CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dasatgiler

[Tempatan] 3 Penumpang Maut Driver Bas BerSMS & Kawal Streng Guna SIKU!!

[Copy link]
Post time 13-4-2014 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyuk benar sms sampai mati org dibuatnya
Sms kekasih gelap ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh terlentang pun masih pegang hp?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sedara mara yg meninggal tuh dtg hospital pijak driver bas nih ramaai2....baru dia rasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hamjad punya drebar... hish
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:23 PM | Show all posts
tahan tul semakpon dia  eksiden gitu elok lagi ..

brand apa pakai semakpon i jatuh sekali jer  .. punah screen
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah kpd mangsa...




semoga lesen pemandu tu ditarik n di larang terus dr memandu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2014 01:37 PM | Show all posts
sudah tiba masa ke kita naikkan taraf ambilan driver bus ni kepada yg ada otak, ada hemah dan ada otak?

I mean banyak sangat isu driver bus ni dari yg ambil dadah, stimulant sebab nak alerts, kepada yg jenih bawa laju , kepada jenih yg macam ni ?

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 01:40 PM | Show all posts
he is addicted ni. sampai  ganggu focus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 01:52 PM | Show all posts
Credit to:
http://www.sinarharian.com.my/pemandu-bas-didakwa-asyik-sms-1.269845


BENTONG – "Sebelum kemalangan, pemandu bas sibuk 'bermain' SMS (khidmat pesanan ringkas), malah kenderaan turut dipandu laju," dakwa seorang penumpang bas, Norfazilah Zainuddin, 22, ketika ditemui di Hospital Bentong, semalam.
       
        Norfazilah mendakwa, dia yang duduk bersebelahan pemandu bas berasa tidak sedap hati melihat kelakuan lelaki itu yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu.
       
        Menurutnya, dia menegur pemandu bas beberapa kali, namun tidak diendahkan.
       
        "Saya cakap baik-baik minta dia fokus kepada pemanduan kerana bimbang berlaku perkara buruk yang boleh membahayakan saya dan penumpang lain.
       
        "Dia tidak hiraukan saya langsung dan terus memandu laju, sebelum bas kami masuk ke laluan bertentangan," katanya.
       
        Norfazilah yang bekerja sebagai kerani di Kuala Lumpur berkata, ketika itu, dia hanya sempat menjerit 'Awas, abang!', sebelum bas itu terbabas dan terbalik.
       
        Katanya, kejadian terlalu cepat dan kepalanya cedera akibat terhantuk pada cermin hadapan bas, selain lututnya luka akibat terhimpit.
       
        “Saya masih sedar dan hanya dapat melambai-lambai pengguna jalan raya lain, berharap ada yang membantu mengeluarkan kami yang tersepit,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Tumpat, Kelantan.
       
        Menurutnya, insiden itu tidak mungkin dilupakan, namun dia bersyukur kerana terselamat.
       
        Sementara itu,Suhaila Ismail, 32, berkata, dia yang pertama kali menaiki bas tersebut sangat trauma dengan kemalangan ngeri itu.
       
        Katanya, dia dan abangnya terpaksa menaiki bas itu, selepas tiket bas yang selalu dinaiki habis dijual.
       
        "Sebelum kejadian, abang memang dah perasan bas tersebut dipandu laju dan pemandu bas juga asyik menekan brek.
       
        "Saya cedera di bahagian tulang belakang serta rusuk. Kejadian ini buat saya serik dan trauma naik bas," katanya.
       
        Seorang lagi penumpang, Razali Musa, 47, turut menceritakan detik cemas insiden itu.
       
        “Saya naik bas bersama isteri, ketika dalam perjalanan saya tertidur, sebelum tiba-tiba terdengar bunyi dentuman serta cermin pecah.
       
        "Semua penumpang menjerit. Tiba-tiba saya ditindih tiga individu lain termasuk isteri," katanya.
       
        Menurutnya, memang dia terkejut dengan kejadian itu  tetapi mujur dia tidak panik manakala penumpang yang selamat dan tidak cedera keluar dari bas berkenaan melalui cermin depan yang pecah.



Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:03 PM | Show all posts
sekel posted on 13-4-2014 12:26 PM
semalam dlm berita citer lain

Credit To :
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_12/Pemandu-dakwa-elak-langgar-kereta

Pemandu dakwa elak langgar kereta





BENTONG 12 April - Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemala­ngan maut di Kilometer 11, Jalan Raub-Bentong di sini tengah malam tadi, mendakwa kejadian itu berlaku disebabkan terdapat sebuah kereta yang memotong dari arah sebelah kiri jalan di hadapannya.




Wan Khairul Efendi Wan Mustapha, 39, ketika ditemui di Hospital Bentong di sini hari ini berkata, berikutan itu, dia cuba mengelak kereta terbabit menyebabkan dia terpaksa membrek secara mengejut, sehingga bas yang dipandunya terbabas.


