|
Pertama kita perlu bertanya: apakah pengertian realisme?
Kata Bertolt Brecht, penulis teater terkemuka, realisme bergantung persepsi sesuatu seni (beliau bercakap tentang seni teater) oleh audiens pada satu-satu masa. Jadi, Bagi Brecht, realisme adalah relatif. Hari ini mungkin sesuatu karya yang dipentaskan itu dianggap 'real' tetapi hari lain mungkin tidak.
Realiti, kata Brecht, berubah-ubah. Jadi untuk memaparkannya, kaedah pemaparan perlu berubah.
Ada juga teori (biasanya dari aliran Hegelian) yang mendakwa, realisma adalah sikap sesuatu karya seni, bukan bentuk formalnya. Maksud mereka, hanya karya-karya yang menggambarkan hidup masyarakat pro-letar (atau kebanyakan) sahaja boleh dianggap sebagai realis, kerana ia membongkar dinamika sebenar masyarakat yang terpendam di dalam kehidupan seharian.
Apakah realisme bermakna pemaparan kewujudan dunia ini dengan terperinci?
Jika mengikut logik, ini sesuatu yang mustahil. Ibarat mata yang cuba melihat segalanya termasuk dirinya sendiri.
Jadi realisme bukanlah perincian kewujudan dunia.
Jika mengikut pemikiran aliran modernis pula, realisme adalah pemaparan kejadian di bawah sifat luaran, iaitu apa yang sering dianggap sebagai esen sesuatu kejadian. Bagi mereka, karya sastera boleh mempunyai sifat absurdis, atau magikal selagi ia dapat menggambarkan keadaan sebenar di dunia ini.
[ Last edited by marquez on 3-11-2003 at 11:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Namaku Merah oleh Orhan Pamuk
Orhan Pamuk adalah seorang penulis Turki yang telah menghasilkan 6 buah novel; empat daripadanya telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris. Namaku Merah, yang telah diterbitkan di Turki pada tahun 1998, telah dijual sebanyak 160,000 buah naskhah. Beliau tinggal di Istanbul bersama keluarganya.
Terjemahan kasar mukasurat pertama Namaku Merah
Aku Mayat
---------
Tiada yang tinggal, hanya mayatku sahaja, sekujur tubuh di dasar sebuah perigi. Walaupun sudah lama aku menghembuskan nafas terakhirku dan jantungkau sudah berhenti berdenyut, tiada siapa, selain daripada pembunuh sial itu, yang tahu akan nasibku. Dan si Celaka itu pula, setelah memastikan aku sudah mati dengan mendengar nafas serta memeriksa nadiku, menendang perutku, dan mengheret aku ke pinggir perigi ini, dan menghumbankan aku ke dalamnya. Sebaik sahaja jatuh, kepalaku yang telah dia pecahkan dengan batu pun berkecai, mukaku, dahiku, dan pipiku hancur; tulang-belulangku patah-remuk, dan mulutkan dibanjiri darah.
Selama 4 hari aku hilang: Isteri dan anakku tentu sedang mencari aku: anak perempuanku, yang sudah kering air matanya, tentu sedang merenung mengharap ke arah pintu pagar rumahku. Ya, aku tahu, keluarga tentu sedang berdiri di jendela, masing-masing mengharap aku akan pulang.
Tetapi benarkah mereka sedang menunggu? Itupun aku tak pasti. Mungkin mereka sudah membiasakan diri dengan kehilanganku - ah, sedihnya! Di sini, yakni di alam barzakh, kita terasa seperti kita yang lalu masih diteruskan. Sebelum aku lahir masa sudah wujud, dan setelah matiku, masa masih terus wujud. Tidak pernah aku fikirkan perkara ini sebelum peristiwa ini berlaku. Selama ini aku dihimpit dua azali kegelapan.
Hidup aku gembira; aku tahu kini yang hidup aku gembira. Aku telah menghasilkan hiasan yang terbaik di bengkel Sultan Kita; tiada siapa boleh menandingi kemahiranku. Dan melalui kerja sambilanku, aku dibayar 900 wang perak sebulan. Ini menyebabkan bahana yang menimpa diriku lebih sukar untuk ditanggung.
