Kapanlagi.com - Pernikahan artis Shandy Aulia dengan David Herbowo, nampak kurang lengkap lantaran tanpa dihadiri sang ayah, Kiemas Yusuf Effendi. Bintang sinetron Perempuan Pembawa Berkah itu menikah di sebuah Kapel di Pulau Bali, Senin (12/12/2011).
Kiemas beralasan beda keyakinan dengan putri bungsunya itu, sehingga tidak lagi berperan sebagai wali nikah anaknya. Sesuai dengan keyakinannya pula, Kiemas tidak bisa memasuki rumah ibadah umat lain, tempat di mana putrinya melangsungkan pernikahan.
“Sebagai seorang muslim, saya punya keyakinan tak akan datang ke dalam gereja atau tempat ibadah umat lain. Soalnya jatuhnya bisa mengganggu keimanan saja,” ungkap Kiemas, sebagaimana dilansir cekricek.co.id, Senin (12/12/2011).
Namun Kiemas mengaku kecewa, karena calon suami Shandy tidak pernah menemuinya untuk melamar, bahkan untuk memperkenalkannya pun belum pernah. Seharusnya Shandy dan David menghargainya sebagai seorang ayah dan meminta izin sebelum menikah.
“Saya tidak pernah didatangi, oleh calon suaminya. Dia tidak pernah melamar Shandy pada saya. Memang saya dan Shandy berbeda keyakinan, tapi seharusnya ada norma etika yang dilanggar di sini,” tukasnya kecewa.
Kiemas sendiri memang sudah bercerai dari ibunda Shandy, Elsye Dopong, di mana kemudian Shandy sebagai anak paling kecil ikut dengan ibunya yang beragama nasrani. Sementara ketiga kakaknya tinggal bersama ayahnya, yang beragama Islam.
Ketiga kakak Shandy pun hadir di pernikahan tersebut, meski menurut Kiemas, mereka ke Bali tanpa sepengetahuan dirinya.
"Mereka pergi juga enggak bilang-bilang sama saya. Heran, saya. Katanya khawatir saya larang. Ya ini soal keimanan kan. Ya sudah tanggung jawab suami masing-masing. Mereka sudah dewasa. Sudah menikah semua,” terang Kiemas.
Sebelumnya Shandy gagal menikah dengan putra Menko Kesra Agung Laksono, Dave Laksono. Padahal saat itu sudah melalui proses lamaran dan pesan baju pengantin.
Perbedaan agama dikabarkan menjadi pemicu bubaran saat itu, namun kemudian disanggah mereka. Kini perempuan kelahiran Jakarta, 23 Juni 1987 itu menikah dengan seorang pria keturunan Tionghoa, asal Jawa Timur yang merupakan putra pemilik pabrik buku tulis.
baru ku tau, Deddy cobuzer ni dah cerai..
dulu aku ingatkan derang laki bini xtian..tp ada sekali tu tertengok masa bulan posa, katanya si Deddy ni pun sama2 puasa demi menghormati agama bini nya..
anak2 ada 3 kalau x silap..
liyamariska posted on 22-5-2013 10:41 PM
pertubuhan islam kt indon tak menentang ker menda2 camni?
rasanya sejak Almarhum Gusdur jadi president, perkahwinan campur sudah tidak dibenarkan lagi.. tu yg skng, kalau artis indon nak kawin campur, derang kawin di luar negara.. contoh macam Titi Kamal dgn Chritian apa th napa laki dia tu..
zaman pemerintahan Suharto, tidak ada masalah kawin campur.
wafeenaulia posted on 24-5-2013 09:35 PM
Anak2 mirdad tu klau brlakon siap solat bagai...
bebrapa tahun lepas, Naysila ada la ikut solat aidiladha. masa tu gosip cinta ngan Dude Harlino.. n katanya dia belajar2 utk mendalami agama islam sbb nak kawin la kot ngan Dude.. tp lepas tu senyap je, sbb Dude bercinta ngan Asmirandah.. pastu Asmirandah pon jadi pompuan suci, pakai jilbab.. lepas putus ngan Dude, jilbab pon terbang..
si Dude Harlino ni tetap je jadi pujaan ibu2 disana buat menantu.. ala, mcm mawi dulu la.. Dude ni imej bersih, islamic..
Islam memberikan kelonggaran perkahwinan antara Muslim dan bukan Muslim ahli kitab. Konsepnya ialah lelaki Muslim berkahwin dengan wanita ahli kitab sama ada Yahudi atau Nasrani. Sebaliknya wanita Muslimah ditegah dan diharamkan daripada berkahwin dengan lelaki ahli kitab. Firman Allah swt dalam surah Al-Ma’idah : 5, yang bermaksud :
Dan (dihalalkan kepada kamu lelaki Muslim untuk berkahwin) wanita-wanita yang baik daripada Muslimah dan wanita-wanita yang baik daripada ahli kitab sebelum kamu apabila kamu memberikan akan mereka mas kahwinnya hal keadaan menjaga diri daripada zina, bukannya melakukan zina secara terang dan tidak pula menjadikan mereka sebagai wanita simpanan.
Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya pada ayat ini, ada beberapa tafsiran dalam memahami makna ahli kitab.
Mengenal ahli kitab.
a) Dikatakan maksud ahli kitab dalam ayat ini ialah golongan Isreal sahaja, dan ini ialah Syafi’i.
b) Ada juga pendapat menyatakan bahawa maksudnya ialah wanita ahli kitab yang zimmi, bukannya harbi.
c) Wanita-wanita yang baik dan menjaga diri daripada zina.
Hikmah bagi keharusan perkahwinan dengan ahli kitab
a) Ia bertujuan bagi menarik golongan ahli kitab menganut agama Islam.
b) Anak-anak hasil perkahwinan ini akan menurut agama bapa mereka iaitu Islam.
Namun tujuan sebegini nampaknya sudah tidak praktikal untuk diamalkan kerana :
a) Umat Islam hari ini adalah umat yang lemah
b) Kalau zaman awal Islam, budaya masyarakat menyaksikan lelaki menguasai wanita. Suami yang Muslim menjalankan tugasnya sebagai suami yang baik. Namun hari ini, wanita juga sudah mampu berkuasa tinggi. Banyak lelaki gagal di tangan wanita.
c) Agama anak bukan ditentukan lagi oleh agama bapa tetapi berdasarkan pilihannya apabila dewasa.
Maka matlamat dakwah sudah tidak tercapai secara objektif. Oleh itu, amat wajar diperkukuhkan apa yang ada. Jangan jadi “yang dikerja tak dapat, yang digendong berciciran”.
Di Malaysia, keputusan muzakarah fatwa (dalam e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view) memutuskan bahawa pernikahan antara lelaki Muslim dengan wanita ahli kitab yang tidak asli tidak sah menurut mazhab Syafi’i. Inilah fatwa yang sesuai dan benar dengan maslahat dan siasah syariah insya’Allah.