CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nutristation

[Share] Tips Kesihatan

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2013 11:06 AM | Show all posts

Pisang

Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.


Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada kajian terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2013 03:50 PM | Show all posts

Batuk Kering (TB)

Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut.

Apakah gejala batuk kering?
  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah

Apakah perlu saya lakukan sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut?
Sekiranya ada, anda perlu dapa1tkan pemeriksaan:
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
  • X-ray dada
Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Adakah batuk kering merbahaya?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Adakah batuk kering boleh sembuh dan apa rawatannya?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.

  • Rawatan perlu diambil selama 6 bulan
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh

Bagaimana saya boleh mencegah batuk kering?
Terdapat beberapa cara pencegahan:
  • Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.
  • Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2013 03:55 PM | Show all posts

Mengapa Berat Badan Susah Turun?

Ramai diantara kita yang merunggut kerana sudah banyak produk dan ubat menurunkan berat badan dicuba tetapi masih juga gagal menurunkan berat badan yang dikehendaki walaupun 1 kg. Mengapa perkara ini terjadi?

Faktor yang pertama adalah disebabkan toksin yang banyak dalam badan. Toksin yang banyak dalam badan menyebabkan proses penyerapan dan fungsi ubat menurunkan berat badan hampir lumpuh dan tidak berfungsi dengan baik dalam menurunkan berat badan.

Faktor kedua adalah disebabkan faktor metabolisme yang tinggi. Ini menyebabkan pembakaran lemak menjadi terlalu perlahan dan sukar untuk mereka menurunkan berat badan atau dalam erti kata lain mendapat berat badan yang ideal.

Faktor ketiga adalah disebabkan tiada senaman langsung yang dilakukan dalam masa seminggu. Duduk diam dan pasif sahaja. Pergi kerja dan balik kerja. Hari cuti seperti hari minggu dihabiskan di depan televisyen dan menonton rancangan kegemaran sambil makan-makan.

Sebenarnya selain daripada diet, senaman ringgan selama 20-30 minit 2 kali seminggu paling kurang atau setidaknya 1 kali seminggu juga dapat membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten. Tidak sukar berjalan cepat selama 15-20 minit sehari atau mengayuh basikal 30 minit sehari sudah membakar lemak antara 150-300 gram sehari.

Oleh itu, ambil sedikit masa dengan beriadah dan senaman ringan, bukan sahaja badan yang menawan tetapi kesihatan juga bertambah baik. Selain daripada 3 foktor diatas banyak lagi faktor lain seperti kolesterol dalam darah dan sebagainya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 10:50 AM | Show all posts

Kuku mudah dijangkiti kulat

SELAIN muka, anggota badan yang selalu menjadi perhatian orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku.Kuku boleh menjadi lambang keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kuku kita dihasilkan daripada sejenis protein dipanggil keratin. Walaupun kuku boleh dikatakan antara tisu terkuat dalam badan, ia mudah mengalami masalah dan menjadi lemah, pecah atau tumbuh terlalu perlahan.

Masalah kuku biasanya disebabkan jangkitan kulat dan lama kelamaan ia boleh rosak dan tertanggal.

Selain itu kekurangan zat, terdedah kepada bahan kimia, kesan sampingan penyakit dan terlalu kerap melakukan rawatan kuku sehingga ia hilang kelembapan semula jadi juga boleh mendatangkan masalah pada kuku.

Kuku juga mudah dijangkiti fungus atau kulat, terutama pada kaki yang sering memakai kasut. Persekitaran gelap, lembap dan hangat adalah ciri utama menggalakkan pembiakan kulat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:08 AM | Show all posts

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah ke seluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.

Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Tanda-tanda
Penyakit tekanan darah tinggi biasany tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

Komplikasi
- Angin ahmar (stroke)
- Serangan jantung
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah
- Kegagalan buah pinggang

Sebab
95% kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
  • Usia - Kebanyakan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
  • Keturunan.
  • Dengupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar.
  • Jantina - lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
  • Merokok.
  • Pengambilan berlebihan alkohol atau garam, kegemukan, kurang bersenam.
  • Stres yang berlebihan.
  • Diabetes.
  • Peyakit buah pinggang.
  • Penyakit adrenal.
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

Langkah yang perlu anda ambil
  • Berhenti merokok
  • Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Selalu bersenam
  • Kurangkan stres atau tekanan
  • Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.

Petua Mencegah
  • Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap tekanan darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
  • Jangan merokok.
  • Jauhi alkohol.
  • Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
  • Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, menunggang basikal dan berjoging.
  • Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikanya.
  • Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.


Last edited by nutristation on 15-6-2013 06:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:12 AM | Show all posts

Punca Penyakit Jantung - Benarkan Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2013 11:21 AM | Show all posts

Kenapa rambut gugur?

RAMBUT bukan sekadar pelengkap gaya, malah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan seseorang. Justeru, keguguran rambut adalah perkara yang membimbangkan, apatah lagi jika ia berlaku kepada golongan muda, khususnya wanita.

Ada yang berpendapat, jika masalah keguguran rambut berlaku pada lelaki, mereka boleh memilih untuk membotakkan kepala, namun hakikatnya bukan semua orang sesuai dengan gaya ini.

Malah ada kajian menunjukkan lelaki botak mempunyai peluang lebih rendah untuk diterima bekerja berbanding yang mempunyai rambut.

Berdasarkan laporan Persatuan Dermatologi Malaysia, jenis masalah keguguran rambut paling kerap dialami ialah alopecia androgenetik yang berlaku pada 30 peratus lelaki berusia 30 tahun, 50 peratus lelaki pada usia 50 tahun dan 50 peratus wanita menjelang usia 60 tahun.

Meskipun faktor genetik dipercayai memainkan peranan utama dalam perkembangan alopecia androgenetik, gaya hidup dan faktor luaran lain mungkin turut menyumbang kepada masalah ini.

Meskipun faktor genetik dipercayai punca utama perkembangan alopecia androgenetik, gaya hidup dan faktor luaran lain mungkin turut menyumbang kepada masalah ini.

Kini ada ujian genetik dapat memastikan punca sebenar seseorang itu mengalami masalah keguguran rambut. Ini dapat melenyapkan beban psikologi dan kewangan dalam mencari cara penjagaan rambut gugur yang betul untuk menghindari masalah keguguran dan penipisan rambut.

Ujian genetik ini mudah dan tidak menyakitkan tetapi pengambilan sampel tisu pipi mesti dilakukan dalam persekitaran terkawal oleh pakar trikologi yang diiktiraf.

Sampel ini akan dihantar ke makmal di Amerika Syarikat untuk analisis genetik dan keputusannya dapat diketahui dalam dua minggu.

Menurut Ketua Trikologi Svenson Asia dan Timbalan Presiden Persatuan Trikologi Asia, Teo Kim Teik, pada masa kini diagnosis keguguran rambut hanya berdasarkan pemerhatian terhadap proses kehilangan rambut.

Meskipun seseorang profesional rambut boleh mengesan tanda awal keguguran rambut, ujian genetik memberikan diagnosis tepat sebelum sebarang tanda awal dapat dilihat.

Sebenarnya seseorang kehilangan lebih kurang 50 peratus rambutnya apabila tanda keguguran rambut mula kelihatan.

Ujian genetik untuk keguguran rambut yang dikenali sebagai ujian litmus dapat mengenal pasti secara tepat mereka yang bakal mengalami alopecia androgenetik atau biasanya dirujuk sebagai keguguran rambut akibat keturunan, sebelum tanda keguguran rambut dikesan.

Ujian ini dapat menentukan ciri awal genetik terhadap keguguran rambut di kalangan lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas.

