CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: putr@polo

[Tempatan] Gara-gara cemburu, suami pukul dan bakar isteri @ Kota Bharu

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2014 11:17 AM | Show all posts
Simbah petrol, bakar isteri

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR
[email protected]



Rohfadla Daud kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu. - Utusan/Rosni Masri


KOTA BHARU 3 Mac - Dipercayai akibat cemburu buta, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol dan membakar isterinya di hadapan rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Lebih menyayat hati, mangsa, Rohfadla Daud, 30, dibakar di hadapan adik dan tiga abangnya yang bergegas ke rumah pasangan itu selepas mangsa menghubungi mereka dan memaklumkan dipukul suaminya.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Rafar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa turut dipukul berkali-kali oleh suspek yang tiba-tiba naik angin.

Beliau berkata, ketika dipukul, mangsa sempat menelefon adiknya, Ahmad Syafiq Ismail, 21, yang berada di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini untuk meminta pertolongan.

"Adiknya datang ke rumah bersama tiga lagi abangnya dan melihat suspek sedang memukul mangsa.

"Setelah menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak mencurahkan petrol ke atas mangsa dan membakar sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Idris berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana melecur bahagian muka dan kedua-dua tangannya.

Kata beliau, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan pihaknya memohon orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... steri#ixzz2uxbNJYWI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2014 12:47 PM | Show all posts
Aku ingat india punya pasangan dah main bakor2. Melayu pun main bakor jugak -.-'
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 02:09 PM | Show all posts
putr@polo posted on 3-3-2014 09:16 PM
bwh kedai bro ke??
ce cerita sikit ape terjadi sebenarnya ni..

ntah ler, kalau ikut citer orang suami dia jenis baran (aku suspek main pill), salah isterinya bukan ape, cuma nak mintak balik ke KL jer, ye la kedai suami kat sini nampak macam hidup segan mati tak mau jer, sewa 1k oo jangan memain, sales xde, ari2 tutup, bila kepala dah serabut, bini mintak nak balik umah mak pak kat KL trus di tetak ngan pedang samurai , masa kejadian tuh malam, kedai aku dah tutup, aku dapat tau dari jiran sebelah jaa. kesian pas owner kena tangkap habis kucing2, burung2 seme mati xde orang pedulik
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2014 04:53 PM | Show all posts
baru la hardcore n rare.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list