CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dhiyaya

Suami tp mcm tak suami. Mohon bg pandangan

[Copy link]
Post time 9-2-2015 01:34 PM | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 9-2-2015 12:49 PM
thank you abg KJ for the insight

board ni dah semakin kurang forumer lelaki yg boleh set things ...

kebanyakan poremner lelaki dah lari sebab tak tahan dikutok oleh acik2 kat sini ... pantang silap sikit, benda2 dalam kain pun habis diungkit ... nak bergaduh pun rasa mcm buang masa jer nak layan acik2 dh nk menopouse ... layan candy crush lagi bagus ...


suami2 sekarang banyak lalai dengan benda2 yg mengalpakan ... mereka lupa bahawa benda2 yg really matter ialah family ... mak, ayah, isteri dan anak2 ... benda2 lain seperti kawan2, candy crush, CoC, kereta, gefren dan lain2 tidak membawa makna atau keuntungan di akhirat dan juga di hari tua nanti ...


mereka ini perlu disedarkan ... kalau org bijak, dengar nasihat dah boleh sedar dan insaf ... org tolol, kena terantuk baru nak terngadah, dah dapat musibah baru nak sedar ... org bangang abadi, dinasihat dan dah kena musibah pun tak reti2 ... elok suruh pegi duduk Quebec, free country ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 02:42 PM | Show all posts
tennis replied at 9-2-2015 01:14 PM
betul tu Oshin. saya pun pening bila baca cadangan "cerai jer laaa". aduishhhh.
kalau cerai tu se ...
Dia being such a good helper, terus take over kerja rumah since yaya peknan sbb yaya tak larat even drive kereta (almost terlelap while driving) smpai la sekarang. Ya.. Smpai sekarang. 3 tahun dia take over kerja rumah. Sbb lepas bersalin yaya tak cukup tangan handle twins dgn dia weekend takde kat rumah sbb ada kelas


ni TT sendiri yg mengaku, so takda lar teruk sgt her hubby, or so I think

entah lar tennis maybe kita baca ada kes2 yg lagi teruk kot yg di alami oleh some isteri kat board ni

shin tak kata hubby TT ni ok, there are avenues for her to look for, kalau dulu laki sengkek pun dia sanggup kahwin, so now kenapa nak mengeluh?

work on it.insyaAllah doa isteri ni Allah makbulkan.mmg lar letih dah lar working wife, twins lagi.

kaum hawa should stop being superwoman, kudrat kita mana lar sama dgn kaum adam? lagi2 dah bersalin
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 02:47 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 9-2-2015 01:34 PM
kebanyakan poremner lelaki dah lari sebab tak tahan dikutok oleh acik2 kat sini ... pantang silap  ...

sentap tadi baca ramai yg suruh dia bercerai, elok tinggalkan lelaki tak guna tu

kesan emosi pada anak2 mereka tak pandang pun. and that worries me a lot, yg dtg buka thread ( if they are not MN) maybe in fragile state of emotion.dah tak tahu mana nak luah, masuk2 sini dapat advise from feminist and kata CERAI lar oiii. ishhhh berdosa tauuu!

mereka ini perlu disedarkan ... kalau org bijak, dengar nasihat dah boleh sedar dan insaf ... org tolol, kena terantuk baru nak terngadah, dah dapat musibah baru nak sedar ... org bangang abadi, dinasihat dan dah kena musibah pun tak reti2


suka ah yg quoted tu. and yes tak perlu nak tunjuk sgt kat hubby how well off you are. walaupun gaji you lagi besar dari dia, just be humble and let him manjakan you.kalau dah teruk sgt baru lar sikit2 topup.

yes I missed the FD of old, suka sgt baca pro and contra, dulu pun ramai forumers pompuan yg very hard in their advise tapi ada nazijo,maza, ahh ramai lagi larr.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 04:36 PM | Show all posts
sian nya mama... berat sungguh ... x tau nk kata apa, cuma mohon tuhan bantu kamu n anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:37 PM | Show all posts
cerita plg sakit hati adalah membela biawak hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 04:30 PM | Show all posts
dhiyaya replied at 8-2-2015 07:53 PM
Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan. Yaya jadi silent reader je nak tgk majoriti pendapat ...