Diagnosis genetik yang tepat akan memudahkan ahli trikologi terlatih merangka program rawatan pencegahan, katanya pada pelancaran ujian genetik Svenson dengan kerjasama HairDX, syarikat FarmaGenomik di Amerika Syarikat yang pakar dalam analisis genetik dan terapi rambut.

Ini kerana rawatan keguguran rambut berpeluang lebih cerah untuk berjaya seandainya masalah dikesan dan dirawat pada peringkat awal untuk menghalang proses trikologi yang mengakibatkan rambut gugur.

Ujian genetik untuk keguguran rambut boleh didapati di semua pusat Svenson di Malaysia pada harga RM250 (boleh ditukar untuk dua kali rawatan).

Mereka yang bimbang mengalami masalah alopecia androgenetik dinasihatkan bertemu pakar trikologi sebelum melakukan ujian genetik.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:28 AM | Show all posts

Tahan kencing ternak bakteria

SEKSANYA kalau terpaksa berulang alik ke tandas selang beberapa minit kerana menghadapi masalah kerap buang air kecil. Kadangkala, belum pun sempat keluar tandas, rasa ingin buang air kencing timbul semula tetapi kencing tidak lawas.

Ada yang menyangka kekerapan buang air kecil disebabkan tersalah mengambil makanan atau minuman yang menggalakkan seseorang itu buang air kecil, malah tidak kurang juga yang menganggap faktor cuaca iaitu musim hujan yang menjadi punca. Jika kencing tidak lawas berlaku ketika anda berada di satu-satu tempat, misalnya rumah atau pejabat, mungkin perkara itu masih boleh dilayan.

Bagaimanapun, anda akan berdepan situasi rumit andai berada di tempat yang sukar mencari tandas seperti di bangunan kedai, di taman perumahan atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau, alamatnya terpaksa menahan.

Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mendapat jangkitan kuman di saluran kencing atau kencing kotor kerana faktor anatomi iaitu saluran kencing wanita lebih pendek dan dekat dengan dubur berbanding lelaki, menyebabkan kuman lebih mudah sampai ke pundi kencing.

Masalah ini juga lazim berlaku di kalangan mereka yang kurang minum air kosong serta sering menahan rasa ingin kencing.

Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Lim Lei Jun berkata, wanita hamil antara golongan paling berisiko mendapat jangkitan kuman di saluran kencing kerana ketika itu mereka mempunyai lebih banyak hormon progesteron yang menyebabkan bahagian alat sulit lebih lembap dan memudahkan pembiakan kuman pada saluran kencing.

Menurutnya, kekerapan buang air kecil juga berlaku disebabkan kandungan yang semakin membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan saluran kencing.

Malah, otot saluran kencing yang bertambah lemah ketika hamil melambatkan pengaliran air kencing, menyebabkannya bertakung dan mudah dijangkiti kuman.

Ketika hamil, wanita juga lebih sukar menjaga kebersihan hingga mendedahkan mereka kepada jangkitan. Imuniti wanita hamil yang kurang berbanding yang tidak mengandung turut menyumbang kepada punca mereka mudah mendapat jangkitan saluran kencing, katanya.

Risiko mendapat jangkitan saluran kencing meningkat jika seseorang itu menghidap diabetes atau wanita yang mendapat diabetes ketika hamil berikutan imuniti tubuh yang kurang. Dianggarkan 89 peratus punca jangkitan saluran kencing ialah bakteria daripada usus dipanggil E.coli.

GEJALA
  • Kerap kencing
  • Sakit di bahagian bawah abdomen
  • Rasa ngilu ketika membuang air kecil
  • Air kencing keruh
  • Jika keadaan semakin teruk, seseorang itu boleh demam
  • Sakit pinggang
  • Kencing berdarah
  • Loya

Walaupun pelbagai tanda dialami membolehkan anda mengesan masalah kencing kotor, kadangkala penyakit itu tiada gejala dan ini dikenali sebagai ‘asymptomatic bacteriuria’.

