CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 27-12-2005 10:26 AM | Show all posts
i got this friend dia renovate about $50K....

dah 5 years dia nak jual rumah....ai yohh...$50K just like that....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 03:48 PM | Show all posts
hari ni kat sokkabar omputeh ada artikel on page 1 & 2

pasal ceiling leak, dan masalah rumah atas ngan rumah bawah nak solve this common problem..


pasal kita smua tinggal rumah flet, so its korang baca ni artikel, pasal anytime can happen to anyone of us
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 07:29 PM | Show all posts
nari sokkabar melayu ada 4 artikels pasal orang melayu nye problem tinggal rumah flet..
ni aku tampal kalo korang tak baca sokkabar melayu nari or pegi website dia.

Ekoniaga : 27 Disember 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
APABILA ASET BERTUKAR JADI BEBAN
Beli ketika harga tinggi tetapi terpaksa jual pada harga rendah

Sesetengah golongan pemilik rumah tidak berupaya meneruskan bayaran bulanan flat atau hartanah perumahan mereka, dan terpaksa menjual hartanahnya, disebabkan oleh beban hutang, hilang pekerjaan, sakit tenat atau jatuh muflis. Ramai yang masih menyangka dengan menjual hartanah, masalah kewangan mereka akan dapat diatasi. Namun, keadaan sebaliknya berlaku. Apakah sebabnya? Rosebi Mohd Sah melaporkan.

SEKITAR 30 peratus pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengalami penjualan negatif atau kerugian apabila mereka menjual flat-flat mereka yang dibeli semasa tempoh 1994 hingga 2002.

Ini kerana harga penjualan semula flat HDB kini adalah jauh lebih rendah berbanding harga semasa mereka membeli pelbagai jenis flat HDB dalam tempoh itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoore.

'Harga hartanah merosot antara 10 dengan 40 peratus dalam tempoh tersebut (1994-2002) berbanding harga sekarang ekoran pasaran hartanah serta keadaan serantau yang tidak menentu.

'Bagi jangka panjang, harga hartanah dijangka meningkat semula dan kini sedang dalam tahap awal menuju ke arah itu.

'Namun, ramai pemilik hartanah tidak dapat 'bertahan' dan terpaksa menjual hartanah mereka kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti diberhentikan kerja, perceraian, masalah hutang kad kredit, atau anggota keluarga sakit tenat dan memerlukan pembiayaan besar.

'Golongan tersebut tidak mempunyai pilihan selain menjual hartanah mereka dalam pasaran hartanah yang jatuh sekarang berbanding pasaran hartanah yang jauh lebih tinggi semasa mereka membelinya dalam tempoh 1994 hingga 2002.

'Justeru, hartanah yang dulunya adalah aset kini berubah menjadi beban tanggungan,' ujar Encik Ismail.

Memberi contoh, Encik Ismail berkata harga sebuah flat eksekutif atau 'maisonette' di Yishun semasa pasaran hartanah tinggi dalam 1996 adalah antara $580,000 hingga $600,000. Tetapi bagi harga pasaran sekarang flat yang sama berharga sekitar $380,000. Ini bermakna nilai hartanah itu merosot sekitar $200,000 jika dijual sekarang.

Beliau berkata pemilik hartanah yang tidak menghadapi masalah kewangan atau masalah-masalah lain harus terus mengekalkan hartanah mereka kerana pasaran hartanah dijangka pulih semula dalam tempoh antara 5 tahun sehingga 10 tahun akan datang.

'Namun jika anda tidak mempunyai pilihan disebabkan pelbagai masalah peribadi yang menjejaskan kedudukan kewangan anda, kadangkala adalah lebih baik untuk menjual flat anda itu dan membeli flat yang lebih kecil sahaja.

'Jika itu tidak dapat dilakukan, anda mungkin boleh tinggal dengan adik beradik atau ibu-bapa anda buat sementara waktu sehinggalah anda dapat mengatasi masalah kewangan anda itu,' saran beliau.

