CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ResellerMaxis

[Tempatan] Hudud dah bermula di Kelantan. Update:Mak, Bapak, Abang ditahan polis Pg : 7

[Copy link]
Post time 28-5-2014 11:37 PM | Show all posts


pi ngaji..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:40 PM | Show all posts
Harap mereka2 yg saksikan hukuman ni dpt jd kan pengajaran...
Dan buat pesalah sila bertaubat..
Cuma I nk tau, mangsa tu memang diperkosa ke atau sukarela?
kalau sukarela mohon disebat juga biau2 sama merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
patot kne takbir.bru nmpk isle skit
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:03 AM | Show all posts
KEDUDUKAN AYAT HUDUD (HUKUMAN) DALAM AL QURAN
Menurut Prof. Dr Hashim Kamali
•        Hudud juzuk yang kecil dari keseluruhan teks Quran. 1/10 daripada keseluruhan Al Quran.
•        350 ayat hukum dalam Quran daripada 6236 untuk menjawab masalah yang dihadapi ketika itu.
•        hukuman syariah teori DEFINITIF dan SPEKULATIF
•        DEFINITIF:  (qatie) tidak membuka penafsiran yang lain. Contoh : penzina 100 kali sebat.
•        SPEKULATIF : terbuka bagi penafsiran dan ijtihad
•        Hudud Allah disebut empat belas (14) kali dalam al Quran tanda had had (sempadan) sama ada dari segi moral atau perundangan, kelakuan yang boleh dan tidak boleh (seperti memisahkan antara halal dan haram)
•        Tidak kurang enam (6) daripadanya terkandung dalam hanya satu ayat yang merujuk kepada perceraian (iaitu dalam surah al Baqarah ayat 229-230)
•        hudud ini merujuk kepada pelaksanaannya dari pihak individu yang melakukan itu sendiri dan bukan pemerintah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:04 AM | Show all posts
HUKUMAN HUDUD YANG DISEBUT DALAH QURAN ADA 4
1.        Zina (surah an Nur : 2)
2.        Qazaf (an Nur : 4)
3.        Mencuri (Maaidah : 38)
4.        Hirabah (al maidah 33-34)
2 yang lain (bhughah dan murtad)
•        (ulama' tidak memasukkan Bughah kategori Hudud sebab perbahasan dan pendekatan hukum yang tersendiri.
•        Murtad datang dari hadis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:05 AM | Show all posts
APA MAKNA HUDUD
•        “Had” secara harfiyahnya bermakna batas
•        penjaga pintu (bawwah) dan penjaga penjara disebut sebagai (sajjan) juga disebut sebagai “haddad” juga disebut sebagai “haddad” kerana menghalang orang menceroboh
•        Hadd merujuk jenayah itu sendiri..contoh “si fulan telah melakukan hadd”, maksudnya si fulan telah melakukan kesalahan tetapi bukan kepada hukuman yang diberikan.
•        Walaubagaimana pun al Quran langsung tidak menggunakan had atau hudud  merujuk secara khusus pada hukuman.
•        Jadi perkataan hadd harfiyyahnya atau penggunaan dalam al Quran tidak lebih dari konsep “pembatasan”
•        perkembangan dasar yang berlaku iaitu hadd hukuman digariskan oleh al Quran atau Sunah tetap dan tidak boleh diubah. Kesannya konsep pembatasan atas makna mencegah dalam al Quran digantikan pula dengan konsep sebagai hukuman yang tetap.
•        dalam kitab fiqh kita akan jumpa difinisi hudud sebagai “satu hukuman” yang mempunyai kadar yang ditetapkan.
•        Hadd juga dianggap sebagai hak Allah sementara qisas itu adalah hak manusia
•        Hak Allah dianggap mandatori yang wajib dipenuhi dan tidak boleh dipertikaikan.
•        Berbeza dengan takzir dan qisas dianggap hak adami dihukum mengikut kesesuaian pesalah, dan dalam qisas mengambil kira hasrat mangsa mengampunkan pesalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 12:05 AM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 28-5-2014 10:00 PM
jangan si mak ni yang kena hukum or saman dah lah..dah macam dekat pakistan/afghanistan plak..:lol ...