-bersambung- |
|
|
|
|
|
|
|
Sadegh Hedayat bukannya loyar...
Tempat: Kedai buku tempat aku kerja dalam seminggu ni (untuk mencari sesuap nasi).
Masa: Sedang aku dok asyik nak menterjemah sambungan cerita Orhan Pamuk (Namaku Merah) yang ditunggu-tunggu ramai (hahahahaha),
Peristiwa: ...Masuk sorang mamat Iran ngan sorang Mamat Melayu. Mula-mula aku buat dek jer pas tu Mamat Melayu tu mula tanya pasal cemana nak cari editor kat Malaysia nih, sebab dia nak tulis buku, so sembang punya sembang (sambil mengutuk editor-editor kat Mesia nih) Mamat Iran tuh pun joint sekali, terbabas pulak cerita pasal penerbitan kat Iran. Sudah terbabas ke sana (sambil diselit dengan cerita-cerita minah kacukan Iran yang popular iaitu Annahita Bakavoli, sebagai perencah cerita), Mamat Iran tu mengeluh kata kat Iran tuh susah nak terbit buku sebab banyak sangat sensor yang suka mencincang, lalu aku pun kata apa susah, kan orang Iran kebanyakannya pegi Paris dan terbitkan buku sendiri, contohnya Sadegh Hedayat tuh... Mamat Iran ni kagum sebab nama Sadegh Hedayat sudah sampai ke dunia ketiga ni, dan kami pun bersembang cemana Sadegh ni setelah di Paris, sempat juga belajar dengan Sartre, guru falsafah Eksistentialis tuh, tapi lepas dia tulis buku dia yang paling terkenal dia pun membunuh diri....
Kata-kata akhir Sadegh Hedayat ialah 'temui kamu di hari kiamat...' Bukunya: Seekor Burung Hantu Buta
*****
(Ini terjemahan kasar bab pertama Seekor Burung Hantu Buta)
Bab 1
-----
Minda yang kesunyian akan dihakis sejenis kudis hawar.
Mustahil untuk disampaikan dengan adil siksaan akibat penyakit ini. Secara amnya, manusia akan meletakkan penderitaan tak terperi ini sebagai sesuatu yang luar biasa. Jika disebut dalam perbualan, atau dalam tulisan, dengan mengambil kira kepercayaan ketika ini, dan secara khusus kepercayaan seorang individu itu, kita tentunya akan tersenyum menyindir dan tidak percaya. Ramai yang tidak faham kerana sebenarnya penyakit ini masih belum ditemui penawarnya. Kelegaan hanya boleh ditemui dari arak serta tidur yang disebabkan oleh ganja atau bahan narkotik yang serupa dengannya. Malang sekal, kesan ubatan-ubatan tersebut hanya sementara sahaja. Setelah sampai satu titik, ia tidak lagi menghilangkan, malah akan menambahkan kesakitan yang dirasai.
Mungkinkah ada yang akan dapat membongkar rahsia penyakit yang melampau ini, yang boleh diibaratkan seperti gema di bawah bayang-bayang minda, dan yang menjelma di antara kematian dan kehidupan semula, di antara tidur dan sedar?
Saya cadangkan kita cuba menangani hanya satu bentuk penyakit ini sahaja. Ia mengganggu diri saya sendiri dan telah menghancurkan kendiri saya hingga saya tidak mampu untuk melupakannya walaupun sesaat. Kesan buruk penyakit ini telah meracuni hidup saya selama-lamanya. Mungkin salah jika disebut meracuni; mungkin patut saya katakan, sejak lahir lagi dan selama-lamanya akan saya tanggung kesan kauteri ini.
