|
Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)
[Copy link]
|
|
tunggu jugak sambungan prakang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan tanah kedaung..kemanakah dikau menghilang? cepatlah sambung................................................................................................................................................................................................................................. x sabar weii!!
nak tau warisan siapakah itu & tindakan seterusnya dari tok rom lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ko lagi seram dari sadako vs kayako tahu! |
|
|
|
|
|
|
|
Adik 9teen. You are a hero. One of the bravest in fact. Semoga Allah lindungi adik dari keburukan makhluk-makhluknya. |
|
|
|
|
|
|
|
adik 19 ni dah merajuk ke?
ke masih sibuk menjaga kucing2..
dulu akak ada bela kucing tapi bila yang sekor tu mati eksiden...
terus dah tak bela dah...
hehhe..apa aku membebel ni malam2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan tanah, ooooo tuan tanah.
Sudah-sudah la main Pokemon Go tu.
Kami datang ni nak tengok rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk mengadaaappppp.... sambungg laaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2016 10:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by 9teen at 25-8-2016 10:08 AM
CERITA TIGA PULUH : ANUM
P/S : Anggaplah ni satu lagi selingan untuk hilangkan bosan korang lepas sekian lama Aku tak munculkan diri dekat board MPS ni ya? Maaf sebab tak dapat nak menaip apa apa dekat sini walaupun aku berniat nak habiskan apa yang dah aku mulakan.
Maaf kalau cerita kali ni tak seram, sebab aku cerita based on apa yang diceritakan oleh kakak sulung Aku. Benda ni pun berlaku dekat sekolah asrama dia dulu. Maybe kitorang memang stok stok kena duduk sekolah asrama untuk jumpa macam macam spesies manusia, agaknya?
Ada satu masa tu, kakak aku dan kawan kawan dia lepak lepak dalam bilik dia borak borak bergosip sebab esoknya tak sekolah. Roommate kakak aku yang sorang ni dah lama dah tidur dekat katil dia. Tidur mengiring. Rambut dia berikat. (Ada sebab kenapa rambut kena ikat dan tak biar mengerbang dekat asrama kakak aku ni)
Tengah happy happy tu, tiba tiba je asrama perempuan tak ada elektrik. Biasanya kalau namanya blackout memang satu sekolah asrama dia ni affected. So, kakak aku pun ambiklah lampu suluh dari dalam loker dia.
Masa tengah suluh suluh muka kawan kawan dia dalam bilik tu, tersuluhlah dekat katil roommate kakak aku ni. Tak ada orang!
"Eh, mana Anum?"
"Ada yang keluar bilik ke tadi?"
"Mana ada orang keluar bilik. Kan pintu tutup tu?"
Kakak aku dengan kawan kawan dia dah cuak. Dalam cuak cuak pun, kakak aku ni cuba nak maintain rasional. Rasanya tadi si Anum ni ada tidur dekat katil dia. Ni tiba tiba blackout, takde pulak si Anum ni. Diorang tak sedap hati sebab Anum ni memang bukan spesies manusia yang akan pergi tandas sorang sorang atau mana mana sorang sebab dia takut gelap.
"Kita tunggu dulu. Kalau dia takde balik, kita carik."
Mulut je kata nak tunggu. Walhal kakak aku dengan kawan dia masing masing keluar bilik pimpin tangan carik Anum yang entah pergi mana.
Carik dekat bilik bilik sebelah takde pulak si Anum ni. Tengok dekat tandas pun takde. Dekat bilik pantry pun takde. Dekat aras bawah takde. Aras atas pun takde. Nak kata pergi jauh, macam tak logik je sebab Anum tu penakut kalau pergi sorang sorang. So, mana si Anum ni?
"Kita call warden je lah"
So, kakak aku dengan kawan kawan dia pun call lah warden diorang, kata carik Anum tapi tak jumpa. Masa tu call pakai telefon public tu. Kebetulan warden kata, memang diorang nak buat roll call budak lelaki dengan perempuan dekat court sebab ada benda penting nak inform.
Then, tak lama lepas tu, dengar suara warden suruh kumpul dekat court. So kumpullah budak budak asrama lelaki dengan perempuan ikut blok. Warden mintak beratur memanjang dengan roommate masing masing sebab nak check semua budak asrama yang ada.
"Anum mana?" Tanya kapten block
Sah! Anum tak ada. Tak mungkin orang lain kecoh kecoh pergi roll call, dia tak datang pulak.
