|
encikotot posted on 17-5-2013 10:42 AM
KARIES TU PLAK KER?
INFO BGUS..
Karies dikenali sebagai kaviti ala yg karat2 tuh...sebelum karies terbentuk akan membentuk plak kemudian jika x dibersihkan atau disingkir plak akan terbentuk kaviti yg serius...ia juga punca pereputan gigi........sbb adik aku alami situasi ni...silap dia tak memberus gigi dibahagian belakang ngan betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
2. Kecederaan gigiApakah yang perlu saya lakukan pada gigi yang terhantuk keluar (dari soketnya)?
• Jika gigi kekal terhantuk keluar (dari soketnya) secara tidak sengaja, adalah penting untuk mengetahui langkah-langkah menyelamatkan gigi tersebut. Tindakan pantas boleh meningkatkan peluang untuk menyelamatkan gigi tersebut.
• Cari gigi tersebut. Pastikan gigi tersebut dipegang di bahagian koronanya, bukan pada akar gigi.
• Bilas gigi tersebut dengan air yang mengalir secara berhati-hati bagi membersihkan kotoran.
• Masukkan gigi tersebut kembali ke dalam soket. Pastikan gigi tersebut diletakkan menghala ke arah yang betul. Pegang gigi pada tempatnya dengan berhati-hati dengan menggigit pada sapu tangan yang bersih.
• Jika anda tidak boleh masukkan semula gigi tersebut pada soket, simpan gigi tersebut dalam susu segar atau cecair salina(saline) normal. Jangan biarkan gigi menjadi kering.
• Minta bantuan daripada klinik gigi dengan segera
Alat Pelindung Gigi
Apakah alat pelindung gigi dan mengapa saya memerlukannya?
Kemalangan boleh berlaku semasa anda membuat sebarang aktiviti fizikal, khususnya jika anda terlibat dalam sukan lasak. Alat Pelindung gigi yang diperbuat dari getah atau polivinil boleh dipakai atau ditanggalkan bagi melindungi gigi atas, boleh melindungi tisu lembut mulut dan mengurangkan risiko kecederaan gigi dengan membantu dari segi mengurangkan impak kecederaan melibatkan muka.
Apakah jenis sukan yang sesuai menggunakan alat pelindung gigi?
Terdapat tiga jenis sukan yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan:
• Sukan lasak di mana sentuhan adalah sebahagian daripada acara sukan tersebut. Ia melibatkan rugbi, seni silat dan tinju. Penggunaan alat pelindung gigi adalah wajib.
• Sukan yang kerap melibatkan pelanggaran yang tidak dijangka atau dirancang. Ia melibatkan sukan bola keranjang, hoki, polo air, bola jaring, skuash, bola sepak, berbasikal, trampolin, kriket (penjaga gol atau memukul tanpa memakai helmet) dan ski air. Penggunaan alat pelindung gigi amatlah digalakkan.
• Sukan yang tidak melibatkan sentuhan dimana sentuhan jang berlaku. Ia termasuk tenis di mana alat pelindung gigi tidak diperlukan.
Bagaimana saya boleh menjaga alat pelindung gigi?
Adalah menjadi amalan yang baik untuk-
• Merendam dengan air sejuk sebelum ia digunakan
• Membersihkan secara menyeluruh dengan air dan berus gigi selepas setiap penggunaan
• Menyimpan alat pelindung mulut di dalam bekas yang kukuh bagi mengelakkannya rosak. Memastikan bekas simpanan ada lubang pengudaraan.
|
|
|
|
|
|
|
|
3. Kehamilan dan Kesihatan Pergigian
Adakah kesihatan mulut saya akan menjadi lebih teruk semasa hamil?
• Kesihatan diri dan mulut adalah sangat penting untuk ibu mengandung.
• Semasa mengandung, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan tindak balas berlebihan terhadap plak gigi, mengakibatkan gusi lebih mudah bengkak, berdarah dan kemerahan.
• Keadaan ini dipanggil gingivitis semasa mengandung dan ia adalah suatu keadaan yang selalunya berlaku pada bulan kedua atau ketiga kehamilan dan kadang-kala menjadi lebih teruk sehingga bulan kelapan.
• Kajian kini menunjukkan hubungan antara penyakit gusi di kalangan ibu-ibu mengandung dan bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah.
Apa yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan kesihatan mulut yang baik semasa mengandung?
• Kesihatan mulut adalah penting dan menyumbang kepada kesihatan diri menyeluruh, maka adalah sangat penting untuk memberi perhatian yang khusus terhadap tanda-tanda penyakit gusi.
• Adalah penting untuk mengekalkan rutin penjagaan mulut setiap hari secara menyeluruh, termasuk memberus dan menggunakan flos.
• Lawatan ke klinik pergigian di peringkat awal kehamilan membolehkan pakar pergigian mengenalpasti masalah kesihatan mulut yang mungkin perlu dirawat.