Saya akan cuba lampirkan apa yang saya masih ingat, apa yang telah tinggal di minda saya. Saya mungkin dapat merumuskan sesuatu dari pengalaman ini - mungkin tidak. Saya boleh berharap agar cerita ini dipercayai pembaca, atau sekurang-kurangnya dapat meyakinkan diri saya sendiri; sebenarnya saya tidak peduli jika tiada siapa mahu mempercayai saya. Saya cuma takut akan mati sebelum mengenal diri saya sendiri. Dalam perjalanan hidup ini saya telah menyedari jurang yang memisahkan diri saya dan orang lain, dan saya juga sedar yang sikap terbaik ialah mendiamkan diri, dan cuba untuk tidak berkata-kata selagi saya mampu. Saya telah membuat keputusan untuk menulis kerana hanya itu sahajalah cara untuk mendedahkan diri saya kepada bayang-bayang saya, bayang-bayang yang tatkala ini telah menenggelami dinding di sekeliling seperti terlalu lapar dan mahu menyantap setiap perkataan yang saya tulis. Kerana dia, yakni bayang-bayang sayalah, saya cuba untuk menulis. Siapa tahu? Mungkin kami akan mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Sejak saya memutuskan ikatan yang menghubungkan saya dengan manusia di dunia ini, hasrat saya cuma satu: iaitu untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam.
Mungkin fikiran ini sia-sia sahaja! Mungkin tidak. Tetapi ia menyiksa saya lebih daripada apa yang wujud dalam realiti ini. Apakah manusia-manusia di dunia ini, yang menyerupai diri saya, yang nampaknya mempunyai kehendak dan nafsu seperti saya, wujud hanya untuk menipu saya? Apakah mereka cuma bayang-bayang yang muncul hanya untuk mengutuk dan menipu saya? Apakah segalanya yang saya rasa, lihat dan fikir, hanyalah sekadar khayalan, dan berbeza daripada realiti hidup sebenar?
Saya menulis hanya untuk bayang-bayang saya, yang kini terdampar di dinding bertentangan di bawah cahaya lampu. Saya mesti memperkenalkan diri saya kepadanya.
[ Last edited by marquez on 5-11-2003 at 05:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adoi sayangnya....baru je memiliki beberapa naskah mag tuh.... |
|
|
|
|
|
|
sanchez This user has been deleted
|
"terjemahan kasar" yang berjaya membuat aku bercita-cita untuk mencari seterusnya memiliki dan membaca 'Namaku Merah' - My Name Is Red, i presume? Tapi kena tunggu lepas raya....sebab sekrg ni dah kopak.
so Marquez, 'bersambung' tu bila nak sambung? |
|
|
|
|
|
|
|
Nantilah bila aku habis kerja hujung minggu ni...
Thx for reading...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sekarang dok cari last issue magazine tuh sebab ada profile poet favourite aku - Fernando Pessoa...
M-
[ Last edited by marquez on 7-11-2003 at 03:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Biasale tu..aku pun pelik gak ngan rakyat M'sia ni..dia org suka masukkan "sampah" ke dlm otak mereka...cthnyer URTV dan majalah mangga...ader sorang Ustaz tu siap beli Mangga, dok minum ngan aku..heran betul aku..aku yg bukan Ustaz ni pun tak bukak majalah tu..dier siap bukak baca depan kita org...Biler member aku tanya..dia boleh cakap dia sedang buat kajian...apa kajian entah..sah2 depan tu gambar Lydiawati pakai baju nampak cleavage...ni citer lama ni..4 tahun dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit aje... tak de mood nak translate + tak de dictionary...
Hitam Gelaranku
Setelah 12 tahun aku pulang ke Istanbul seperti seorang yang sedang berjalan dalam tidur. "Bumi memanggilnya" kata orang tentang mereka yang sudah nazak; dan kepulanganku ke bandar kelahiranku ini juga ada berkaitan dengan kematian. Ketika aku kembali buat pertama kali, aku fikir hanya kematian sahaja yang ada di sini; hanya kemudian barulah cinta berputik di hatiku. Tetapi Cinta, adalah sesuatu yang asing bagi ku, seperti segala memoriku ketika tinggal di bandar ini. 12 tahun lalu, di Istanbul, ketgika masih di bandar ini, aku telah jatuh cinta kepada sepupuku.
