yang ni kopi pes je tau..Sori la kalau tak faham n tak seram hehe..

Saja nak kongsi ni..Sori ka ...

huhu.. kalau diingat balik kejadian macam tu, memang la seram kann.. hantu raya la tu kottt..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 10:10 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 10:06 PM
okey ni ada satu lagi kisah tentang gangguan suara aneh ni.

sekarang ni aku study kat ipta. but t ...

Okeh..Bab tiru suara tu mmg skeri..
Eiii kucing debab..meh pic nak tengok..hehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 10:12 PM | Show all posts
hest posted on 12-11-2012 11:42 AM
weyh cerita la lagi

hest.. aku dah ada update citer dah. huhu.. baca la ea.. tak seram sangat tapi citer benar tuuuu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2012 10:14 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 10:09 PM
huhu.. kalau diingat balik kejadian macam tu, memang la seram kann.. hantu raya la tu kottt.. :fun ...

Sangat la..Harap2 bila naik sem baru ni tak ada apa-apa kes la khan..
Penat dah dgn benda2 ni...huhu..
Hantu raya?
Tak tau nak cakap..
Kejadian yang second tu nasib baik berlaku time final so bila dah bercuti ni rasa aman banyak la sebab ddk rumah kan..(walaupun dkt rumah pun ada gangguan sikit2 haha)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2012 10:21 PM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 10:10 PM
Okeh..Bab tiru suara tu mmg skeri..
Eiii kucing debab..meh pic nak tengok..hehe

kucing debab tapi tak reti sosial langsung. sebab tu lah kucing tu je yang jadi penghuni tetap rumah tu. hihikk.

itulah, nasib baik time dengar tu, boleh cool lagi, sebb suara aku yang aku dengar kat bawah, dan aku lak kunci dalam bilik. tak berani la nak turun bawah. sorang-sorang lagi tu.  

tiru suara tak serius sangat. tapi yang kes aku tertipu ingatkan cousin aku ada kat bilik sebelah lagi la seraammm.. sebab bilik aku and bilik cousin aku kongsi satu bilik air, tapi ada dua pintu la dari bilik masing-masing. so kalau nak masuk bilik air tu, kena kunci la pintu utk bilik cousin aku. .

sampai la satu pagi ni, aku ingat dia takde kelas. sebb dia ni hantu tidor. kalau takde kelas sampai ke petang pun boleh melepak dalam bilik tu. aku mandi, tapi aku time tu, aku dengar la suara dia nyanyi2, sebab dia ni suka humming2 nyanyi lagu korea tau sampai masuk toilet mandi 2 3 pagi pun, melalak lagu korea. hoho..  so aku expect dia ada kat bilik.

tapi bila aku trun bawah, tengok keta takde, and sunyi je rumah takde manusia. then tak lama pastu tengok dia balik dari kelas. aku terkejut jugak, eh, ingat ada kat atas, pastu dia selamba boleh jawab, eh, takde la.. semalam tidor rumah kawan and ni baru lik dari kelas.. huhuuuu.

then ini kisah no 2, pasal bilik dia jugak. time ni, semua ada kat rumah. tapi aku naik atas. lepas makan malam, ingat nak buat assignment masuk bilik. tapi masa aku lalu bilik dia, aku dengar la bunyi bising2 dalam bilik dia, then paling last, aku dengar pintu gerak2 macam kena men tendang-tendang. mula tu, buat dont know je, bila masuk bilik, baru aku teringat, dia and sume famili yang lain tengah lepak-lepak kat hall bawah tengok tv. aku dah kecut perut dah, baru plan nak masuk bilik air, tapi terus terbantut and aku lari turun bawh balik. but buat muka cool je. seminggu lepas tu baru aku citer. dia gelak je, sebb dia selamba gila.. huhuuu..

sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2012 10:25 PM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 10:14 PM
Sangat la..Harap2 bila naik sem baru ni tak ada apa-apa kes la khan..
Penat dah dgn benda2 ni...h ...

rumah tu dah kena tinggal lama, msti dorang bermaharaja lela la tu kan.. hihiii..

so, sebelum masuk sem, nak kena halau-halau la dorang-dorang tu.. kan lain pulak hal bila nak masuk sem baru.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 10:48 PM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 10:21 PM
kucing debab tapi tak reti sosial langsung. sebab tu lah kucing tu je yang jadi penghuni tetap rum ...

Haha gila selamber kazen ko..
Entah2 dia dah lali dengan benda tu semua..
Lain kali kalau ko berani ko pun duet la nyanyi sekali dgn diai
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:07 AM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 09:02 PM
TT cerita bab2 dengar suara ni, kyra tetiba teringat benda yg berlaku dkt kyra..
Ada sekali tu kyra ...

slalu diorang cakap.. kalau bunyi mcm jauh..makna benda tu dkt dgn kita.. kalau bunyinya kuat.. menda tu jauh dgn kita. wallahua'alm.... tak dapek den nak pastikan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:08 AM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 09:43 PM
Agak seram la..
Bila taip cerita ni tadi tetiba terbayang maya karin dlm PHSM yg tgh humming:swea ...

benda apa plak yg jadi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:16 AM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 10:05 PM
Yang ni kopi pes je tau..Sori la kalau tak faham n tak seram hehe..