Pesakit hanya mengetahui dia menghadapi jangkitan di saluran kencing ketika menjalani pemeriksaan kencing.

Jangkitan boleh menyerang mana-mana bahagian saluran kencing, termasuk buah pinggang, pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan).

Kuman yang menyerang saluran kencing boleh mengakibatkan demam, kepenatan dan sakit pinggang.

RISIKO
  • Merebak ke bahagian atas saluran kencing
  • Menyebabkan jangkitan darah
  • Bersalin awal (melahirkan bayi pramatang)
  • Jika timbul gejala, pesakit dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN
Antibiotik — ubat dimakan sehingga lima hingga tujuh hari. Jika keadaan teruk, pesakit diberi suntikan.
Urine alkalinizer — mengalkalikan air kencing bagi mengelakkan percambahan kuman di dalam pundi kencing.
Buah kranberi dan barli boleh membantu menyingkirkan jangkitan kuman di salur kencing.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Elakkan daripada menahan kencing
  • Banyakkan minum air (lapan gelas sehari)
  • Jaga kebersihan diri dan keringkan bahagian kemaluan
  • Jalani pemeriksaan saringan untuk mengesan kencing kotor
  • Hindari pakaian ketat
  • Selepas buang air kecil, bersihkan kemaluan, mulai bahagian depan ke belakang
  • Buang air kecil terlebih dulu sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2013 11:31 AM | Show all posts

Diet kawal diabetes

Sebelum ini, bahaya kepada penghidap penyakit kencing manis dan juga risiko kesihatan terhadap mereka yang berada di peringkat pra kencing manis telah dihuraikan. Telah dinyatakan bahawa bukan penyakit itu yang harus dirisaukan tetapi akibat daripada tidak membetulkan ketidakseimbangan atau kerosakan kepada toleransi glukosa yang perlu ditangani, sama ada pesakit kencing manis jenis kedua atau pra kencing manis.

Penyakit biasa yang diketahui ada hubungkaitnya dengan kencing manis ialah penuaan pra masa, tekanan darah tinggi, aterosklerosis, kegagalan jantung kogestif, strok, osteoporosis, masalah mata (katarak, glaukoma, retinopati), kepincangan fungsi erektil serta neuropati (kekebasan atau rasa berdenyut di kaki atau tangan).

Anda mungkin tidak berasa sakit sepenuhnya, oleh itu kudis akan berkembang lebih buruk dan anda rentan kepada jangkitan. Kerosakan teruk pada saraf penghidap kencing manis merupakan sebab utama pemotongan paha dan kaki dan kegagalan buah pinggang. Mereka mungkin menanggung risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan dan kematian akibat jangkitan. Gula darah yang tinggi membuatkan lebih susah untuk badan menentang jangkitan.

Pesakit kencing manis juga menanggung risiko lebih tinggi untuk menghidapi beberapa penyakit lain. Sebaik sahaja penyakit menimpa, mereka menghadapi masalah besar untuk pulih. Oleh itu adalah penting bukan sahaja menumpukan usaha untuk menurunkan paras gula darah, tetapi juga menjaga penentangan insulin. Satu lagi perkara penting yang harus dilakukan ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mencegah komplikasi ini daripada berkembang atau menjadi bertambah buruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:33 AM | Show all posts

Kegemukan - ibu segala penyakit

Gemuk adalah penyakit bukan keadaan. Ramai tidak menganggap gemuk sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan gemuk dalam kedudukan pertama, diikuti masalah diabetes melitus, aras kolesterol yang tinggi, hipertensi dan hati berlemak, strok, sakit jantung, barah hepar dan barah usus.

Dalam erti kata lain, gemuk adalah punca utama segala penyakit lain. Masalah timbul apabila orang ramai dan pesakit tidak menganggap gemuk sebagai satu penyakit. Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.

