CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Saya Tidak Akan Sekali-kali Menyerah Kalah-Najib UPDATE #103 Tun M Jawab

[Copy link]
Post time 29-4-2015 10:12 AM | Show all posts
yela...aku pun rasa dia akn kekal sampai pru nanti.mamak tu nak menyalak sampai putus nyawa...silakanla.masing2 dah dapat bahagian...tapi neh baru sket la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 10:13 AM | Show all posts
Ni gaduh sampai PRU ke? Macam lama lagi je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:17 AM | Show all posts
semangat gini la yang kita perlukan
pada seorang PM

syabas DS Najib

sedangkan ancaman pengganas sulu
di lahad datu dan tragedi besar MH370
dan MH17 pun tak mampu menggoyahkan
semangat beliau,

apa la sangat jentikan manja Tun M
dan serangan persepsi gaya kuno
cina DAP the malaysian dogs

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:21 AM | Show all posts
yelar, tu org bugis tapi ko terus senyap sentap n menangis bila diajukan soalan, jawab pon sekali sekala dah la tu jawap merapu2 kuar dari konteks sebenar. Lain yg di tanya lain yg dijawab, sampai sekarang soalan2 cemolot tak terjawab. Sibuk dgn citer perahu yg tak kesudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya najib dah announce kat mahadir,,,,yiddin pun sokong dia skrg......
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:33 AM | Show all posts
Rakyat dah menyampah....sila undur diri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2015 10:38 AM | Show all posts
cemolot replied at 29-4-2015 08:09 AM
Atas nama kebenaran, sila jelas kan perkara2 berikut wahai jib;

1) 1MDB

makin panjang nampaknya list soalan yg jibby x jawab2 lagi nih...i'm waitingggg
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka tak malu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 10:44 AM | Show all posts
fakta dan angka tidak mampu menipu,

pencapaian GTP dan ETP
jelas drastik

disokong pengesahan pihak bertauliah
dalam dan luar negara

cina the malaysian dogs yang merekacipta
dan sengaja membuat rating tok nenek
sendiri tak mampu menipu
rakyat selamanya



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:46 AM | Show all posts
effort pleaseeeee
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-4-2015 10:47 AM
Hemoiii

Apa tu hemoi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:56 AM | Show all posts
nampak gaya lambat  lagi la nak step down.. hadap lagi la potrer muka bijan dan kak mah kat dinding2 pitammmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 10:58 AM | Show all posts

Susah nak terangkan.... macam sorang lelaki yg nak kat sorang perempuan ni... perempuan tu tak mau kat dia ...kata mcm mcm nak tunjuk yg perempuan tu tak teringin kat dia..tp dia still tak tahu malu...dok merayu rayu pada perempuan tu tanpa rasa malu.... orang yg tengok pun malu

Tp kot ada orang utara lain yg boleh explain perkataan tu dengan lebih tepat

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:00 AM | Show all posts
boyagombak replied at 29-4-2015 09:35 AM
Hokeh Epic Battle antara Mahaguru Tandori Payat mamak Kerala dgn Bugis Maddipong dah masuk ke next e ...

hadoihh... stok popcorn nak abes dah
nak mitak tolong uncle @Anak_Nogori  tolong belikan la
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 29-4-2015 10:58 AM
Susah nak terangkan.... macam sorang lelaki yg nak kat sorang perempuan ni... perempuan tu tak mau ...

Owh macam tu..macam melugai ka apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 11:03 AM | Show all posts
We don't need any more rhetoric, Mr PM.
Explanation please.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:05 AM | Show all posts
NazilaSK replied at 29-4-2015 11:03 AM
We don't need any more rhetoric, Mr PM.
Explanation please.

contoh2 hidup individu
yang dibawa ke dalam majlis tu
bukan retorik

antara yang dijemput semalam
termasuk pengawal keselamatan dan
pengusaha salon yang asalnya
miskin tegar tapi kini dah
berjaya tingkatkan pendapatan sehingga
hampir cecah RM6K sebulan,

di kalangan puluhan ribu lagi
yang berjaya dinaikkan taraf
ekonomi dan hidup mereka



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:07 AM | Show all posts
bagus lah kalau bijan dan mamak kerala ni bergaduh lama lagi. kalau boleh, huruharakan parti celaka ameno ni lagi dua tahun.