4 tahun setelah aku meninggalkan Istanbul, tika mengembara menempuh kawasan steppe yang tiada penghujungnya, gunung ganang yang diliputi salji, dan bandar-bandar melankolik di Parsi, sambil membawa surat atau untuk mengumpul cukai, aku mengaku pada diriku bahawa aku semakin lupa wajah kekasihku yang telah kutinggalkan. Aku rasa begitu gementar bila menyedari yang cinta tidak menjamin wajah yang kita cintai akan kekal di minda. Pada tahun ke-6 aku berada di Timur, mengembara atau bekerja sebagai setiausaha kepada pasha-pasha yang berada di daerah itu, aku sedari bahawa wajah di dalam khayalanku bukanlah wajah kekasihku lagi. Pada tahun ke-8, aku sudah terlupa wajah di mindaku pada tahun ke-6, dan gambaran kekasihku berubah lagi. Jadi, ketika umurku 36 tahun, tatkala sudah 12 tahun Istanbul kutinggalkan , aku tahu yang wajah kekasihku sudah lama hilang dari fikirankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Living to tell the Tale by Gabriel Garcia Marquez
Living to tell the Tale is the book that I predict would be the book of the year, the memoir by Nobel Prize winning writer Gabriel Garcia Marquez, known throughout the world for his epic One Hundred Years of Solitude.
Just read two pages - exquisite does not even begin to describe it... |
|
|
|
|
|
|
RasaCinta This user has been deleted
|
citer journal ka marquez? any idea of other authors whose writings are likely the same? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan jurnal, tapi naratifnya dari pelbagai perspektif, antaranya, dari seorang mayat (di atas), sebuah lukisan, wang emas... dari sebuah lukisan pun ada. Ceritanya tentang pembunuhan seorang penghias buku (mayat di atas), juga sebuah kisah cinta (Hitam dan 'kekasihnya), juga pertembungan antara budaya barat dan timur (di lihat melalui penghasilan sebuah buku yang menggabungkan lukisan-lukisan barat dan timur) yang menjadi medan pertelingkahan watak-watak dalam buku ni...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
KHAZANAH [himpunan post Marquez]
Haruki Murakami - sensasi sastera Jepun. Ini terjemahan kasar salah satu cerita pendeknya.
Tatkala Aku Melihat Gadis yang 100% cocok bagiku Di Satu Pagi April yang Indah
oleh Haruki MUrakami
Pada satu pagi April yang indah, di sebuah lorong sempit di Harajuku Tokyo, aku telah berselisih dengan gadis yang 100% cocok bagiku.Memang benar, dia bukanlah begitu cantik. Tiada apa pada dirinya yang menonjol. Pakaiannya juga biasa sahaja. Bahagian belakang rambutnya seperti tidak terurus, mungkin kerana dia terlewat bangun tidur. Dia juga agak berumur - mungkin sudah mencecah 30, dan mungkin istilah gadis tidak sesuai untuknya.Tapi dari jarak 50 ela darimana aku melihatnya, dia bagiku gadis yang 100% cocok untuk aku. Sebaik sahaja aku melihatnya, jantungku bergetar, dan bibirku menjadi sekering gurun.
Mungkin bagi kamu seseorang gadis itu perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk kelihatan cantik - ada yang suka yang berkaki panjang, atau bermata besar, atau yang mempunyai jari-jemari yang anggun, atau mungkin juga kamu rasa tertarik tanpa apa sebabpun kepada gadis yang mengambil masa yang lama untuk makan. Aku juga begitu. Kadangkala aku sedar yang aku sedang merenung gadis yang berada di meja berhampiran di restoran kerana aku sukakan bentuk hidungnya.Tapi kadangkala kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang menarik hati kita. Memang aku suka melihat hidung seseorang, tapi aku tidak dapat mengingati rupa hidungnya. Apa yang aku tahu ialah dia bukanlah seorang gadis yang cantik. Aneh, kan?
"Semalam, aku berselisih dengan gadis yang 100% cocok untukku," kataku pada seorang teman.
"Ya?" katanya. "Cantik tak dia?"
"Taklah sangat"
"Apa yang membuat kamu tertarik hati?,"
"Tak tahulah. Aku tak ingat langsung apa-apapun tentang dia."
"Anehnya."
"Ya. Aneh"
"Kemudian," katanya yang sudah semakin bosan, "apa yang kamu buat? Kamu bercakap dengan dia? Atau kamu ikut dia?"
