CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BENTARA

Kumpulan Search

[Copy link]
Post time 17-4-2007 05:10 PM | Show all posts

Konsert Search di stadium shah alam

Search rancang 100 hari konsert ulang tahun ke-25

SEARCH bukan sahaja dikategorikan sebagai sebuah kumpulan rock legenda tempatan tetapi mereka juga merupakan rockers yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam memperjuangkan muzik rock sejak suku abad yang lalu.

Meskipun sebelum ini konsert ulang tahun ke-25 Search pernah tiga kali tidak dapat direalisasikan tahun lalu, tetapi ia tidak melemahkan semangat kumpulan yang dianggotai oleh empat anggota itu.

Sebaliknya, Search yang dianggotai oleh Amy selaku vokalis, Nasir (bassis), Hillary (gitaris) dan Yazit (dram) terus mengimpikan konsert yang mampu meninggalkan nostalgia buat mereka.

Terbaru, kumpulan berasal dari Johor Bahru itu mendapat peluang terbaru mengadakan konsert ulang tahun ke-25 mereka di Stadium Shah Alam, Selangor pada 31 Ogos ini.

Syarikat Cak Kun Cak Records Sdn. Bhd., merupakan penganjur yang berani tampil ke depan bagi merealisasikan impian Search itu.

Wartawan ABD. AZIZ ITAR bersama jurugambar HARUN OSMAN sempat bertemu Search dan Pengarah Urusan syarikat terbabit, Sham Kamikaze untuk mengetahui mengenai perancangan konsert itu. Ikuti temu bual tersebut yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

MEGA: Apa yang anda boleh katakan tentang konsert ini selepas konsert ulang tahun Search yang ke-25 sebelum ini beberapa kali gagal direalisasikan?

AMY: Apa yang saya boleh katakan konsert kali ini jauh lebih besar daripada konsert yang kami rancangkan sebelum ini. Kami sudah lama berbincang dengan Sham (Cak Kun Cak Records Sdn. Bhd.). Ini adalah jawapannya. Kami berbesar hati dan yakin impian kami kali ini akan terlaksana. Bukannya senang untuk mencapai impian besar seperti ini. Selama ini, kami banyak bersabar dengan pelbagai masalah yang timbul. Kami harap berkat kesabaran kami, konsert yang kami rancangkan ini akan menjadi realiti.

Apakah yang menyebabkan anda begitu yakin mahu menganjurkan konsert ulang tahun Search yang ke-25?

SHAM: Saya memang yakin Search mampu menarik ramai penonton kerana mereka mempunyai peminat yang ramai. Sebelum ini konsert mereka tidak dapat direalisasikan kerana masalah-masalah teknikal. Sebab itu saya sedaya upaya akan cuba mengatasi masalah itu dengan menyediakan segala keperluan yang mereka perlukan pada konsert itu nanti.

Siapakah artis pembuka tirai yang akan dijemput pada konsert itu nanti?

AMY: Kami tidak akan menjemput mana-mana kumpulan sebagai artis pembuka tirai pada konsert itu nanti. Hanya Search sahaja yang akan beraksi pada konsert yang akan mengambil masa kira-kira dua jam setengah itu. Konsert itu bukan setakat sebuah konsert tetapi ia seakan-akan sebuah festival di mana akan ada pelbagai acara.

Ada cadangan untuk menjemput bekas anggota-anggota Search pada konsert itu nanti?

NASIR: Setakat ini kami belum ada cadangan ke arah itu lagi. Kami mungkin akan mengundang bekas anggota-anggota Search mengadakan persembahan pada konsert Search yang akan datang. Mungkin dua tahun yang akan datang.

Persediaan Search sebelum berlangsungnya konsert itu nanti?

AMY: Kami memperuntukkan masa selama 100 hari mulai Jun hingga Ogos nanti bagi mengadakan pelbagai persiapan antaranya berlatih membawakan lagu-lagu Search pada konsert itu nanti. Kami merancang untuk menyampaikan kira-kira 20 buah lagu di mana persembahan kami akan turut diiringi oleh sebuah kumpulan orkestra yang dianggotai oleh 80 pemuzik. Ini adalah antara kelainan yang kami mahu tampilkan.

