CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Buritan

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 32

 Close [Copy link]
Post time 25-2-2021 05:19 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-2-2021 04:20 PM












Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.




Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, petang semalam.




Ia susulan kegagalan Muhammad Sajjad, 36, menghadiri prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Selasa lalu.














“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.




Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 06:23 PM | Show all posts
Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 25 Februari 2021
Kes sembuh=3,752
Jumlah kes sembuh=263,761 kes
Kes baharu positif=1,924 kes (1,918 tempatan, 6 import)
Jumlah positif=293,698
Kes kematian=12
Jumlah kes kematian=1,100 kes
Kes dirawat di ICU=205 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 06:25 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 06:28 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 06:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 06:47 PM | Show all posts
Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 666 kes (34.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Johor sebanyak 257 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 219 kes (11.4 peratus).
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes),  dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di  Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Februari 2021:
  • Jumlah kluster : 1,111 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 612 kluster (termasuk 18 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Perak, Kluster Kayuh, Kluster Jalan Satria, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Dewani Satu, dan Kluster Jalan Indah);
  • Jumlah kluster aktif : 499 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster melibatkan komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Industri 19SelangorTempat Kerja
2SS LapanSelangorTempat Kerja
3Industri Jalan EmpatSelangorTempat Kerja
4Jalan Putra SilangWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Tapak Bina Indera MahkotaPahangTempat Kerja
6Kampung Mak TehPerakKomuniti
7Jalan Ho PinSarawakKomuniti
8Lorong MurniPulau PinangKumpulan Berisiko Tinggi
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Februari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR666 (2)97,484
SABAH9352,466
JOHOR25735,027
WP KUALA LUMPUR218 (3)34,397
NEGERI SEMBILAN6215,602
PULAU PINANG16211,135
PERAK12010,084
SARAWAK219 (1)8,869
KEDAH297,556
MELAKA225,935
KELANTAN  444,708
PAHANG193,748
TERENGGANU63,172
WP LABUAN42,251
WP PUTRAJAYA21,056
PERLIS1208
JUMLAH KESELURUHAN1,924 (6)293,698
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Kes positif 1,924 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 666 kes
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan;
    • 340 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 257 kes
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ho Pin;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 218 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Putra Silang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 162 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Murni;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 120 kes
    • 98 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Mak Teh;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 93 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 62 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 22 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Indera Mahkota;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3
Ringkasan 12 kes kematian pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1089166754SelangorLelaki (WN)52Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
1090169896SelangorLelaki (WN)78Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dementia, dan buah pinggang kronik
1091169898SelangorPerempuan (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1092173302SelangorPerempuan (WN)59Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, obesiti, dan buah pinggang kronik
1093191249SelangorPerempuan (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1094201327SelangorLelaki (WN)72Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
1095214450SarawakLelaki (WN)91Hospital SibuPenyakit darah tinggi, strok, dan gout
1096279740SarawakPerempuan (WN)74Hospital SibuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1097288782SelangorPerempuan (WN)82Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1098288792SelangorLelaki (WN)58Hospital Kuala LumpurPenyakit tuberkulosis dan adrenal insufficiency
1099288798SelangorLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi
1100291081Pulau PinangLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Balik PulauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara
LAMPIRAN 4
Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER INDUSTRI 19
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di U19, Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SS LAPAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di SS 8, Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 600 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat, Klang, dan Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN HO PIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Kuching, dan Serian di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-279787) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung dari 11 Februari 2021 hingga 13 Februari 2021 di Kuching. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ho Pin off Jalan Datuk Mohd Musa, Samarahan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PUTRA SILANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-276106) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kepong. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks iaitu di Jalan Silang, Taman Kepong Setia. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER LORONG MURNI
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287624) dilaporkan positif COVID-19  pada 23 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Lorong Murni 9, Taman Desa Murni, Seberang Perai Utara. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER KAMPUNG MAK TEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-283224) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Kampung Mak Teh, Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285746) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2021 06:57 PM | Show all posts
Buritan replied at 21-2-2021 07:26 PM
Ini gambo tah manz tah.. saje je tepek..

Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 12 Februari hingga 25 Februari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).


