|
[LUBUK KREDIT] BORAK IKON V48 SAMBIL BERMADAH PUJANGGA CINTA
[Copy link]
|
|
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyayangi mu bukan bererti ku menyintaimu, menyintaimu bukan bererti aku akan memiliki mu.
|
|
|
|
|
|
|
|
APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib
apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan
Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu seindah mentari
cinta itu seharum kasturi
cinta itu semekar kembang mewangi
cintaku tidak berbelah bagi
pada orang tua yg disayangi.
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seandainya cinta itu masih ada, hadirlah dengan kenyataan
jangan berkias dengan kata-kata, tunjukkan dengan perbuatan dan luahkan dengan ucapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu adalah dunia ilusi
erti cinta tidak dapat di tafsir kan
ia nya seperti bayangan yang mengikut tuan nya
hanya menunggu masa untok di leraikan menjadi realiti
perit apabila di kecewakan
dan betapa indah nya bila bersama
cinta ini tidak terukap dengan kata-kata.
|
|
|
|
|
|
|
|
ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta yang dimulai dengan senyuman,tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu
Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, Walau dekat selalu kau takkan jadi kepunyaanku.
Jangan membenci atau menyalahkan cinta jika kamu sampai terluka kerananya
Cinta yang tulus & suci tidak akan pernah menyakiti jika kita menyikapinya dengan penuh indah.
Cinta itu seperti kupu-kupu, makin dikejar, makin ia lari.
Cinta bukan bagaimana menjadi pasangan yang "sempurna" bagi seseorang.
Tapi bagaimana menemukan seseorang yang dapat membantumu menjadi dirimu
sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|