|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
tq mod bagi kredit... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 23-3-2017 01:20 AM
heluuu kawan2, maap lama tak muncul... baru jah balik dr kpg.
btw terima kasih banyak2 atas ...
tq dani, benang awak tak pernah mengecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
Kembar Gibbons Yang Hidup Dalam Dunia Sendiri
“Zombi.” Itulah perkataan yg paling tepat digunakan oleh pakar perubatan utk menggambarkan kembar seiras June dan Jennifer Gibbons. Kedua2nya tidak pernah bercakap, berjalan seiring – Mereka digelar Kembar Bisu. Dan pasangan kembar itu menimbulkan rasa tidak selesa pada sesiapa saja yg mendekati dan berhubungan dgn mereka.
Segala maklumat yg diketahui mengenai adik beradik Gibbons adalah melalui siasatan dan kajian wartawan Sunday Times, Marjorie Wallace. Wallace berkawan dgn pasangan kembar tersebut pd 1980an dan menulis mengenai kehidupan mereka dan pengakhiran yg misteri dlm biografi ‘The Silent Twins’ pd thn 1986.
Dilahirkan pd 11 April 1963, June dan Jennifer berpindah dari Barbados bersama ibu bapa, Gloria dan Aubrey, serta kakak Greta dan adik Rose ke sebuah pekan kecil di Wales, iaitu Haverfordwest. Dikenali sbg tempat yg aman damai, pekan tersebut dan kembar Gibbons berkongsi satu sifat yg sama: Senyap. Apa yg menghairankan, June dan Jennifer tidak pernah bercakap dgn sesiapa sepanjang hidup mereka. Dikatakan kedua2nya hanya berkomunikasi sesama sendiri di dlm bahasa aneh dan berbunyi spt kicauan burung, yg mereka berdua saja yg faham.
Majoriti penduduk Haverfordwest adalah berkulit putih, dan adik beradik itu sentiasa dibuli di sekolah kerana bangsa dan penampilan mereka. Keenganan mereka utk berbicara dgn org luar cuma menjarakkan lg pengasingan antara kembar Gibbons dan penduduk pekan itu. Akhirnya, June dan Jennifer memilih hidup menyendiri dr bercampur dgn masyarakat dan beralih kpd dunia penulisan sbg satu cara utk melepaskan segala kemarahan dan kekecewaan.
Pada usia 14thn, pasangan kembar itu dipisahkan oleh pakar terapi dlm percubaan utk menggalakkan mereka bersosial – Mereka juga dihantar ke dua buah sekolah berasrama yg berbeza. Namun apabila berjauhan June dan Jennifer tidur dan tidak bergerak utk jangka masa yg panjang, seolah2 dlm keadaan koma. Maka dan doktor dan ahli keluarga menyatukan mereka semula, dan adik beradik tersebut berkurung di dalam bilik mereka utk beberapa tahun, bermain lakonan drama dan menulis kisah seharian dlm diari mereka dgn begitu terperinci sekali.
June Gibbons
Jennifer Gibbons
Di dalam diari itulah June dan Jennifer mendedahkan sisi gelap hubungan mereka, meluahkan rasa terikat sesama sendiri dan dlm masa yg sama kebencian pd satu sama lain. June pernah menulis, “Tiada siapa merasa penderitaan spt aku, menderita mempunyai seorg adik. Mungkin mereka merasa derita bersama suami atau isteri, atau anak. Namun adikku spt satu lembaga hitam yg merampas cahaya kegembiraanku, dialah satu2nya duri dlm hidupku.”
Dilahirkan dlm beza 10 minit, Jennifer menganggap kakaknya lebih baik dr segala segi – rupa, idea, kebijaksanaan dsb. June sedar akan rasa cemburu adiknya itu lantas menulis,”Dia mahu kami berada keadaan sama rata. Aku dpt melihat niat jahat di matanya. Oh Tuhan, aku takut padanya. Dia tidak normal... seseorang telah menyebabkannya hilang akal. Org itu adalah aku.”
Satu petikan yg menakutkan drpd diari Jennifer pula menggambarkan kedinginan antara mereka, yg mungkin menjelaskan beberapa insiden kembar itu mencederakan sesama mereka sendiri: “Kami telah menjadi musuh ketat. Kami dpt merasakan pancaran yg amat dahsyat datang drpd tubuh badan kami, hingga menyengat kulit satu sama lain. Aku berfikir, dapatkah aku memusnahkan bayang2ku itu, mustahil atau tidak? Tanpa bayang2, adakah aku akan mati? Tanpa bayang2, adakah aku akan dpt hidup dgn bebas atau mati begitu saja? Tanpa bayang2, yg penuh dgn penderitaan, penipuan, pembunuhan.”