kita di M'sia, mudah2an para hakim syarie dpt memberi pertimbangan yg seadil2nya kepada ibu yg menghakimi perogol anaknya.  Setiap orang lelaki khususnya patut memikirkan bahawa seorang anak gadis yg dirogol pasti akan menghadapi akibat yg amat tragis. Maruah diri dan keluarga tercemar sehabis hina, memikul malu yg maha besar, dn tidak dpt berhadapan dgn masyarakat sekampung.  Trauma dan jiwanya rosak, malah gelap masa depannya.  Kalau gadis itu termengandung atau terjangkiti penyakit kelamin/hiv aids, apakah masyarakat cukup sekadar mengasihani gadis trs?  Dapatkah kita semua yg hadir di sini memberikan pandangan yg baik untuk kita renungkan bersama2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dino posted on 28-5-2014 10:41 PM
dah kena rogol bkn die nak...


kan sian
biasanya mangsa rogol akan alami kerosakan emosi
trauma
selalu rasa diri hina dan kotor
jd kalo nk kawen ngn mangsa harus terima seadanya
dan jgn sesekali mengungkit masa silam
org2 camnih hati dia fragile sgt
kdg2 mcm2 kerenah dia yg akn buat kita leh ilang sabar
tu yg dirisaukan.. bkn apa risau kita takleh kawal diri bila marah
walhal kita tak bermaksud nk melukakan dia..
kat bod fd nun ade kesah ttg org yg kawen ngn pompuan yg ade masa silam yg menyakitkan ini..
simpati sgt2..
selayaknyalah pendogol nih dihukum mati shj

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 12:05 AM | Show all posts

PENJELASAN BAHAWA HUDUD ADALAH HAK ALLAH
•        Kekeliruan timbul memahami hadd melalaui konsep Hak Allah dan qisas pula hak manusia. Pemahaman membezakan keduanya ini amat bertentangan
•        Menurut qarrafi pada dasarnya semua hak dalam islam terdiri daripada hak hak Allah.
•        Al Quran menegaskan membunuh manusia sama melakukan satu jenayah terhadap seluruh masyarakat.
•        Untuk mengatakan hadd kesalahan tidak boleh diampunkan ianya menutup pintu taubat dan perubahan diri tidak selaras dengan Al Quran.
•        Al Quran menganjurkan keseimbangan antara pembalasan dengan perubahan diri mengesyorkan hukuman mestilah setimpal dengan penderitaan yang diakibatkan
•        Al Quran juga menggalakkan kesabaran dan kemaafan bagi kedua dua pihak mangsa dan hakim.
•        Kekerasan  hukuman dan ketegasan dalam perlaksanaannya harus sentiasa disederhanakan mengikut permintaan al Quran kepada keadilan dan kesaksamaan.

“oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu” (al Baqarah : 194)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:06 AM | Show all posts
PERSOALAN MENGENAI HUKUMAN ZINA
•        percanggahan pendapat gabungan hukuman kepada pesalah zina samaada rejam, sebat, buang negeri samaada digabung kan atau diasingkan
•        Majoriti berpendapat hukuman zina muhsan adalah rejam sampai mati sementara ghairu muhsan disebat seratus kali
•        Pendapat yang lain pula mengatakan hukuman sebat 100 kali dianjur dilaksanakan kepada semua samaada muhsan atau ghairu muhsan
•        Pendapat pertama bedasarkan bukti Rasulullah s.a.w menjatuhkan hukuman rejam kepada Maiz bin Malik  dan kes seorang perempuan puak ghamidiyyah. Juga semasa era khulafak ar rashidin juga pernah melaksanakannya
•        Pendapat lain pula mengatakan al Quran hanya memperuntukkan hukuman sebat 100 kali rotan dan lansung tidak membicarakan soal rejam. Seaindainya hukuman itu ada sudah pasti al Quran memerintahkan demikian.
•        Pengusul pandangan ini telah menolak dalil sunnah dengan alasan hukuman rejam telah dijalankan sebelum turunnya ayat surah an Nur (24: 2).
•         Jika ini diterima maka bermakna hukuman rejam tersebut telah dimansukhkan oleh peruntukan hukuman sebat dalam al quran.
•        Mazahab Hanafi menyatakan bahawa kesemua Hadis tentang hukuman rejam merupakan hadis ahad yang diragui dan tidak konsisiten dengan hukuman sebat yang nyata dijelaskan bilangannya dalam al Quran.
•        Membenarkan hukuman rejam sampai mati berdasarkan bukti ragu adalah suatu tindakan yang salah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:07 AM | Show all posts
PENDAPAT MENGENAI REJAM : ABU ZAHRAH DAN MUSTAFA AL ZARQA
•        Abu Zahrah berpendapat hukuman rejam adalah bentuk hukuman yang meragukan dan adalah lebih baik ia tidak digunakan. (bukunya – Al jarimah wal Uqubah fi al fiqh al Islami : al uqubah)
•        Abu Zahrah merujuk kepada hadis al Asif dan perbuatan umar al Khattab dan kisah Maiz dan perempuan al Ghamidiyyah kesemua hadis ahad.
•        berpendapat hukuman rejam adalah hukuman yang keras mesti dibuktikan melalui bukti yang kuat tanpa ragu melalui al Quran atau Hadis mutawatir
•        Analisa lain oleh Abu Zahrah rejam diperkenalkan dalam kitab taurat dipatuhi oleh masyarakat Yahudi yang mana mereka bermastautin di madinah telah berzina.
•        Masyarakat Yahudi merujuk kepada nabi sebab mengetahui hukuman nabi lakukan lebih ringan berbanding taurat. Bukti bahawa nabi melaksanakan hukuman lebih ringan sebab tu Yahudi rujuk pd nabi.
Prof Mustafa al Zarqa berpendapat rejam tidak patut dilaksanakan atas kemungkinan dilaksanakan Rasulullah s.a.w sebagai suatu hukuman takzir kerana baginda sedar bahawa kelakuan tidak bermoral serta amalan rasuah pada zaman jahiliyyah hanya boleh dikawal dengan pendirian yang kuat dan tanpa ragu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:08 AM | Show all posts
PENEKANAN AL QURAN TENTANG TAUBAT
•        keempat empat ayat berkaitan hudud dikaitkan juga dengan taubat, pengampunan dan perubahan diri.
•        Walaubagaimana pun tidak digambarkan sewajarnya oleh doktrin perundangan fuqaha. perbincangan tentang hukuman lebih terserlah daripada taubat atau perubahan diri
•        Kaitan setiap ayat (aslaha) menunjukkan hukuman tidak harus dijatuhkan terburu buru.
•        Imam Abu Zahrah mengulas “al sariq” dan “al saariqah kata sifat dan bukan kata kerja dan tidak terbentuk melainkan dilakukan berulang ulang. Contoh seorang yang dermawan, pemurah, jujur perbutan tersebut berulang2. Baru digelar sedemikian.
•        Hal ini disokong dalam peristiwa al Makhzumiyyah didapati banyak kali melakukan perbuatan mencuri dan terkenal tidak memulangkan barang yang diamanahkan.
•        Imam Abu Zahrah berpendapat taubat lebih bermakna (kesalahan kali pertama) secara logiknya mestilah berlaku sebelum hukuman dijatuhkan.
•        Ada juga ulamak yang mengklasifikasikan taubat bukan dibuka mereka yang  pasti tidak ikhlas untuk bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:09 AM | Show all posts
ISLAM SEBAGI SUATU SISTEM YANG MENYELURUH

