CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajakto

bersekedudukan

[Copy link]
Post time 18-11-2012 08:44 PM | Show all posts
ajakto posted on 18-11-2012 02:33 PM
sorry balik kampung tgk anak wahahhaha xde la just nak tau jer sbb kat KL ni memang dah biasa tapi x ...

Ha..ha...sentap jugak kau kena lahar ek TT.....

kalau kau dah dapat hidayah Allah untuk bertaubat, taubat je lah.....jgn tau buat je, sudahlah......
Perkara dah lepas tu, biarlah....tu kerja Allah, bukan kerja manusia nak tentukan blh terampun ke tidak dosa kau tu.....

Pasal kekal ke tidak perkawinan yang mcm tu, terpulang pada niat di hati & mcmana kau sucikan diri dari dosa yang silam....
Ada orang sebelum kawin, bukan main jaga lagi, nak dating pun bawak adik beradik, mak pak sedara, kalau blh tok wan pun nak di angkut sama, nasib baiklah Tok wan tu kena ghout tak leh jalan, terlepas le tak yah nak temankan dia dating kat kedai mamak....Tapi lepas kawin, lupa tanggungjawab, lupa tujuan perkawinan di sisi Allah....hancur jugak Bro.....

Tapi kalau mcm kes kau, lepas kawin kau bertaubat....kau faham konsep perkawinan dalam islam, kau faham tanggungjawab kau sebagai seorng ISLAM, aku rasa tak de hal nya.....tapi kalau kau terus buat tak reti je & hidup mcm orang "melayu"  bukan melayu islam, tak mustahil Allah akan balas atas perbuatan kau kat dunia lagi sbb dosa berzina ni salah satu dosa-dosa besar Bro....Balasan Allah tu bermacam-macam cara....yang paling nyata untuk dosa berzina ni Allah sempitkan rezeki.....mcm-mcm kau usaha tapi ada je halangan & ada je yang buat duit kau tak cukup... kau buat apa pun, kau enjoy tunggang terbalik pun, jiwa kau takkan tenang......

Lagi satu, janji Allah tu pasti....cuma antara kita sedar dengan tidak je....
Aku bagi contoh yang senang je lah bro....Allah dah berfirman - "erempuan penzina untuk lelaki penzina"....sbb tu Allah jodohkan kauorang berdua.....cer kau tengok, kebanyakan yang bersekedudukan tu, akan kawin sesama pasangan mereka atau pun yang sama-sama perangai mcm diorang gak....cukup jarang yang dapat pasangan yang baik-baik, kekadang tu, ada yang sebelum kawin dapat pasangan yang baik, tapi lepas kawin pasangan tu jadi penzina le pulak.....  KECUALI dia betul-betul bertaubat......


Wallahualam......





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 09:05 PM | Show all posts
sementara dh diberi ruang...bertaubatlah dgn dosa2 silam
jgn menghalakan cara sekalipun ko dh kawin dgn org yg ko bersekedudukan tu
menyesal ats dosa yg dilakukan adlah lebih baik drp berbangga dgn dosa tu (statement org bersekedudukan, kawin bahagia gak)

nasib ko baik la jugak kawin ngan pempuan tu..cuba bygkan perkara sebaliknya berlaku kt anak pempuan ko satu nti..ditinggalkan jerr