Penulisan spt itu juga adalah bukti kreativiti June dan Jennifer Gibbons. Mereka pernah mengarang beberapa buah novel – Kesemuanya bertemakan huru hara dan keganasan. ‘Pepsi Cola Addict’ tulisan June mengisahkan seorg remaja lelaki yg menggoda gurunya. Remaja itu kemudiannya dihantar ke pusat pemulihan di mana dia terpaksa mengelak drpd gangguan2 warden yg homoseksual. Jennifer pula menulis novel bertajuk ‘Discomania’, ia mengenai ‘keganasan yg penuh kegilaan’ yg berlaku di sebuah disko.
Walau bagaimanapun, buku2 itu gagal menyerlah dlm dunia kesusasteraan. Oleh itu, kembar Gibbons menemui satu lg cara utk menjadi terkenal: perbuatan jenayah. Mereka mendapat keseronokan dgn mencuri, mencekik sesama sendiri dan akhirnya, membakar bangunan hingga ranap. Jenayah terakhir itulah yg menghadapkan mereka ke mahkamah. Hakim berpendapat perangai jahat digabungkan dgn masalah mental dan sosial, cukup utk memberikan hukuman pengurungan adik beradik tersebut. Maka mereka dihantar ke Hospital Broadmoor, pusat rawatan mental berkeselamatan tinggi yg juga didiami bekas gengster Britain paling terkenal, Ronnie Kray.
Hospital Broadmoor
Di Broadmoor, para doktor menyatakan bahawa June dan Jennifer adalah dua individu yg mempunyai gangguan jiwa yg serius, malah sgt merbahaya. Kedua2nya ikut giliran makan; iaitu jika pd satu hari seorg makan seorg lg akan berlapar. Walaupun mereka terpisah, dan ditempatkan dlm bilik berlainan dan jauh, jururawat2 selalu menemui mereka seolah2 ‘membeku’ spt batu, dlm posisi yg sama. Ini berlanjutan selama 11 thn. Kemudian, para doktor bersetuju utk memindahkan kembar itu ke Caswell Clinic, fasiliti berkeselamatan rendah di Bridgend, Wales.
Hanya salah seorg drpd mereka yg akan hidup semasa pemindahan itu.
Marjorie Wallace menceritakan ketika lawatannya yg terakhir ke Broadmoor, sewaktu menikmati minuman teh tiba2 Jennifer berkata,”Marjorie, Marjorie, aku akan mati tidak lama lagi.” Apabila Wallace bertanyakan kenapa dia berkata spt itu, Jennifer cuma menjawab,”Sebab kami sudah mengambil keputusan.”
Jennifer (kiri) dan June (kanan) bersama Marjorie Wallace
Seperti yg dinyatakan oleh Wallce dlm buku ‘The Silent Twins’, adik beradik Gibbons telah membuat perjanjian di Broadmoor: Salah seorg harus mati, agar yg seorg lagi akan dpt menjalani kehidupan normal.
Pada Mac 1993, June dan Jennifer Gibbons, 31thn, dihantar ke Caswell. Sebaik saja tiba di situ, Jennifer tidak sedarkan diri. Doktor mengejarkannya ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian? Acute myocarditis, atau radang jantung yg membawa maut.
Doktor gagal menemui sebarang kesan racun atau dadah di dlm tubuh Jennifer. Menurut June, Jennifer menyandarkan kepala pd bahu kakaknya. Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, Jennifer berkata,”Setelah sekian lama, akhirnya kita bebas,”
Beberapa hari kemudian, Wallace menyatakan waktu itu June berada di dlm ‘mood yg aneh.’ “Aku akhirnya bebas, tiada lg belenggu. Jennifer telah mengorbankan nyawanya untukku.”
Selepas kematian Jennifer, June pun menjalani kehidupan ‘normal’nya. Semasa ditemuramah wartawan New Yorker, Hilton Als, dia ingin berkahwin dan melahirkan anak bersama seorg lelaki ‘Rasta’, spt Bob Marley.
