|
tiramisuu posted on 6-10-2014 09:32 PM
So..apa guna dia nk kawin klau dia x nk trust ko lagi? Sbb sekeliling ke? Klau aku,aku tanya bebetul ...
ya, aku agree dengan tiram...
mgkin dia tak nak kecewakan hati keluarga dia, tu sebab dia nak proceed
tapi ko tahan ke nanti...bak kata tiram, lepas kawin, asik kena perli je
ataupun...nanti dia nayakan ko
dia tak sentuh ko pun, sb fikiran dia...mcm2 ttg diri ko
jadi takut apa2 yg berlaku slps ko dah kawin dgn dia
baik ko tanya betul2
maaf aku takut kalau2 dia ceraikan kau (maaf aku guna perkataan ini)
mana le tahu, dia nak balas dendam dengan kau
jadi, lebih baik kau hidup bahagia sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Once, I am similar to your fiancee
Sibuk nak tau kisah silam pasangan...
Tapi, sekarang saya rasa lah better not to share perkara yang mengaibkan dalam hidup kita yang dulu kepada sesiapa... Hatta kepada pasangan pun
Cukup lah kita mengadu pada Allah dan memohon ampun padaNya sentiasa dengan taubat nasuha
Cukup dengan kita perbaiki diri dan tidak ulangi lagi perkara yang lampau
Pengalaman dulu-dulu zaman muda mudi
Kalau saya tau kawan-kawan ada yang pernah ter... It's good that I can advise them and comfort them and be a good friends to them
But with them.. If, nak ada further relationship memang tak boleh lah.. susah nak terima sebab akan ada possibilities banyak untuk bertengkar sebab past stories... Lagi-lagi kita tau kisah silam tu pula
In a lasting relationship, for me I think it's either we have a really good partner with no bad past or to not know about the bad past... Lebih harmoni relationship seems will be
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm masa2 mendatang ni, sebelum nikah, tengoklah, kalau asal gaduh jer dia sindir kisah lama, better stoplah.
Dia tak akan dapat lupa perkara tu dan dia akan menghadapi kesukaran untuk memFILTER dan memBLOK BISIKAN syaitan yg guna modal sejarah silam tu. Dalam hatinya dah decide tak akan trust yg akan jadi platfom syaitan utk bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi TT. maaf lah. tapi saye rasa lebih baik perkahwinan ini tidak diteruskan.
nak ke hidup terseksa. biar malu skang, dari malu kemudian.
hidup ni bukan dlm novel. akan indah selepasnye.
die bbukan marah sbb kena tipu, tapi sbb die tak boleh terima.
if u feel that he deserves someone better, just let him go.
dont hurt yourself babe.
|
|
|
|
|
|
|
|
Babe...bagi dia masa utk cool down dulu..then, kalau dia masi mengunkit2 kisah silam u, baik tinggalkan.. U desrved someone better.. Tiada manusia yg xda kisah silam, kita ada hari ni sebab kisah silam kita yang mendidik kita to be a better person.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt,ko kna cepat diskus dgn tunang ko..jgn drag2 sbb korang x lama dh kan nk kawin..nnt tanguh2 dh dekat nk kawin,susah plk klau decide nk putus dekat2 majlis sbb dh libatkn makin ramai pihak |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya kalau dia dah tau tak payah la nak korek2 lagi drpd kau.. apa jadah nak dgr dari mulut kau sendiri? dia paham tak aib tu patutnya disorok, bukan didedah atau dicanang. tuduh kau penipu apa pasal? hal2 lepas tentang diri kita, yg kita tak suka, dah sorok dalam peti besi dan tanam dalam tanah 10 kaki, sesiapa pun taknak korek balik dan buka kan? penat nak korek satu hal, dah bukak peti tu bau bangkai pulak.
lepastu bagi ayat bajet bagus macam ni
"i will still marry you, but please remember, the consequences of you lying to me, i will never ever trust and love you again"
seriously manipulative, authoritative, sounds a lot more like a dictator and an annoying boss than a future husband.
aku cadangkan kau hantar mesej/ whatsapp/ whatever panjang lebar bgtau apa perasaan kau skrg dan bagi silent treatment and take a break. apa pun masa silam kau (no judging), tak menjadikan kau seorang pengemis, terdesak atau seorang yg terhegeh-hegeh. respect yourself please, kamu hanya bertunang, tiada ikatan apa2.
