CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
 Author| Post time 20-5-2017 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la..memandangkan ada permintaan utk aku continue, moh la kita cari hiburan seram  malam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2017 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 19-12-2017 04:32 AM

11. Lelaki Susuk

Bismillahirahmanirrahim

Kejadian ni benar2 berlaku lebih kurang tahun 2007 tak silap aku. Waktu ni jelas dalam ingatan aku, aku baru habis STPM. Kengkonon, sementara tunggu result, cadangnya nak kerja. Cari duit poket sekali. Time tu aku ditawarkan sebagai kerani kat ofis tempat aku kerja sekarang.  Tu pun bapak aku yang recommend. So cut story short, rumah aku dengan ofis ni jauh plus aku baru je pandai drive kereta. Nak drive jejauh macam tak berani. So aku stay la kat rumah maklong aku yang jaraknya cuma 15min je dari ofis. Aku stay rumah maklong ada la dalam 6bulan camtu.

Masa duduk rumah maklong, aku ni jadi partime driver maklong since maklong memang tak pandai drive. Ada 1 hari tu maklong ajak aku pergi ziarah sorang kawan maklong dekat area sekitar tu. Sakitnya katanya. Bila aku tanya sakit apa, maklong tak jawab. Jam waktu tu lebih kurang pukul 9pm. Yang pergi rumah kawan maklong tu hanya aku,maklong dan syifa (anak buah yang maklong jaga- boleh refer kat story aku pasal afiq aku ada mention psl syifa ni).

Sampai2 je rumah kawan maklong ni, kami dipelawa masuk oleh seorang wanita pertengahan umur.  Maklong cakap tu isteri dia. Baru aku tau, rupanya yang nak ziarah ni lelaki,pak din namanya. Masuk je rumah, aku nampak sekujur tubuh dekat ruang tamu. Memang nampak sangat2 pak din memang tak berdaya.  Hanya baring atas tilam. Keadaan dia sungguh uzur. Boleh aku gambarkan keadaan beliau teramat kurus kering, sehingga tak ada daging dan hanya kulit je yang tinggal. Sampai macam tu keadaan kawan maklong masa tu. Yang aku ni dah pelik, sakit apa ni sampai camni keadaan dia. Tapi aku masih diam membisu. Hanya mampu memerhati dan cuba faham apa yang berlaku sebenarnya. Jadi, aku letak handphone ke tepi, dan aku fokus sambil pasang telinga perbualan maklong dan isteri pakdin, makcik ida nama isteri dia tu.

Makcik ida pun mulakan perbualan dengan maklong. Gayanya seperti mengadu yang beliau dah habis ikhtiar untuk pakdin. Macam2 usaha dah dia sekeluarga buat tapi pakdin tetap macam tu. Tetiba mata aku tertancap sesuatu dekat bawah bantal pakdin. Yes aku tau apa benda tu. Daun kilo. Sekarang baru aku faham apa yang tengah berlaku. Terkejut juga aku. Tak sangka lelaki pun ada juga yang pasang susuk ni.

Jadi bila aku da tau apa yang tengah berlaku, mata aku ni meliar pandang keliling rumah. Aku tengok gambar2 yang ada dekat ruang tamu tu. Tak dinafikan pak din ni seorang yang segak masa mudanya. Handsome. Putih macam cina. Tak pasti ke-handsome-an dia tu dari pakai susuk atau memang dia ada baka cina.

Tengah maklong n cik ida rancak menyembang, tetiba aku dengar seorang wanita beri salam. Salam disahut oleh kami dan makcik ida perkenalkan maklong dengan makcik asmah, isteri kedua pak din. Wowww. Sekali lagi aku terkejut. Dan lebih memeranjatkan aku, mereka semua tinggal sebumbung dalam 1 rumah. Hebat betul pak din ni.

Cik asmah minta diri untuk masuk ke dalam. Katanya baru balik kerja di kedai makan. Tapi sebelum cik asmah masuk, cik ida ada pesan supaya hidangkan makanan untuk pak din. Dah masak, tinggal nak hidang je, kata cik ida. Dah time makan pakdin.

Usai mandi, cik ida pun hidangkan makanan untuk pakdin.  Dengan tetiba, pakdin yang tadinya aku tengok macam dah terlalu uzur, alih2 dia duduk melunjur dengan pantas bila nampak makanan. Tak perlu dibantu untuk bangun pun.  Aku dengan syifa perhatikan dengan perasaan yang takut. Maklong pun terkedu. Pinggan pak din penuh nasi. Berbukit aku tengok nasi yang dihidangkan depan dia. Dia ambil pinggan di tangan cik asmah lalu makan dengan lahapnya. Mak aii. Badan dah tinggal kulit je, tapi makan nasi penuh pinggan.