Pengarah Kanan ERA, Encik S. Abdullah Alhamid, pula berkata selain kes-kes sebenar penjualan negatif hartanah disebabkan perbezaan harga dalam dua masa berlainan itu, banyak juga kes-kes penjualan negatif hartanah melibatkan masyarakat Melayu/Islam disebabkan oleh penipuan ejen-ejen hartanah yang tidak bertanggungjawab melakukan amalan 'cashback.'

'Ramai pelanggan Melayu yang tidak usul periksa 'termakan' dengan khidmat yang ditawarkan ejen-ejen hartanah tidak bertanggungjawab, yang bukan sahaja menguruskan segala urusniaga pembelian flat jual semula mereka, malah menawarkan para pelanggan wang tunai bagi keperluan ubah-elok atau kegunaan peribadi.

'Apabila pemilik hartanah itu menghadapi pelbagai masalah kewangan dan perlu menjualnya dalam masa dua atau tiga tahun kemudian, mereka terkejut mendapati taksiran harga flat mereka jauh lebih rendah daripada harga yang mereka beli.

'Ini kerana harga asal pembelian flat mereka itu telah dinaikkan (inflate) dengan banyaknya oleh ejen-ejen hartanah yang tidak ujur dan tidak bertanggungjawab bagi meraih keuntungan besar,' ujar beliau.

Encik Ismail dan Encik Abdullah menasihatkan mereka yang benar-benar menghadapi masalah kewangan dan tidak layak mendapatkan pinjaman HDB selepas menjual flat mereka supaya menemui Anggota Parlimen di kawasan masing-masing dan pihak HDB untuk membuat rayuan dan menjelaskan masalah sebenar mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 07:30 PM | Show all posts
ni lagi satu

Ekoniaga : 27 Disember 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
NILAI SUSUT $80,000 DALAM MASA LIMA TAHUN
PASANGAN Encik Ali dan isterinya, Cik Idah (kedua-duanya bukan nama sebenar),membeli flat empat bilik yang dijual semula di Hougang dengan harga $330,000 lima tahun lalu.

Namun dalam masa setahun sahaja, pasangan itu bercerai dan mendapat arahan Mahkamah Syariah untuk menjual flat tersebut di pasaran terbuka. Bekas isterinya itu tidak membuat sumbangan bagi pembelian flatnya itu kerana beliau tidak bekerja.

Namun, Encik Ali beranggapan yang beliau hanya boleh menjual flatnya itu selepas syarat tempoh lima tahun di pasaran terbuka, seperti pasangan-pasangan lain yang tidak bermasalah. Justeru, beliau melewatkan penjualannya sehingga tahun lalu, iaitu selepas tamat tempoh lima tahun. Bagaimanapun taksiran harga flat itu pada tahun lalu merosot kepada $250,000.

Menerusi seorang ejen hartanah, Encik Ali akhirnya menjual flat itu dengan harga taksiran $250,000. Dengan penjualan itu, Encik Ali seharusnya menerima $196,000 yang harus dipulangkan semula ke akaun CPFnya. Namun, bagi melunaskan pinjaman HDB berserta faedahnya sekali, $189,000 daripada hasil penjualan $250,000 flatnya itu perlu dipulangkan kepada HDB. Ini bererti baki $61,000 sahaja yang dapat dikembalikan semula ke akaun CPFnya. Justeru, keseluruhannya, Encik Ali kehilangan wang CPF sebanyak $135,000 menyusuli penjualan flatnya itu.

Ejen hartanahnya, Pengarah Bersekutu Kanan, PropNex, Cik Umi Kalsum berkata Encik Ali tidak akan menanggung sebarang kerugian, sekiranya beliau dapat menjual flatnya itu di pasaran terbuka pada harga $385,000 -$189,000 bagi melunaskan hutang pinjaman HDB, sementara baki $196,000 dikembalikan ke akaun CPFnya.

'Namun, keadaannya yang terdesak memaksa beliau menjual flatnya pada harga taksiran yang merosot dengan banyaknya, berbanding harga yang dibelinya lima tahun dahulu,' jelas Cik Umi Kalsum.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 07:31 PM | Show all posts
Ekoniaga : 27 Disember 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
EJEN NAIKKAN HARGA FLAT TANPA PENGETAHUAN PELANGGAN
ENCIK Johar (bukan nama sebenar) membeli flat tiga bilik menerusi ejen hartanah yang 'menawarkan' wang tunai $15,000 kepadanya selepas membeli flat yang disangka berharga $250,000.

