Eh bukan ke Time.com sendiri punya.
KUANTAN 2 Okt. - Projek pemasangan sistem kabel dasar laut gentian optik jalur lebar termoden Asia Pasifik di Cherating di sini sepanjang 10,000 kilometer yang akan menghubungkan Malaysia dan Jepun dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun depan. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaan sistem kabel bernilai kira-kira RM1.9 bilion (AS$600 juta) itu akan memberi manfaat kepada seluruh pengguna internet di negara ini. Katanya projek itu apabila siap nanti akan turut menarik pelabur asing ke negara ini sekali gus menjadikan negara lebih maju dan mampu berdaya saing dari segi kepantasan capaian internet. "Sistem kabel tersebut akan menyediakan kepantasan data sehingga 3.4 tbps menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM) bagi menawarkan kemudahan-kemudahan penaiktarafan transmisi yang fleksibel dan tanpa sempadan. "Dalam sistem rangkaian komunikasi, saya melihat ini adalah suatu kejayaan dan usaha yang dibuat oleh syarikat tempatan dan berharap apabila selesai pemasangannya sejauh 10,000 kilometer akan mengurangkan kebergantungan kita kepada rangkaian negara lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek Pemasangan Kabel Optik Asia Pasifik di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Time dotCom Bhd., Afzal Abdul Rahim. Menurut Ahmad Shabery, usaha penyambungan kabel optik itu turut membabitkan 14 buah syarikat lain dan juga akan bekerjasama menghubungkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan kemudian terus ke Amerika Syarikat. "Usaha pemasangan kabel di dasar laut ini melibatkan syarikat Time dotcom bukan yang pertama tetapi keempat dan ini merupakan yang termoden sekali," katanya. - BERNAMA Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_42/Projek-kabel-jalur-lebar-RM1.9-bilion-siap-Jun-2014#ixzz43BQ6MJyI
© Utusan Melayu (M) Bhd
dan kenyataan diorg, (sumber http://www.time.com.my/corporate-overview)
"Our vision is a global one, and our strategic stakes in international submarine cable systems such as Unity, Asia Pacific Gateway (APG), Asia-Africa-Europe-1 (AAE-1) and FASTER, enable us to meet this vision by connecting Asia to the rest of the world and back. Our cable landing stations are a crucial component of our international submarine cable assets, serving as termination hubs for seamless international and domestic connectivity. We also offer international-class storage and value-added ancillary services through our certified, carrier-neutral data centre facilities."
|