CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berun

Nota Terakhir Mona Fandey

[Copy link]
Post time 19-12-2013 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah gak mona ni tp masa tu kes tgh bicara kt mahkamah raub (skrg ni majlis daerah raub)... kebetulan aku nk gi stesen bas lama... masa aku lalu mona baru turun dari trak polis... kecoh org2 dlm bas masa tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2013 08:14 PM | Show all posts
khatam baca kisah arwah dekat link tu..
thanx for sharing that link..
berpinau gak bijik mata ni nak fahamkan perjalanan kes tu..
masa baca tu pun perasaan bercampur baur..
geram+ngeri+marah+seram+sedih
kejap kesian kat juraimi, kejap kesian kat mona+affendi..

teringin sgt nk tau citer mistik sebenar sepanjang kes tu berlangsung.
tapi tak diceritakan plak..

and sampai skang terfikir, ape lah cerita and khabar diana anak arwah tu..


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 19-12-2013 08:14 PM
khatam baca kisah arwah dekat link tu..
thanx for sharing that link..
berpinau gak bijik mata ni n ...

Tak silap arwah mona ni ada anak lelaki kan tp dgn suami lain... harap2 diana membesar dgn baik dan takde dikriminasi kt dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 12:10 PM | Show all posts
stryder_cats posted on 20-12-2013 10:00 AM
Tak silap arwah mona ni ada anak lelaki kan tp dgn suami lain... harap2 diana membesar dgn baik da ...

ooo.. ade anak laki ek..
penah kawen ea dulu...
tapi tak penah mention pulak or terdengar-dengar pulak pasal anak laki arwah..
biasa dgr diana je..
tu la kan.. nak reveal lebih2 pasal anak pompuan die skang pun mungkin benda ni quite sensitif kat belah famili yg jaga diana skang..
isu parents die agak .... yelah kan..
takpe la, doa yang terbaik saja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 12:10 PM
ooo.. ade anak laki ek..
penah kawen ea dulu...
tapi tak penah mention pulak or terdengar-dengar ...

Rasa pernah dgr mcm ada anak lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 12:10 PM
ooo.. ade anak laki ek..
penah kawen ea dulu...
tapi tak penah mention pulak or terdengar-dengar ...

Silap anak lelaki tu anak tiri mona... anak lelaki kpd affandi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2014 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak sedara sy jg mona di penjara kajang...
Mmg pnh kena gangguan sbb ktnya ms tu mona da xmampu bg mkn belaan dia...Nanti sy citer detail kalu ada yg berminat nk tahu sbb da lewat mlm sgt ni ngantuk nk tdo...
Jenuh jugak berubat mak sedara sy time tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2014 05:41 PM | Show all posts
menarrik jgk baca kisah2 sebalik tabir MF ni..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2014 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 posted on 2-1-2014 03:47 AM
Mak sedara sy jg mona di penjara kajang...
Mmg pnh kena gangguan sbb ktnya ms tu mona da xmampu bg ...

Share la cepat mommy... nk tau gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
stryder_cats posted on 2-1-2014 06:04 PM
Share la cepat mommy... nk tau gak ni


Saya xpandai nak karang buat ayat ala novel...
Sy cuba sebaik mungkin..

Mak sedar n pak sedara kena..
Asal dari belaan mona fendey..
Antarnya teddy bear kat rumah mata bercahay n ada suara..
Tengah solat bangun dari sujud nampak pocong berdiri kt depan..
Macam2 lagilah..ms tu agak kalut n seram jugak keadaan di penjara kajang katanya sbb mende tu sumer ngamuk...
Orang lain agak beruntung..mende tu kacau dorang kat penjara jer..
Mak sedara ni agak tak benasib baik..mende belaan mona ikut dia balik rumah..
Habis kucara kacir hidup dorg suami isteri..
Ingat lagi mak sedra masa tu mmg asyik meracau n takut..
iyerlah mende ni kan kena kita bela n jamu dia..ada ritual..so bila kena tahan mona susah gaklah nk buat ritual tu..walaupon dia ada buat jugak..tapi mungkin xcukup sampai mende ni kacau org
Mak n pak sedara jenuh pegi berubat... Pihak penjara pon panggil ustaz katanya untuk halau mende2 dia tu...
Kesan dari tu sampi skrg pak sedara hijabnya terbuka
Boleh nampak mcm2 dengan clear

Banyak lagi mak sedara cerita n mommy dah type...
Pastu tetiba teringat plak  takut plak aibkan si mati...astaghfirullah... Tu delete balik...