Pertambahan 666 kes baharu didaftarkan pada hari ini [632 tempatan, 2 luar negara dan 32 kes dalam penjara]. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:


DAERAH GOMBAK - 106 KES


Batu 45
Saringan Bergejala 8
Saringan Kendiri 1
Saringan Kontak Rapat 33
Saringan Pekerja (Kluster Bkt Rahman) 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1
Saringan Pra-Pembedahan 1

Hulu Kelang 35
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 30

Kuang 9
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 4

Rawang 14
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Jln Tun Razak) 1
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 2
Saringan Pekerja (Kluster Jln Industri Tiga) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Rawang) 4
Saringan Pekerja (Kluster Tmn Integrasi) 1

Setapak 3
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 1

DAERAH HULU LANGAT - 89 KES


Ampang 33
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 31

Beranang 1
Saringan Kontak Rapat 1

Cheras 15
Saringan Kontak Rapat 15

Hulu Langat 1
Saringan Kontak Rapat 1

Import A (Qatar) 1

Kajang 28
Saringan Kontak (Kluster Hentian) 4
Saringan Kontak (Kluster Industri Jln Empat) 1
Saringan Kontak (Kluster Jln City) 1
Saringan Kontak Rapat 22

Semenyih 10
Saringan Kontak Rapat 10

DAERAH HULU SELANGOR - 35 KES


Penjara 32
Saringan OKT (Kluster Penjara Damai Pelangi) 32

Serendah 3
Saringan Kontak Rapat 3

DAERAH KLANG - 50 KES


Kapar 21
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Perkilangan) 6
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pra-Penerbangan (Kluster Sg Putus) 8

Klang 29
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 12
Saringan Pekerja 6
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sg Chandong) 2
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Pra-Kemasukan Hospital 2
Saringan Pra-Penerbangan 1

DAERAH KUALA LANGAT - 15 KES


Bandar 1
Saringan Pekerja 1

Batu 3
Saringan Kontak Rapat 3

Import A (Filipina) 1

Morib 1
Saringan Kontak Rapat 1

Tanjung Dua Belas (1) 1
Saringan Pekerja 1

Tanjung Dua Belas (2) 1
Saringan Kontak Rapat 1

Telok Panglima Garang 7
Saringan Kontak Rapat 7

DAERAH KUALA SELANGOR - 32 KES


Bestari Jaya 23
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 23

Ijok 7
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 3
Saringan Pekerja (Kluster Jln Kepong) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sepuluh) 1

Jeram 1
Saringan Kontak Rapat 1

Tanjung Karang 1
Saringan Kontak (Kluster Jln Tiga Belas) 1

DAERAH PETALING - 280 KES


Bukit Raja 26
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja (Kluster Persiaran Perkilangan) 2

Damansara 66
Saringan Bergejala 13
Saringan Bergejala (Kluster Bkt Rahman) 1
Saringan Bergejala (Kluster Industri Jln Lapan) 5
Saringan Kendiri 2
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Kuala) 1
Saringan Kontak Rapat 30
Saringan Pekerja 5
Saringan Pekerja (Kluster Industri Jln Lapan) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Sementa) 6
Saringan Pekerja (Kluster Jln Serendah) 1
Saringan Pra-Pekerjaan 1

Petaling 88
Saringan Bergejala 17
Saringan Bergejala (Kluster Industri Jln Lapan) 2
Saringan Kendiri 4
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Kuala) 1
Saringan Kontak Rapat 49
Saringan Pekerja 4
Saringan Pekerja (Kluster Industri Jln Lapan) 1
Saringan Pekerja (Kluster Jln Tiga Belas) 8
Saringan Pra-Pekerjaan 2

Sungai Buloh 100
Saringan Bergejala 14
Saringan Bergejala (Kluster Mayang) 1
Saringan Bergejala (Kluster Persiaran Perkilangan) 1
Saringan Kontak Rapat 34
Saringan Pekerja 13
Saringan Pekerja (Kluster Industri Sembilas Belas) 33
Saringan Pekerja (Kluster Jln Tun Razak) 1
Saringan Pra-Penerbangan 3

DAERAH SEPANG - 59 KES


Dengkil 21
Saringan Bergejala 3
Saringan Kontak (Kluster Jln Serendah) 1
Saringan Kontak Rapat 11
Saringan Pekerja (Kluster Solaria) 2
Saringan Pekerja (Kluster TB Damar) 4

Labu 30
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja (Kluster Industri Textiles) 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 24

Sepang 8
Saringan Kontak Rapat 8

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 06:59 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sehingga 25 Februari 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 19 kes baru telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 3748 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 158 kes. Terdapat 32 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3566 kes manakala jumlah kematian adalah 24 kes.