Bagaimana pula dgn Jennifer? Dia disemadikan di bawah batu nesan yg berukirkan sajak nukilan June. Ia bertulis: “We once were two/We two made one/We no more two/Through life be one/Rest in peace.”
June selepas dibebaskan drpd pemerhatian psikiatri
Pada thn 2008, June tinggal bersendirian dan berdikari tp dlm keadaan tenang di barat Wales, tidak jauh dari ibu bapanya. Wanita it tidak lg dlm pemerhatian pakar psikiatri, dia juga diterima baik oleh komuniti di situ dan dia cuba melupakan kisah2 pahit yg pernah berlaku. Kakak mereka, Greta menyalahkan Broadmoor memusnahkan hidup mereka sekeluarga dan gagal dlm penjagaan kesihatan Jennifer. Dia juga berhasrat utk menyaman fasiliti tersebut tetapi dihalang oleh ibu bapa mereka, Aubrey dan Gloria Gibbons – Kerana ‘ ia tidak akan menghidupkan semula dan mengembalikan Jennifer ke pangkuan mereka.’
Wikipedia
Sumber 1/2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow!!! Loving this thread!! Tak sabar nak baca cerita seterusnya...good job Dani! |
|
|
|
|
|
|
|
thread yang menarik dan penuh informasi. bagus tt, menunggu cite baru dari tt |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 27-3-2017 01:02 AM
Kembar Gibbons Yang Hidup Dalam Dunia Sendiri
I komen ats pengalaman kembar yg x serasi...wlaupun I sllu gduh dgn partner I...I hrp partner I boleh hdup baik2...xprlu jd mcm kes ni wlaupun xserasi... |
|
|
|
|
|
|
|
kan... rare kot kes kembar yg 'terperangkap' dgn sesama sendiri mcm ni. sgt2 rapat tp dlm masa yg sama saling membenci.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang masalah jiwa yang kronik. Kiranya yang sorang lagi jane tu hidup sampai sekarang la eh |
|
|
|
|
|
|
|
Kemungkinan Jane & Jennifer adalah satu tetapi berada dalam dua badan yang berbeza? |
|
|
|
|
|
|
|
wah akhirnya ada citer best... tq TT |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita kembar ni pernah aku tengok dalam siri CI...memang cara percakapan mereka pelik dan laju. |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri nya kehidupan dan kematian salah sorg kembar tu |
|
|
|
|
|
|
|
puas hati da habis baca semua tp still want more, good job tt |
|
|
|
|
|
|
|
pasal twin ni macam more psychotic rather than mystery...
terlalu attached sebab dorang twin, pastu dalam masa yang sama annoyed with each other..
sedangkan kita dengan siblings pun ada rasa camtu..
cuma lagi teruk dengan racism & isolation..
mungkin sebab tu dorang lean to each other je..
tapi part "bercakap sesama sendiri dalam bahasa aneh, seperti burung berkicau" tu rasanya hyperbola je..
mungkin tone / pronouncation pelik tapi tak mungkin bahasa aneh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pehhh tragis2 blake,tq tuan tanah dani rox,u rock bebeh!! ,best sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni lebih kurang sama dgn kes Somerton Man/Tamam Shud di Australia.
Siapa Sebenarnya Wanita Isdal?
Lakaran polis
Lapan nama; Jenevive Lancia. Claudia Tjelta. Vera Schlosseneck. Claudia Nielsen. Alexia Zarna-Merchez. Vera Jarle. Finella Lorck. Elizabeth Leen-Hoywfer…
Dan kesemuanya dimiliki oleh seorg wanita.
Namun tiada siapa yg tahu atau mengenali dirinya.
Bandar Bergen
Mayatnya ditemui oleh seorg bapa yg mendaki bersama2 dua org anak perempuan, pd 29 November 1970, di Dodsdalen, satu kawasan terpencil di Lembah Isdalen, terletak di lereng curam pergunungan Ulriken yg mengelilingi Bergen – Bandar kedua terbesar di Norway.
Wanita itu dijumpai dlm keadaan bogel, dan sebahagian tubuhnya melecur akibat dibakar.
Satu dozen pil tidur phenobarbital berwarna merah jambu, bekal makanan, sebotol arak kosong, dua botol yg penuh dgn minyak petrol dan satu pasport yg hampir hangus.
Setiap cap jarinya telah lenyap, seolah2 digosok dgn kertas pasir.
Tiada satu pun petunjuk yg mendedahkan identitinya.