Cuma nak cakap..lama juga dorg tahan dia sbb nak tawarkn ilmunya sebelum nak gantung.. Memang hebat gak ilmu yg dia tuntut.. N mak sedara cakap mona ni baik tapi nampklh mcm xberapa betul jugak. N bila dia senyum tu seram gak jd sbb dia senyum menyeringai gitu...
N mak sedar mmg jaga dia hinggalah saat terakhir.. Walau keadaan sangat terbatas dalm penjara tu untuk mona buat ritual puja memuja ni..tapi dia tetap buat jugak..
Caranya mommy xnaklah cerita detail sbb agak mengaibkan
Tapi memang betullah orang cakap perjanjian dengan setan ni memang mengorbankan sehingga keseluruhan diri dan keluarga kita..nauzubillah..

Moga dia sempatlh taubat sebelum mati tu...
N moga taubatnya Allah terima..Kita doakan Allah ampinkan dosa meteka bertiga Last edited by mommymonster82 on 3-1-2014 01:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 03:22 AM | Show all posts
sian arwah...mcm2 speku ttg arwah ni..sebelum arwah digantung,dia masih lagi boleh mengucapkan dua kalimah syahadah,sebulan sebelum arwah menjalankan hukuman...dia leh beramah mesra ngan petugas penjara ngan hospital (kakitangan kesihatan penjara),mmg arwah ni seorg yg peramah,suka senyum dan bertegur sapa dgn sesiapa shj,dia bukanlah wanita yg menyeramkan apabila kita bersembang dgn dia..ramai yg kata arwah ni masa jalankan hukuman,dia ni susah(liat) nak menghembuskan nafas terakhir...semua tu x btl...jgnlah aibkan arwah dan keluarga arwah lg...ape yg arwah wat dulu,dia dah terima hukuman...saya tegaskan,masa hukuman dijalankan berlansung,xde ape pun kejadian pelik spt didakwa org ramai...cuma semasa menguruskan dua jenazah antara mereka bertiga ni ade sedikit kejadian pelik,sorry xleh nak kongsi,nnt lagi byklah cerita2 yg bukan2 ttg arwah ni.. al fatihah utk mereka2 yg telah pergi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah.. Xde plak mak sedara cakap susahlh apelah...
Ok jer dia cakap..sbb ms tu pon ilmu dah tawar n mungkin juga da taubat nasuha
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 03:27 PM | Show all posts
ape yang aku risau, anak-anak arwah..kesian mereka..tentu selalu dihina..ni ade sidikit catatan anak tiri mona (anak fendi)..cedok dari blog..

Kisah Anak Mohd Affandi

TUJUAN PEMAPARAN KISAH INI HANYALAH UNTUK RENUNGAN ANDA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI. SAYA TIDAK MENYOKONG ATAU MEMBENCI DIA TAPI BAGAIMANA JIKA NASIB BEGITU MENIMPA KITA?

IBARAT terkena badi, anak tiri Mona Fandey, Mohd Hafizi Mohd Affandi, 22, melalui pelbagai penderitaan,termasuk empat kali dibuang kerja dan pertunangan
dibatalkan. Dia adalah anak Mohd Affandi Abdul Rahmanhasil perkahwinan keduanya dengan Azizah Yahaya.ABPBH05

Oleh kerana terlalu tertekan dengan hidupnya, diameluahkan isi hatinya kepada wartawan Metro Ahad,ZAINUDDIN ZAIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN.

"SIAPA yang ingin dilahirkan sebagai anak pembunuh?Saya tidak minta dilahirkan sebagai anak Mohd Affandi,tetapi Tuhan sudah menentukan begitu. Saya tidak
pernah menyesal dilahirkan ke dunia. Sebagai seorangIslam, saya terima takdir saya.

Yang menyedihkan ialah sikap masyarakat yang tidakfaham. Mengapa saya turut dipersalahkan di atasperbuatan ayah dan ibu tiri saya? Adakah semua anak
pembunuh turut menjadi pembunuh... penjahat?Bukan sehari dua saya menghadapi tekanan masyarakat,tetapi sejak zaman kanak-kanak hingga sekarang. Sayadiberhenti atau diminta berhenti empat pekerjaan dalam
tempoh dua tahun lalu.