Namun apa yang tidak diketahui Encik Johar ialah harga sebenar flatnya itu adalah $180,000. Ini kerana urusniaga flat itu diserahkan bulat-bulat kepada ejen hartanahnya itu.

Ejen hartanahnya itu menaikkan harga flat tersebut kepada $250,000 dan mendapatkan pinjaman bank bagi pihak pelanggannya, selepas meyakinkan pihak bank tentang keupayaan pelanggannya membayar semula dan kerana pelanggannya itu memerlukan wang tambahan bagi perbelanjaan ubah elok dan keperluan peribadi lain.

Ejen hartanah tersebut bagaimanapun melakukan semua itu tanpa pengetahuan Encik Johar.

Encik Johar pada mulanya gembira kerana selain dapat membeli flat idamannya, beliau juga 'diberi' wang tunai yang dapat digunakan untuk melakukan ubahelok flatnya itu.

Selang dua tahun, Encik Johar diberhentikan kerja. Kerana sukar membuat bayaran bulanan pinjaman flatnya itu, Encik Johar memutuskan menjual flat itu.

Beliau terkejut apabila mendapati harga taksiran flatnya itu sebenarnya sekitar $180,000 sahaja, bukan $250,000 seperti yang disangkakan. Ini bererti Encik Johar sudahpun kerugian sekitar $70,000 sebelum flatnya itu dijual semula di pasaran terbuka. Wang itu belum lagi termasuk faedah pinjaman bank dua tahun yang perlu dibayarnya.

'Kes tersebut adalah satu daripada banyak kes yang berlaku kepada pembeli flat Melayu/Islam yang ditipu oleh ejen-ejen hartanah tidak jujur yang akhirnya menyebabkan para pelanggan mereka, seperti Encik Johar, mengalami kerugian besar apabila menjual semula flatnya itu,' kata Pengarah Kanan ERA, Encik S. Abdullah Alhamid.

Katanya, dalam keadaan itu, Encik Johar masih boleh bermohon untuk mendapatkan flat sewa HDB. Beliau bagaimanapun perlu menunggu syarat 30 bulan sebelum dapat membuat permohonan tersebut.

Menurutnya, kes-kes penipuan oleh ejen-ejen hartanah yang tidak bertanggungjawab juga adalah antara penyebab mengapa ramai pelanggan turut terjebak dan berakhir dengan penjualan flat yang sangat merugikan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 07:31 PM | Show all posts
ni last one

Ekoniaga : 27 Disember 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
PERCERAIAN JUGA BOLEH TIMBULKAN MASALAH
ENCIK Jeman dan isterinya Cik Siti (bukan nama sebenar) membeli flat lima bilik di Spottiswoode Park sebagai pemilik bersama lebih lima tahun lalu dengan harga $380,000.

Pasangan itu bercerai tiga tahun lalu dan mendapat perintah Mahkamah Syariah supaya flatnya itu dijual.

Namun harga taksiran bagi flat itu merosot kepada $330,000 semasa pasangan itu ingin menjual flat mereka. Penjualan menjadi lebih sukar kerana ia hanya boleh dijual kepada para pelanggan Melayu.

Pasangan itu menemui jalan buntu.

Selama tujuh bulan flat itu dipasarkan, tiada seorangpun pelanggan Melayu yang berminat walaupun harganya sudah berkurang.

Akhirnya ejen hartanah mereka, Pengarah Bersekutu Kanan PropNex, Cik Umi Kalsum, menasihati Cik Siti supaya flatnya itu dipindahmilik kepada bekas suaminya, yang telahpun mempunyai isteri baru.

Jika tidak, menurutnya, Encik Jeman dan Cik Siti akan menanggung kerugian lebih besar kerana masih berhutang lebih $200,000 bagi pinjaman HDB, serta faedah tertangguh yang dijangka meningkat lebih tinggi jika flat itu dijual lebih lama lagi.