So, Kapten Block pun inform dekat warden yang Anum takde. Sebahagian warden lelaki & perempuan kena carik Anum. Warden yang lain stay dekat roll call sampai habis.
Warden : Pelajar pelajar lelaki, mintak beratur ikut batch. Form 1, Form 2, Form 3, Form 4, Form 5. Satu baris, satu batch. Beratur bertiga tiga"
Warden lelaki yang tinggal dekat court dah mula check satu satu batch. Setiap satu muka pelajar lelaki, warden tu tengok. Mesti ada kes yang agak pelik ni. Takpun, diorang nak check takut ada budak yang fly. Biasalah blackout, lagi senang nak fly.
Hujung hujungnya Anum dijumpai dekat tangki air atas bukit. Muka pucat gila. Kepenatan. Rambut kusut. Baju pun kotor.
"Takde apa apa ni. Lemah semangat je ni" sorang warden perempuan @ Ustazah ni cakap lepas dia tengok tengok condition si Anum ni.
Ustazah tu ajak kakak aku dengan kawan kawan dia yang melepak dekat dalam bilik tadi ikut dia bawak Anum pergi rumah warden perempuan. Malam tu melepaklah kakak aku dengan kawan kawan dia dekat rumah warden tu. Tidur sana.
"Ustazah just nak pesan je ni. Kalau mandi tu, jangan dedahkan sangat apa yang kamu ada. Maklumlah, kita tak nampak apa yang apa ada di sekeliling kita. Bukan kita je yang tinggal dekat sini. Kot kot ada yang berkenan..."
"Satu lagi, kalau cukup masa kawan baik tu datang, cuci kasi bersih naa? Jangan main campak merata. Bahaya. Mengundang yang kita tak nampak ni buat pesta"
Sampai sudah warden tak nak bagi apa apa kesimpulan dekat apa yang jadi pada Anum, kawan kakak aku ni.
Kakak aku pun ada tanya dekat Anum, tapi apa yang Anum cakap macam mana dia boleh tiba tiba ada dekat tangki air tu yang kakak aku lupa. Sebab masa tu dia macam tak berapa nak boleh go dengan apa yang Anum ni cerita.
Pasal warden lelaki suluh satu satu muka budak lelaki tu sebab nak pastikan yang semua budak lelaki ada dekat situ. Sebab warden dapat info dari Pak Guard yang tengah meronda, Pak Guard nampak macam ada 3 orang budak lelaki lari dari asrama perempuan masa mula mula blackout. Tapi, sekejap je budak budak tu hilang. Dia nak kejar dengan moto pun tak sempat. Biasalah Pak Guard tu kakak aku cakap sedikit berisi & comel saiznya.
Asrama perempuan pulak memang dekat dengan bukit yang ada tangki air tu. Siapa 3 budak lelaki yang Pak Guard nampak & apa yang jadi kat Anum kakak aku sendiri pun tak boleh nak explain, so gitulah ceritanya.
Yang pasti, masa Anum dijumpai muka dia memang pucat betul betul pucat macam orang habis darah. Budak budak lelaki pun semua jumlahnya cukup. Tak ada sorang pun yang terlepas pandang dari warden warden lelaki yang check tiap tiap muka budak.
Tak seram, tapi agak misteri kan? So apa yang jadi?
P/S : Maaf lama tak update rumah setinggan ni. Ada jugak orang duduk singgah ya? Agak sibuk sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-8-2016 11:08 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
oh i see..ingatkan dah merajuk tak nak post citer dah
akak baca je......benar, tipu, ke laut sekali pun, baca je..
but i dont think, your story like a ' too good to be true'..
tambah kat asrama....akak sendiri pun ada pengalaman seram gini..
#keepitup
#dontgiveup
|
|
|
|
|
|
|
|
TT cepatlah hapdate,tak sabar nak tau kesudahan shark ... |
|
|
|
|
|
|
|
tt busy study ka cmno nih.. lamo aih hapdetnyo nih |
|
|
|
|
|
|
|
penantian satu penyeksaan..... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf ye TT
rasanya ada baik TT habiskan cerita pasal SHARK dulu
pastu baru start cerita pasal benda2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-8-2016 04:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
P/S : Aku tak mengharapkan 100% yang aku ceritakan akan dapat dihadam, difahami & dipercayai. Apa yang aku ceritakan adalah berdasarkan apa yang diceritakan pada aku.