•        Menurut Maududi pemotongan tangan tujuannya menyebarkan berita dikalangan umat islam yang kaya agar menunaikan kewajipan berzakat kepada kerajaan untuk membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan  asas kepada org yang memerlukan dan agar rakyat menikmati peluang yang sama untuk mencari rezeki membendung pembolotan harta atau peluang yang hanya dikuasai oleh golongan kaya
•        Jika tidak maka “melaksanakan hudud dalam kes curi akan hanya melindungi harta si penindas
•        Dalam hadd zina pula iditujukan kepada masyarakat yang perkahwinan dipermudahkan yang kesan kesan godaan tidak lagi wujud. Ia bukan untuk masyarakat yang berada dalam suasana maksiat yang berleluasa.
•        Salim el Awa dalam bukunya bertajuk “Punishment In Islamic Law” berkata keadaan sekarang tidak masuk akal  memotong tangan si pencuri sedangkan dia tidak ada sumber rezeki atau melakukan had zina dalam keadaan dunia sekarang penuh dengan godaan. Jika dilakukan maka hukuman tersebut tidak mencapai objektifnya.
•        Hal ini seperti mana yang berlaku dalam kisah Umar bahawa beberapa budak lelaki yang bekerja untuk hatib Ibn Abi Balta’ah telah mencuri unta betina daripada seorang lelaki puak Muznah. didenda majikannya dengan membayar harga unta betina itu sebanyak dua kali ganda kerana membiarkan budak tersebut kelaparan
•        Pendapat Yusof Al Qaradhawi mengenai hukuman hadd dalam kes zina menekankan perubahan suasana dan persekitaran serta godaan godaan yang telah diciptakan oleh masyarakat moden. Antaranya kos perkahwinan yang terlalu tinggi, godaan media dan sebagainya. Apabila pintu2 haram dibuka (dikelilingi godaan dan maksiat yang berleluasai) pintu halal pula ditutup adakah pasti keadilan dapat dicapai dengan mendesak hukuman hadd zina?
•        Dalam kes curi. Pengabaian  perintah zakat. Hanya satu ayat sahaja berkaitan hadd curi tetapi terdapat berpuluh2 ayat menyentuh tentang zakat dan menolong orang miskin.
•        Mustaffa Al Zarqa menambah apabila kecemasan atau keadaan tidak dapat dielakkan menghalang kewajipan maka kewajipan boleh ditangguhkan. Menagguhkannya bukan beerti syariah itu ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:50 AM | Show all posts
honeybee1802 posted on 28-5-2014 10:43 PM
Cilaka punya jate....kalo i kat situ i huluq pisau kasik akak tu bobbitkan jer

Surnanme bobbit tu femes sampai bila bila
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:53 AM | Show all posts
Kalau aku pakai but perang pastu pijak sampai lunyai
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
if kt China or mane tah Perogol2 kene tembak mati sampai bersepai Otak mase jaman2 Mao Zetung dulu.. amik Ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 02:09 AM | Show all posts
errrrkkk..... bontot dia hitam kilat....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:12 AM | Show all posts
Ishhh mcm2. Yg merogol tu pun tak boleh pegi seberang ke cari pelacur? Dekat jah pun. Tak boleh bayangkan perasaan sorg perempuan yg terpaksa melalui forced sexual intercourse ni bayangkan tubuh badan kita dipergunakan secara paksa utk lampiaskan napsu serakah jantan ntah apa2 geliii sungguhhhh jijjikkk sgttt mesti sedihhh gila pompuan tu, sian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg pun selama ni disebat pun kan... bila nk start bunuh ni... sebat je xde kesan, nnti merogol lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 02:58 AM | Show all posts
for me okay jah mak dia nak membelasah anak dia sebegitu rupa. cuma nak ditekankan kat sini

1. islam tak ajar bantai tang muka, anggota badan lain dibolehkan selain muka. sebab apa andaikata ada parut kat muka... nanti budak tu dah bertaubat (contohlah bertaubat), orang akan ingat parut tu dan relate ngan kesalahan heols yang dah buat.. kalau parut kat tempat lain boleh tutup lagi. in case bertaubat la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.672058 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list