takpe aku kasi lagi sekali. aku guna loyang yg special untuk biskut ni tapi ada yg buat guna acuan tart. ada jugak yg teror pipe atas loyang biasa
Biskut Lidah Kucing
250 gm butter 85 gm gula kastor 100 ml putih telur (3 biji telurA) 200 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung ¼ tsp emplex Pewarna merah, kuning, biru, oren& hijau Cara membuat :- 1. Ayak semua tepung,serbuk koko dan emplex kemudian ketepikan. 2. Pukulmentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikitsambil putar hingga sebati. 3. Masukkanadunan tepung dan kaup balik sehingga rata. 4. Bahagikanadunan kepada 5 bahagian dan warnakan setiap bahagian. 5. Kemudianmasukkan ke dalam piping bag berasingan dan potong muncung piping bag. 6. Picit adunansecara mendatar ke dalam loyang lidah kucing yang telah digris berselang seliwarna seperti rainbow. 7. Bakar selama20 minit pada suhu 190’C. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu. 8. Janganterlebih bakar kerana biskut akan menjadi keperangan membuatkan warna biskuttidak menarik.
a
|