P/S/S : Semua cerita yang diceritakan dekat sini, mostly aku catit dalam diari - satu perangai yang menurun dekat aku dari kakak aku. Aku gabung jalinkan memori yang ada dalam kepala otak aku ni dengan apa yang aku catitkan dalam diari dan aku terjemahkan balik kat sini. Dari gabungkan, aku tulis dekat Notes dalam phone dulu, then baru tepek kat rumah setinggan ni guna phone.
Cerita cerita kat sini maybe tak perfect sebab catatan dalam diari aku, certain certain benda memang sangat rough, terutamanya benda yang menyakitkan aku. Jadi dari memori yang ada lah, baru aku dapat clearkan sikit apa yang sebenarnya jadi.
CERITA TIGA PULUH SATU : TERIMA
Abah aku dapat satu call dari Tok Rom,
"Ada apa?"
"Ayah kata dia dengan kawan dia dengan Elly (Ellyas) dah on the way ambik Ice balik rumah"
"Eh? Ada apa apa ke?"
"Ayah kata kawan dia dapat rasa ada benda yang tak elok nak jadi. Awak siap siap apa yang patut. Kita balik kampung..."
--------------------------------------------
Tok Rom cakap warden kata masa diorang sampai, diorang nampak aku dah terbaring atas lantai dekat bilik aku yang baru tu (bilik yang sebelumnya bilik kosong tu)
So, apa lagi, warden ajak Doeh & Panjang sekali ikut dengan Abang Aan sekali naik MPV dia & teman dia hantar aku balik rumah. MPV dah park betul betul belakang Blok A. Tinggal angkat aku dengan selimut selimut bawak masuk MPV tu.
Warden ada ajak Shark sekali tapi Shark tak nak ikut sebab dia kata dia kena tinggal dekat sana kalau kalau ada benda dia boleh tolong dekat sini.
Nak jadi cerita agaknya, kebetulan atas izin Allah, kereta yang Tok Rom dengan MPV warden aku lalu jalan yang sama pada masa yang hampir hampir sama, kira sela masa tak lama mana. Tok Rom pun memang dah call warden yang on the way bawak aku balik tu, mintak stop kat tempat yang sama.
Lepas masing masing dah park kereta. So, Abang Ellyas pun angkatlah aku bawak masuk kereta, tapi tak lepas macam terhalang. Tiba tiba je dia rasa berat tak boleh angkat. Lepas tu, tak jadi tukar kereta. Tok Rom, kawan Tok Rom, warden dengan aku satu kereta. Kawan Tok Rom kata tak payah tukar kereta kalau dah macam tu. Nanti lambat pulak.
Abang Aan, Doeh, Panjang & abang Ellyas tu naik kereta kawan Tok Rom. Lebih selamat kawan kawan aku tu naik satu kereta lain dari aku, biar kalau jadi apa apa nanti, senang Tok Rom & kawan dia nak redakan aku.
Dua dua kereta dah on the way nak hantar aku balik rumah. Balik rumah kat sini means balik kampung. Parents aku pun akan balik kampung jugak.
Sepanjang jalan, MPV yang bawak aku macam kena cakar dekat atas bumbung dan tepi. Dalam MPV tu aku dekat belakang dengan Tok Rom. Kawan Tok Rom duduk dekat sebelah driver. Warden yang drive sepanjang jalan balik kampung tu.
Tok Rom kata aku memang tak sedarkan diri. Tak meracau. Cuma nampak berpeluh peluh.
Diorang yang kat dalam kereta yang lagi satu pulak nampak macam ada orang temankan kitorang sebelah MPV sepanjang perjalanan balik tu.Abang Aan, Doeh, Panjang dengan Abang Ellyas dalam kereta memang cuak tak cuak time tu.
Warden aku cakap kawan Tok Rom tu baca apa entah, lepas tu bunyi cakar cakar tu stop sendiri.
Nanti aku elaboratekan rupa yang mengganggu sepanjang perjalanan tu & cara gangguan dia (based on apa yang Tok Rom cerita) pada next post ya?
"Benda apa tu?" Panjang bukak mulut.
"Boleh jadi benda tu kenal Ice. Boleh jadi jugak tu makhluk homeless, tak berumah"
Doeh dengan Panjang pandang Abang Aan dekat belakang yang gaya dia cakap tu macam tahu sesuatu. Abang Ellyas pulak drive macam biasa.