Saja nak kongsi ni..Sori ka ...

huhuhuhu.. kadang2 seriau kan muka sama ni.. teringat ada sorang forumer pernah cerita.. masa dia di tugaskan tido dalam dewan jaga equipment utk majlis keesokan hr dia.. datang la sorang jaga..dia memang kenal.. sambil2 dia layan game kat laptop(kalau tak silap) borak dgn jaga tu.. macam2 dari hal kuarga.. sampai terbukak cerita hantu...sambil2 diorang hisap rokok.. lama gak la.. pastu jaga tu kata nak kuar balik... masa jaga tu kuar.. jaga tu cakap.." alaa tak payah takut.. kalau dia datan.. kau layan borak je.." lepas jaga tu blah.. baru dia perasan rokok jaga tu tertinggal.. dia tido tanpa gangguan sampai esok.. esok dia cari jaga tu.. dia cakap rokok tinggal semalam.. jaga tu pelik la.." mana ada" mamat ni beriya la kata ada sambil cari dalam beg dia..tapi tak de.. pastu dia kata.."kan semalam abang duk teman saya.. lepak borak berjam2.." jaga tu kata.. "eh mana ada.. aku lps time balik tu.. aku terus balik.. lepak dengan kawan2 kau ni sekali kat kedai mamak.." dan kawan2 dia pun mengiyakan...

dia dah cuak giller.. cuaknye.. sebab.. dia borak dengan hantu tu pasal cerita hantu jugak... hahahahaha.. patut la hantu tu pesan.." kalau dia datang jangan takut.. layan borak je..."  hah tu apa yang dia tengah buat la... hahahahaha

aku tak inggat thread sape.. tapi forumer tu dah tak aktif dah update..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:24 AM | Show all posts
aerolz posted on 13-11-2012 10:06 PM
okey ni ada satu lagi kisah tentang gangguan suara aneh ni.

sekarang ni aku study kat ipta. but t ...

kira berani jugak la kau kan? bkn berkaitan pasal famili tu

slalu kalau dia duk sama memang dia tak kacau kita.. tapi yang mendatang tu... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 12:33 PM | Show all posts
KyraKnightley posted on 13-11-2012 10:48 PM
Haha gila selamber kazen ko..
Entah2 dia dah lali dengan benda tu semua..
Lain kali kalau ko ber ...

haha. ye la kot. or dia memang macam tu. jenis buat dek jee.. nanti-nanti la aku ajak dia duet. tak tau la dia sudi ke dak. hahahahaa. (bongkak ko nokksssss!!!)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 12:36 PM | Show all posts
hest posted on 14-11-2012 08:16 AM
huhuhuhu.. kadang2 seriau kan muka sama ni.. teringat ada sorang forumer pernah cerita.. masa dia  ...

hahaha. ini memang buat seriau. siap cite hantu dengan hantu lagi. mane tak syok dorang. femes katakann..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2012 12:43 PM | Show all posts
hest posted on 14-11-2012 08:24 AM
kira berani jugak la kau kan? bkn berkaitan pasal famili tu

slalu kalau dia duk sama memang dia ...

mula-mula memang takut. kalau ikutkan dari kecik memang selalu dengar and nampak yang pelik-pelik tapi bila dah lama-lama dah terbiasa, sampai tak perasan pun dengan kepelikan tu. tapi kalau dah takut tu, kalah ketakutan orang lain. boleh pengsan dibuatnya. huhuuu.

yup, yang mendatang tu bahaya sebenarnya. sebab bila masuk rumah tu je, mesti rasa nak marah je. pendek kata shir tu jenis memporak perandakan hubungan laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:46 PM | Show all posts
aerolz posted on 14-11-2012 12:36 PM
hahaha. ini memang buat seriau. siap cite hantu dengan hantu lagi. mane tak syok dorang. femes kat ...

hehehe tu lah pasalnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:47 PM | Show all posts
aerolz posted on 14-11-2012 12:43 PM
mula-mula memang takut. kalau ikutkan dari kecik memang selalu dengar and nampak yang pelik-pelik  ...

ceh.. benci betull yg hantar jenis2 gini.. ntah apa dia dapat dgn porak perandakan orang ntah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2012 12:48 PM | Show all posts
hest posted on 14-11-2012 12:46 PM
hehehe tu lah pasalnya

hest takde pengalaman sendiri ke? meh citer meh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072068 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list