Jika orang ramai merawat gemuk, mereka melakukannya hanya untuk tujuan kosmetik dan bukan perubatan. Sekiranya pesakit yang datang ke klinik untuk menyambung ubat, tidak banyak perubahan yang dicapai dari segi tahap kesihatan. Mereka akan mengambil empat hingga lima jenis ubat dan bacaan gula atau tekanan darah dalam keadaan normal tetapi berat badan semakin bertambah. Maka keadaan mereka yang sihat adalah sementara.

Tidak terkawal apabila ubat dikurangkan, penyakit akan menjadi tidak terkawal semula. Jadi ubat perlu disambung, mereka datang ke klinik hanya sekadar menyambung ubat dan bukan untuk berubat. Golongan yang datang untuk berubat adalah lebih proaktif.

Terdapat beberapa rawatan gemuk termasuk mengurangkan kekerapan makan terutama waktu malam, kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng. Cara pemakanan atau menu juga perlu ditukar seperti mengamalkan makanan rebus, kukus atau panggang serta berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan kurang manis dan kurang lemak seperti epal, jambu dan lain-lain. Golongan obes juga perlu banyak bersenam. Justeru anda tidak perlu suplemen atau ubat untuk mengurangkan berat badan sekiranya mengamalkan nasihat di atas.

Gemuk adalah satu penyakit dan bukan keadaan yang boleh diambil ringan. Ini kerana gemuk adalah antara punca utama diabetes melitus, hipertensi, hiperkolesterol, kanser usus (kolorektal) dan lain-lain. Oleh itu, hendaklah mengelak daripada mengambil makanan yang manis, berlemak dan berminyak pada setiap masa dan bukanlah semasa musim perayaan sahaja. Ingat! pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama pelbagai penyakit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:36 AM | Show all posts

Makanan segera antara punca penyakit kronik

Cara hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.

Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.

Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:37 AM | Show all posts

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut. RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:39 AM | Show all posts

Mengekalkan sistem imun yang sihat


MENDAPAT demam selesema lagi? Sentiasa berasa letih? Jawapannya mungkin bergantung pada tindakan merangsang sistem imun anda.

Sistem imun adalah organisasi kompleks yang menjadi kurang efisien apabila kita berumur. Ia merupakan mekanisme pertahanan yang berkuasa terhadap penyerang asing yang boleh menyebabkan jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat. Penyerang ini mungkin juga sel tubuh anda sendiri, membesar secara tidak normal.

Sistem ini tidak rehat sepenuhnya. Ia berjaga 24 jam sehari dan selama bertahun-tahun, mula menjadi lemah kecuali ia dirangsang. Ia terdiri daripada berbilion- bilion sel darah putih (sel pertahanan tubuh) yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini juga beredar dalam aliran darah dan saluran limfa ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menentang penyerang asing.

Faktor-faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah rehat yang tidak mencukupi, stres, kolesterol tinggi, logam berat (plumbum, raksa), gula-gula dan makanan ringan yang berlebihan, penyalahgunaan alkohol dan tembakau, bahan kimia persekitaran toksik (racun perosak, racun rumput rumpai),

Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor di atas. Selain itu, makan dengan diet sihat yang seimbang dengan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan protein berkualiti tinggi adalah penting. Terdapat juga beberapa perangsang sistem imun tertentu yang terbukti berfaedah. Ini termasuklah antioksidan, protein lemak rendah, lesitin, bawang putih, ginkgo, echinacea (untuk diguna seperti yang diperlukan), zink, asid gamma linolenik, vitamin B dan magnesium.

Senaman juga melakukan keajaiban untuk merangsang sistem imun anda. Terdapat beberapa teori.

Pertama, aktiviti fizikal mungkin membantu dengan menyingkirkan bakteria daripada paru-paru (sekali gus mengurangkan peluang mendapat demam selesema, selesema, atau penyakit bawaan udara yang lain) dan boleh mengeluarkan karsinogen (sel yang menyebabkan kanser) dengan meningkatkan pengeluaran sisa, seperti air kencing dan peluh.

