Misanga, atau gelang bertuah yang katanya boleh mengabulkan permintaan dan putus waktu permintaan akan terkabul sebenarnya adalah gelang yang dibuat oleh orang-orang Kuji City (Kita Sanriku) di Prefektur Iwate yang kehilangan keluarga, teman, tempat tinggal dan pekerjaannya kerana gempa di daerah Touhoku tahun 2011 yang lepas.
Misanga ini dibuat sendiri oleh para wanita menggunakan tali pancing baru. Biasanya harga 1 set sekitar ¥1100, ¥576 nya akan didermakan untuk para wanita yang membuat misanga ini dan ¥150 nya juga didermakan untuk korban bencana.
Dengan membeli misanga, orang-orang boleh menyumbang sekaligus membantu korban bencana alam.
Dalam dorama ini ada sebuah lagu nostalgia yang dimainkan berjudul “Monika”. s
Yoshikawa Kouji, dikenal sebagai Kikkawa Kouji, adalah seorang penyanyi sekaligus pelakon jepun yang lahir tahun 1965. Pada tahun 1984, penyanyi ini menyanyikan lagu Monika yang menjadi hits di carta ORICON.
Waktu Aki-chan dan Yui-chan masuk ke bilik lama Haruko-san, Yui-chan berkata begini, “ Ini kan poste Toki Wo Kakeru Shoujo (The Girl Who Leapt Through Time) ”,
Ini adalah filem yang mencapai box office di Jepun pada tahun 1983. Filem ini berdasarkan novel sains fiksyen karya penulis Jepun bernama Tsutsui Yasutaka yang ditulis pada tahun 1967. Di sampul poster itu terpampang wajah pelakon utama filem tersebut, Harada Tomoyo. Filem ini dibuat dalam beberapa versi, iaitu setelahnya pada tahun 1997, 2006, dan 2010.
Toki Wo Kakeru Shoujo '' The Girl Who Leapt Through Time '' (1983)