Pihak berkuasa Norway di tempat kejadian
Selepas dibedah siasat di Hospital Haukeland, pakar forensik J Chr. Giertsen mendapati wanita Isdal telah dipukul dgn kuat pd tengkuknya, dan turut menelan sekurang2nya 50 biji pil tidur sebelum menemui ajal.
Namun, polis beranggapan punca kematian wanita tersebut adalah membunuh diri. Setelah beberapa lama mayatnya dikebumikan di sebuah kubur yg tidak bertanda, dan semua org yg terlibat berpuas hati dgn hasil siasatan...
Upacara pengebumian
Perkuburan Møllendal tempat pengebumian Wanita Isdal
Sehinggalah pd satu hari apabila beg2 pakaian wanita tanpa identiti itu ditemui, terbiar begitu saja di stesen keretapi Bergen.
Sekali mengecewakan para penyiasat, mereka gagal mengesan sebarang cap jari pada kedua2 beg kulit tersebut.
Apa yg mereka temui di dlmnya adalah 8 buah pasport atas nama yg berbeza2, rambut palsu dan pakaian.
Menambahkan lg kesukaran dlm siasatan mereka kesemua label pakaian telah dipotong. Walau bagaimanapun, pakar berjaya mengesahkan pakaian2 wanita tersebut adalah drpd jenama Itali yg mahal.
Selain itu, wanita misteri itu juga meninggalkan sebuah diari -- yg hanya mencatatkan koordinasi kedudukan mercu tanda yg terkenal di seluruh Eropah.
Pihak polis turut menghasilkan lakaran komposit yg mereka rasakan mirip dgn wajah wanita Isdal – cantik, berkulit gelap, bertubuh kecil dan usia dlm lingkungan 30 hingga 40thn.
Mereka berharap dgn penyebaran gambar tersebut ke seluruh dunia melalui INTERPOL, seseorang yg mengenalinya akan tampil. Mungkin adik beradik, mungkin juga kekasih...
Antara lakaran awal pihak polis
Malangnya, tiada seorang pun yg muncul kecuali saksi pd hari2 terakhir wanita itu hidup.
Beberapa org saksi menyatakan mereka pernah melihatnya berada di sekitar Bergen. Selain itu, wanita tersebut dikatakan menginap di beberapa buah hotel, dgn menggunakan nama2 palsu. Apa yg pelik, ketika berada di hotel, dia akan bertukar bilik setiap hari.
Saksi yg lain pula, salah seorg tetamu hotel memberitahu dia pernah mendengar wanita Isdal bertutur dgn fasih dlm bahasa Perancis, Jerman dan Belanda.
Tidak lama kemudian para penyiasat memperolehi perkembangan baru dan menarik. Seorg lelaki Itali yg bekerja jurugambar mengakui bahawa dia pernah mengadakan temu janji dgn wanita itu.
Menurutnya, wanita tersebut menyatakan yg dia berasal dr Johannesburg, Afrika Selatan, bekerja sbg pengedar barangan antik dan berada di Eropah utk makan angin. Lelaki itu juga perasan yg dia merokok salah satu produk keluaran Norway.
Pada 23 November 1970, wanita Isdal mendaftar keluar dr Hotel Holberg, membayar dgn wang tunai dan mengambil teksi ke Stesen Bergen, di mana dia meninggalkan beg2 pakaiannya.
Pihak penyiasat tidak tahu apa yg berlaku selepas itu sehinggalah mayatnya ditemui 6 hari kemudian.
Empat puluh tujuh tahun kemudian, identiti wanita tersebut masih kekal misteri.
Pada mulanya, ketua polis Bergen menafikan tiada unsur khianat dlm kes itu. Dia bertegas wanita tersebut membunuh diri – kecederaan adalah drpd perbuatannya sendiri, dan dlm keadaan nazak dia sempat membakar tubuhnya.
Pegawai2 polis lain tidak bersetuju. Pada pertengahan 1970an, pesara Hans Thue memberitahu wartawan bahawa wanita Isdal adalah sebahagian drpd sindiket penipuan cek antarabangsa. Ini dibuktikan dgn penangkapan 2 org lelaki Amerika Selatan atas pemalsuan cek di Bergen, tidak lama selepas kematian wanita itu.
Lelaki2 tersebut turut menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yg palsu.
Namun ramai percaya pihak polis sengaja menyembunyikan kebenaran – atas arahan agensi rahsia Norway.