Malah, hasrat saya untuk bertunang juga tidakkesampaian apabila keluarga kekasih saya menentanghubungan kami apabila mengetahui saya ada hubungan
darah dengan Mohd Affandi dan Mona Fandey.

Saya cukup tertekan kerana hubungan dengan kekasihsangat baik, walaupun dia tahu latar belakang keluargasaya.

Namun sebaik saja memaklumkan kepada keluarganya,mereka tidak dapat menerima saya dan meminta hubungankami diputuskan.

Bayangkan perasaan ibu saya yang sudah membeli cincindan memaklumkan kepada saudara-mara supaya bersiapsedia kerana akan menghantar rombongan peminangan,tetapi akhirnya terpaksa menebalkan muka memberitahumajlis itu tidak jadi.

Sebelum itu, ketika di kolej saya pernah bercintadengan dua gadis, tetapi akhirnya terputus selepasmereka mengetahui saya anak Mohd Affandi dan MonaFandey.

Derita saya bukan hanya dalam percintaan, malah sukan.Saya mewakili Kelantan dan kini Kuala Lumpur dalamacara taekwando. Dalam satu pertandingan, ada pesertamengundurkan diri dan tidak mahu berlawan dengan sayaapabila mengetahui saya anak Mohd Affandi keranabimbang saya membawa ilmu arwah ayah dan ibu tirisaya.

Betapa malu dan rasa terhinanya saya. Adakah merekamenganggap saya tiada kebolehan? Banyak lagi tekananmasyarakat yang cukup mengguris hati, tetapi apalahdaya saya. Saya tidak mampu menemui semua orang danmenceritakan kesedihan dan kisah sebenar saya.

Inilah tujuan utama saya mendedahkan diri danmenceritakan kisah saya kepada Metro Ahad. Saya bukaningin mencari publisiti. Malah, saya bersediamenghadapi 'serangan' keluarga kerana yakinsaudara-mara yang membaca kisah ini akan marahkansaya.

Bagaimanapun, saya cuma mahu keadilan. Saya mahumasyarakat faham dan tahu kisah sebenar dan tidakterus menyeksa saya di atas kesalahan yang saya tidak
lakukan. Saya hanya mahu menjalani kehidupan normalseperti insan lain yang mempunyai kerjaya dan keluargasendiri.

Terlalu berat rasanya untuk melangkah mengharungi kehidupan hari ini. Bayangkan kerana wajah saya miripayah, saya dipaksa makan pelbagai ubat oleh keluarga
bertujuan mengemukkan diri supaya orang tidak cam yangsaya anak Mohd Affandi.

Saya cuma mahu masyarakat tahu saya hanya membawa namaayah, tetapi saya tidak pernah menjadi anak ayah. Sayatidak pernah mendapat kasih sayang ayah kerana arwah(Mohd Affandi) meninggalkan ibu ketika saya dalamkandungan.

Saya tidak pernah tahu siapa ayah saya sehingga sayaberusia sembilan tahun apabila ibu memanggil saya danmemberitahu yang ayah saya masih hidup. Ketika itu punsaya hanya melihat wajah arwah di televisyen keranadidakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Berikutan terlalu gembira saya sebenarnya ada ayah,saya bercerita kepada rakan di sekolah bahawa MohdAffandi itu ayah saya. Biasalah sebagai kanak-kanak,
kita tidak dapat memikirkan baik dan buruknya.

Akhirnya saya menjadi mangsa cercaan dan yang palingsaya tidak dapat bersabar apabila mereka menghina dansindir saya dengan mengaitkan nama ayah saya.

Kata-kata yang paling saya tidak dapat dengar danterima ialah "engkau nak jadi macam bapa engkau. Bapaengkau pembunuh." Kata-kata itu menyebabkan saya
menjadi 'panas hati' dan selalu bergaduh.

Sebab itu saya belajar taekawando ketika berusia 12tahun. Saya menjadikan gelanggang taekwando sebagaitempat melepaskan geram dan perasaan marah hinggamemperoleh tali pinggang hitam.

Kali pertama saya berjumpa arwah ayah di PenjaraKajang ketika berusia 16 tahun. Bukan sepertikanak-kanak dan remaja lain yang membesar dengan kasih
sayang ayah mereka, bayangkan saya berjumpa ayahkandung buat kali pertama di penjara.

Sebaik saya memasuki bilik perjumpaan tahanan denganwaris dan mengangkat telefon, ayah memanggil namasaya. Saya terkejut kerana walaupun tidak pernah
berjumpa, ayah mengenali saya.