Yaya kena be strong. Mmg kena ke pejabat agama jugak mintak kaunseling. Dan satu lg saya cadangkan yaya ke AKPK utk Debt Management Program.
As for legal action, you kena bersedia financially and mentally. Tp kena stabilkan financial matter you dulu. Baru boleh susun langkah satu demi satu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2015 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh my... Lama yaya tak jenguk sini. Maaf ye..  Sbb yaya amat2 la sibuk bila dah masuk hari bekerja. Yaya tak sempat nak belek hp sgt cuma jengah2 skit fb tgk apa isu terbaru ngn cek whatsapp. Itu pun mak yaya bising sbb mak yaya kata yaya terlalu attached dgn hp. Sedangkan waktu bekerja yaya tak dibenarkan bwk hp ke work station pun.

Anyhow... Terima kasih atas penerangan yg diberi. Utk menjawab soalan-soalan di atas:

Si suami baru usia 35 tahun.
Yaya mmg dah join AKPK sbb yaya taknak byk hutang kredit kad byk2.. Yaya perlukan duit utk belanja anak2. Dah nak masuk 2 tahun dah. Lg 8tahun to go!!! Yaya dah cuba beli skit utk konon-konon nak suh suami yaya beli..  End up yaya terpaksa korek tabung n jual brg preloved (barang kembar banyak yg elok), yaya gadai gelang dan cincin,  dan yaya stop simpanan/insurans yg yaya buat utk anak2 sbb yaya nak guna duit. Tinggal loan asb je yaya tak stopkan sbb yaya wat 30k utk masuk sekolah nnt. So.. Baik yaya beli stok 1 bulan dr yaya susah hati mana nak cari duit. Smlm yaya ada whatsapp abg ipar yaya..  Mintak dia nasihatkan adik dia (yaya taknak involve kan mak ayah dia) such a long msg yaya tabuh...  Takde reply dr abg dia.. Hope dia nasihatkan adik dia segera sbb next week bos yaya dah approve cuti 3ari utk yaya ke pejabat agama. Tak tau la apa jd nnt. Kalu kena cerai, yaya tadah je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I don't know ini dinamakan biawak hidup ke tak...  Coz he is working afterall,  cuma dia tak pandai manage financial dia. Gaji dia ngam2 utk dia je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2015 08:46 AM | Show all posts
ramai lelaki spesis gni...
maaf nak cakap mayb sbb mentaliti org melayu banyak memanjakan anak2 lelaki..
tak didik anak lelaki ttg tanggungjawab diaorg dari kecil..
ada gak ahli keluarga jah yg jadi gni..
mmg jah nasihatkan dia supaya berpisah..
anak2 semua rimas jika pak mereka ada kat rumah..
isterinya berniaga kedai runcit kecil-kecilan..
tp lainya klu nk ambik barang main ambik jer...rokok ka aper ka..
klu minta jaga kedai komfem2 dah duit makin susut..
bila time g kerja ader la duit dia..
klu idak duk rumah tunggu bini masak..
anak nk tader duit g sekolah bgtau tak yah sekolah la...
mak nya datang rumah pun tanya buat aper mak nya datang..

tak ramai yg sanggup bersabar seperti kakak tu...
bila tanya naper tak berpisah dia kata takut suaminya tu bertindak diluar batasan..
banyak kes laki naik giler main bunuh anak2..
pernah suaminya dlu bawak senjata tajam kemana2...
setiap kali tido akak tu berdoa agak umarnya dipanjangkan...moga tak diapa2kan..
maaf tt tumpang luah kat tempat tt
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 09:21 AM | Show all posts
tiputipujah replied at 12-2-2015 08:46 AM
ramai lelaki spesis gni...
maaf nak cakap mayb sbb mentaliti org melayu banyak memanjakan anak2 lel ...
memanjakan anak2 lelaki..
tak didik anak lelaki ttg tanggungjawab diaorg dari kecil..
Ini put setuju.....org2 kita ni cuba suruh anak perempuan wat kije umah....pegi kedai...pegi mengemas...anak2 laki ngadap psp....ngadap tv.......

spttnya dri kecik ajar anak2 kita baik laki@pompuan . ajar bukan arah2 kan diorg...tpi mengajak diorg wat keja sama2...

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 09:55 AM | Show all posts
Saya bagi pendapat je lah apa yg saya akan pikir dalam situasi tt.