Cik Siti akhirnya bersetuju membenarkan flatnya itu diambil alih oleh bekas suaminya yang perlu memulangkan $58,000 ke akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Cik Siti bagi jumlah wang sumbangannya bagi flat tersebut.

Encik Jeman dan isteri barunya kemudian meng ambilalih flat itu dan menerus bayaran bulanan flat tersebut menerusi CPF.

Dengan demikian, Cik Siti mendapat semula sumbangan wang CPF yang telah digunakan bagi membayar flatnya.

Bekas suaminya, Encik Jeman, pula dapat mengelakkan daripada penjualan flat yang merugikan dan bersama isteri barunya itu, meneruskan bayaran bulanan flat flat tersebut.




  Arkib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2005 09:49 AM | Show all posts
NILAI SUSUT $80,000 DALAM MASA LIMA TAHUN
PASANGAN Encik Ali dan isterinya, Cik Idah (kedua-duanya bukan nama sebenar),membeli flat empat bilik yang dijual semula di Hougang dengan harga $330,000 lima tahun lalu.

Namun dalam masa setahun sahaja, pasangan itu bercerai dan mendapat arahan Mahkamah Syariah untuk menjual flat tersebut di pasaran terbuka. Bekas isterinya itu tidak membuat sumbangan bagi pembelian flatnya itu kerana beliau tidak bekerja.

Namun, Encik Ali beranggapan yang beliau hanya boleh menjual flatnya itu selepas syarat tempoh lima tahun di pasaran terbuka, seperti pasangan-pasangan lain yang tidak bermasalah. Justeru, beliau melewatkan penjualannya sehingga tahun lalu, iaitu selepas tamat tempoh lima tahun. Bagaimanapun taksiran harga flat itu pada tahun lalu merosot kepada $250,000.

Menerusi seorang ejen hartanah, Encik Ali akhirnya menjual flat itu dengan harga taksiran $250,000. Dengan penjualan itu, Encik Ali seharusnya menerima $196,000 yang harus dipulangkan semula ke akaun CPFnya. Namun, bagi melunaskan pinjaman HDB berserta faedahnya sekali, $189,000 daripada hasil penjualan $250,000 flatnya itu perlu dipulangkan kepada HDB. Ini bererti baki $61,000 sahaja yang dapat dikembalikan semula ke akaun CPFnya. Justeru, keseluruhannya, Encik Ali kehilangan wang CPF sebanyak $135,000 menyusuli penjualan flatnya itu.

Ejen hartanahnya, Pengarah Bersekutu Kanan, PropNex, Cik Umi Kalsum berkata Encik Ali tidak akan menanggung sebarang kerugian, sekiranya beliau dapat menjual flatnya itu di pasaran terbuka pada harga $385,000 -$189,000 bagi melunaskan hutang pinjaman HDB, sementara baki $196,000 dikembalikan ke akaun CPFnya.

'Namun, keadaannya yang terdesak memaksa beliau menjual flatnya pada harga taksiran yang merosot dengan banyaknya, berbanding harga yang dibelinya lima tahun dahulu,' jelas Cik Umi Kalsum.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:14 AM | Show all posts
da post laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 28-12-2005 10:14 AM
da post laaaa


Sorrylah i know i terlambat lah .....

Thousand apologies!!!!
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 28-12-2005 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 28-12-2005 09:49 AM
NILAI SUSUT $80,000 DALAM MASA LIMA TAHUN
PASANGAN Encik Ali dan isterinya, Cik Idah (kedua-duanya bukan nama sebenar),membeli flat empat bilik yang dijual semula di Hougang dengan harga $330,000 ...



S$80K is alot of money....
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 29-12-2005 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by dilah21 at 28-12-2005 10:14 AM
da post laaaa



wah.. tu pon nak marah ka??? pergi cuci sudah hilang lah~~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 01:43 AM | Show all posts
GARDEN SPREAD  
By Desmond Ng

December 24, 2005      




MANY of us enjoy the notion of owning a garden and waking up to the smell of fresh, scented flowers in the morning.

  
But how many of us actually have the time, patience or the expertise to maintain one properly?

Some condos here have a few palm trees, and they term that patch of greenery 'landscaping'.