*19 KES BARU*


📍1 Kluster Hikmah Muadzam
📍1 Kluster Rantau Tanjung
📍1 Kluster Telok Ira
📍7 Kluster Tapak Bina Indera Mahkota – Kluster Baru
📍3 Saringan OKT
📍4 Saringan Bersasar PKPD
📍1 Saringan Pra-pekerjaan
📍1 Saringan Kontak


💡10 Warganegara
💡9 Bukan Warganegara


📌 RINGKASAN KLUSTER BARU
KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA
Kluster ini mula dilaporkan pada 21 Februari 2021 di daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini merupakan seorang bukan warganegara yang bekerja di sebuah tapak binaan di Bandar Indera Mahkota. Kes disahkan positif pada 21 Februari 2021 hasil saringan pra-pekerjaan. Kes tidak mempunyai sebarang gejala.
Sehingga 25 Februari 2021 jam 12 tengah hari, seramai 208 individu telah disaring dalam kluster ini dan 10 kes dikesan positif COVID-19.
----------------------------------
🔴 Zon Merah: Daerah Kuantan, Daerah Maran, Daerah Temerloh


🟡Zon Kuningaerah Pekan, Daerah Raub, Daerah Bera, Daerah Jerantut, Daerah Bentong, Daerah Rompin


🟢Zon Hijau: Daerah Lipis, Daerah Cameron Highlands     


🤍Keeping Pahang safe: Lindungi Pahangku🖤
♦️ Kita perlu patuh pada SOP bukan kerana takut dengan penguatkuasaan tetapi kita perlu faham bahawa kematian yang berkaitan dengan COVID-19 semakin meningkat. Oleh itu, dengan patuh pada SOP dapat membantu untuk mengurangkan risiko dijangkiti sehingga boleh menyebabkan kematian.
♦️ Kepada golongan yang berisiko terutama warga emas, jika bergejala terus datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kerana anda adalah golongan berisiko dijangkiti COVID-19.
♦️Kita perlu sedar bahawa virus COVID-19 ini tidak akan hilang dalam masa terdekat. Virus ini berada di mana-mana sahaja di persekitaran kita. Justeru, semua orang perlu menerima dan beradaptasi dengan situasi kehidupan ini. Budayakan amalan norma baharu untuk terus kekal sejahtera dan selamat.
Sentiasa amalkan:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
#covid19
#kitajagakita
#koinaksihat
#tanganimerahlindungihijau



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 07:01 PM | Show all posts
&#128265ergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut parlimen di WP Kuala Lumpur & Putrajaya (12 Februari 2021 hingga 25 Februari 2021) dan kes baharu harian 25 Februari 2021.


Bersama kita terus mengamalkan SOP dan norma baharu yang ditetapkan supaya dapat mengekang jangkitan COVID-19 dengan segera.


Kita Jaga Kita!!!


Warga KL dan Putrajaya warga TERBAIK.


#COVID19
#kolomposihat
#sihatmilikku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:07 PM | Show all posts
keypochino replied at 24-2-2021 02:45 PM
Hrni masuk opis.. panas nya kat luar..

2,3 hari bahang betul...ni nunggu buka...
Terbaca jenni buka benang piyu semeja femeli niqob
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:14 PM | Show all posts
Ismail Sabri: Meetings, conventions, exhibitions allowed again for MCO areas from March 5
Thursday, 25 Feb 2021 06:43 PM MYT
BY DANIAL DZULKIFLY




KUALA LUMPUR, Feb 25 — Meetings, incentives, conferences, exhibitions (MICE) can resume in areas currently under the movement control order (MCO) beginning March 5, Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob announced today.


However, the minister in charge of security in the Covid-19 pandemic said there will be a limit to the number of participants for the activities, which is set at 25 per cent of the venue capacity or no more than 250 people at a time.