Apakah jenis maklumat berkaitan semasa pemeriksaan gigi pertama saya semasa mengandung ?
Maklumat-maklumat ini adalah:
• Berapa bulankah anda telah hamil?
• Adakah sebarang tanda-tanda kehamilan anda berisiko tinggi?
• Adakah sebarang ubatan telah diambil?
• Adakah anda lihat sebarang perubahan pada kesihatan mulut?
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 17-5-2013 11:00 AM
...ko x duduk diam kot...ahaks... masa sekolah dulu nurse puji...gigi bersih berseri... mana ...
aku xleh thn bau hangit taik gigi tu haaa hahahha...
ngilu weeiiii....
sush nk kasi bersih kalo dh ade kaviti tu..keras cam batu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memflos Gigi
Bagaimanakah saya memflos gigi saya?
• Putuskan flos dan lilitkan sebahagian besar flos pada jari tengah kiri dan kanan. Pegang erat flos antara jari ibu dan jari telunjuk dengan meninggalkan benang floss antara 2 jari tersebut.
• Gerakkan Flos secara perlahan-lahan antara dua gigi. Jangan sentap /tarik flos pada gusi.
• Sebaik saja flos sampai ke garis gusi, lengkungkan flos itu pada gigi sebelah untuk menjadi bentuk C. Perlahan-lahan luncurkan floss di ruang antara gusi dengan gigi. Pegang flos rapat-rapat pada gigi. Gesek tepi gigi semasa menggerakkan flos keluar dari gusi dengan gerakan ke depan dan ke belakang.
• Ulangi untuk semua gigi.
Makanan dan Makan Secara Sihat
Apakah jenis makanan yang terbaik untuk kesihatan gigi dan gusi?
Pastikan pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai jenis setiap hari mengikut panduan Piramid Makanan. Ini termasuk:
• Makan pelbagai jenis makanan dari setiap aras Panduan Piramid Makanan.
• Hadkan pengambilan makanan yang banyak lemak .
• Hadkan jumlah pengambilan gula kurang kepada 10 hingga 12 sudu teh setiap orang sehari.
• Elakkan minuman berbuih (fizzy drink) atau berkarbonat.
Pilihlah kebanyakan makanan dari sumber tanaman:
• Makan lima atau lebih sajian sayur-sayuran setiap hari
• Makan makanan lain dari sumber tanaman seperti roti, bijirin, produk bijirin, nasi, pasta atau kekacang beberapa kali sehari.
Apa itu sealan fisur?
• Sealan fisur adalah bahan plastik khas yang digunakan oleh doktor gigi untuk melindung celah-celah dan fisur pada permukaan kunyahan gigi belakang daripada dimasuki bakteria dan makanan di dalam mulut.
Biasanya rawatan dijalankan pada kanak-kanak melibatkan gigi geraham
• kekal yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi. Sealan fisur bersama-sama pemberusan gigi yang betul serta mengawal makanan yang diambil membantu mencegah kerosakan gigi yang bermula dari dalam fisur gigi.
• Penyapuan sealan fisur adalah mudah dan tidak menyakitkan. Gigi tidak perlu dipotong. Gigi dibersihkan, dirawat, dikeringkan dan disapu dengan sealan. Apabila sealan mengeras, ia akan membentuk satu lapisan pelindung pada permukaan gigi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fluorida
Apa itu penyapuan fluorida topikal?
Bahan yang mengandungi fluorida dalam bentuk cecair atau gel disapu secara sistematik pada permukaan gigi untuk menguatkan gigi yang berisiko tinggi kepada kerosakan gigi.
Ia mungkin boleh dilakukan semasa temujanji rawatan gigi pencegahan.
Bagaimanakah fluorida mencegah kerosakan gigi?
-Fluorida mengurangkan enamel gigi daripada larut oleh asid.
- Ia mengurangkan penghasilan asid oleh bakteria dari plak gigi.
- Fluorida juga menggalakkan pembaikan enamel gigi di permukaan yang telah dilarutkan oleh asid.
Apakah sumber-sumber lain fluorida untuk kita?
Pemfluoridaan Air
Pemfluoridaan air melibatkan penyelarasan paras fluorida semulajadi dalam bekalan air komuniti ke paras yang optima untuk kesihatan pergigian.
Semenjak tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemfluoridaan bekalan air awam sebagai satu program utama pencegahan karies gigi.
Sekitar 75.5% populasi Malaysia telah mendapat manafaat melalui kaedah kesihatan awam ini.
Pemfluoridaan bekalan air komuniti adalah kaedah yang paling selamat dan kos efektif mengurangkan kerosakan gigi.
Penyertaaan aktif dari individu atau komuniti tidak diperlukan – hanya menggunakan air paip untuk diminum dan dimasak.