The almost completed Gardenvista project is an exception.

Knowing that many of its residents won't have the resources to run a nice garden, developer Far East Organization has done the job for them.

Gardenvista has four well-laid-out gardens.

The gardens have been created on the themes of sound, colour, texture and fragrance to soothe the senses.

The water feature, which doubles up as a 50m swimming pool, is big enough to accommodate all the residents in its 318 units.

Launched in May 2003, this leasehold project along Dunearn Road is built on the former factory site of Yeo Hiap Seng, in which Far East Organization has a big stake.

  
One-bedroom units occupy 800 sq ft. Most of the units have two bedrooms or are bigger.


There are private lift lobbies, where the lift door opens into the living room.

About 70 per cent of the units - the bigger ones - have lift lobbies.

Gardenvista has seven apartment blocks.

It is located near much-in-demand academic institutions such as Methodist Girls' School, Nanyang Girls' High School and Chinese High School.

Another plus factor is that it is one of the few developments here to have teppanyaki counters.

These counters are housed in huts which face the pool (above).

Residents can rent these counters to try out their teppanyaki skills or engage a chef to prepare food for them.

So far, 209 units have been sold, with average prices starting from $650 psf.

The project is expected to receive its temporary occupation permit within six months.

GARDENVISTA

WHERE: Dunearn Road
TENURE: 99-year leasehold
SIZE: 800 sq ft (one-bedroom unit) to 1,346 sq ft (four-bedroom unit)
PRICE: from $650 psf
ATTRACTION: Location, facilities.



Ada sesiapa Berminat?
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 29-12-2005 01:45 AM | Show all posts
minat nak tngok2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 10:17 AM | Show all posts
HARGA FLAT JUALAN SEMULA KIAN PAPAR NILAI SEBENAR
HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kini telah memaparkan nilai sebenarnya, kata para pengamat.

Indeks Harga Jualan Flat HDB bagi suku ke empat tahun lalu menunjukkan kenaikan kecil sebanyak 0.2 peratus.

Menurut mereka, berakhirnya kemerosotan ke tahap paling rendah purata harga flat jualan semula HDB adalah lebih awal daripada ramalan.

'Kenaikan 0.2 peratus dalam harga flat jualan semula HDB adalah satu yang dialu-alukan kerana ia memaparkan pembetulan harga ekoran langkah-langkah menghalang kegiatan cash-back yang berkuatkuasa 1 April tahun lalu.

'Harga flat jualan semula HDB kini telah lebih dekat kepada nilai pasaran sebenarnya,' ujar Encik Nicholas Mak, Pengarah, Jabatan Perundingcara & Kajian , Knight Frank Pte Ltd.

Menurut Encik Mak, kenaikan harga secara mantap yang dialami dalam enam bulan kedua tahun lalu itu dijangka berterusan tahun ini.

Beliau meramalkan harga flat jualan semula HDB akan naik antara 4 peratus hingga 7 peratus tahun ini.

'Pemulihan dalam harga flat jualan semula HDB mungkin akan meningkatkan permintaan di kalangan mereka yang ingin berpindah ke rumah lebih besar dan menambah jumlah projek bagi perumahan awam dalam enam bulan kedua tahun ini,' ujar Encik Mak lagi.

Berdasarkan perangkaan itu, ERA Real Estate berkata, terdapat kenaikan secara perlahan dalam minat pembeli kepada flat lima bilik dan eksekutif yang dijual semula di pasaran tahun lalu.

Ini sejak pengumuman pada 19 Julai lalu yang memberikan kelonggaran kepada pembeli mendapatkan pinjaman lebih tinggi, bersama dengan sentimen lebih baik dalam pasaran hartanah.

Misalnya, pada masa lalu, nisbah nya biasanya adalah 37 peratus bagi 3-bilik, 40 peratus 4-bilik, 18 peratus 5 -bilik dan 5 peratus bagi eksekutif.

Namun ia berubah pada enam bulan kedua tahun lalu, dengan hanya 31 peratus memilih 3-bilik dan 38 peratus bagi 4-bilik, sedangkan urus niaga bagi 5-bilik naik 24 peratus dan eksekutif 8 peratus.

