CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: senahsirap

[Buku] Koleksi Novel/Buku Langka (Rare) & Terbaik Dalam Simpanan

[Copy link]
Post time 14-1-2013 10:17 AM | Show all posts
arisa_imamura posted on 12-1-2013 08:47 PM
pei pan bukan ke terbitan utusan publications? pemenang hadiah sako rasanya? mungkin bleh jumpa di ...

yap ..tapi kat DBP ader selalu..kalau pemeran atau pesta buku ada kat Booth DBP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 12:07 PM | Show all posts
sekarang tengah duk mengumpul koleks RAM, ARA dan Azizi Hj. Abdullah. Aku susun buku kat rak ikut nama penulis, nampak cam koleksi sikit. hehehe. Teringat dulu, aku baca novel Anak Dara Menteri Matt Romeo. Lepas tu cari sequel Ada Dara Menteri 2 tak dapat2, sanggup aku tak baca Anak Dara Menteri 3 yang dah lama dibeli. Akhirnya dapat jugak yang no. 2 dari attokz.

Comments

Hehehehe! Harap puas hati!  Post time 27-2-2013 02:27 AM
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:23 PM | Show all posts
buku best yg dah baca apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2013 03:24 PM | Show all posts
arisa_imamura posted on 12-1-2013 09:25 PM
tq bianglala  baru ingat sikit2..tp tak teringat pun dgn watak abbot rasanya masa baca dulu, l ...

watak tu ok ualls
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 04:46 PM | Show all posts
salam
aku mencari buku dari indonesia yang rare
karya hamka misalnya

lain pd tu aku minat novel islamik indonesia
hasil habiburrahman el shirazy ok jugak
tapi yang aku dapat di malaysia ni yang telah diterjemah. tak best. takde ummphh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2013 11:19 PM | Show all posts
Buku Hartini- aziz Afkar. sedihhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2013 10:21 AM | Show all posts
sedang memburu korban kasih fatimah saidin. siapa yg ada dalam simpanan n nak let go, leh bagitau k
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 02:31 AM | Show all posts
Bagus Cik Senah buka thread ni.
Baru tahu ramai juga yang satu jiwa.

Aku memang tak kumpul buku lewahan popular sekarang ni.
Memang masih gigih mengumpul dan mencari buku-buku lama.
Terutama kitab/serat/panji/hikayat.

Dalam simpanan paling lama adalah sebuah buku terbitan tahun 1881.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 02:32 AM | Show all posts
Cik Senah,
buku Pak Azizi apa yang ada?
Meh la senaraikan.

Karya sasterawan negara tak kumpul?
Sapa belum ada Warkah Eropah - A.Samad Said yang sangat rare.
Aku ada 3 lebih.
Hehehe!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 11:35 AM | Show all posts
copy paste dari thread lama, thread yang dibuka tahun 2005. bagi aku artikel ni sangat-sangat menarik. aku dah jadi macam kamal rasanya sekarang ni. jadi pemburu buku lama

Petikan dari Utusan oleh SHAHAROM TM SULAIMAN pada 7hb November lepas, tapi baru baca semalam. Maklumlah ada kat kampung nak dapatkan surat khabar punyalah susah. Bila baca petikan ni teringat kepada anda semua.

Kepada sesiapa yang tak berpeluang membaca inilah dia petikannya.

Nama panggilannya Kamal. Bila suatu ketika dia tergopoh-gopoh dengan wajah ceria, itu bermakna dia baru saja `berburu' atau mendapatkan buku baru yang ingin ditunjukkan kepada penulis. Buku baru itu bukanlah baru dalam pengertian sebenar, sebaliknya buku baru yang terpakai yang dibelinya di toko buku terpakai Skoob Books, Petaling Jaya atau di toko buku Payless.

Tidak jarang juga Kamal selalu mendapatkan buku terpakai di toko buku Popular atau mana-mana toko buku terpakai kecil mamak yang berselerakan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Umumnya, buku-buku yang dibeli Kamal sudah berwarna agak kecoklatan, dengan beberapa coretan di sana sini. Namun, ia bangga menunjukkan kepada penulis bahkan ghairah bercerita dengan hanya RM50, dia berjaya membeli empat buah buku terpakai, yang menurutnya, isinya masih relevan dengan situasi sekarang.

Dan ia menyebut sudah menghabiskan ratusan ringgit dalam tiga bulan terakhir untuk `memburu' buku-buku terpakai. Ia juga bangga mengatakan bahawa itulah yang kelak dapat ia wariskan pada anak-anaknya. Kamal memang tidak punya harta bertimbun tetapi di rumahnya penuh dengan `harta' ilmu berbentuk koleksi buku sehingga tiada ruang yang selesa untuk mengisi bukunya.

Seringkali terdengar juga leteran isterinya supaya mengawal nafsunya terhadap buku kerana ketiadaan ruang.