"Tak. Sekadar berselisih saja."
Dia berjalan dari timur ke barat. Aku dari barat ke timur. Pagi itu memang menyegarkan.
Kenapalah aku tak menegurnya? Aku rasa setengah jam sudah mencukupi: aku cuma nak tahu tentang dirinya, bercerita tentang diri aku - dan, apa yang paling ingin aku lakukan - terangkan kepadanya takdir yang membawa kami berdua berselisih pada pagi April yang indah ini.
Selepas berbual, kami akan makan tengahari. Mungkin menonton wayang selepas itu, dan singgah ke hotel untuk minum. Mungkin juga kami akan pulang bersama.
Peluang seperti ini byukan selalu datang..
Kini jarak antara kami hanyalah lima belas ela sahaja.
Bagaimanakah boleh kumulakan? Apa yang patut aku katakan?
"Selamat pagi cik. Bolah tak luangkan setengah jam untuk berbual dengan saya?"
Mungkin tidak. Bunyinya seperti aku ni seorang penjual insurans.
"Maaf ya. Boleh beritahu saya di mana kedai dobi yang buka sepanjang hari di sini?"
Tak masuk akal. Bukannya aku bawa pakaian kotor! Siapa yang nak percaya?
Mungkin aku patut jelaskan perkara yang sebenar: "Selamat pagi. Kamu adalah gadis yang 100% cocok untuk saya."
Tidak. Dia tentu tidak akan percaya. Kalau yapun, dia mungkin tak mahu berbual dengan aku. Mungkin dia akan berkata, maaf ya, saya mungkin gadis yang 100% cocok untuk kamu, tetapi kamu bukanlah lelaki yang 100% cocok untuk saya. Mungkin itu yang akan terjadi. Kalau itu yang terjadi habislah aku. Mana nak letak muka? Umur aku ni dah 32.
Kami melintasi sebuah kedai bunga. Terasa udara panas menyentuh kulitku. Lorong yang aku lalui ini lembap, dan aku terbau kehadiran bunga ros. Namun aku tak mampu untuk menegurnya. Dia memakai sweater putih, dan di tangan kanannya dia memegang sekeping sampul surat putih yang tak berstem. Entah apa kandungannya. Mungkin sepanjang malam dia menulis surat itu - kerana aku lihat dia seperti mengantuk.Mungkin segala rahsianya tersimpan di dalam sampul surat itu.
Aku berjalan beberapa langkah dan membelok. Gadis itu pula lenyap di celah-celah orang-ramai.
HARI INI aku tahu apa yang akan kukatakan kepadanya: aku akan memberi satu syarahan yang panjang, terlalu panjang untuk aku sampaikan. Ah! Idea aku tidak pernah ada yang praktikal.
Ia akan bermula dengan "Pada suatu hari" dan berakhir dengan "begitu sedih kisah ini, ya?"
PADA SUATU HARI, di ssebuah bandar, hidup seorang budak lelaki dan seorang gadis. Umur budak lelaki itu 18, manakala gadis itu pula 16. Budak lelaki itu bukanlah kacak, dan gadis itu juga tidaklah cantik. Mereka seperti kebanyakan budak lelaki dan gadis yang sepi di dunia ini. Tetapi mereka percaya dengan sepenuh hati yang di luar sana wujud lelaki dan gadis yang 100% cocok untuk mereka. Ya, mereka percaya dengan keajaiban. Dan keajaiban itu telah berlaku pada mereka.
Satu hari mereka bertemu di hujung sebuah jalan.
"Anehnya," kata budak lelaki itu. "Saya telah mencari kamu seumur hidup saya. Kamu mungkin tidak percaya tapi kamu adalah gadis yang 100% cocok untuk saya.
"Dan kamu," kata gadis itu, "adalah lelaki yang 100% cocok untuk saya, kamu memang seperti yang saya angankan. Saya rasa seperti berada dalam mimpi.