Analisa perangkaan itu oleh ERA menunjukkan antara lokasi paling popular di kalangan pembeli termasuk Woodlandds, Bedok, Ang Mo Kio dan Yishun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 10:17 AM | Show all posts
NILAI PERUMAHAN PRIVET NAIK 3.8% TAHUN LALU
Oleh
Fadilah A. Majid

HARGA perumahan privet Singapura mencatatkan kenaikan terbesar dalam tempoh lima tahun setengah, meningkat 1.3 peratus bagi suku terakhir tahun lalu apabila rentak pemulihan dalam sektor hartanah semakin jelas.

Secara keseluruhan tahun lalu, harga rumah privet meningkat 3.8 peratus berbanding peningkatan 0.9 peratus dalam tahun sebelumnya, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Semula Bandar (URA).

Para pengamat meramalkan harga akan meningkat lagi tahun ini selepas pemerintah melong garkan batasan pembelian rumah privet bagi pembeli asing dan juga had pinjaman bagi pembelian hartanah tahun lalu.

Sebahagian besar meramalkan harga perumahan privet akan meningkat antara 4-5 peratus.

'Kenaikan 1.3 peratus dalam harga rumah privet tidak memeranjatkan sejak momentum pertumbuhan mula dilihat pada suku ketiga tahun lalu.

'Namun, kenaikan lebih tinggi dalam suku ke empat itu memaparkan trend peningkatan yang lebih stabil bagi purata harga rumah privet, yang dijangka berterusan ke tahun ini,' ujar Encik Nicholas Mak, Pengarah, Jabatan Perundingcara & Kajian , Knight Frank Pte Ltd.

Menurut para pengamat, kunci utama kenaikan itu adalah sentimen pembeli rumah yang lebih baik ekoran berita positif mengenai ekonomi.

'Berita lebih baik mengenai pasaran pekerjaan juga menyumbang kepada keyakinan yang lebih tinggi di kalangan pembeli,' ujar Encik Mak kepada Ekoniaga.

Selain itu, menurut Penolong Naib residen , ERA Real Estate, Encik Eugene Lim, kenaikan itu juga adalah ekoran sokongan kukuh daripada pembeli asing hartanah mewah ang yakin bahawa pasaran hartanah Singapura menawarkan potensi peningkatan nilai yang baik .

Para pengamat berkata, terdapat minat berterusan di kalangan pembeli setempat bagi hartanah berhalaman dalam pasaran jual semula terutama rumah teres dan rumah sebandung dalam lingkungan harga $1 juta dan $2 juta.

Namun, Encik Mak berkata, pertumbuhan harga rumah privet mungkin lebih tinggi jika tidak kerana harga flat jualan HDB yang agak lemah dalam suku kedua dan ketiga tahun ini.

'Tetapi secara keseluruhan, 2005 adalah tahun yang baik bagi pasaran hartanah privet,' ujar beliau lagi.

Perangkaan awal URA itu melibatkan tempoh 10 bulan pertama tahun lalu berdasarkan maklumat jumlah unit baru yang telah ditempah.

URA akan mengeluarkan perangkaan rasmi harga rumah privet pada 27 Januari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 11:36 AM | Show all posts
HDB TAWAR 406 FLAT DI BAWAH WIS DI TIGA ESTET DI UTARA
SEBANYAK 406 unit flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) ditawarkan kepada orang ramai di bawah skim lihat dan pilih sendiri (WIS) mulai semalam.

Flat empat dan lima bilik serta eksekutif itu ditawarkan di Sembawang (186 unit), Woodlands (147 unit) dan Yishun (73 unit).

Ia merangkumi 179 flat empat bilik, 24 unit lima bilik dan 203 unit eksekutif.

Satu kenyataan HDB semalam berkata proses penjualan itu akan diadakan di pejabat penjualan HDB Hub di Toa Payoh.

