CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 28-1-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 28 Januari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 28 Januari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 28 Januari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 28 Januari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

94 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (28 Januari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  87 kes adalah jangkitan tempatan dan 7 kes adalah jangkitan dari luar Perak.

a) Daerah Batang Padang (7 kes)

4 kes dari kluster baru iaitu Kluster Taman Sejahtera.  4 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Sejahtera adalah 66 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 6.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Batu 6 adalah 49 kes.

b) Daerah Kampar (8 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Taman Sejahtera.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Taman Sejahtera adalah 67 kes.

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 43 kes.

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan kendiri.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Kinta (28 kes)

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 45 kes.

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Seri.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Seri adalah 21 kes.

12 kes dari saringan kontak rapat. 12 kes adalah jangkitan tempatan.

11 kes dari saringan bergejala.  9 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.

1 kes dari saringan pra-penerbangan.  Kes adalah jangkitan dari luar Perak.

d) Daerah Kuala Kangsar (11 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Sungai Udang.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Sungai Udang adalah 2 kes.

8 kes dari saringan kontak rapat.  8 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Kerian (9 kes)

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin.  2 kes adalah jangkitan dari luar Perak.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin adalah 106 kes.

6 kes dari saringan kontak rapat.  6 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala. 1 kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Perak Tengah (10 kes)

9 kes dari saringan kontak rapat.  9 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  1 kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Larut Matang Selama (6 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra-kemasukan ke hospital untuk jaga anak.  Kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Hulu Perak (3 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

i) Daerah Muallim (5 kes)

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  1 kes adalah jangkitan tempatan dan 1 kes jangkitan dari luar Perak

j) Daerah Manjung (5 kes)

4 kes dari saringan kontak rapat.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

k) Daerah Hilir Perak (2 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  1 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sehingga 28 Januari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 72 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 2792 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 480 kes. Terdapat  56 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak  2298 kes manakala jumlah kematian adalah 14 kes.
        
*72 KES BARU*

11 Kluster Tembok Mempaga
4 Kluster Kafe Genting
5 Kluster Kampung Kemansur (kluster baru)
2 Kluster Bukit Gelugor
3 Kluster Kampung Lebu
8 Kluster Industri Peramu Jaya (kluster baru)
22 Saringan Kontak Rapat
15 Saringan Bergejala
1 Saringan Pekerjaan
1 Saringan Kendiri

70 Warganegara
2 Bukan warganegara

RINGKASAN KLUSTER BARU
KLUSTER INDUSTRI PERAMU JAYA
Kluster ini mula dilaporkan pada 28 Januari 2021 melibatkan daerah Pekan, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. P2500 , seorang warganegara Malaysia. Kes merupakan seorang pekerja di sektor perindustrian dan disahkan positif pada 20 Januari 2021 hasil saringan bergejala (demam dan batuk). Hasil saringan kontak rapat seterusnya mendapati seramai 10 lagi rakan sekerja dikesan positif COVID-19. Sehingga 28 Januari 2021  jam 12 tengah hari, seramai 95 individu telah disaring dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG KEMANSUR
Kluster ini mula dilaporkan pada  28 Januari 2021 melibatkan daerah Bentong, Pahang. Kes indeks bagi kluster ini merupakan Kes No. P2090 , seorang warganegara Malaysia yang tinggal di  Kg. Kemansur, Bentong, Pahang .Kes disahkan positif pada 15 Januari 2021 hasil saringan bergejala (demam, batuk dan muntah). Siasatan lanjut mendapati penularan jangkitan berlaku akibat aktiviti sosial berkumpulan. Hasil saringan kontak rapat seterusnya mendapati seramai 10 lagi individu dikesan positif COVID-19. Sehingga 28 Januari 2021  jam 12 tengah hari, seramai 43 individu telah disaring dalam kluster ini.
      