Fluorida disampaikan kepada setiap orang di dalam komuniti yang menggunakan bekalan air awam, termasuk individu yang amat memerlukannya. Ia memberi manafaat kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Ia membekalkan fluorida dalam mulut pada kepekatan yang rendah dan secara berterusan. Ini adalah penting untuk mencegah dan mengawal karies gigi.
Apakah rawatan yang diberikan semasa pemeriksaan ini?
• Pemeriksaan gigi rutin
• Penyapuan sealan fisur sekiranya perlu
• Panyapuan fluorida topical sekiranya perlu
• Arahan penjagaan kebersihan mulut dan khidmat nasihat
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 17-5-2013 11:13 AM
....yg ko x tahan nafas napa? aku lak bau ubat gigi... mmg ngilu masa aku wat cuci g ...
nak thn mendenya......
busuk dol...
mercik2 kt muka lak tuh wekkkkkkkkk hahahhahah..
gusi berdrh nih dlu aku mmg slalu kne,...
kdg2 bengkak pon ade gak...
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Apakah caj rawatan di klinik pergigian kerajaan?
Kos bergantung kepada jenis rawatan. Kos rawatan pergigian secara ringkasnya adalah seperti di bawah:
• Perundingan RM1.00
• Setiap tampalan gigi RM1.00
• Setiap cabutan gigi RM1.00
• Penskaleran RM2.00 setiap lawatan
• Rawatan kanal akar RM4.00
• Gigi palsu penuh RM50.00 setiap rahang
• Gigi palsu sebahagian RM10.00 untuk plat dan gigi pertama dan tambahan RM2.00 untuk setiap gigi tambahan dengan maksimum RM25.00
Caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar pergigian adalah seperti di bawah:
Pembedahan kecil minor: RM50.00
Orotodontik: aplians pakai tanggal RM100.00, aplians tetap RM500.00
INFO CARIGALI: http://ohd.moh.gov.my/v3/index.php/ms/faq/oral-health-faqs12
|
|
|
|
|
|
|
|
encikotot posted on 17-5-2013 11:30 AM
hahha ko pham2laa bnda free nih cmne kan....
dia tnyeh ikut sedap dia jek......
Yelah kot...yg swasta bayrn mahal kena ler elok2 kan...
Kadang2 pemakanan kita kalu tak seimbang pon boleh rosak gigi... walaupun punyalah rajin gosok gigi...
|
|
|
|
|
|
|
|
sape2 yg tau sile bg jawapan utk soklan pelangisenja nih |
|
|
|
|
|
|
|
pelangisenja posted on 22-5-2013 10:21 AM
tumpang tanya...sy ni ada masalah gusi berdarah tiap kali berus gigi....sy dah tukar pakai ubat gigi ...
try sensodyne gum care..miss sebelum ni gusi selalau jugak berdarah..b4 tu pakai colgate..dah tukar so far alhamdulillah..dah jarang2 darah n pakai berus gigi jenis soft
|
|
|
|
|
|
|
|
pelangisenja posted on 22-5-2013 04:08 PM
sensodyne gum care tu dia ada rasa pedas tak? kalau pedas, kuat tak rasa pedas tu? sbb sy tak thn ...
pelangi..
sensodyne gum care x pedas..sgt2 best
berus gigi miss beli oral B yg soft punya jer
|
|
|
|
|
|
|
|
pelangisenja posted on 23-5-2013 10:30 AM
ok tenkiu miss, nanti sy cari oral b tu n sensodyne...harap2 la setel masalah ni...
amalkan minum susu hi goat..susu terbaik dan tinggi kalsium...hihihi promosi plak
|
|
|
|
|
|
|
|
pelangisenja posted on 22-5-2013 10:21 AM
tumpang tanya...sy ni ada masalah gusi berdarah tiap kali berus gigi....sy dah tukar pakai ubat gigi ...
Klo gusi berdarah..apa kata try pegi cri dr.gigi..buat scaling..
Ke lpas scaling pon masih berdarah lagi?
Klo ada masalah sensitivity ni..elok guna sensitive ubat gigi..yg colgate ke..sensodyne ke..taj pon yg bru iklan kat tv tu..paradontax..yg jenis ni memang specialized dia untok gusi..
Lgi satu klo beli ubat gigi pastikan yg soft..klo sensitive bli yg extra soft..haram di beli medium ngan hard..
|
|
|
|
|
|
|
|
pelangisenja posted on 28-5-2013 08:42 AM
okay, terima kasih bg info tp blh sy tnya, plak dan karang gigi tu mcm mana ek? pastu nak tnya, ...
plak gigi ni kalo bahasa mudahnya ialah tahi gigi..sebenarnya plak ni..hasil kumuhan bakteria yg terdapat di gigi..apabila plak ini menebal dan tidak dibuang..ia akan mengeras dan dipanggil karang gigi..
yg keras warna kekuningan tu ialah karang gigi atau kalkulus gigi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|