Semalam ia telah mula mengeluarkan nombor giliran dan memberi pembeli tarikh serta waktu untuk menempah flat mereka pada waktu pejabat mulai Jumaat ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi flat eksekutif contoh di:



Apartmen Eksekutif Premium: Blok 339B, Sembawang Close, #14-09 (flat contoh) dan #14-07 (unit sampel); dan Blok 360B, Admiralty Drive, #04-50 (flat contoh) dan #04-58 (unit sampel);



Apartmen Eksekutif Standard: Blok 501D, Wellington Circle, #02-84 (flat contoh) dan #02-82 (unit sampel).

Bagi flat empat bilik, ada tiga unit sampel di:



Blok 156, Woodlands Street 13, #01-687



Blok 103, Yishun Ring Road, #03-77



Blok 702, Yishun Avenue 5, #02-282

Dalam pada itu, penjualan flat WIS di Jurong West dan Jurong East, yang dilancarkan April lalu, akan digantung mulai 1 Februari.

Ini untuk memberi HDB masa untuk meneliti semula flat yang belum terjual sebelum melancarkannya semula pada suku kedua tahun ini.

Keterangan lanjut di www.hdb.gov.sg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2006 11:59 AM | Show all posts
FROM ULU TO WOO HOO!  
Singaporeans are snapping up flats previously shunned in distant estates - thanks to designer revamps in showflats
By Desmond Ng

January 19, 2006      




WHO says Singaporeans don't care for HDB flats in far-flung estates like Jurong West, Sembawang and Punggol?

  
The exterior of this Wellington Circle block in Sembawang contrasts with the sleek resort-inspired showflat inside (above). --KELVIN CHNG
As the marketing gurus will tell you - it's all about packaging.

Just ask HDB.

With the help of interior design consultants, some of their unsold new HDB flats were given stylish makeovers and used as showflats.

And Singaporeans with a keen nose for good deals are snapping them up.

According to the Housing Board, of the 59 showflats offered for sale since 2001, all but one have been taken up - not bad given their 'ulu' (distant) locations.

These four-room and executive flats - were in estates like Punggol, Sembawang, and Jurong West.

And if you visit any of the three new showflats offered for sale yesterday under the Walk-In-Selection exercise, you'll understand why they are popular. (See report on facing page.)

One Wellington Circle (Sembawang) executive flat of 130 sq m was given the Thai resort treatment. It has timber-strip floors, built-in cabinets and even a walk-in wardrobe which cleverly hides the door to a bathroom.

The false ceiling with lights which can be dimmed and a platform with posters and silk curtains made it look like an upmarket condo showflat in the city.

And all the rooms have air-con units installed, which means the place is ready for the buyer to move in.

The price of this second-storey showflat is $304,300. A unit of the same size next door, without the additions, is selling at $253,100.

SIZE MATTERS

The cost of such a makeover ranges from $40,000 to $70,000, depending on the size of the flat, said HDB.

Private developers usually sell showflats at a higher price than units without the trimmings.

The Wellington Circle showflat attracted over 100 visitors yesterday.

Mr Dickson Ng, 33, a Singapore Scout Association council member, said he and his wife, teacher Connie Soon, are thinking of booking one of the three showflats.

'I don't have to come up with cash for the renovation. And I don't have to deal with the hassle of looking for a contractor or some of the potential problems that may arise.'

ERA Real Estate assistant vice-president Eugene Lim said the showflats are attractive because they can save home-buyers money.

'All the cost is included in the property price. You don't have to pay additional interest on a separate renovation loan which can be as high as 6 per cent, as opposed to about 3 per cent for an HDB property loan from the bank. You can save a couple of thousand dollars on interest alone,' he said.

Of course, the flip side is that home-buyers don't have a say in the design.

So, with 9,000 unsold flats in the market, will HDB be doing more of this?

Well, don't hold your breath.

HDB said these showflats are only meant to promote the sale of other flats in those estates.

'Through these show flats, prospective buyers get a good visual perspective of their future home, and are able to appreciate the design potential and optimum space usage within an HDB apartment,' said an HDB spokesman.

'Those who have recently bought an HDB apartment can also obtain ideas for renovating their own home.'



--------------------------------------------------------------------------------


3 showflats on sale

HDB put 406 flats on sale under the latest Walk-in-Selection exercise yesterday .

They are in Sembawang (186), Woodlands (147) and Yishun (73).