Apabila anda bersenam, antibodi dan sel darah putih dihantar melalui tubuh pada kadar yang lebih cepat. Oleh kerana antibodi atau sel-sel darah putih beredar lebih cepat, ia boleh mengesan penyakit lebih awal. Kadar peredaran darah yang meningkat juga mungkin merangsang pelepasan hormon yang ?memberi amaran? sel-sel imun tentang bakteria atau virus yang mengganggu.

Selanjutnya, peningkatan sementara suhu tubuh boleh mencegah pertumbuhan bakteria, membolehkan tubuh menentang jangkitan dengan lebih berkesan.

Bersenam juga memperlahankan pelepasan hormon yang berkait dengan stres. Stres meningkatkan peluang penyakit, jadi aktiviti fizikal boleh mengurangkan faktor ini.

Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akhirnya membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang berkuasa dan efisien boleh menjadi satu daripada perkara-perkara penting dalam menjalani penuaan dengan jayanya.

Disebabkan penyelidikan yang meluas dan berterusan, produk-produk baru akan dijual di pasaran. Produk-produk yang memasukkan ekstrak timus, teknologi sel batang dan teknologi nano di mana bom bijak akan disuntik ke dalam sistem kita untuk mengesan dan memusnahkan sel-sel kanser.

Walau bagaimanapun, masih tiada pengganti bagi gaya hidup sihat.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:42 AM | Show all posts

Kolesterol: Kenali Musuh Kesihatan Anda

Kolesterol merupakan suatu bahan melekit dan lembut yang wujud secara semulajadi di dalam aliran darah dan sel-sel tubuh anda.Tahukah anda,kolesterol sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D. Namun bukan semua kolesterol baik untuk kesihatandan diperlukan oleh tubuh anda.

Organ hati bertanggungjawab menghasilkan sebahagian besar kolesterol yang diperlukan. Kolesterol juga diperolehi dari sumber luaran, terutamanya dari makanan berasaskan haiwan.

Sesetengah makanan yang tidak berasaskan haiwan juga mungkin mengandungi lemak trans yang boleh menyebabkan tubuh anda menghasilkan lebih banyak kolesterol.

Kolesterol dan lemak-lemak lain (yang juga dikenali sebagai lipid) tidak larut di dalam darah. Ia terpaksa dihantar dari satu sel ke satu sel menggunakan pengangkut khas yang dipanggil sebagai lipoprotin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:45 AM | Show all posts

Selesema jangkitan virus


DALAM keadaan cuaca berselang hujan dan panas ini, ramai terkena selesema. Selesema adalah jangkitan virus pada salur pernafasan. Selsema adalah penyakit biasa, tidak membahayakan tetapi menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.

Lazimnya, seseorang itu akan mendapat selesema tiga atau empat kali setahun. Manakala kanak-kanak, terutama yang belum bersekolah, pula lebih kerap mendapat selesema.

Sebenarnya, ada lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selesema. Berita baiknya, simptom selesema akan sembuh dalam tempoh seminggu. Jika selesema anda berpanjangan melebihi dua minggu, segera berjumpa doktor bagi memastikan ia bukan jangkitan bakteria pada paru-paru, anak tekak, trakea (tenggorok), sinus atau telinga.

Simptom awal bermula beberapa hari sebelum anda dapat selesema. Tanda paling jelas adalah hidung berair, sakit dan gatal tekak, hidung tersumbat, sakit badan dan kadangkala pening kepala. Tanda lain termasuk hidung berhingus, bersin, mata berair, batuk, badan panas dan demam, tetapi suhu badan tidak melebihi 102º F.

Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia juga boleh merebak melalui udara (bersin dan batuk) serta sentuhan.

Menggosok mata atau hidung selepas menyentuh barang dipegang orang yang selesema seperti pen dan telefon boleh menyebabkan anda turut mendapat virus berkenaan.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat selesema kerana sistem pertahanan badan mereka belum imun dengan kebanyakan virus selesema. Namun ini bukan sebab utama. Kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa bermain dengan rakan sebaya, menyebabkan penyakit ini mudah merebak.