“Saya hanya memikirkan untuk menyelamatkan penumpang dan juga tidak melanggar kereta ber­kenaan," katanya.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Bentong yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai meluangkan masa melawat kesemua mangsa di hospital berkenaan.


Wan Khairul Efendi yang patah kaki kanan dalam kejadian itu berkata, ini adalah kemalangan pertama selepas lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas.


Tambahnya, laluan berkenaan yang beralun sering dilaluinya sebelum ini tanpa sebarang masalah.


Dalam pada itu, Tiong Lai berharap jalan raya antara Bentong dan Raub yang beralun dan berliku dapat ditambah baik dengan segera bagi mengelakkan sebarang tragedi berulang.


Katanya, langkah itu perlu memandangkan jalan tersebut merupakan laluan utama ke Kota Bharu, Kelantan.




Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:04 PM | Show all posts
Kalau mati esok2 ni kapan sekali dgn henpon tu...
Harap2 lepas ni waris dan penumpang2 bas ni pakat2 hentak kepala dia dgn siku pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:06 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 13-4-2014 10:31 AM
ATAS KATIL WAD PUN DIA SMS, LOL

hatu SMS ka apa driver nie ? ke kejutan baru pirst time guna tepon ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:08 PM | Show all posts
pakweneelofa posted on 13-4-2014 03:26 AM
nasib baik dia tk kata guna telor kawal stereng

Kah Kah Kah
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:09 PM | Show all posts
Credit To:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140413/dn_11/3-maut-nahas-bas-ekspres




BENTONG 12 April - Tiga penumpang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera parah selepas bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, di sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasa­ngan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang juga warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26.

Zarifah berasal dari Salor, Kota Bharu, Kelantan, manakala Suhaisam dari Batang Kali, Selangor.

Mereka yang cedera pula ialah Siti Nabila Mohd. Nasir, 23; Tuan Rosnani Tuan Mohd. Din, 22; Wan Muhammad Husin Abdullah, 54; Faizah Abdullah, 79; Wan Khairul Affendi Mustafa, 35; Ruwaidi Jusuh, 35; Nur Sazren Fazhera Mohd. Shanif, 20; Norzamera Abd. Manaf, 24; Low Wan Yi, 23, dan seorang warga Thailand, Mamalutfee.

Mangsa yang maut dipercayai duduk di tingkat atas bas.

Mangsa yang terselamat dibawa keluar melalui cermin hadapan bas yang pecah serta melalui lubang a­ngin di bahagian bumbung.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika bas yang membawa 68 penumpang tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Berdasarkan siasatan awal, semasa melalui tempat kejadian, bas itu dipercayai memotong beberapa kenderaan di laluan menghala ke Kota Bharu lalu hilang kawalan di selekoh.

“Ia kemudian terlanggar tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik sehingga terseret ke laluan kiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum jenazah mereka dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, mangsa yang cedera pula termasuk pemandu bas ber­kenaan yang patah kaki kanan, dirawat di Hospital Bentong manakala dua lagi dibawa ke Hospital Temerloh dan Hospital Kuala Lumpur.

“Selebihnya iaitu seramai 55 orang penumpang mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis masih lagi giat melakukan siasatan.

Katanya, berdasarkan siasatan, lokasi kejadian merupakan satu lorong dua hala menuruni bukit dan berselekoh serta semasa kejadian cuaca gelap manakala jalan pula kering.


- Al-Fatihah


Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:25 PM | Show all posts
ada sorg drbr kat opis kita, mmg suka sgt bersms tgh drive..
bila kena tegur, selamba jawb..xper..xper, dah biasa!!
eeiii tensen sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah naik bas transnasional ni dari kltn, air cond tak rasa lgsung, dah la siang.bayangkan panas nya mcamane. Bas nya kbykn dah terlalu uzur, tpi laju bkn main..lagi suka naik mutiara ekspress...bas kbykan baru dan setakat ni alhamdulilah slmt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 02:35 PM | Show all posts
Atas katil pon masih pegang phone. Nampak tidak serik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:38 PM | Show all posts
Tlglah penjarakan and gantung lesen memandu seumur hidup. Tu je jalan utk mangajar. Kalau tak drebar drebar ni akan buat lagi. Selagi tak buat, masalah ni akan berulang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:50 PM | Show all posts
munchkin posted on 13-4-2014 02:38 PM
Tlglah penjarakan and gantung lesen memandu seumur hidup. Tu je jalan utk mangajar. Kalau tak drebar ...

nampak cam kurang ajar je driver ni..harap keluarga mangsa jgn diam diri..amik tindakan biar drebar celaka ni mampus
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 13-4-2014 02:35 PM
Atas katil pon masih pegang phone. Nampak tidak serik lagi.

Tgh layan forum cari.com la tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058391 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list