|
[Penulis]
RAMLEE AWANG MURSHID - TOMBIRUO & MANDATORI @ Astro First...
[Copy link]
|
|
dgrnye remy ishak yg dpt watak tuh.. tak sabar nak dgr remy ckp sabah.. bah... |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa dapat watak ejim ye.? dengarnya sekarang skrip dalam pembikinan. mungkin kita dapat lihat hasilnya dalam 2 tahun lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
adoi lps sunan musafir ade lg sunan keris plak
mcm mana blh tak perasan ni
tu pun ade lg rasanya novel yg tertinggal
kena cari lg nih.
rugi lak x g pesta buku baru2
ni mst leh dpt diskaun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by watachiwa at 9-6-2015 07:45 PM
really ade sunan keris?
why x tau pun
ke sunan naggoroe sang kembara tu
|
|
|
|
|
|
|
|
assalmualaikum..
br ingat nk cari buku ram nk baca..
boleh bgtau x buku mana yg kurang best skit
hehe..sbb aku tau byk yg best |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 20-6-2015 11:17 AM
watachiwa replied at 9-6-2015 07:42 PM
really ade sunan keris?
why x tau pun
haah sunan nanggroe tu lah
prekuel trilogi bagaikan puteri
dah ala2 Hobbit weh
siap ade sambungan lg hihi
bila tah kuar yg sambungan xtau bila
sakit ati tul baca buku ade sambungan ni sama cam sakitnya nonton pilem hobbit tu haha sbb kena tunggu setahun lg episod seterusnya.
nk best baik baca serentak huhuhu
pasni tajuk episod ke dua mst Sunan gak tp ade la apa2 kt bawah tu cthnya
Sunan : Bla blabla.
pastu nnt kuar tajuk Indra plak kot haha kisah bangsa dorang plak kot |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
beli buku magis tp tak baca2 pun lagi........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku berceritaa.....
sapa ada beli, jomkita bincang sat cerita dia...... |
|
|
|
|
|
|
|
dlm byk2 buku RAM trilogi Tombiruo aku x de..
so sejak2 kuar dh list pelakon aku pon rase teruja nak beli
tapi bile tgk kat mph online just ade 2 jek bukunya which are tombiruo terakhir dgn semangat hutan.
buku 1st Tombiruo out of stock kene tgu 4-5 minggu lg
aku ni dah la buat alamat opis.
ade tgk group RAMFC offer rege rm19.90 n postage rm10
tetibe rase mahal. hahaha sbb kalo mph siap dpt less10% n free postage if beli lebey rm80 ke lebih rm100
kedekut betul aku nih
ade sesape ade nak jual Tombiruo? kalo 2nd hand (condition santek aku amik)
tq |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HangPC2 replied at 14-1-2017 02:52 PM
Terbaiklah..tak sabar2 nak gi tgk citer nie..huhuu ;-) |
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 7-4-2017 10:30 AM
terkesima tengok harga.... LIMITED EDITION.
Nanges. Nsb la dh ade trilogi nih |
|
|
|
|
|
|
|
dah lengkap semua koleksi RAM?
|
|
|
|
|
|
|
|
'Tombiruo karya nostalgia istimewa'
AKMALIAH RAZAK
4 Mac 2015
Ramlee Awang Murshid
Mesin taip pemberian ayahnya untuk menghasilkan Tombiruo.
Ramlee bersama ayahnya, Awang Murshid.
MENGANGKAT karya novel ke layar perak bukanlah satu kerja mudah dan ianya dibuktikan dengan penghasilan filem adaptasi, Tombiruo : Penunggu Rimba, yang sehingga kini masih lagi merangkumi pembikinan di peringkat lakon layar.
Walaupun memakan masa yang agak lama, ketiga-tiga produksi yang terlibat dalam pembikinan filem ini iaitu Kumpulan Media Karangkraf, Layar Sunan Sdn Bhd dan Ideate Media Sdn Bhd, sepakat memastikan kelancaran dan kemantapan dari segi latar penceritaan terlebih dahulu.
Di saat ini, pasti ramai penggemar dan pengikut karya-karya Ramlee Awang Murshid, ternanti-nanti Tombiruo di layar perak apabila filem difahamkan bakal menemui penonton pada tahun hadapan.
Namun, bagi golongan yang sebelum ini tidak mengikuti perkembangan novelis thriller terkenal ini, pastinya ada yang tertanya-tanya, apakah makna di sebalik Tombiruo dan bagaimana latar pembikinan awal novel ini dihasilkan?
Apakah keistimewaan Tombiruo itu sendiri di mata Ramlee sehinggakan karya ini menjadi filem adaptasi sulung daripada deretan novel-novelnya?
Berkesempatan menemu bual novelis hebat ini, Ramlee tidak keberatan untuk menyingkap kembali sejarah penghasilan novel ini yang ditulisnya lebih dua dekad yang lalu.
Menurut Ramlee, ketika novel Tombiruo ditulis, usianya ketika itu baharu sahaja menjangkau awal 20 an dan idea penghasilan adalah 100 peratus daripada pemerhatiannya mengenai isu semasa ketika itu.
"Sebenarnya, di awal tahun 90-an, saya sudah memikirkan mengenai idea untuk menghasilkan Tombiruo. Ketika itu, cerita sudah ada namun, saya masih memikirkan mengenai tajuk novel.
"Saya mahu agar orang mudah ingat dengan judulnya. Ketika itu, saya masih lagi di Sabah dan bertugas sebagai penulis skrip drama di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kebetulan pula, ibu mertua saya merupakan suku kaum Kadazan-Dusun.
