CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] PM akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016

[Copy link]
Post time 9-1-2016 05:24 AM | Show all posts

Akhirnya Najib Razak mengaku bahawa Bajet 2016 perlu dibentang semula kerana Putrajaya tidak akan ada wang untuk membiayai perbelanjaan yang dirancang bagi tahun 2016 akibat kejatuhan harga minyak. Semasa pembentangan di Parlimen November lalu, saya bangun menuntut beliau memberikan jaminan bahawa semasa menyemak semula Bajet 2016, beliau tidak akan menaikkan kadar GST untuk menampung perbelanjaan kerajaan.

Semasa saya bangun bertanya, Menteri Kewangan II menolak mentah-mentah jangkaan saya bahawa harga minyak mentah boleh jatuh ke paras USD20 setong yang akan bawa kesan kepada pendapatan negara.

Sekarang telah terjadi. Saya nak tengok sama ada DS Najib akan naikkan GST untuk tampung keborosan beliau atau tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ko kejamkejam sangat...

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 07:15 AM | Show all posts
Eloklah dipotong bajet untuk Jabatan Perdana Menteri. Apa kejadah ramai sangat menteri dan bajet untuk kementerian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:13 AM | Show all posts

najib, senang je...kurangkan perbelanjaan yg x berpatutan seperti:
kurang guna jet kerajaan gi lawatan rasmi,
pas tu belok ke london milan new york shopping
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai nya ahlil nujum Pak Belalang kat sini
:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 8-1-2016 12:02 PM
Aikk..hari tu kata tak perlu revise..Semua berada dilandasan yg betul...

Kamu percaya ka cakap2 mamat Ni..dah menipu bnyk kali dah..aishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kudajantan77 replied at 8-1-2016 04:17 AM
harga minyak turun --> pendapatan negara berkurangan --> rakyat kena cukai

harga minyak naik -- ...

2x5 jugak ler....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:59 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 8-1-2016 06:20 PM
first time dalam sejarah kot ada modified2 ne.. hahaha..

adeh..

tahun 97 pun ada budget revision. Just like us lar, buat budget based on gaji RM5000. Pastu tu ada pay cut to RM4000. Terpaksa lah revise budget.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon dia demam masa present tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 09:44 AM | Show all posts
Tiada Semakan Semula Bajet 2016 Pada Masa Ini - Johari Abdul Ghani

PETALING JAYA, 30 Dis (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat melakukan sebarang semakan semula terhadap Bajet 2016 pada masa sekarang biarpun berlakunya penurunan harga minyak mentah global, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan akan terus memantau pergerakan harga bahan api itu pada suku pertama tahun depan sebelum membuat sebarang keputusan selanjutnya.

"Sewaktu bajet berkenaan disediakan, harga minyak mentah adalah US$48 setong dan ia kini turun kepada US$36 setong.

"Impaknya terhadap pendapatan kerajaan masih lagi memadai dan kita tidak melihat sebarang keperluan untuk melakukan semakan semula bajet itu sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian cabutan bulanan, mingguan dan tempatan SSP Bank Simpanan Nasional, di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya harga minyak mentah jatuh ke paras di bawah US$30 setong, kerajaan akan mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan untuk diselaraskan dengan bajet berkenaan.

Selain itu, mengenai kemungkinan melaksanakan langkah pelarasan harga petrol kepada mingguan berbanding bulanan ketika ini, beliau berkata kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan itu selagi ia tidak membebankan rakyat.

Malah, katanya, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) dijadualkan mengemukakan cadangan mengenai perkara itu kepada kementerian minggu depan untuk dipertimbangkan.

"Kita tidak melihat sebarang masalah melakukan pelarasan secara mingguan tetapi syarikat minyak dan gas serta pihak pengusaha stesen minyak juga perlu tampil (memberi pandangan mereka)," katanya.

Johari berkata, mekanisme pelarasan harga bahan api itu secara mingguan akan menyebabkan pergerakan harga petrol di stesen minyak lebih terarah kepada pasaran semasa dan sebarang perubahannya juga tidak terlalu drastik.

-- BERNAMA


minggu lepas, timbalan menteri cakap lain. Bijan tipu dia ke???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 10:47 AM | Show all posts
tgk la nanti  gst tambah lg 15% .... nak sangat kan... btambah pndapatan negara,,, idup malay sia sia
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 10:49 AM | Show all posts
kumen2 replied at 9-1-2016 10:47 AM
tgk la nanti  gst tambah lg 15% .... nak sangat kan... btambah pndapatan negara,,, idup malay sia si ...

ok la tu, setarap negara2 maju lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:19 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 9-1-2016 10:49 AM
ok la tu, setarap negara2 maju lain


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:25 AM | Show all posts
pembentangan bajet seblom ni tak kaji betul2 ke?..kalo dgn bos aku mmg dah kena maki ni...benda leh buat sekali saje susahkan diri buat 2 kali
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:49 AM | Show all posts
haishhhh....memang len macam kali ni...x cukup lagi ke nak seksa rakyat?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
confirm lah lagi byk cut kpd kementerian kementerian...tp bila ofis menteri no limitation..pfftt..menjawab la kt akhirat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 12:06 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 8-1-2016 12:11 PM
Minyak dah turun 32 dollar kan latest

minyak donia turun dari 90 dolar ke 32 dolar setong.
kalu gitu kompom arr BULAN DEPAN minyak kita
turun lagi 3 SEN
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 12:29 PM | Show all posts
Siap siaga la kita semua. Firasat aku kuat mengatakan yang tax GST akan naik. Kalau setakat cut budget kementerian memang tak membantu sangat. Kena tambah income. 6% je dah boleh collect 40bil. Kalau naik 10% mungkin boleh collect sampai 70bil. Separuh dari hasil minyak tu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabinet kayu heshe yang dipenuhi badut2 tu bila nak ubahsuai?

Ni kalau gst naik boleh lah bagi edu free etc kan? Heshe yang cakap hari tu. Nak free kena bayar cukai lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 12:54 PM | Show all posts
kudajantan77 replied at 8-1-2016 11:46 AM
kadar GST akan dinaikkan kerana GST bagus untuk rakyat ... GST akan turunkan harga barang ... yeaaaa ...

yang penting sekali, GST dapat mengelakkan kita dari terkena badi ulamak sebegitu sis.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.417396 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list