Mungkin disebabkan kami semua terpaku, cik ida bersuara 'memang mcm tu pun hari2 kak. Nasi penuh pinggan pun bukan 'dia' yang makan. Allah. Meremang wei.  Sungguh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2017 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lepas tu maklong minta diri untuk balik. Apa lagi, masuk je kereta aku macam polis tak bertauliah. Macam2 aku tanya maklong. Menurut maklong, semua orang kat situ memang tahu pak din ni ada memakai susuk. Dia sendiri memang mengaku ada memakai susuk dan dia sangat berbangga dengan diri dia. Korang bayangkan la, dia mampu tundukkan kedua2 isteri sehingga kedua-duanya boleh tinggal sebumbung. Hebat tak hebat pakdin ni.

Selang seminggu lepas tu, maklong minta aku hantar dia ke rumah pak din sekali lagi. Katanya, kali ni ada sorang ustaz usaha nak keluarkan susuk pakdin ni. Syifa tak dibenarkan ikut sebab dia budak lagi waktu ni. Maklong kata, rawatan kali ni antara hidup dan mati pakdin. Kiranya, kalau berjaya, pakdin akan pergi untuk selama2nya. Aku takut juga nak pergi, tapi maklong minta aku teman dia. Nak taknak kena pegi juga. Atleast aku boleh tengok dengan mata sendiri.  

Sampai je rumah pakdin, aku tengok saudara-mara depa n jiran tetangga dah penuh depan rumah. Maklong sampai, dia terus masuk ke dalam. Tapi ustaz pesan, hanya ahli keluarga je yang boleh masuk, yang tak berkenaan kena duduk luar.  Maklong lucky la sebab dah masuk dalam. Aku hanya bole tengok dari luar.

Sebelum sesi membuang tu, aku nampak anak buah ustaz dah mula panjat rumah. Katanya perlu bukak bumbung supaya benda tu keluar dr bumbung. Selalu tengok dlm tv je kan, kali ni live depan mata. Masa tu aku hanya doa je supaya segalanya dipermudahkan. Takut wei. Dah la aku duk luar. Sape pun aku tak kenal kat luar tu. Takut jadi benda2 tak diingini je. Lama juga proses membuang tu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tengah malam baru kami balik.

Keesokan harinya, sebelum keluar ofis aku dpt panggilan dari maklong. Maklong bagitahu, pakdin dah meninggal dunia. Maklong dah dalam perjalanan ke rumah arwah pakdin, tumpang orang katanya. Dia pesan supaya aku terus ke rumah pakdin. Sampai je aku kat rumah pakdin, waktu tu saudara-mara belum sampai lagi. Aku antara orang terawal yang sampai makanya aku berpeluang lihat jenazah pakdin dari dekat. Apa yang aku nampak, jenazah pakdin dah macam bukan 'rupa' pakdin seperti yang aku lihat seminggu lepas. Tak perlu kot aku cerita kan secara terperinci keadaan jenazah pakdin untuk tidak mengaibkan jenazah beliau. Menurut kata cik ida melalui ustaz yang buang susuk tu, sebenarnya 'benda' tu yang duk ada dalam badan pakdin dan menguasai diri pakdin. No wonder kemain lahap 'dia' makan.

Ingin aku tekankan kat sini, niat aku bercerita ni bukan untuk aibkan pakdin tapi sebagai pengajaran untuk kita yang masih hidup ni. Tak perlu buat perkara2 syirik. Ni semua untuk nikmat dunia semata. Al-fatihah untuk arwah pakdin.

Nota kaki: masa kejadian kisah pakdin ni, maklong ada bagitahu ada lagi sorang orang kampung kat situ yang amalkan susuk juga. Perempuan. Katanya dia pakai susuk di kemaluan beliau. Tujuannya untuk 'ikat' suami beliau supaya tak cari lain. Plus, supaya suami beliau nampak kemaluan beliau cantik je. Allahuakbar. Terkejut aku dengar. Apa la yang depa ni pikir. Tak takut azab Allah ke?? Aku harap makcik tu sempat la bertaubat dan jadikan kisah pakdin ni 1 pengajaran.

TAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 20-5-2017 02:33 AM
Bismillahirahmanirrahim

Kejadian ni benar2 berlaku lebih kurang tahun 2007 tak silap aku. Waktu n ...

Daun kilo tu untuk apa ?
Rawatan untuk buang susuk ke macam mana?

Anyway, dulu kat kampung saya pun ada jadi gini. Makan nasi satu periuk, pakai susuk jugak, susuk cantik utk tambat suami. Masa meninggal pun kena buka bumbung...itu 20 tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 20-5-2017 04:17 PM
Ipo replied at 20-5-2017 01:32 PM
Daun kilo tu untuk apa ?
Rawatan untuk buang susuk ke macam mana?



Yes.. Kabarnya daun kilo memang salah satu cara untuk buang susuk. Letak di bawah bantal.  Selalunya memang akan guna daun kilo. Ada sesetengah yang cakap, orang yang pakai susuk tak boleh makan satay, x boleh lalu bawah ampaian. So in order to buang susuk tu, bagi depa langgar pantang.

Tula.. Selalunya yang pakai susuk ni perempuan. Tapi kisah saya ni yang pakai susuk adalah lelaki.  Terkejut jugak. Sampai boleh tundukkan 2 isteri utk tinggal sebumbung. Lahap pulak tahap nauzubillah. Takut tengok. Nasi macam 3 orang makan. Memang live depan mata.