"Saya bertanya kepadanya, apakah maksud hantu? Dia memberitahu, ianya dipanggil Tombiruo dalam suku kaum berkenaan. Dari situlah saya mendapat judul novel ini," katanya lagi.
Pun begitu, Ramlee memberitahu bahawa dia 'memeram' Tombiruo sehingga menghasilkan Igauan Maut dan Anugerah Pertama terlebih dahulu.
"Saya mula menulis Tombiruo apabila saya berada di Kuala Lumpur dan hanya menggunakan mesin taip pertama yang dihadiahkan ayah saya pada pertengahan tahun 80-an.
"Penulisan Tombiruo mengambil masa lebih setahun dan ketika itulah saya mendapat idea untuk mengembangkan lagi watak Tombiruo itu kepada dua karakter iaitu Ejim dan Amiruddin.
i"Sepanjang penghasilan novel itu, saya banyak membuat rujukan mengenai pembalakan, isu semasa dan bertanya kepada rakan-rakan termasuk menterjemahkan dialog ke dalam bahasa Kadazan-Dusun serta pakaian tradisi mereka yang diperbuat daripada kulit kayu,"
katanya lagi.
12 tahun baru pikat pembaca
Meskipun Tombiruo dihasilkan lebih 20 tahun lalu, namun isu yang diketengahkan itu masih lagi relevan untuk dikembangkan pada zaman ini.
Selain memaparkan isu semasa mengenai pembalakan haram yang dilakukan secara meluas, Ramlee memberitahu bahawa Tombiruo dihasilkan melalui konsep penulisan secara 'Intercut', dan menjadikannya satu perjalanan cerita yang tidak membosankan.
"Sebagai penulis skrip drama, setiap hari saya memikirkan idea untuk menghasilkan karya. Apabila pandangan ini dilontar jauh ke hutan, saya memikirkan Tombiruo.
"Namun, setelah lebih 20 tahun Tombiruo berlalu dan dengan perbandingan ilmu yang saya ada dahulu hingga sekarang, ada beberapa kelemahan yang saya kesan dalam novel berkenaan.
"Paling ketara adalah dari aspek perundangan di mana hukuman gantung itu hanya melalui proses yang singkat sedangkan secara realiti, ia memerlukan jangka masa yang panjang. Saya gambarkan di dalam Tombiruo hanyalah sebulan selepas dijatuhkan hukuman.
"Begitu juga dengan penceritaan mengenai watak apabila saya mengangkat Amiruddin secara berlebihan berbanding kisah sebenar iaitu Ejim atau Tombiruo itu sendiri.
"Setelah menyedari kelemahan itu, saya mula memperbaikinya menerusi novel, Semangat Hutan dan diharapkan adaptasi filem ini akan diperbaiki lagi ke tahap yang lebih memuaskan," jelasnya lagi.
Tambah Ramlee, usaha untuk membawa Tombiruo ke syarikat penerbitan bukanlah sesuatu yang mudah kerana novelnya sebelum ini, Anugerah Pertama, pernah ditolak kerana alasan tiada 'nama' ketika itu.
"Ketika itu, saya mencari-cari syarikat penerbitan yang mampu menerima tulisan saya dan ada rakan yang mencadangkan agar saya mencuba nasib di Karangkraf. Alhamdulillah, karya saya diterima, namun perlu menunggu hampir dua tahun untuk diterbitkan menerusi Alaf 21.
"Pada peringkat permulaan, jualan Tombiruo tidak begitu menggalakkan dan saya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Sekitar 2005 hingga 2007, barulah ada peningkatan demi peningkatan. Hampir 12 tahun saya bersabar, akhirnya Tombiruo berjaya mencuri tumpuan pembaca.
"Malah, sehingga kini, Tombiruo masih lagi mendapat sambutan dan permintaan daripada golongan pembaca. Boleh dikatakan, saya memerlukan masa lebih 10 tahun untuk mendekatkan Tombiruo di hati pembaca," katanya.
Bapa pencetus semangat
Di antara deretan novel nukilannya termasuk Ranggau, Mandatori, Pei Pan, ADAM, Satu Janji, Bagaikan Puteri, Hatiku Diharajuku, Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, 9 Nyawa, Cinta Sufi, Rayyan Fantasi, Sutera Bidadari, Aku Bercerita, Mitos dan
Magis, masing-masing menggambarkan sesuatu yang istimewa buat Ramlee.
Menurutnya, jika bercerita mengenai populariti, legasi Sunan seperti Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta, adalah yang paling dekat untuk digambarkan mengenai novelnya itu.
"Ya, kalau dilihat dari segi populariti, ia mengingatkan saya akan legasi Sunan. Namun, bila menggambarkan novel yang membuatkan salah berpeluh adalah Rahsia Perindu.
"Manakala Tombiruo pula adalah novel yang mengingatkan saya akan kerja keras, kesukaran untuk mendapatkan rujukan serta nostalgia istimewa. Hanya berbekalkan mesin taip pemberian ayah saya, Awang Murshid, sudah pastinya ia memberi kenangan buat saya.
"Malah, Tombiruo menjadi permulaan minat saya dalam bidang penulisan sehingga membawa saya untuk terus berkhayal serta berimaginasi. Malah, ayah saya merupakan pencetus semangat saya untuk terus melangkah dalam bidang ini," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney. Menampilkan lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 12 Oktober 2017.
TAJUK : TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan
WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ejim
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina
SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA
Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.
Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan2, buku MANDATORI pun dah start penggambaran. i baca dekat fan page RAM.
Aeril Zafrel sebagai Norman
Siti Saleha sebagai Juliana
Tak sabar nya !
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yezza...tak sabar juga...tgk di ig aeril pun ade tunjuk..
Sesuai lah Aeril utk watak2 camgitu kan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|