------------------------------------------------
Zon Merah:
Daerah Bentong
Daerah Kuantan
Daerah Temerloh

Zon Oren :
Daerah Maran
Daerah Pekan
Daerah Raub
Daerah Rompin

Zon Kuning:
Daerah Bera
Daerah Lipis
Daerah Jerantut
Daerah Cameron Highlands
     

Keeping Pahang safe: Lindungi Pahang
Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:37 PM | Show all posts
keypochino replied at 28-1-2021 07:21 PM
Ooyeke Alhamdulillah jadi jugak

Bodgos bising talk talk no action...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:39 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 28-1-2021 08:05 PM
keypochino replied at 28-1-2021 07:23 PM
Mlm ni msk bubur je.. xde mood

Ni tinggal nak moreh ratah hati lembu, bubur pulut hitam campur eskrem durian King & limo.kiut
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:40 PM | Show all posts
keypochino replied at 28-1-2021 07:24 PM
Meriahnya.. ramai ke yg puasa tu

Rumah ni saya je yg salu rajin posa tiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:42 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2021 08:42 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:57 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dijangka meningkat dalam pelbagai peringkat usia dan latar belakang dengan cabaran tersendiri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kali ini.

Justeru, masyarakat juga perlu bersedia menghadapi situasi ini dengan mengambil langkah perlu memandangkan rutin seharian kembali berubah.

Pakar psikologi kaunseling, Dr Fauziah Mohd Sa'ad, berkata apabila PKP 2.0 berkuat kuasa mungkin ramai mengalami tekanan ekoran kebimbangan dalam banyak perkara termasuk kehilangan pekerjaan dan sebagainya

Masalah berkenaan boleh dikurangkan dengan meluahkan kepada pihak ketiga atau sesiapa dianggap mampu mendengar atau berkongsi rasa.

Ini dipanggil kumpulan sokongan, iaitu sama ada ahli keluarga atau teman rapat boleh mengadu atau meluahkan perasaan atau sebagai tempat bercerita.

"Dalam tempoh PKP ini sudah pasti sukar kita bersemuka, namun ia boleh dilakukan dengan teknologi yang ada. Wujudkan 'group WhatsApp' bertujuan meluahkan perasaan dan berkongsi duka atau tekanan.

"Kumpulan ini boleh jadi sebagai 'kumpulan usrah' atau 'group membawang' tetapi tujuan sebenarnya memberi sokongan sesama sendiri.

"Luahkan tekanan tidak banyak menyelesaikan masalah, tetapi mereka boleh mendengar apa yang terbuku dalam hati. Teman baik pastinya akan memberi sokongan dan kata-kata semangat," katanya.

Beliau berkata, sesi meluahkan perasaan adalah cara berkesan mengelakkan daripada kemurungan.

"Sekiranya disimpan ia akan menjadi barah berbahaya terhadap kesihatan mental seseorang kerana kajian membuktikan jika tekanan ini berlarutan tanpa sebarang tindakan dalam tempoh dua minggu, ia akan mengakibatkan kemurungan.

Sekiranya seseorang itu pendiam atau suka bersendiri, mereka digalakkan melakukan aktiviti disukai untuk mengelak terus terbelenggu dengan masalah dihadapi

Mereka boleh melakukan sesuatu kegiatan lazim berdasarkan hobi tertentu.

"Jika suka membaca, beli buku, suka muzik dengarlah muzik, jika hobi menonton televisyen tengok rancangan digemari dan bermanfaat.

"Contoh yang suka berkebun, ada juga aktiviti berkebun secara maya sebagai mengisi masa lapang dan meningkatkan keseronokan.

"Jika kita tidak tahu apa perlu dilakukan, bina hobi mengikut personaliti masing-masing. Tambahkan aktiviti seharian bagi mengurangkan tekanan," katanya.

Bersenam dan aktiviti berpeluh adalah kaedah langkah terbaik mengurangkan tekanan.

"Tekanan juga boleh kurangkan dengan memberi tumpuan dalam aspek keagamaan seperti berzikir, bersolat atau membaca al-Quran," katanya.

Mengenai tekanan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak ketika PKP ini, Dr Fauziah berkata, tekanan dihadapi mereka dalam tempoh ini adalah berbeza dengan golongan dewasa.

