TIME'S UP!!!
Jawapan yang tepat ialah E) EDH
EDH adalah disebabkan oleh pendarahan dari Middle Meningeal Artery (MMA). MMA ini selalu terkoyak bila kita terhantuk di temple kita. Mostly bila bone kat temple tu (Temporal Bone), retak ie fracture (#) kerana Head Injury (HI) kerana trauma. Boleh juga berlaku tanpa #, tetapi after trauma lah jugak. Masaalah dgn EDH ini ialah ada delaynya (tak berdarah mula mulanya; atau jika berdarah pon, darah dekat MMA tu membeku, jadi kesan tak teruk..hanya untuk darah beku tadi mencair lalu membenarkan pendarahan dari MMA tadi berlaku semula beberapa jam selepas itu; ketika ini, pesakit boleh go into a coma). Kita selalu dengar org bergaduh, jatuh motor, dipukul dikepala dgn kayu golf , kena bola golf etc.. balik rumah dan pengsan atau koma atau mati selepas itu.EDH lah sebabnya. Dikatakan, Prof Zulkifli Muhammad pon meninggal kerana EDH walaupun beliau ''pulih'' selepas kemalangan dan bercakap dan meninggalkan pesanan etc etc sebelum tetiba jatuh koma.
EDH, jika dioperate cepat cepat, mempunyai prognosis yg sangat baik; beberapa kes EDH yg saya operate, sendiri atau dgn bos, semuanya pulih dgn baik.
Dalam kes ini, remaja yg cedara teruk dikepala tu (R1), sy rekomen kat bos utk takperlu bedahlah otak dia kerana pendarahannya teruk dan keadaannya teruk, lalu kami order (NFR (ie not for resus) kat dia (ie ''NOT FOR 2222''); so dia mati. R3 terus di operate secara emergency oleh kawan saya (sy off duty dah masa dia dibawa balik ke hospital) tetapi sebab dah beberapa jam dalam bilik tidonya tanpa pertolongan, dia mengalami cedera otak yg kekal dan perlu bantuan 100% sepanjang hayat. Yg sorang lagi (R2) survive walau patah riuk (and was in ITU for so long) kerana takde head injury (HI).
Kesilapan ED team: mengalah pada permintaan R3 utk balik kerumah sebab ''CT scan sy (yg awal) adalah normal dan sy pun sihat''. Setiap HI yg significant (significant la kan..tgk R1: mati, R2 patah riuk dan masuk ITU beminggu, maka R3 tentulah melalui proses trauma yg sama; kalau tak silap lengan dia patah), mesti di monitor 24jam dimana coma score mereka di pantau di dalam Head Injury Unit setiap jam pada 4jam pertama, setiap 2 jam pada 4 jam yg kedua dan setiap 4 jam seterusnya (sedikit berbeeza dari negara ke negara). Pihak hospital sy cari (mereka di hospital lain) dan beri formal teguran (Formal Complaint yg masuk kedalam record assessment dan record quality service) kepada ED doctors yg terlibat.
|