Mereka duduk di atas sebuah kerusi di taman, berpegang tangan dan bercerita kisah hidup mereka berjam-jam lamanya. Mereka tidaklah sepi lagi. Mereka telah bertemu dan ditemui oleh insan yang 100% cocok untuk diri masing-masing. Tentu indah bila bertemu dengan orang yang 100% cocok untuk kamu. Ia satu keajaiban.
Tetapi ketika mereka sedang rancak berbual, mereka terasa sedikit sangsi: apakah begitu mudah untuk mencapai impian ini?
Lantas budak lelaki tersebut berkata: "Mari kita uji diri kita. Jika benar kita adalah 100 % cocok untuk diri masing-masing, kita sudah tentu akan bertemu lagi. Dan bila kita bertemu, kita akan tahu yang kita memanglah 100 cocok untuk diri masing-masing. Ketika itu kita bolehlah berkahwin tanpa sebarang perasaan sangsi. Apa pendapat kamu?"
"Ya, " Kata gadis itu. "Itulah yang patut kita lakukan."
Lalu mereka berpisah. Gadis itu ke timur, dan budak lelaki itu ke barat.
Ujian tersebut sebenarnya tidak perlu dilakukan kerana mereka memanglah 100% cocok untuk diri masing-masing, dan pertemuan mereka adalah satu keajaiban. Tetapi mustahil mereka mengetahui perkara ini kerana mereka masih muda. Ombak takdir yang begitu dingin dan tidak berperikemanusiaan akan menenggelamkan impian mereka.
Pada satu musim dingin, kedua-dua gadis dan budak lelaki itu diserang sejenis penyakit ganjil. Setelah beberapa minggu berada di antara hidup dan mati, mereka sembuh, tetapi mereka telah kehilangan ingatan mereka. Bila mereka sedar, otak mereka telah kosong. Segalanya telah dilupakan.Tetapi mereka berdua amat bijak dan gigih, dan dengan berusaha keras mereka telah dapat mempelajari kembali segala kemahiran yang telah mereka lupai dan kini menjadi anggota masyarakat yang berguna.
Masa berlalu dengan pantas. Umur lelaki itu kini 32, dan umur gadis itu kini 30.
Pada satu pagi April yang indah, ketika sedang mencari secawan kopi sebelum memulakan harinya, lelaki itu berjalan dari barat ke timur, makanala gadis itu yang sedang perjalanan ke pejabat pos, berjalan dari timur ke barat di sepanjang jalan yang sama di Harajaku, Tokyo. Mereka berselisih. Sekilas ingatan mereka yang telah lama terpendam timbul kembali dan jantung kedua-duanya bergetar pantas. Dan mereka
tahu:
Dia adalah gadis yang 100% cocok untuk saya
Dia adalah lelaki yang 100% cocok untuk saya.
Tetapi ingatan yang timbul itu terlalu lemah, dan fikiran mereka tidaklah seperti 14 tahun lalu. Tanpa berkata barang sepatahpun, mereka berselisih dan hilang di celah-celah orang ramai. Selama-lamanya.
Begitu sedih kisah ini, ya?
Ya, itulah yang sepatutnya saya katakan padanya.
[ Last edited by marquez on 10-11-2003 at 03:45 PM ]
[ Last edited by seribulan on 19-10-2004 at 05:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm ...dah tak de jodoh kot... |
|
|
|
|
|
|
sanchez This user has been deleted
|
Pernah dengar kata-kata ini "the reason we didn抰 meet that day was we weren抰 meant to be together". Mungkin dlm cerita ini boleh dinyatakan sebagai |
|
|
|
|
|
|
|
Aku melihatnya lebih kepada keangkuhan manusia yang tak mahu menerima dan berterimakasih dengan rahmat yang diberi...
Tapi tu aku...
M- |
|
|
|
|
|
|
idiika This user has been deleted
|
satu perasaan yg cukup manis dapat dibayangkan dlm monolog penulis. Perasaan manis itu yg mendorong wa terus membaca...tres interessant M !! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya juga amat berterimakasih jika ada yang boleh memberi cadangan bagaimana terjemahan ini boleh diperbaiki - sebab ia masih terlalu kasar...
M- |
|
|
|
|
|
|
|
ada jual ke cite ni??
buku ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|