Meh la story psl kisah awak pulak. Nak tahu jugak kisah susuk dari orang lain. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam sha

4:33pg last story
huhu

Satu hr ni hbskn scary story dr tt.... mmg best... teruskan bercerita klu ada lg... maksud sy pengalaman2 lalu... bknnya hrp jd benda lain plk ye.. bimbang slh fhm plk...hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-5-2017 08:51 AM
Salam sha

4:33pg last story

InshaAllah.. Ada masa n kesempatan saya akan tepek story kat sini.. Ada lagi kisah2 yg nak story, tapi tengok pada kesesuaian dulu. Tengah pilih2 mana yang sesuai untuk diceritakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 21-5-2017 05:15 PM
InshaAllah.. Ada masa n kesempatan saya akan tepek story kat sini.. Ada lagi kisah2 yg nak story,  ...

cun lh tu klu ada lg
ptg2 gni klu free
setia menanti ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2017 08:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-5-2017 08:55 PM
schha replied at 21-5-2017 12:13 AM
Yes.. Kabarnya daun kilo memang salah satu cara untuk buang susuk. Letak di bawah bantal.  Selal ...

Oh baru tahu daun kelo ni untuk buang susuk
selalunya saya guna untuk masak je
kalau nak goreng telur, lurutkan daun kelo ni dan masuk ke dalam bancuhan telur sebelum goreng
selain dari tu, buat masak sayur air dengan ubi keledek
buah kelo pun sedap orang india suka masak kari
jap saya tepek gambar, kot2 la tersilap





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 21-5-2017 12:54 PM
Oh baru tahu daun kelo ni untuk buang susuk
selalunya saya guna untuk masak je
kalau nak go ...

Ohhh spelling dia kelo eh? Hahahahahaha pakai sebut je kilo.. Sorry nahhh! Janji faham kan.. Hahahahahaha   

Saya sndr tak pernah guna daun kelo ni utk masakan so x berapa tahu sgt nak guna daun kelo ni utk masakan (nampak sgt jarang masak.. Kikiki) . Tapi mmg ada knowledge salah satu cara utk buang susuk ni adalah dgn guna daun kelo ni,bukan stkt daun dia je, ambik skali dengan batangnya.. Kata org tua2,daun kelo ni kena sapu dekat bhgn yg ada susuk tu. Ada petua lain yg cakap daun kelo ni kena rendam then air rendaman tu bagi org yg pakai susuk ni mandi. Then extra tu boleh letak bawah bantal. Dengan cara ni boleh buat susuk tadi hilang fungsi, katanya. Wallahualam. Masa saya tgk daun kelo bawah bantal arwah pakdin tu sampai dah kering2 daunnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-5-2017 09:18 AM
cun lh tu klu ada lg
ptg2 gni klu free
setia menanti ni

Hehehehe.. Thank you.  Tapi tepek petang2 tak feel. Kena tepek time tengah2 malam barulah rasa seramnya tu.    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2017 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 15-5-2017 02:22 AM
Schha....... lama giler tak baca story ko... hehe.. almaklum la visit forum kdg2 je..

Sama la.. Dah lama jugak tak jenguk forum. Ni pun bila free je baru jenguk. Kena amik feel juga nak tepek story.. Hahahahhaahha
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
schha replied at 22-5-2017 01:59 AM
Hehehehe.. Thank you.  Tapi tepek petang2 tak feel. Kena tepek time tengah2 malam barulah rasa ser ...

Eh...scha pun xtdo lg

Ada scarystory br ke
nk bc lh  
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cite g
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2017 01:28 PM | Show all posts
Hai korang..rasa macam nak story benda pelik berlaku kat rumah aku sekarang. Nak ke?Boleh share pendapat korang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 03:36 PM | Show all posts
schha replied at 30-5-2017 01:28 PM
Hai korang..rasa macam nak story benda pelik berlaku kat rumah aku sekarang. Nak ke?Boleh share pend ...

Cer citer nak dengar gak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2017 11:36 AM | Show all posts
schha replied at 20-5-2017 01:34 AM
Hahahahahahahaha sorry.. Sis tak turn on dgn patah amin..

patah amin ngan patah amir org yg berbeza tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
5 bintang utk thread best ni
cara tt cerita pun best n senang nak faham
tt kongsi la lagi cerita eh tak sabar nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2017 12:39 AM | Show all posts
schha replied at 30-5-2017 01:28 PM
Hai korang..rasa macam nak story benda pelik berlaku kat rumah aku sekarang. Nak ke?Boleh share pend ...

citer je tt sebab semua story U best, bahasa teratur, readers baca tak pening.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 01:20 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-5-2017 08:54 PM
Oh baru tahu daun kelo ni untuk buang susuk
selalunya saya guna untuk masak je
kalau nak go ...

daun ni kalau masak lemak putih campur dengan keledek pun sodapppp

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.108329 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list