MELUAT |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun rase tt kene discuss balik..then if dia camtu gak..ko cuba senyap je..tgk mcm mane dia react..
sbb aku rase ada 2 sebab kat sini
dia marah sebab dia x dpt terima org dia syg ada kisah silam camtu..
dia marah sebab dia rasa dia bagus..perfect..tapi x dpt yg perfect seperti dia..sebaik dia la..
walopun pendapat aku dia mcm bajet baik sgt la..huhu sory tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebaik2nya simpan aja...tuhan da tutup kelemahan dan kekurangan kita yang lampau..mulakan hidup baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan x bukak aib awak, Dia simpan elok2, knape awak nk buka aib sindri? just keep it to urself. xpayah la teruskan dgn perkahwinan. he will no longer trust u, padahal trust adalah pillar in a relationship. u buat ape pun nt dia akan sangsi & was2. sanggup ke nk hadap hari2? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah buka rahsia ko n dia tak boleh terima. Sila angkat kaki tapi secara baik dan berhemah. Pedih memang pedih tapi apakan daya. Dia tak boleh terima.
Namun sila berpisah secara baik, jgan bagi kecoh sehingga melibatkan keluarga n sebaginya. Berbincang secara baik. N putuskan secara baik. Bukan apa. Takut kalu jadi bitter, or keluarga ko bising menyalahkan pihak lelaki, dia mempertahankan habis dijaja hal sebenar. Sapa yg malu. Ko n keluarga ko jugak.
Lain kali bila dah start bercinta before bertunang ke hapa, kalu nak cerita baik citer awal awal n tanya dia okay tak baru proceed benda yang melibatkan keluarga nih. kalu rasa tak nak citer jgn citer terus. tapi bersiap sedia, kalu ianya melibatkan kedaraan ko(aku tak tahu aib apa yang ko simpan nih, aku main teka jer sorry kalu tak betul), kalu lelaki dapat tahu malam kawin tuh n takleh terima, derita ko berpanjangan dik. jgn cari pasal. Berterus teranglah tapi hanya pada lelaki yng ko rasa serius nak buat ko bini sahaja bukan jaja merata rata aib ko nih.
Kesilapan tuh titik hitam yg takkan hilang, kesian kita jadi perempuan nih. Buat silap sekali seumur hidup menanggung perasaan serba salah n ketakutan. Semoga jumpa lelaki yg baik n terima diri ko seadanya. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
kakuzu posted on 7-10-2014 08:28 AM
dah jelas lagi nyata dia marah sebab kena tipu dari awal...
sampailah dah hampir nak kawin baru tau ...
niat tt bukan nk menipu..tapi tak perlu nkcerita kisah silam yg memalukan dirinya..sbb dia dah berubah..
si tunang pula. kalau betul terima dia seadaanya kenapa mesti nk bercakap macamtu? kalau dia dah tau dari awal dats mean dia dah bersedia..
ada sebab kenapa TT taknak cerita...sebab ini laa..akan jadi punca pergaduhan yg serius dan mengakibatkan perkara yang tak sepatutnya berlaku..
|
|
|
|
|
|
|
|
N satu lagi adik adik semua, aib kita yng keterlaluan seperti dah terlanjurke tolonglah jangan citer kat kawan ke ke kakak angkat ker kat sapa sapa pun yg ko rasa boleh percaya. Hakikatnya manusia n dia bila takde kepentingan ngan ko habis dijaja cerita buruk tuh. Aku ada pengalaman tengok ada geng forumer yg jadik rapat sampai rapat kat luar pastu duk cerita ketelanjuran diri pada orang yng disangkakan boleh dipercayai. Lepas tu habis dijaja kepada forumer yang lain. Kesian aku tengok forumer tuh. Tolonglah tutup aib diri. Mengadulah pada forum jika ko rasa nak bercerita sangat, but guna nick yang tak dikenali. Luahlah perasaan sepuasnya.Pada kaunselor pun jangan. hakikat manusia. tak pernah aku jumpa orang yg boleh pegang rahsia. kan secara senyap dia bercerita pada yg lain dengan senyap2. Alat cliche" jangan citer kat sapa tau".Pastu yg sorang lagik pulak bercerita pada yang lain dengan ayat cliche tu jugak. Dan cycle berterusan.... |
|
|
|
|
|
|
|
tunang TT ni lah salah satu contoh manusia yg konon bagus.semua manusia x sempurna kecuali Rasulullah s.a.w..jadi buat keputusan yg terbaik TT.gud luck.