Apa signifikasinya tarikh konsert ulang tahun Search yang sama dengan tarikh hari kemerdekaan negara yang ke-50 tahun?

AMY: Kalau negara kita melalui pelbagai cabaran sepanjang 50 tahun merdeka, begitu juga dengan Search. Kami juga melalui pelbagai pengalaman pahit manis untuk berdiri pada hari ini. Cuma bezanya umur Search separuh daripada usia negara kita yang mencecah merdeka separuh abad pada tahun ini.

Bagaimana dengan sambutan para penonton sewaktu Search mengadakan konsert di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru pada 10 Mac lalu?

AMY: Sambutannya amat memberangsangkan. Seramai 4,000 penonton menyaksikan konsert itu yang antara lain bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Berapakah kos yang diperlukan untuk menganjurkan konsert ini?

SHAM: Itu kami akan umumkan pada sidang akhbar khas konsert ini yang akan diadakan pada 28 April ini. Pada sidang akhbar itu nanti kami akan dedahkan segala-galanya tentang konsert ini.

Akhir sekali, apakah harapan Search dengan penganjuran konsert kali ini?

AMY: Kami harap konsert ini akan mendapat sambutan daripada para peminat Search yang sabar dan faham dengan masalah yang kami pernah hadapi dulu. Kami mahu mengadakan konsert ulang tahun ini bukannya kerana mahu menebus kekecewaan kami tetapi ia merupakan satu impian yang belum tertunai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 06:17 PM | Show all posts
Syarikat Cak Kun Cak Records Sdn. Bhd ---> ape ke hal nama syarikat sham camni?

aku harap sham ni btol2 sanggupla nak invest dlm konsert search nih...80 piece punye orkestra tu aku rasa yg terbesar kat malaysia, jamal abdillah pun 60 piece jek...kalo jadik konsert ni, komfem aku pergi..aku memang dah lama gile mengidam search buat konsert rockestra..panggilla eddie marzuki ke, ramli m.s ke buat arrangement...dan yg paling penting, sham tolongla jangan jadik gitaris dlm konsert nih, aku benci bunyik cacamarba gitar ko
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 10:01 AM | Show all posts
haku nak pegiiiiiiiiiiiiiiii!!!!

Anyone yang nak pegi tue dan tinggal berdekatan dengan KL.. sila PM haku... Nak pesan beli tiket utk konsert 31 Ogos neh.. :pompom:  Nanti haku bank-in wit lam akaun kowang..

errrkkk.... tak sabar tul haku..   sedangkan ujung bulan neh baru diorang nak umumkan harga tiket apa shemua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #589 iscol_klang's post

Takkan Sham jadik Gitarist kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 11:25 AM | Show all posts
yea2.. i'm speechless hehehe..
main lagu teguh plzzzzzzzzzz, tp aku tau its impossible uwaaaaaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 03:22 PM | Show all posts
abe Kid... men laa gitar tue balik.. apolak abe hilarry yang men...
Reply

Use magic Report

Follow Us
alibabaX This user has been deleted
Post time 22-4-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by musafir_lalu at 31-10-2003 03:44 AM
blh ka album baru diorang menandingi kehebatan album2 lama mereka



booolee .....
Amy still energetic






di forum cari ada seekor babi betina, iaitu Darsita.
babi betina Darsita telah banyak menganiaya forumers dengan cara memotong kredit

dan mendelete thread. sesiapa yang yang ada bukti babi betina Darsita melakukan
kerja-kerja kebabian nya, sila email ke [email protected]    sertakan link jika ada.
Nama anda di rahsiakan!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 12:09 PM | Show all posts
Syabas search kerana memenangi best rock album di AIM14 & closing performance semasa  AIM14 dengan Wings memang meletop bebs!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2007 07:08 PM | Show all posts
YEAH HIDUP SEARCH
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2007 07:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2007 01:56 AM | Show all posts
Sori 2 say , tp search pnya zaman dah habis , its over guys
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:49 PM | Show all posts

Reply #598 Bateesta's post

It is not over till it is over... Search tetap rock, satu lagenda.