Cuak memang cuak, tapi dia kena awas sebab bawak anak anak orang dalam kereta ni. Kalau jadi apa apa, dia pulak yang bertanggungjawab. Karang tak memasal, elak kes aku belum settle, timbul pulak kes lain.
"Takde apa apa tu. Korang relaks je"
Mulut kata relaks tapi Abang Ellyas dah mula pasang ayat ayat Quran dah dalam kereta. Nak buat penenang hati agaknya. So that, diorang ingat & yakin Allah lebih kuat dari segalanya.
"Induknya kita tertinggal dekat sana..."
Kawan Tok Rom cakap pada Tok Rom sambil tunjuk tangan dekat luar. Tok Rom cuma boleh diam.
-----------------------------------------------------
Sebelum diorang jumpa aku dekat bilik, memang warden dah ada niat nak hantar aku balik rumah malam tu. Sebab sementara waktu kes kononnya aku buat maksiat pada sorang senior lelaki tu tengah disiasat, ada eloknya aku dihantar balik sebab kaunselor kata dia nampak aku macam down sesangat.
Kaunselor tak nak aku buat benda benda yang bodoh bila kena tempuh benda macam ni sorang sorang. Rupa rupanya ada je mata mata kaunselor kat mana mana ya?
Malam tu, dekat surau,
"Tak payah sibuk pasal budak ni. Yang dekat bilik hujung blok A tu kau pergi tengok!"
"Dia takde sorok dalam tu. Dia dah pergi jauh..."
Suara garau & agak manly keluar dari mulut budak perempuan yang terkenal ayu dekat sekolah asrama kitorang ni. Nasib baik tabir masih tutup kalau tak free free je budak budak lelaki ni nampak dia bersingsing lengan dan kain.
Damn! Mana pulak si Ice ni menyorok! Selama ni diorang tahu aku menyorok dekat dalam tandas surau atau belakang tandas surau je setiap kali waktu wajib sembahyang jemaah.
Warden ajak Doeh, Shark, Panjang & Abang Aan ikut dia pergi check condition Blok A. Dia pun risau bila budak perempuan tu macam mengugut pulak macam ada benda nak jadi.
Spesies yang satu ni memang suka memperdayakan, tapi kadang kadang ada betul jugak apa yang dia cakap. So, nak tak nak warden pun ikut je lah. Mencegah lebih baik dari benda jadi makin teruk.
Budak budak yang kat dalam surau dah sok sek sok katanya, 2 benda jadi dalam 1 masa. Kakak kakak Badan Dakwah dah pegang budak perempuan yang kemasukan tu. Ustazah pun tengah slow talk budak tu mintak keluar dari badan budak perempuan yang tak bersalah tu.
Bila benda ni tak nak keluar, terpaksa Ustazah minta call Ketua Warden kitorang yang terkenal taiko menghadapi masalah masalah gangguan spesies yang suka menyakat manusia ni.
Hal dalam surau, Ustazah, Ustaz, senior Badan Dakwah dengan budak budak yang jemaah dekat surau settlekan. Hal aku pulak warden, Doeh, Panjang, Shark & Abang Aan yang settlekan.
Nanti aku sambung lagi ya? |
|
|
|
|
|
|
|
fuh..baru habis merempit..
semoga Allah melindungimu dek TT
p/s: jgn lupa smbut cerita shark tau |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya... jangan lama2 sangat pause sambung cerita ya TT @9teen. TQ sebab update juga |
|
|
|
|
|
|
|
Akak dtg lagi...
Akak dah lost citer ko ni dik..
Ko pengsan kt bilik mana pulak ni?
Nk kena throwback jap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-8-2016 12:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ipo replied at 27-8-2016 11:26 PM
Akak dtg lagi...
Akak dah lost citer ko ni dik..
Ko pengsan kt bilik mana pulak ni?
Refer Page 24 Post #478
Lepas aku kena speku sebagai hamba Allah yang telah merampas keterunaan senior lelaki dekat asrama & benda jadi kecoh. Aku pindah bilik dari bilik aku (yang sebilik dengan Shark, Doeh & Panjang) ke bilik kosong (yang Panjang pernah nampak Shark lepak dalam tu sorang sorang sambil bercakap sorang sorang)
Aku pindah masuk bilik kosong tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|