Pasport palsu, rambut palsu, diari yg penuh dgn kod, dan pakaian2 mahal... Semuanya menunjukkan bahawa si mati adalah seorg pengintip.
Antara kod rahsia yg disimpan di dlm diari
Pada era 70an, dunia masih dibelenggu dgn Perang Dingin – ketegangan antara negara2 blok Barat dan blok Timur.
Sebahagian besar operasi rahsia blok Barat dijalankan di Haakonsvern, pelabuhan kapal terbesar di rantau Scandinavia.
Apa yg menarik Haakonsvern hanya 15km jaraknya dari Bergen.
Kebetulan?
Pada waktu kematian wanita itu, dikatakan kelibat seorg ejen Rusia yg paling dikehendaki telah dilihat beberapa kali di bandar Trondheim, Norway.
Namun tiada siapa yg tahu apa tujuannya berada di bandar tersebut.
Adakah wanita itu sedang cuba mengorek maklumat aktiviti ketenteraan di Haakonsvern? Adakah dia sebenarnya tertangkap dan dibunuh?
Atau mungkin dia membelot dan berpaling tadah dari negaranya di blok Timur, dan akhirnya dibunuh oleh rakan senegaranya sendiri?
Lebih kurang 32 thn kemudian, pd 2002, seorg lelaki Norway tampil sbg saksi.
Dia menjelaskan pd wartawan di Bergen, dia sedang mendaki gunung melalui Dodsdalen bersama kawan2nya pd 24 November 1970.
Mereka bertembung dgn seorg wanita berpakaian hitam yg elegan dan berkasut tinggi – lantas terfikir kenapa berpakaian sebegitu rupa di kawasan pergunungan.
Dan saksi tersebut bersumpah, wanita aneh yg mereka jumpa itu adalah wanita Isdal.
Katanya lagi, wanita itu kelihatan dlm ketakutan, dan cuba memberitahu sesuatu kepada mereka. Walau bagaimanapun, dia berhenti bercakap secara tiba2 dan berlalu pergi dgn tergesa2.
Dua org lelaki berwajah asing dlm kot hitam dan bercermin mata gelap mengekorinya dari belakang.
Namun, kenapa pendaki gunung itu mengambil masa sehingga 32 thn utk menceritakan insiden pelik itu?
Lelaki itu menegaskan dia pernah berhasrat utk berkongsi maklumat itu dgn pihak berkuasa.
Sebaik saja mengetahui polis sedang menyiasat kes itu dan merayu agar mana2 saksi memberikan maklumat yg berkaitan, dia terus menghubungi para penyiasat. Pada hari berikutnya lelaki tersebut menerima panggilan drpd seseorg yg mengaku sbg pegawai polis.
“Lupakan apa yg kau nampak pd hari itu. Kes ini tidak akan dpt diselesaikan” Kata pegawai polis itu.
Jadi dia cuba melupakannya.
Walau bagaimanapun, tiada siapa yg dapat melupakan seorg wanita yg ditemui mati dan berbogel di Dodsdalen.
Seorg wanita yg mempunyai 8 nama. Tiada satu pun miliknya sebenar.
Update 2017: Cawangan khas polis Norway, Kripos akan membuka semula kes ini dengan menjalankan ujian ke atas sampel tisu organ dan gigi wanita Isdal.
Lakaran terbaru
Tempat kejadian kini
*****
Dodsdalen dlm bahasa Norway membawa maksud Lembah Kematian. Tempat yg terletak di pergunungan Ulriken, mendapat gelaran tersebut kerana jumlah kematian pendaki dan peluncur ski yg tinggi. Terbaru, seorang lelaki dijumpai mati di Dodsdalen pd 27 Mac 2016. Sehingga kini identitinya belum diketahui...
Wikipedia
Sumber
Website dlm bahasa Norway (gambar2 dan timeline kes yg lebih detail)
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertukar identiti dgn banyak nama, mungkin wanita Isdal tu seorang agen perisik
Teringat Angelina Jolie
Tapi kalau terlibat dlm cek palsu, mungkin wanita Isdal tu seorang yang licik dlm penipuan
Tak mungkin ni kes bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kes kembar, rasanya more to psycho. Attention seekers pun ada.
Mostly, yg kembar seiras ni, perangai dan hobi seakan sama. Love each other. |
|
|
|
|
|
|
| |
|