Macam jugak Undertaker, still the best, still classic.
Reply

Use magic Report

Dar_25/F/Janda This user has been deleted
Post time 18-5-2007 05:12 PM | Show all posts
Oooooooo Isabela .....   
aku suker lagu Isabela dari Amy search










siggy edited by MsAnonymous

[ Last edited by  MsAnonymous at 18-5-2007 10:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 03:32 AM | Show all posts
Originally posted by Cokecola76 at 17-5-2007 05:49 PM
It is not over till it is over... Search tetap rock, satu lagenda.

Macam jugak Undertaker, still the best, still classic.

the problem is wrestling blh tipu2, brlakon ikut skrip tokey
Fan muzik lak mana kau blh pakat dgn dorang
AKu pun die hard fan search dulu tp not this new search la , mmg dah out search ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 05:32 PM | Show all posts
first time aku tgk amy & awie nyanyi lagu Gemuruh dalam anugarah AIM yg baru ni.. kalau sebelum ni aku dengar lagu tu kat CD je... bagus betul idea sape yg menggabungkan 2 kumpulan rock tu untuk penutup majlis anugerah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 05:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 11:23 AM | Show all posts
ada sapa sapa tahu perkembangan konsert search pada hujung bulan ogos ni tak... jadi ke tak jadi? macam sunyi sepi je....

web site (www.duniasearch.com) pun dah tutup...
myspace.com/gosearch pun last login 12/6/2007...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:13 PM | Show all posts

Search di Planet Hollywood

Utusan Malaysia 17 Ogos 2007

Oleh ABD. AZIZ ITAR

RAMAI peminat kumpulan rock Search yang tentunya teringin menyaksikan persembahan terbaru mereka setelah lama menyepikan diri.

Kumpulan yang berasal dari Johor Bahru itu pula sudah lama tidak mengadakan persembahan pentas selepas muncul dengan album terbaru berjudul Gothik Malam Edan pada tahun lalu.

Bagi mengubat rasa rindu para peminat, Search yang dianggotai oleh Amy selaku vokalis, Hillary (gitaris), Nasir (bassis) dan Yazit (dram) akan mengadakan persembahan istimewa yang diberi nama Malam Edan Bersama Search di Planet Hollywood, Kuala Lumpur pada 9 September ini pukul 10.30 malam.

Ini merupakan persembahan terbaru Search selepas tiga tahun lalu mereka beraksi di pusat hiburan terkemuka itu.

Pada 2004, Search yang mengadakan persembahan pada slot Sunday Nite Live berjaya menarik ramai peminat apabila tiket untuk menyaksikan persembahan itu habis dijual.

Menerusi persembahan selama hampir dua jam itu, para peminat berpeluang menikmati lagu-lagu malar segar Search termasuklah lagu-lagu terbaru kumpulan berusia 26 tahun itu yang banyak menyuntik elemen muzik gothik.

Persembahan yang mengenakan harga tiket RM50 itu juga akan diserikan dengan penampilan istimewa gitaris, Joe Wings selaku artis undangan.

Gitaris kumpulan Wings itu akan beraksi bersama Search dalam beberapa buah lagu. Paling ditunggu-tunggu juga ialah gabungan petikan gitar solo Joe Wings dan Hillary yang tentunya saling berlawan satu sama lain.

Sebarang pertanyaan berhubung persembahan Malam Edan Bersama Search itu bolehlah menghubungi Planet Hollywood menerusi talian 03-21446602.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 09:15 PM | Show all posts

Amy, Ada Apa dengan Kamu ?

Amy, What do you SEARCH now ?

Mengapa kamu menunjukkan sikap "frustasi" dihadapan publik kamu sendiri ?

Tak perlu sedu sedan itu ..... Daripada "complain" melulu, cuba爐unjukkan kepada publik Malaysia bahwa kamu masih dapat menghasilkan hasil karya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 09:25 PM | Show all posts
Dulu aku minat amy& kumpulan search nie... sbb disiplin mereka... tapi selepas aku tau apa yg amy buat... sampai din dan kid dikeluarkan dari search... terus aku tak respek lagi kat amy nie:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.106239 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list