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya lelaki tu kalau dia lepaskan u sebab kisah silam u tu, dia yang bodoh..
lebih baik orang yang bertaubat dan berubah dari orang yang tak sedar-sedar..
tapi kadang-kadang lelaki ni suka dengan cabaran.. yang baik dan yang berubah taknak.. nak juga pilih yang... hoho..
macam kat opis iols ni, penampilan macam alim jee.. sopan je muka dak laki ni..
pilihan dia.. gadis ala-ala gejala remaja gedik.. macam penampilan dia tak mencerminkan pilihan dia....
ke aku je salah pikir orang cmni... |
|
|
|
|
|
|
|
or maybe tunang TT memang dah tak suka TT dan sedang cari alasan utk berpisah. tiba2 TT cerita aib zaman silam dia. so, tadaaa... dah ada point nak berpisah. |
|
|
|
|
|
|
|
keputusan nak kawin ke tidak bukan pada tangan dia sorang. lepas cakap mcm tu confident betul dia ingat u still nak kawin dgn dia.
cara dia cakap tu seolah2 nak kata kalau dia kawin dgn u, u akan terhutang budi dengan dia. bahaya org mcmni. besok orang mcm ni ada tendency nak mengungkit. u jangan plak rasa mcm diri you rendah ke apa. be confident. dia takde hak nak buat you rasa diri u tak setaraf dengan dia.
n aku rasa dia bukan tahu sgt pasal kisah silam tt. syak sesuatu mungkin. dia mmg tak boleh terima sebenarnya. sbb tu reaksi dia mcm tu. dulu kawan aku pun bf dia asyik push dia suruh cerita pasal kisah silam. lepas tu dia pun cerita n agak detail terus kena dump immediately. padahal mula2 laki tu cakap tak kisah n terima seadanya. sebab tak boleh terima tu la sibuk dok tanya2 nak tahu jugak. kalau betul boleh terima mesti terus tutup buku lama tak tanya2 dah.
pasal cerita atau tidak pasal kisah silam ni aku pun tak tahu la. takkan awal2 pengenalan nak bercerita kat kekasih baru. bukan kenal hati budi sgt pun. kisah silam ni mcm our deepest secret kot. kalau bagitahu tengah jalan kata tak jujur plak. aku pnah baca dulu. ada ustaz ni cakap jgn bagitau smpi bila2 kalau ada kisah silam yg mengaibkan. melainkan kalau dulu pernah gugurkan kandungan n sbb tu tak boleh mengandung dh then kena bagitahu la yg tak boleh preknen nanti mcm aniaya org plak.
just think positive tt. lelaki yg baik utk perempuan yg baik. kalau tak jumpa jodoh kat dunia ni kat syurga nanti ada juga. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku la kan TT
tunang ko ni kene asak dek org. tu yang dia dok ungkit2. bile ko jujur, dia rasa tertipu.
so perasaan org bila kene tipukan sedih, marah, geram kadang jadi dendam.
kalau dia syg ko, dia terima apa adanya ko. dia akan berkahwin dengan masa depan ko.
bukan masa lalu. so kenapa dia nak stress sgt. mungkin terlalu memikirkan kata2 orang kot.
takpela dia wat silent treatment. ko layankan jela. lepas seminggu tu tengok balik camne.
memang dugaan bile nak wat bende baik TT. banyakkan bersabor dan tak putus berdoa pada
Allah. moga2 dipermudahkan urusan. amin. |
|
|
|
|
|
|
|
First aku nk cakap... DOA dan SABAR byk2.. Ini anggap ini ujian atas dosa lepas2. Sabar sbb klau ko dah ikhlas bertaubat, insyaAllah Allah taala akan tunjuk jalan.
Pendapat aku la kan, tunang ko kan dah tau macam mana ko based pada story ko nie TT, so dia mmg nk dgr sdiri dr mulut ko.. Betul dia ada hak tahu tetapi untuk apa dia nk tau??? Dia xboleh ubah masa silam pun.. Dah byk kali dia tanya dan byk kali juga ko mengelak, patutnya dia kena letak dlm fikiran dia bahawa ko nk lupakan semua benda buruk lepas2.. Patut dia pun stop la korek semua cerita tu.
Ini utk umum la...jgn la hukum org yg pernah buat dosa.. Benci saja pada dosa yg dilakukan. Kita bukan malaikat. Better jgn ungkit kisah lama, sbb aku takut makan diri.
Utk TT, sabar byk2. Kita merancang, Allah taala juga merancang...tp perancangan Allah lebih hebat. Tukar niat ko...klau ko ada hubungan dengan manusia kerana Allah, nk kawin nie kerana Allah...ko akan rasa manisnya bercinta...sbb ko dahulukan Allah taala dlm segala hal.. Sbb tu org yg dikecewakan manusia masih boleh berbahagia sbb dia tahu cinta Allah tak pernah jauh dari dia.
Doa byk2 biar Allah taala lembutkan hati tunang ko. Biar Allah taala tiupkan redha dlm hati tunang ko..Biar Allah taala yg jaga hubungan ko.. Serah sume tu kt Allah taala. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|