Pada pertemuan itu, ayah hanya bertanya khabar danperkembangan saya. Pesanan ayah saya ingat hingga kehari ini iaitu supaya jangan setakat belajar
taekwando, belajar juga silat.

Selepas itu, saya sering mengutus surat kepada ayahdan pernah berjumpanya dua kali sebelum saya menerimaberita ayah akan dihukum gantung keesokannya (2
November 2001). Sebenarnya keluarga saya mengetahuitarikh hukuman itu seminggu lebih awal, tetapimerahsiakannya dan hanya memaklumkan kepada saya padahari terakhir.

Saya dan keluarga bertolak dari Pantai Cahaya Bulan(Kelantan) ke Penjara Kajang pada 1 November 2001.Seingat saya, kami bertolak menaiki empat kenderaan.
Sejurus tiba pada hari sama, ayah mahu berjumpa sayabersendirian manakala yang lain tidak dibenarkanmasuk.

Saya di dalam bilik selama tiga jam bersama ayah. Itukali pertama kami bersentuhan kerana sebelum itu kamidipisahkan oleh dinding kaca dan hanya berbualmenerusi telefon.

Saya masih ingat kata-kata ayah yang mengaku dia tidakbersalah. Menurutnya, dia tidak membunuh Datuk Mazlan(Idris), sebaliknya semua itu angkara Mona dan JuraimiHusin. Bagaimanapun, arwah berkata dia menerimatakdirnya.

Saya difahamkan oleh petugas penjara, ayah berpuasaselama tiga tahun secara berterusan sehingga harikematiannya.

Saya tidak tahu adakah ayah berpuasa kerana insaf diatas apa yang berlaku. Saya tidak berhak memberipandangan dan andaian kerana itu antara ayah dan Allah
SWT.

Yang pasti, ayah sudah menerima balasannya. Yangmenghairankan ialah, mengapa masyarakat masihmenghukum zuriatnya yang tidak tahu menahu mengenaikejadian (pembunuhan Mazlan) yang berlaku.

Kami semuanya tiga beradik (daripada zuriat MohdAffandi). Abang saya berusia 27 tahun adalah anakhasil perkahwinan pertama manakala adik perempuan
saya, Mazdiana, kini 18 tahun, adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Mona.

Setiap kami mempunyai pengalaman sedih. Bagaimanapun,antara ketiga-tiga anak ayah, saya seorang yangberjaya disembunyikan daripada media hinggalah hari
pengkebumian ayah.

Sejak itu hidup saya berubah. Saya tidak tahu biladerita saya akan berakhir, tetapi saya tidak akanberhenti berdoa.

Kepada masyarakat yang membaca kisah saya, saya hanyaberharap mereka faham, saya juga ciptaan Allah yangingin melalui kehidupan dengan penuh ketenangan."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 05:17 PM | Show all posts
jaa139 posted on 6-1-2014 03:27 PM
ape yang aku risau, anak-anak arwah..kesian mereka..tentu selalu dihina..ni ade sidikit catatan anak ...

ada gmbar  x anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 08:37 AM | Show all posts
berun posted on 6-1-2014 05:17 PM
ada gmbar  x anak dia

takde..kalau nak tau wajah die, tengok gambar fendey jelah, kan die cakap muka die seiras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 01:01 PM | Show all posts
jaa139 posted on 7-1-2014 08:37 AM
takde..kalau nak tau wajah die, tengok gambar fendey jelah, kan die cakap muka die seiras:loveline ...

fuhhyoo. xpe la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2014 07:40 PM | Show all posts
al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2014 09:52 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 2-12-2013 08:33 PM
Baca full report kes mona ni memang best
Mmg tak terjangkau dek akal!

teringin nak baca, haritu Nas dengan kawan cari kat library, punyalah gigih mencari rupa-rupanya tu unreported case..librarian tu cakap kena pergi mahkamah baru boleh dapat full case --'
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ciknas posted on 21-1-2014 09:52 PM
teringin nak baca, haritu Nas dengan kawan cari kat library, punyalah gigih mencari rupa-rupanya t ...

hihi..kes profil tinggi memang spesel treatment skit,nas..kene usaha lebih kalu nak baca in full..

tp kompem manyak pusing kepala lps tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2014 06:16 PM | Show all posts
alamakkk bukak link tu dia ckp ypur ip address is banned..apehal ntah...wuwuwu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.053035 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list