“After taking all the view from the technical committee [of the National Security Council] and the Ministry of Health, we agreed to allowed MICE activities as well as face to face meetings in MCO areas with a maximum capacity of 25 per cent or a maximum of 250 people or whichever is smaller,” he said in a news conference.


Ismail explained that recent data presented by the Ministry of Tourism and Culture shows the MICE sector contributed RM2.2 billion to the nation’s economy last year compared to RM9.25 billion in 2019.


He said the government agreed to lift the ban on such activities for economic reasons.


“Moreover, there are some 5,000 people in this industry who have lost their jobs and industry players are facing the possibility of going out of business very soon,” he said.


Ismail also announced that buskers and street musicians are allowed to operate again provided that they follow strict Covid-19 standard operating procedures.


States under MCO are Kuala Lumpur, Selangor, Johor and Penang. The order is set to expire on March 4.


All other states, except for Perlis and Sarawak, were placed under the conditional movement control order after February 18.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

1) Infografik 1
Ringkasan Kes COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 25 Februari 2021, 12.00 tengahari)

2) Infografik 2
Taburan Kes COVID-19 Mengikut Mukim di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 25 Februari 2021, 12.00 tengahari)

3) Infografik 3
Kes COVID-19 Mengikut Mukim Tanpa Kes Baharu COVID-19 Selepas 14 Hari dan 28 Hari
(dikemaskini sehingga 25 Februari 2021, 12.00 tengahari)

Data yang dipaparkan adalah data yang telah dikemaskini dan penyelarasan data dilakukan dari semasa ke semasa.

4) Infografik 4
Laporan Kluster COVID-19 di Negeri Perak
(dikemaskini sehingga 25 Februari 2021, 12.00 tengahari)

PERINCIAN KES

120 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (25 Februari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 120 kes adalah jangkitan tempatan.

a) Daerah Batang Padang (53 kes)

41 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Tapah.  41 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Tapah adalah 303 kes.

2 kes dari kluster baru iaitu Kluster Kg. Mak Teh.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Kg. Mak Teh adalah 16 kes.

5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Pasar Bidor.  5 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Pasar Bidor adalah 30 kes.

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Changkat Jong.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Changkat Jong adalah 1332 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bersasar. 2 kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Kinta (20 kes)

13 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster  Tembok Bendera.  13 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Bendera adalah 452 kes.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Jelapang.  1 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Jelapang adalah 59 kes.

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 11.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Batu 11 adalah 27 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  2 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Manjung (14 kes)

7 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pelabuhan.  7 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pelabuhan adalah 313 kes.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Jelapang.  1 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Jelapang adalah 60 kes.

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Kayu Manis.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Kayu Manis adalah 23 kes.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

d) Daerah Larut Matang Selama (18 kes)

9 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Perusahaan Tiga.  9 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Perusahaan Tiga adalah 139 kes.

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin.  3 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin adalah 163 kes.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan kontak rapat.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan bersasar di tempat kerja.  Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Hilir Perak (10 kes)

8 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Changkat Jong.  8 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Changkat Jong adalah 1340 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra penerbangan ke luar negara.  Kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Kuala Kangsar (2 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Batu 11.  Kes adalah jangkitan tempatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:10 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:12 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:28 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 04:50 PM
Ni sesuai bagi sohaibyebye flat earth  baca..  
kikikiki..
Nak sangat tgk antivacs ni semua aka ...





Kakak saya dah daftar hari ini utk vaksin
Tunggu kak de doc dpt suntikan vaksin fasa 1 as frontliner
SIL x dpt daftar...line slow...ramai.kot...congested nanti dia nak try lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 08:30 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-2-2021 04:46 PM
Siap sudah.. penyata terakhir dah dapat. NKF punya.
Tp akak jenuh simpan resit sampai 7 tahun ni ...

Pernah kena crosscheck tak? Saya pernah kena sekali...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:34 PM | Show all posts
makadek replied at 24-2-2021 04:36 PM
Bakwan jagung petang ni
Hasil kebun..jiran bgi... Esok buat bubur pulak
Lusa  pisang tanduk lak

Mana gambo bubur jagung? Faveret sy tu
Ni berbuka tadi...itik deep fry

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:49 PM | Show all posts

suka bebeno tu dinner?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:41 PM | Show all posts
@ipes2


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 1.874497 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list