Selesema juga adalah tindak balas terhadap alahan pada saluran pernafasan. Malah, mereka yang mengalami tekanan psikologi juga boleh mendapat selesema. Sehingga kini, tiada ubat untuk selesema. Biasanya selesema sembuh dalam tempoh seminggu. Jika suhu badan anda meningkat melebihi 102º F diikuti sakit dan cepat letih, ia mungkin influenza.

Jika selesema berpanjangan melebihi 10 hari dan ada masalah pernafasan yang kronik, segera berjumpa doktor. Secara amnya, keadaan kanak-kanak yang diserang selesema lebih teruk. Bawa anak berjumpa doktor jika mereka demam (suhu melebihi 103º F), muntah, mengadu sakit perut, kepala dan telinga; tidak boleh tidur, sukar bernafas dan asyik menangis.

Selesema yang sering dipandang ringan ini bagaimanapun boleh menyebabkan jangkitan telinga yang akut (otitis media); iaitu apabila bakteria memasuki gegendang telinga dan keadaan ini biasa di kalangan kanak-kanak.

Selesema berpanjangan juga boleh menyebabkan jangkitan sinus, tekak, bronkitis dan pneumonia. Jadi, jangan anggap selesema penyakit yang boleh diabaikan.

Untuk meredakan masalah hidung tersumbat, ada yang menggunakan semburan hidung.

Penggunaan yang berpanjangan akan menyebabkan anda memerlukan produk ini untuk melancarkan laluan pernafasan.

Semburan ini sebenarnya boleh menyebabkan membran mukus pada hidung mengalami keradangan. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan ia tidak melebihi beberapa hari saja.

Ubat yang dibeli di kedai atau farmasi tidak mampu merawat selesema. Malah, antibiotik juga tidak memberi kesan terhadap virus selesema. Namun, beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak diserang penyakit berjangkit ini.

- Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan keluarga, terutama anak-anak yang aktif bermain.

- Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih, terutama apabila ada anggota keluarga diserang selesema.

- Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu ini selepas sekali digunakan.

- Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain, terutama jika ada yang kena selesema.

- Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang yang diserang selesema. Jika diserang selesema, pastikan anda minum banyak air; sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jangan minum minuman beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh memburukkan simptom selesema.

Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda mengelakkan virus daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan minum minuman yang bercampur sedikit garam atau air limau bersama madu beberapa kali sehari. Ia juga baik untuk meredakan batuk.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:48 AM | Show all posts

Makanan punca alahan

PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek allon argon yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2013 11:51 AM | Show all posts

Awasi tanda-tanda strok

Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-tanda amaran strok
Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.

Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.

Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.

Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.

Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok. Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.

Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana strok didianogsis?
Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang, ujarnya.

Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:52 AM | Show all posts

Apa itu kolesterol?

Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung.

Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.

Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:56 AM | Show all posts

Sakit perut petanda awal endometriosis

PERHATIAN kepada golongan wanita. Adakah anda sering sakit perut, pinggul, kitaran haid tidak teratur dan sakit sewaktu melakukan hubungan seksual? Jika jawapan anda ya, ia mungkin disebabkan penyakit endometriosis.

Ketika ini, pelbagai tafsiran dibuat mengenai penyebab penyakit itu, namun punca sebenar masih belum diketahui. Yang pasti, endometriosis menyerang wanita tanpa disedari.

Perunding Obstetrician dan Pakar Sakit Puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Dharmini Veerakumaran berkata, endometriosis adalah satu keadaan luar biasa yang mana tisu daripada selaput dalam rahim yang digelar endometrium tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Selaput ini biasanya hadir bersama darah haid. Oleh itu campuran darah daripada rahim dengan tisu yang berkecai daripada lapisan endometrium serta bakteria yang digelar sebagai darah haid.