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 09:53 PM | Show all posts
bab jodoh dan ajal takder sape dpt tentukan...kalo TT dah bertaubat n menginsafi diri masa menikah jd jgn pk bab2 kemungkinan cerai berai...jaga rumahtangga baik2 sebagaimana jaga hubungan masa bersekedudukan  dulu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 11:28 PM | Show all posts
ada x yang perkahwinan mereka berkekalan? ada..
bersekedudukan ke tak ke bukan penentu berkekalan ke tak.. tak ada kaitanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 11:30 PM | Show all posts
bersedudukan serumah tu sampai tahap macam mana, sebilik ke asing2.....aku penah la terlihat seorang perempuan nie duduk rumah sewa abang dia, lain2 dari tu xtau la macam mana urusan dalam rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 09:46 AM | Show all posts
pandangan carly.. apa sahaja dosa kita sekarang akan dapat balasan, so sila ingat dosa dan balasan sebelum melakukan sesuatu... contohnya.. sblm ni mmg yu bersekedudukan dan wife yu x mengandung sebelum nikah... mana tau nanti anak yu pulak mungkin x sekedudukan tp mengandung sebelum nikah?? masa tu baru ler terbayang dosa2 masa silam... kira sama kes macam buang mak ayah ler masa mak ayah tua... balasannya.. baca je lah kt harian metrosex tue... so, kalu nak zuriat dan keturunan yg elok, sila jaga tingkah laku, adab dan ikut jer apa perintah yg Allah dh bg kat kita... insyaAllah, selamat... yg lain tu berserah lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2012 09:58 AM | Show all posts
errr...xtau nak komen....sbb sebagai manusia kita tak berhak menjatuhkan hukuman keatas kesalahan org lain.....mgkin org tu pernah buat dosa besar...but dlm kite tak sedar kite dok menghimpun dosa2 kecil yg hampir sama imbangannya dgn dosa besar org tu tadi.....but sebaik2nya tutuplah aib yg penah kite lakukan.....setiap manusia tak lepas dari kesilapan.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:14 AM | Show all posts
Bukan semua orang mengamalkan kehidupan yang tak bermoral mcm tu kalau dia islam
tp klu sekadar nama islam pada keturunan dan tak mengamalkannya..malah mengamalkan gaya hidup
sosial life...tu tak leh nk kata apala.iman bukan boleh diwarisi.tp ada akal dan baligh..kena usaha cari sendiri agama dan iman
untuk dapatkan ketakwaan dalam hati.tp kalau masih rasa bangga dengan semua perbuatan yang salah disisi agama..
sok2 jgnla menangis dan bersedih kalau2 baka2 akan datang dh susah nk dididik agama dan moralnya.

Jadi..kalau rasa bangga..tak yahla war2kan..sebab bukan semua orang open sgt ttg kehidupan cam mat saleh tu.
kenapa orang tak open?...sbb kita ada agama yang kita pegang..samada pegang sekadar title di IC..atau agama di hati.
kubur pun masing2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2012 01:21 PM | Show all posts
aku pelik orang kat forum ni....

Bila ada Yang bertanya tentang kemusykilan, ada lak yang pandang dari sudut negatif seolah-olah penanya tu bangga dengan dosa yang dia dah buat.....Cuba letakkan diri kita di tempat dia....apa yang dia rasa, dia cuma menyuarakan rasa resah gelisah, gundah gulana tentang dosa yang dia dah buat dulu...  Apakah Allah akan balas dosa tu dengan bagi ujian dalam rumahtangga yang dah dibina.....TT ni baru je dapat anak, mestilah risau kalau rumahtangga dia berkecai dek kerana dosa silam.....

Sepatutnya bila orang bertanya, kita jawab semampu yang boleh, bukan dengan mengutuk apa yang dia dah buat.....dia bukak thread sbb nak bertanyya, bukan nak bermegah-megah dengan dosa yang dia pernah buat.....lainlah kalau dia kata, dia dulu bersekedudukan, pastu dah kawin, skrg wife dia dalam pantang selepas melahirkan, nanti tahun depan, lepas anak dia dah boleh berjalan, dia nak kawin lagi satu, tapi sebelum kawin dia nak bersekedudukan dulu dengan Tijah sbb dia nak test Tijah tu superb tak atas katil takut nanti penat je buat persiapan dengan gah, bila dah kawiin, rupanya Tijah tu hampeh....so pada dia, lebih baik sebelum kawin tu bersekedudukan dulu, barulah macho.....

Ha...kalau mcm tu, aku setuju kalau korang nak lahar dia....mungkin aku yang memula sekali melahar.....


Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 01:38 PM | Show all posts
mohon bertaubat...
ada juga terpaksa...tapi ada kata tak buat lebih2..wallahualam...
yang penting cari solution lain..skrg mungkin tak da masalah..takut dikemudian hari...
wife ko tahu tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 02:52 PM | Show all posts
Syukurlah sudah nikah. Tahniah atas kehadiran cahaya mata.

Pada iols kalau dalam hati terdetik akan dosa silam dan berfikir mengenainya, tandanya masih ada walau sedikit iman. Manusia mana yang tak buat dosa. Pentingnya insaf, taubat, dan jangan ulangi.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 03:03 PM | Show all posts
niniewawaa posted on 16-11-2012 01:09 PM
bukan menimbang ler...menimang

betul ape menimBang tu...baby bila lahir2 aje kan terus kena timbang utk tentukan berat dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 03:18 PM | Show all posts
tak faham motif dia tya soklan ni?

klu muslim, hrp korg berdua bertaubatlaa..

pasal berkekalan atau tidak perkahwinan tu,
bukanlah masa lalu yg jdik penyebab..

ada byk kemungkinan yg kita sndiri tak tahu, semua tu Rahsia Allah..

klu kita sndiri tau apa yg akan terjadi pd msa
akan dtg, snanglaa diri kita merancang sebaik2nya perjalanan
hidup kita, tp hakikatnya x mcmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 12:23 PM | Show all posts
aku rasa benda ni dah jadi mcm trend kot...

kita cerita secara open je la yer, tak yah nak selit2 pasal agama (masing2 pun dah besar panjang, dah tau halal haram kan... )

Aku masa wat part-time waitress dulu ada sorang client ni yang baik dgn aku. Dia ni non-muslim.. aku tanya, berapa lama dia kawin dgn bini dia.. dia cakap dia baru je kawin, tapi dah stay together for 10 years.. aku tanya, kenapa tak kawen je awal2... jawapan dia, staying together akan menunjukkan the true side of the partner. Kiranya dalam masa tu, ko boleh menilai baik buruk pasangan ko.. and it took him 10 years to decide that they were right together..

to be honest, the situation bergantung pada individu tu sendiri.. ada yang perlu rasa 'secure' sebab tu mereka decided to stay together walaupun belum kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 05:20 PM | Show all posts
kalau bersekedudukan tu anak cucu u, u rasa u benarkan x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 07:09 PM | Show all posts
niniewawaa posted on 16-11-2012 01:09 PM
bukan menimbang ler...menimang

Bukanler.....meminang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2012 08:10 PM | Show all posts
standard laa kena lahar, dah buat pengakuan camtu kan
lain la buat ayat kaver

bagusla dah bertaubat. sentiasa berusaha utk bahagia, insyaAllah bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:13 PM | Show all posts
dan bagus jugak kalau mmg betul ada direct correlation antara bersekedudukan dan bahagia dlm perkahwinan. biar org takut nak buat dosa
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 08:15 PM | Show all posts
Pandangan saya, bersekedudukan ini lebih merugikan pihak wanita.
Bagi masyarakat islam di sini, berdosa macam mana pun, sudah tentu isu anak dielakkan sama sekali kerana tak mahu anak luar nikah kan.
Bayangkan by the time mereka split, wanita dah pun di ambang 40an..nak mulakan relationship lain dah kurang choice sebab competition semakin ramai, yang masih boleh terima pasaran-> suami orang...kot dapat la jodoh , kahwin - chances nak dapat anak dah slim....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 11:16 PM | Show all posts
Berani TT buka aib sendiri. Jaga rumahtangga elok2.
Semoga kelaku anda yg lepas tidak menjadi ikutan anak-anak.
Sentiasa berfikiran positif, mohon keampunan pada ALLAH dan jgn. berputus asa.
Insyaa ALLAH, ALLAH sangat kasih pada hambaNYA yg bertaubat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.089520 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list