|
[Tempatan]
Demo BERSIH - ayuh, tunjukkan kejantanan! Sahut cabaran: zahid #37
[Copy link]
|
|
kesian dkt mmbr aku yg krja dkt sogo. minggu lpas dh ada demo anti bersih..ni tgh bt persiapan utk bersih plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tajuk mcm sial ja...mana cabaran dari zahid? zahid AF kah ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi 29 Ogos tu ada raptai penuh perarakan Hari Kemerdekaan. |
|
|
|
|
|
|
|
penganjur bersih kenapa tak diambil tindakan,dah masuk kali ke-4...oooooo gov xde teluq ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sama....bersihkan PATI dulu...yang duk anjur bersih ni belum tentu bersih agendanya... |
|
|
|
|
|
|
|
akak nak ??, xde sesiapa yg larang ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
pati bersih nanti sape nk wundi biyenn |
|
|
|
|
|
|
|
Cecair merah disimbah pada gambar pengerusi BERSIH![](https://lh3.googleusercontent.com/jckjz0g5DC02nA2rbTru0t6xUZE0D7amKaNGIPE-gJi35JWoPxsGzL_XvesyvpfqkOQ8k6Q-MmidKdHiSJk)
Sekumpulan aktivis yang memakai baju menyokong Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan himpunan bagi membantah penganjuran himpunan BERSIH 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Himpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang turut membawa gambar besar dan melepaskan berang mereka kepada Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Peserta himpunan itu memakai kemeja t kuning dengan tulisan “BERSIH 4 cintakan keamanan menyokong kepimpinan DS Najib menolak BERSIH 4 jahat Ambiga menjatuhkan perdana menteri”.
Perhimpunan yang berlangsung selama satu jam itu diakhiri dengan peserta himpunan menyimbah cecair yang menyerupai darah ke gambar Maria.
Jamal pada 2012 pernah menerjah rumah pengerusi BERSIH ketika itu Datuk Ambiga Sreenevasan di Kuala Lumpur untuk menuntut ganti rugi didakwa akibat BERSIH 3 pada 28 April tiga tahun lalu.
Beliau juga pernah menarik perhatian dengan menawarkan kereta mewah melalui cabutan bertuah dalam laman Facebook beliau “BERSIH 4.0 pencinta keamanan”.
Perhimpunan besar BERSIH itu dijadual diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di tiga kota besar, iaitu Kuala Lumpur, Kuala Kinabalu dan Kuching.
Di Kuala Lumpur, tempat paling besar, mereka merancang berarak daripada lima tempat tumpuan sekitar ibu kota ke Dataran Merdeka dan bermalam di situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambiga: BERSIH 4 tetap disambut rakyat[url=] [/url][url=] [/url][url=] [/url]
0 0
![](https://lh3.googleusercontent.com/HH8J3YYP4TxXtRpCLDakG8lb-RGoWRhlZhkro8EqczmvlbIgUaxIXHWjgSPCXEXvswhYa_xAA7q8kSXi7Dw)
Protes BERSIH 4 akan menyaksikan kehadiran orang ramai secara besar-besaran walaupun kempen menentang gerakan itu dilancarkan dari semasa ke semasa.
Bekas Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga berkata penentang protes itu masih menggunakan retorik sama untuk menghalalkan bantahan mereka.
"Tiada perubahan dalam retorik anti-BERSIH. Mereka menggunakan alasan antikerajaan, menjejaskan perniagaan, mencetukan kekacauan, selain gambar Maria (Abdullah) dicemari. Kumpulan itu kehabisan idea dan tak ada sesiapa lagi benar-benar mempedulikan mereka," katanya hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas sekumpulan aktivis penyokong perdana menteri mengadakan perhimpunan membantah BERSIH 4 di Kuala Lumpur hari ini.
![](https://lh3.googleusercontent.com/poRx8jaGf5vWnFkDeXyd2BTMvilvgNiQO-bbwka-S5-NK-NoUpgv8d-HZlbw3gtOeEBXIUmRreLH-1cIcw=s0)
Kumpulan itu diketuai Datuk Jamal Md Yunos yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar di Selangor.
Ambiga berkata, berdasarkan jualan ribuan helai baju T BERSIH setiap hari, mereka menjangkakan protes pada 29 dan 30 Ogos ini akan mendapat sambutan ramai.
Berkumpul kerana cinta negara
"Rakyat amat bosan terhadap pentadbiran tidak jujur di negara tercinta ini dan sudah sampai masanya untuk pemimpin menyedari mereka tidak dapat membodohkan rakyat dengan respon mengarut.
Ini adalah masa untuk mereka menyedari betapa rakyat menyayangi negara ini," katanya.
Pada masa sama, Ambiga juga berharap anggota keselamatan bersikap adil pada hari protes diadakan.
"Kepada polis dan penguat kuasa lain, silakan laksana tugas anda, tetapi biarlah adil.
![](https://lh3.googleusercontent.com/kpYV3TaXGiTtMAi1-6pNRuJbJWTG868Siby1hW1wpnEIkktNMOOEa0kq8ELQhnLETrF56cQhwq1-nHbypQ=s0)
"Kami adalah rakyat Malaysia, bukan musuh anda.
"Malah kami berjuang untuk masa depan anak anda juga. Tidakkah anda mahu demokrasi di negara ini kukuh dan kekayaan diagih secara saksama?
"Kami akan berhimpun pada 29 dan 30 Ogos ini. Ia adalah hak kami. Apabila anda melihat kami, ingatlah kita berada di sana kerana kita cintakan negara," katanya.
Ambiga juga mengajak pemimpin negara menyertai perhimpunan itu dan berjalan bersama rakyat.
"Anda mungkin tidak bersetuju dengan semua tuntutan BERSIH tetapi (kehadiran) anda akan menunjukkan anda tetap menghormati hak kami untuk berkumpul dan bersuara," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal beberapa hari sahaja lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 29-7-2015 02:36 PM
2.0 bawah abg Mat rasa.. 3.0 yg sendu sikit. Akak lupa sapa lead. PAS kot.
3.0 paling besar la...sampai dpt liputan luar negara...bawah A Samad Said.
PDRM kalah dlm kes ni kat court... |
|
|
|
|
|
|
|
Kempen dh dimulakan di Kuching oleh Parti Sosialis Malaysia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bos aku dah gigih nak pegi nok...bini dia kat OZ pon gigih bli tiket balik sini katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat bertempur kerana ahli politikus......
rakyat kebulur, politikus makan steak.....
rakyat bodoh, politikus pandai.....
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
macai PR & BN........
lu orang sudah kena main laa......... ![](static/image/smiley/default/laught16.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
saka dia nih![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Wa tengok di luar ramai pak cik mak cik melayu berpakaian BERSIH menyebarkan risalah. Harap-harap demonstrasi ini berjaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|