kena stock garrett popcorn banyak2 lah nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 11:08 AM | Show all posts
Saya sedia terima kritikan membina, bukan main hentam, kata Najib

OLEH MD IZWAN
Published: 28 April 2015 9:41 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... n-hentam-kata-najib

Susulan kecaman berterusan dibuat terhadap pentadbirannya, khususnya daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau sedia menerima kritikan daripada sesiapa saja tetapi ia mestilah membina. Perdana menteri berkata, hanya dengan kritikan membina, sesebuah pentadbiran dapat membetulkan kesilapan dan membaiki kelemahan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. "Namun, harus barang diingat, apa jua bentuk kritikan dan saranan, perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main melulu hentam saja.

"Kerana hanya dengan kritikan dan saranan yang membina, barulah kita mampu memperbetulkan, mengislah dan memperbaiki segala yang kurang dan kelemahan yang wujud di sana sini," kata Najib pada majlis Pelancaran Laporan 2014 Program Transformasi Kerajaan malam ini.

Dalam ucapannya juga, Najib menyifatkan jika kritikan tersebut disampaikan secara melulu, ia akan memberi kesan kepada pembangunan negara sekali gus menyebabkan rakyat terkeliru. "Proses pembangunan negara akan menjadi terganggu, kacau bilau dan boleh merumitkan keadaan, sekali gus mengelirukan rakyat," katanya.

Najib berkata, usaha ke arah membangunkan negara dapat dilihat menerusi program transformasi yang dijalankan kerajaan seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berlandaskan maklum balas daripada rakyat yang diterjemahkan untuk kepentingan rakyat. "Dalam bahasa mudah budak-budak sekarang, apa yang pentadbiran kerajaan sedang buat kini, bukanlah yang syok sendiri. "Sebaliknya, segala perencanaan ini berlandaskan maklum balas dan proses merundingkan lapisan masyarakat," katanya.

Najib berkata, hasil kedua-dua program transformasi itu membawa kepada pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang akan memainkan peranan dalam memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Antara inisiatif utama kerajaan sejak September 2009 ialah menubuhkan Pemandu di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

"Tujuan utama dan objektif Pemandu di bawah lembayung Dasar Transformasi Negara atau DTN, adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan GTP dan ETP. Ini semua dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju menjelang fajar 2020 atau lebih awal dari itu," katanya. Najib juga menggariskan pencapaian sepanjang di bawah pentadbirannya, seperti peningkatan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dan jumlah pelaburan yang meningkat sejak 2009.

"Pendapatan per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada AS$7,059 pada 2009 kepada AS$10,436 pada 2014. "Kedua, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan RM142 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM228 bilion pada 2014. Ketiga, 1.5 juta pekerjaan diwujudkan setakat 2014 dalam sektor NKEA sejak 2010 , keempat lebih 5 juta rakyat di kawasan luar bandar mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih sejak GTP dan ETP diperkenalkan dan kelima, hampir 170,000 golongan miskin berjaya dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Najib berkata, beliau yakin pentadbirannya mampu membawa negara ke arah negara maju berpendapatan tinggi dengan meletakkan 3 sasaran dalam usaha berkenaan iaitu mencapai pendapatan per kapita rakyat AS$15,000, mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dan memperoleh AS$444 bilion pelaburan menjelang 2020.

Kebelakangan ini, kritikan dan kecaman terhadap pentadbiran Najib semakin kuat kedengaran, malah ia datang daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyerangnya secara terbuka. Dr Mahathir juga tidak yakin dengan keupayaan Najib membawa Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020, malah mengkritik secara terbuka dengan mengatakan sesebuah negara maju bukan dilihat semata-mata pada pendapatan per kapita tetapi mestilah mengikut acuan negara itu sendiri.

Dr Mahathir menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib dan mendakwa jawapan yang diberikan tidak mencukupi. Antaranya membabitkan perkara seperti pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib. Beliau turut membangkitkan skandal syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencatatkan kerugian hampir RM42 bilion.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keborosan dan beberapa polisi yang diperkenalkan Najib yang dianggap merugikan negara dan punca kerajaan Barisan Nasional lemah ketika ini. Pemerhati melihat keadaan dan kritikan berterusan ini akan memberikan kesan kepada kerajaan pemerintah jika tidak ditangani segera.

28 April, 2015.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056682 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list