There are 179 four-room flats, 24 five-room flats and 203 executive flats.

Three showflats in Sembawang, as well as six unfurnished sample units in Sembawang, Woodlands and Yishun are open for viewing.

The showflats and sample units are also available for sale in this exercise.

You can get a list of flats offered for sale and sales brochures from the HDB Hub during office hours.

Interested flat buyers can also log on to HDB InfoWEB, e-Sales at www.hdb.gov.sg for more details of the exercise.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 08:36 AM | Show all posts
since ada kaitan dgn penjualan rumah HDB, aku tepek kat sini artikel ini..

EJEN RUMAH BERSALAH TIPU TIGA PEMILIK FLAT HDB
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG ejen rumah didapati bersalah menipu tiga pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melibatkan wang berjumlah lebih $130,000 menerusi helah meminjamkan wang kepada mereka.




Shaik Raheem Abdul Shaik Shaikh Dawood, 54 tahun, semalam merayu agar hukuman diringankan kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi serta pernah menjalani pembedahan lutut.

Penipuan itu dilakukan antara Mei dengan Jun 1999 - tempoh dia membantu ketiga-tiga mangsa menjual flat mereka dengan harga melebihi kadar pasaran melalui firmanya, Shaik Rassd Realty, yang dibuka pada 1997.

Shaik Raheem yang mempunyai 16 tahun pengalaman dalam bidang itu, kemudian memotong hasil penjualan flat mangsa-mangsanya melebihi kadar komisen atau dianggap 'komisen tambahan' bagi mendapatkan semula wang yang dipinjamkannya itu.

Minggu lalu, Hakim Daerah, Encik Kow Keng Siong, selepas mendengar hujah pendakwa raya dan peguam bela, mendapati ayah dua anak lelaki itu telah dengan sengaja menipu para pelanggannya.

Menurut kenyataan pertuduhan, pada 22 Jun 1999 tertuduh sebagai ejen Encik Ibrahim Hassan telah menjanjikan pinjaman dan hanya jumlah yang dipinjam sahaja akan dipotong daripada penjualan flatnya.

Sebaliknya, Encik Ibrahim mendapati dia telah memotong $25,000 di samping pinjaman $25,000 daripada penjualan flatnya itu.

Hukuman ke atas Shaik Raheem sepatutnya dijatuhkan semalam tetapi peguam belanya, Encik R S Bajwa, menyatakan bahawa dia hanya menggelapkan sekitar $41,170 daripada keseluruhan transasksi itu.

Bakinya telah digunakan untuk membayar ejen-ejen rumah lain dalam pengurusan penjualan dan pembelian flat bagi mangsa-mangsanya.

Disebabkan jumlah yang dikatakan digelapkan berbeza daripada dakwaan Encik Bajwa, Encik Kow meminta masa untuk menimbangkannya dan telah menunda hukuman dijatuhkan.

Dalam hujahnya, Encik Bajwa berkata:

'Shaik Raheem telah memberi pinjaman kepada mangsa dan membantu mereka menjual flat dengan harga lebih tinggi.

'Lagipun ini adalah kesalahan pertamanya.'

Hukuman akan dijatuhkan 3 Februari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 25-1-2006 08:36 AM
since ada kaitan dgn penjualan rumah HDB, aku tepek kat sini artikel ini..

EJEN RUMAH BERSALAH TIPU TIGA PEMILIK FLAT HDB
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG ejen rumah  ...


menyatakan bahawa dia hanya menggelapkan sekitar $41,170 daripada keseluruhan transasksi itu.


hanya $41,170???

mak dia punye laki hanya $41,170..

weiii untuk manusia biasa....that is an obscene amount of money la Shaik kepalahangguk!!!:agr::agr::agr::agr::agr::agr::agr::agr::agr:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 25-1-2006 09:09 AM





hanya $41,170???

mak dia punye laki hanya $41,170..

weiii untuk manusia biasa....that is an obscene amount of money la Shaik kepalahangguk!!!:agr::agr::agr::agr::agr::agr::agr::agr: ...





blinded by greediness kan

habis arr sumer ejen after this...kena build up clients trust bukan senang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.066437 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list