Seringkali juga Kamal mengungkapkan kekecewaannya, kerana ada sebuah buku yang ia ingin beli, tetapi koceknya ``menjerit''. Ia terpaksa rela buku yang ia minati itu diambil orang lain. Sebagai gantinya, di kesempatan lain ia memperoleh buku bagus yang sebenarnya pesanan orang lain. ``Pemesannya tidak datang berhari-hari. Jadi, saya jual dengan anda saja,'' ujar Kamal meniru cara penjual buku terpakai.

`Memburu' buku atau book hunting merupakan sejenis kegiatan unik yang disukai oleh para pencinta buku dan pengumpul buku (book collector). Kegiatan ini menawarkan keasyikan dan pesonanya yang tersendiri. Ia memerlukan ketekunan, kepintaran menawar, kesabaran, dan tenaga untuk mencari. Tanpa semua itu, nescaya buku yang diharapkan tidak akan datang dengan sendiri, kecuali nasib menyebelahinya. Sebaliknya, jika buku yang diinginkan berjaya diperoleh, sungguh itu suatu kenikmatan yang sukar dilafazkan dengan kata-kata.

Sekiranya dia ingin membeli buku-buku lama atau buku yang tiada lagi dalam cetakan, Kamal akan berkunjung ke Pulau Pinang yang masih lagi banyak terdapat toko-toko kecil buku terpakai atau pergi saja ke pasar Chowrasta, dan di situ Kamal akan `tenggelam' dalam keasyikan dunia buku. Bukan Kamal saja, tetapi sesiapa saja pencinta buku akan mengalami apa yang Kamal rasai.

Kalau nasibnya baik, dia mungkin mendapatkan buku-buku nadir (rare books). Buku terpakai dan buku nadir memang berbeza. Buku yang habis dibaca untuk kemudiannya dijual ke penjual buku, itulah yang disebut buku terpakai.

Jumlah buku jenis ini masih lagi banyak di pasaran. Buku nadir jelas memang buku lama, lazimnya tidak lagi diulang cetak, bahkan ada yang mendefinisikannya buku cetak sebelum 1900.

Jumlah buku jenis ini memang sedikit sekali dan sukar ditemui di pasaran dan harganya mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit. Selalunya untuk buku jenis nadir ini, para pembeli dan peminat perlu mempunyai rangkaian atau jaringan kontak yang luas.

Lantaran itu, mengumpul buku terpakai atau nadir boleh menjadi hobi yang murah sekali gus mahal. Jika bernasib baik, sebuah buku yang mungkin bernilai tinggi, mungkin saja dapat dibeli dengan puluhan atau belasan ringgit saja, lantaran si penjual tidak mengerti atau memahami nilai sebenar buku tersebut. Misalnya, pengalaman penulis sendiri ketika membeli buku History of Java karya Thomas Stanford Raffles dengan harga RM10 sedangkan sebuah syarikat pembekal buku nadir yang berpangkalan di Australia menjualnya dengan harga RM500. Memang menyimpan buku-buku nadir mempunyai `kelasnya' yang tersendiri

Namun begitu jika dibandingkan pasaran buku nadir dan terpakai di Indonesia, Malaysia masih jauh ketinggalan dan hampir sebahagian besar buku terpakai adalah novel-novel moden dan jarang sekali terdapat buku-buku umum atau buku-buku besar yang menggugah pemikiran.

Di Indonesia, khususnya di Jakarta, Bandung dan Yogyakarta, buku-buku nadir dan terpakai masih banyak pilihan. Berkunjunglah ke Pasar Senen atau Kwitang Raya di Jakarta, Jalan Palasari di Bandung atau Jalan Maliboro di Yogyakarta, kita akan menemukan bermacam ragam buku sehingga tidak tahu yang mana satu menjadi pilihan. Sekiranya bernasib baik, buku-buku lama cetakan di Malaysia pun boleh didapati. Kalau kocek tidak menjerit, mahu saja diborong kesemua buku-buku itu.

Begitulah, rupa-rupa wujud kecintaan para pemburu buku dan pengumpul buku. Mereka akan merasa gundah dan kecewa bila mana buku-buku nadir `terbang' ke luar negara dan menjadi koleksi bangsa lain yang lebih menghargai sejarah dan kebudayaan manusia. Sementara kaum berduit pula lebih suka mengumpul koleksi kereta mewah dan rumah serta memperbanyakkan ``teman-teman''.

Pada hemat penulis, langkah Perpustakaan Negara mengesan dan memperoleh buku-buku nadir di serata tempat dan belahan dunia merupakan langkah yang terpuji untuk memelihara khazanah intelektual negara. Kita tidak mahu lagi terjadi `kehilangan' warisan manuskrip Melayu yang banyak tersimpan di luar negara seperti di British Library, Bodlean Library atau di mana saja. Khazanah itu tidak mungkin lagi kita dapati dalam bentuk asal kerana mereka mengetahui manuskrip mahupun buku-buku nadir merupakan khazanah intelektual yang cukup berharga. Bukankah ada kata-kata yang mengatakan, `jika ingin menguasai minda sesuatu bangsa, kuasailah bahan-bahan penulisan mereka'. Dan, inilah yang dilakukan oleh Perpustakaan Kongres Amerika (Library Of Congress) yang membeli dan memperoleh seluruh bahan tulisan asli sesuatu bangsa dan negara di seluruh pelosok benua. Tidak hairanlah kalau Amerika `menguasai' dunia, namun begitu kita masih lagi boleh mengharapkan para pencinta buku untuk `menguasai' ilmu!