Anak2 kena pikir.sesetengah isteri biasa akan pertahankan rumah tangga sbb x nak anak2 xde ayah.tp berbaloi ke anak2 ada ayah tp xleh pakai punya?nmpk cam tt sorang jer yg bagi kasih sayang kat anak.tt selalu x bertengkar ngan suami?kalau kerap sangat,baik berpisah je.sbb kalau bole jangan bagi anak2 membesar dalam enviroment camtu.rasanya kebanyakan pernah lalui apa rasanya sebagai budak kecl apabila mak ayah kita sendiri gaduh(my parents gaduh juga kdg2).rasa helpless sesangat and rasa nk keluar jer dari rumah.suasana kat rumah jadi tegang jer.nk balik rumah pon rasa malas.ni story pengalaman dr kawan sendiri yg kata dia rasa lebih tenang n happy bila mak ayah dia berpisah.masih jumpa dua2 lagi n balik rumah dah xde suasana dingin or tension untuk berehat.

kena pikir diri jugak.duit tu nk tanggung dia sorang punya kehendak jer?baik simpan duit untuk anak2 n diri sendiri.kalau suami x bagi nafkah tu kira dayus...tt berhak mintak fasakh.disini tt perlu pikir anak2 n tt dulu.jgn nk pikir pasal apa org nk cakap atau pasal dia.

mana tau tt sorang lepas ni bole jumpa lelaki yg lebih menghargai tt setiap org berhak miliki kebahagiaan kalau mereka sendiri berusaha untuk rumah tangga mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergaduh itu...  Tak tau la nak kata apa.. Sbb kami berdua datang dr broken family too. So kalu nak gado biasanya kami akan duduk luar n ckp. No high pitch voice involved. Tp itulah...  Yg byk ckp nye saya. Dia dgr je smpai sudah. Tu yg geram jugak kadang2.takde feedback. Mcm mana saya nak tau apa yg dia fikirkan? Apa rasional tindakannya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 10:55 AM | Show all posts
kudajantan77 posted on 9-2-2015 01:34 PM
kebanyakan poremner lelaki dah lari sebab tak tahan dikutok oleh acik2 kat sini ... pantang silap  ...
mereka ini perlu disedarkan ... kalau org bijak, dengar nasihat dah boleh sedar dan insaf ... org tolol, kena terantuk baru nak terngadah, dah dapat musibah baru nak sedar ... org bangang abadi, dinasihat dan dah kena musibah pun tak reti2 ...

bro, aku nk share pandangan ko ni ye
buat menyedarkan orang2 di luar sana, tak kire lah lelaki ke pompuan
pesanan utk diri aku sendiri jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 12:28 PM | Show all posts
Edited by Chekti at 12-2-2015 04:29 AM

Ermmm....sedikit perkongsian ya yaya...
Cerita ni lebih kurang berlaku pada rakan sepejabat saya..tiap2 ari mengadu pasal suami die yg tak bertanggungjawab..duit gaji tak dan nak merase pun...kawan ni dah nekad nak bercerai..senekad2nya..
Tapi ditakdirkan oleh Allah die dijemput mengerjakan umrah bersama.. Alhamdulillah di sana die perolehi petunjuk yang sebenar..jodoh mereka masih panjang dan mereka dapat selesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara meluah apa yang terpendam..si isteri bercakap apa yang die tak puas hati dan si suami pun buat menda yang sama. akhirnya mereka temui jalan penyelesaian..bukan dengan penceraian tapi merubah diri  masing.kadang2 isteri pun ade silapnya yang membuatkan suami jadi mcm tu.
Berdoalah..mohon yang terbaik utk yaya dan kluarga..kesian anak2 klu bcerai berai ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya rasa..doa banyak2 tt..solat istiqarah mohon ditunjukkan jalan yang baik untuk tt dan anak2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mudah mudahan begitulah hendaknya. Teringin nak dilayan seperti org lain. Harap dapat kesedaran sebegitu.

Sy dah minta pertolongan abg ipar saya utk nasihatkan adiknya... Abg dia merayu pada yaya supaya  tidak membawa hal ini ke pejabat agama. Jika caranya tidak berkesan, dia akan smpai kan pada pak dia pulak. See la how it goes nnt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2015 11:49 AM | Show all posts
bagus tindakan Yaya bagitau abg ipar. bukan apa. kalau dibiarkan lama2 benda ni makin teruk. berpanjangan.
semoga Allah permudahkan urusan Yaya dan masalah ini dapat diselesaikan dengan jayanya. AMin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 05:38 PM | Show all posts
Sabarnya yaya.

Kalau sy sure dah jd rimau meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak g mahkamah....Mahkamah syariah akan cakap..." sabar puan.... mende halal yg paling allah x ske ialah bercerai..."
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 02:48 AM | Show all posts
yang tu yang ang nak sangat sangat tegedik gedik dulu dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063250 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list