Hebat rupanya Boy Iman ini. Bukan sahaja mendapat gelaran “Datuk” daripada kerajaan Naning baru-baru ini, rupa-rupanya Boy Iman turut memegang pangkat Ayahanda dalam Pekida. Bukan calang-calang orang boleh sampai ke tahap ini. Makin kagum dan respek Abang Nara terhadap Boy Iman. Siapa sangka dalam diam-diam rupanya beliau ialah seorang yang bepengaruh besar. Apa yang lebih menarik perhatian Abang Nara ialah Boy Iman tanpa segan silu mengakui ada melobi untuk mendapatkan gelaran Datuk daripada kerajaan Naning. Berkata menerusi Pancaindera, Boy juga turut menjelaskan mengenai aktiviti kebajikan yang sering dilakukannya. Kata Boy:- Biasalah. Kita tak boleh nak sangkal hal ini (melobi) kerana realitinya semua orang pandai melobi. Setiap orang ada caranya. Ada yang pakai kipas, ada orang pakai alat penghawa dingin, terpulanglah pada cara mereka melobilah. Walaubagaimanapun, ia masih terletak kepada kemahuan pihak di sana sama ada berkenan atau tidak untuk memberi anugerah. Kalau dipergunakan (untuk kerajaan Naning cari publisiti) tidak ada salahnya. Kami tak pernah menyesal asalkan ini mendatangkan kebaikan ke jalan Allah S.W.T. Sebenarnya, ramai tak tahu, saya banyak terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan banyak usaha membantu masyarakat. Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan. Cuma kami tak canang pada orang saja. Mungkin lembaga adat nampak usaha dan amal yang kami lakukan, sebab itu mereka nak bagi anugerah atas sumbangan aktif kami itu.
Fuh~~~ Hebat kan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Boy Iman? Lain kali jangan pandang orang sebelah mata. Kita tak tahu kehebatan mana-mana insan sehingga benar-benar mengenali seseorang itu. Nasib baiklah Boy Iman boleh bagi penjelasan sebegini di suratkhabar. Sekurang-kurangnya baru orang sedar akan ke”power”an beliau dan tidak lagi mempertikaikan gelaran “Datuk” yang diterima. Kepada Datuk Boy Iman, semoga makin berjaya selepas ini.
|