Comments

Pernah merasai pengalaman di pasar Kwitang dan Malioboro. Cuma perlu berhati-hati untuk mrnilai buku 'bajak'  Post time 12-3-2013 01:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 12:31 PM | Show all posts
attokz posted on 27-2-2013 02:32 AM
Cik Senah,
buku Pak Azizi apa yang ada?
Meh la senaraikan.

hampir 10 buah yang ada dalam koleksi. antara yang rare adalah ayahanda, seorang tua di kaki gunung, sami mekong, gadis bernama ina. kawin-kawin dah booked, tapi belum pergi ambik lagi dekat ujana ilmu. bila baca karya pak azizi ni, tiba-tiba aku terbayang yang aku di dalam novel tu. jadi orang tua, sepi, tak dipedulikan anak. isk memang touching sangat novel pak azizi ni.

Comments

Laaa..np tak bgtau nak Kawin-Kawin? Ada lebih 3pcs ni. Heh!  Post time 12-3-2013 01:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 12:54 PM | Show all posts
waaa...ada tread cari buku yg rare mcm ni rupanya
saya pun tgh cari buku2 ni
1- hasil karya jaafar darwis - Penaklukan planet logam
buku nombo 2 dia dh ada (Areon)
2- Korban Kasih - klu x silap nama penulis dia Fatimah Saidin (kot? dh lupa)
3- Azfa Hanani - dh lupa saper penulis
4-Warisan Pesara - pun lupa penulis
5-Mereka yg tersingkir - lupa penulis

semer ni buku2 lama tp kat sini susah nk cari buku terpakai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 09:31 AM | Show all posts
dpt tashang.....thanks momod attokz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 03:15 PM | Show all posts
senahsirap posted on 7-3-2013 12:31 PM
hampir 10 buah yang ada dalam koleksi. antara yang rare adalah ayahanda, seorang tua di kaki gunun ...

la ye k? tapi saya dah booking ngan ujana ilmu. lom ambik je lagi. nanti confirm balik ngan ujana ilmu. kalau diorg takde stok amik ngan attokz ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 09:22 AM | Show all posts
kucingkarate posted on 7-3-2013 12:54 PM
waaa...ada tread cari buku yg rare mcm ni rupanya
saya pun tgh cari buku2 ni
1- hasil karya jaafa ...


@kucingkarate , korban kasih dah diulang cetak. sila ke website dawama untuk beli secara online. aku dah beli semalam, tak sabar nak baca bila dah dapat nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 10:12 AM | Show all posts
senahsirap posted on 17-4-2013 09:22 AM
@kucingkarate , korban kasih dah diulang cetak. sila ke website dawama untuk beli secara online. ...

mcm mana nk order?
kena daftar dulu ke x?
x pernah lg order online ni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2013 11:45 AM | Show all posts
kucingkarate posted on 17-4-2013 10:12 AM
mcm mana nk order?
kena daftar dulu ke x?
x pernah lg order online ni

a'ah register dulu. simple je cara nak daftar tu. lepas tu terus pilih buku dan bayar online guna internet banking.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:59 PM | Show all posts
senahsirap posted on 17-4-2013 11:45 AM
a'ah register dulu. simple je cara nak daftar tu. lepas tu terus pilih buku dan bayar online guna  ...

oooo...cam tu watnye
cara byr lain x de ke?
sbb x de akaun bank ni....
bank in ke, wang pos ke

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:36 PM | Show all posts
Dua hari lepas, dihubungi oleh dua orang super-duper junior sekolah yang kini mengaji di UPM. Kata mereka tahun akhir ini ambil pengajian sastera. Pensyarah mahukan mereka mengkaji buku-buku sasterawan negara yang terbit sebelum tahun 1980.

Tengok balik atas rak buku :

1. Anak Titiwangsa
2. Lingkaran
3. Sandera

Mereka mahu beli. Tapi maaflah, sangat berharga. Pinjam?
erk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 11:18 AM | Show all posts
kucingkarate posted on 17-4-2013 09:59 PM
oooo...cam tu watnye
cara byr lain x de ke?
sbb x de akaun bank ni....


kalo ko nak, aku leh tolong belikan. nanti pm aku k. aku beli last week pon tak dapat2 lagi. boleh tahan jugak slow service dawama ni eh.

updated: elok je aku reply post ko ni, member opis aku datang bawak bungkusan buku ni. akhirnya korban kasih dalam genggaman. Last edited by senahsirap on 22-4-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.061270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list