Reply 122# forfavor
Selesai majlis malam itu, kami dijamu pendudukdengan sedikit jamuan ringan. Itulah rezeki. Kami mohon diri untuk balik ketempat persinggahan, kira-kira dua kilometer dari situ, Kampung Sinulihan Baru.Seorang ustaz dari Pahang yang ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan sudimenumpangkan kami di rumahnya. Adat berjuang…rumah merata-rata. Sebaik melangkah kira-kira lima puluh langkahkeluar dari surau…tiba-tiba kaki terasa berat. Bagai ada sesuatu yang mengikat,bagai dirantai. Makin melangkah…semakin terasa…bagi seluruh badan diikat denganrantai besi. Rupanya sahabat saya Ustaz Arabi juga merasa yang sama. Ya Allah!Apakah cubaan ini…? Kami hanya mampu menapak dalam kegelapan malam,jalan yang becak kerana baru hujan. Jalan berbukit pula. Rasa semakainberat..kami hanya mampu berzikir dan mengharap pertolongan Allah. Alhamdulillah,akhirnya tiba juga kami. Sebaik tiba, mandi dan berwudhuk, sekali lagi kamisolat hajat dan bertahlil. Tuan rumah, Ustaz Zainal ikut sama. Bersilih gantidoa dan ayatul kursi. Tiba satu saat…terasa bagai ada bunyi besi yangterputus…terlepaslah kami dari ikatan syaitan itu. Keletihan…tapi tak henti zikir. Kami amat faham,bila buat kerja-kerja di jalan Allah ini, musuh amat banyak, terutama syaitan.Biarkan…kami ada Tuhan. Hubungan hati tidak boleh putus dengan Allah. ********************************** Seusai subuh, saya dan Ustaz Arabi kembali keKampung Rampayan. Bertemu masyarakat seperti biasa. Dalam keriuhan itu..rupanyaada mata memandang dari jauh. Kehairanan dia nampaknya… Kami hampiri seorang pak cik separuh umur…dia terusberkata, “Kamu benar! Kamu benar!”, Lalu kami bertanya, ”Kenapa pak cik?”. ”Kalau kamu tidak benar, hari ini kamu sudah mati.Tapi kamu masih hidup lagi..” Katanya. Makin hairan kami dibuatnya. ”Begini..sebenarnya aku yang membuat ilmu itukepada kamu, dan sumpahnya, kalau kamu benar, mereka hidup, kalau kamu salah,kamu mati.” Dia mengaku, lalu meminta maaf. Dengan senang hati, kami maafkan. Sifat pendakwahmesti mudah memberi maaf dan mudah minta maaf jika berbuat salah. Rasulullah ﷺ pernahberdoa apabila dakwah baginda ditolak penduduk Thaif. Rasulullah di baling batuhingga berdarah kakinya. Doa Baginda, "Ya Allah YaTuhanku, Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Sesungguhnya MerekaTidak Mengetahui!" Katanya pak cik itu, dia belajar ilmu itu dariorang-orang dahulu, tapi tidak habis..gurunya mati. Dia hanya buat apa yang diatahu...moga dia insaf dan bertaubat. share pengalaman seorang guru: http://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/dakwah-di-pedalaman-sabah-2-di-ancam-sihir/10150249065396719 |