"Dalam tempoh ini, masalah mereka pergerakan terbatas. Remaja yang terkurung akan tertekan kerana dalam peringkat usia ini, kawan adalah segala-galanya bagi mereka. Anak kecil pula akan menambah masalah sekiranya mereka tidak dapat bermain dan mahukan perhatian ibu bapa," katanya.

Perubahan tingkah laku ini perlu disedari ibu bapa dengan segera dengan melakukan tindakan sewajarnya dan bersesuaian dengan tempoh PKP.

"Cipta hobi bersama-sama dan adakan aktiviti senaman supaya lebih bertenaga dan aktif. Bagi remaja, beri peluang menghubungi rakan dan luangkan masa untuk mereka," katanya

Dr Fauziah berkata, ketika ini banyak kaunselor berdaftar boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan bagi mengurangkan tekanan dan masalah kesihatan, selain dianggap rakan untuk mendengar.

Setiap kaunselor berdaftar ini mempunyai etika kerahsiaan jadi tidak bimbang berkongsi masalah.

https://www.bharian.com.my/wanit ... -masalah-kemurungan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2021 10:14 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 28-1-2021 09:43 PM
Kak-Leen replied at 28-1-2021 01:47 PM
Good refresher for us all.
Thanks Sb!


Ni tersangkut nonton drama Takdir yg Tertulis sekrg, terbaca thread forumner bukak...huhu...dak Ezad pengarahnya forumner CARI gak...dia gak yg arah drama Nur...cantik cinematik drama dia cam filem...byk tol plot twist...dak Ezad dah boleh move ke filem ni...


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 06:18 AM
Hih...cam saiko bab Covid

tp ada jgk yg gigih layan, kagum semangat depa!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 08:56 AM | Show all posts
mrsjones replied at 28-1-2021 11:00 PM
tp ada jgk yg gigih layan, kagum semangat depa!

Tu le byk masa free sebab PKP kot....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:48 PM | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 08:39 PM
Ni tinggal nak moreh ratah hati lembu, bubur pulut hitam campur eskrem durian King & limo.kiut
...

puasa lagi ke hrni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 28-1-2021 10:03 AM
Still ABC.. Next week aja la keypo sambung pose.. selamat berpuasa SB.. cuti buatpe tu

amende ABC tu yang??
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 29-1-2021 11:48 AM
puasa lagi ke hrni

Beraya ni masak kerutuk giant meatball & kari kambing...Ceasar salad sayur & mi...

Anak buah ajak ke bandar nanti...leh cari pucuk  ubi...nak buat resepi keypo tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsjones replied at 29-1-2021 11:57 AM
amende ABC tu yang??

Allah bagi cuti haha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 10:14 PM
Ni tersangkut nonton drama Takdir yg Tertulis sekrg, terbaca thread forumner bukak...huhu...dak  ...

Ezad ni x pernah direct filem eh?
Akak ingatkan pernah.. Dia antara director yg  bagus dlm Malaysia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2021 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 08:39 PM
Ni tinggal nak moreh ratah hati lembu, bubur pulut hitam campur eskrem durian King & limo.kiut
...

Ok..
Akak x boleh imagine rasa bubur pulut hitam dgn aiskrim durian tu.. kikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2021 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 08:37 PM
Bodgos bising talk talk no action...huhu...

Paling2 kang OKG post sindiran dlm ig.

Tp akak x tahan bab pung pang tp xde action..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 28-1-2021 08:40 PM
Rumah ni saya je yg salu rajin posa tiap tahun

Boleh jadi idola akak utk lebih gigih berpuasa ni.
Akak tunggu ABC jadi XYZ sebelum sambung puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:34 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 29-1-2021 02:29 PM
Ezad ni x pernah direct filem eh?
Akak ingatkan pernah.. Dia antara director yg  bagus dlm Malay ...

X de...

Google ni je- PLU (dalam perancangan)[
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 1.824895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list