Ramai wanita masih tidak mengetahui penyakit ini sedangkan mereka menghadapinya. Antara simptom yang biasa berlaku apabila diserang penyakit ini adalah sering keguguran, mandul, senggugut selain boleh menyebabkan masalah pendarahan, kesakitan dan gangguan air kecil.

Sehingga kini punca sebenar penyakit endometreosis masih belum diketahui, namun ada teori mengatakan ia berpunca daripada darah haid yang berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium menyebabkan ia tumbuh pada pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid, katanya sewaktu ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, ada juga yang menyatakan ia tersebar melalui darah ke pelbagai bahagian lain di dalam badan. Ia juga mungkin membabitkan mekanisma lebih kompleks, yang mana wujud interaksi tidak normal pada peringkat sel dan perubahan hormon.

Endometriosis juga kerap terjadi pada wanita dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an, juga kepada wanita yang tidak pernah melahirkan anak.

Endometriosis memiliki komponen genetik iaitu jika seseorang wanita yang mengalami endometriosis mempunyai saudara terdekat, ada kemungkinan saudaranya itu turut mengalaminya.

Jelasnya, endometriosis turut memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita. Dalam keadaan normal, lapisan endometrium hanya ada pada dinding rahim manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

Ia boleh juga dijumpai di bahagian yang lebih jauh pada tubuh, termasuk paru-paru dan hati, tetapi sangat jarang berlaku.

“Meskipun tisu endometrium berada di luar kawasan yang sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku ketika kitaran haid wanita.

“Seperti haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, begitu juga dengan cara sama dengan dinding rahim yang akan gugur dan berdarah ketika kitaran haid.

“Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ lain yang berhampiran melekat antara satu sama lain.

“Jika tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan menyebabkan struktur organ pelvis beralih dari kedudukan normal,” katanya yang berharap golongan wanita akan lebih peka terhadap penyakit ini.

Sebagai contoh paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur Fallopio berjauhan daripada ovari dan jika berlaku ovulasi, telur tidak dapat dicapai salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku.

Dalam kes lebih serius, kerosakan mendalam pada salur Fallopio menyebabkan ia tersumbat, rosak dan kemandulan akan berlaku.

Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah ketika kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah, iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Jika keseluruhan ovari diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan folikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh menjejaskan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Jika telur berjaya dilepaskan juga daripada ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan.

Bahkan, ia juga boleh memberikan petunjuk kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.

Apakah gejala endometriosis?
Sakit pada bahagian pelvis antara gejala utama dan ia kerap terjadi sebelum kitaran haid bermula lagi. Sakit juga kerap terasa ketika melakukan hubungan seks, membuang air kecil atau air besar.

Bagaimanapun, kekerapan dan intensiti rasa sakit sebenarnya tidak berkait dengan keseriusan penyakit dialami. Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit keterlaluan, tetapi endometriosis mungkin masih pada peringkat awal dan mereka yang tiada gejala atau sakit yang ringan mungkin berada pada tahap endometriosis teruk.

Dalam kebanyakan kes, endometriosis gagal didiagnos pada peringkat awal hinggalah wanita berkenaan berjumpa doktor disebabkan kegagalan untuk hamil kerana kebanyakan pesakit tidak mempunyai tanda atau gejala.

Bagaimana diagnosis dilakukan?
Doktor selalunya akan mengambil sejarah perubatan terperinci dan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk pemeriksaan faraj dan ultra sound. Jika mengesyaki kemungkinan wanita itu mengalami endometriosis, doktor mungkin menyarankan pembedahan laparoskopi untuk melihat keadaan bahagian dalam ruang pelvis.

Rawatan
Rawatan untuk endometriosis bergantung pada sejauh mana penyakit, gejala dan keinginan pesakit untuk memiliki anak. Endometriosis boleh dirawat dengan ubatan, pembedahan atau kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2013 11:57 AM | Show all posts

Penawar Resdung

ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih teliti kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.   Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.236386 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list