|
JOM JOIN BOWLING  
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #601 bluemenx's post
ni function ape??
nape mcm tepung gomak  |
|
|
|
|
|
|
|
23-Mar-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Saus Kacang: Kisah Cinta Bunga-Ashraf?
Sorotan Razif Rosdi
Filem: Saus Kacang
Pengarah: Indrayanto Kurniawan
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair, Nadia Saphira, Marsha Milan Londoh, Bam Samsons, Rima Melati, Christian Sugiono
Genre: Komedi Romantik
Tayangan Umum: Mulai 17 Mac 2009
Sekali Imbas
Kisahseorang gadis cantik, Dewi lakonan Bunga Citra Lestari yangpernah dikecewakan seorang lelaki yang menjadi pelanggan di hoteltempat dia bekerja. Suatu hari, Dewi bertemu dengan jejaka Malaysia,Fredo (Ashraf Sinclair) iaitu seorang pelanggan hotel yang cerewet dansering menimbulkan masalah.
Ulasan Penuh
Selepas menonton Saus Kacang,penulis merasakan filem ini sesuai ditonton bagi peminat fanatik BungaCitra Lestari dan Ashraf Sinclair. Masakan tidak, setiap gerak-geri dantingkah laku watak dalam cerita ini seperti menonton kisah benarpercintaan mereka!
Ia terbukti apabila cerita ini berlatar belakangkan sebuahhotel di Pulau Bali di mana di situlah lokasi tersiarnya foto ciumanAshraf dan BCL ketika hubungan cinta mula terbongkar dulu.
Bagaimanapun, Saus Kacang menarikapabila mempamerkan Bunga (Dewi) sebagai pekerja hotel yang sangatberpengaruh. Pun begitu, Dewi sering dihantui kisah silam cintanyabersama pelanggan yang pernah datang sebelum kedatangan Ashraf (Fredo)yang cerewet dan banyak menimbulkan masalah.
Watak Fredomewakili pelancong dari Malaysia yang ingin mencari ketenangan selepaspercintaannya bersama Mae (Marsha) menemui jalan perpisahan. WalaupunAshraf warganegara Malaysia, penulis agak pelik apabila gaya dan bahasayang digunakan Ashraf tidak menggambarkan dia orang Malaysia pun.
Carapercakapan Ashraf lebih kepada bahasa Indonesia. Mungkin'karena' Ashraf sendiri memperisterikan wanita Indonesia. Pun begitu,penulis kagum dengan Marsha kerana dia tetap dengan bahasa Malaysiasesuai dengan wataknya itu.
Menyambung kisah cerita ini, tragedibalas dendam Dewi terhadap Fredo ditimpa musibah sehingga merekadidenda akibat melanggar pantang larang Hari Raya Nyepi. Perayaan inijuga membuatkan penulis ingin tahu budaya yang sungguh terkenal diPulau Bali itu.
Menyentuh lakonan Bunga, dapat dirasakan iaada peningkatan yang besar walaupun dia seolah-olah menjadi dirinyasendiri. Tidak pada Ashraf, sungguhpun ada sedikit peningkatan darisegi lakonan, ada beberapa babak dalam filem ini Ashraf agak over-acting yakni seperti dibuat-buat.
Iadapat dilihat pada babak Ashraf menangis yang seakan seperti ketawa.Bagaimanapun, babak ciuman suami isteri ini banyak dipotong keranadirasakan kurang sesuai untuk masyarakat tempatan.
Penuliskagum dengan Marsha yang menjadi Mea iaitu bekas tunang Fredo.Lakonannya menjadi tetapi ada setengah babak meninggalkan tanda tanya.Motif kemunculan Mea tidak diketahui dan ia seperti tergantung.
Selain Marsha, Saus Kacangjuga menampilkan vokalis Samsons, Bams yang menjadi suami kawan baikDewi. Malah, penonton juga boleh menyaksikan persembahan secara live kumpulan Samsons ketika babak romantis Ashraf dan Bunga di atas kapal.
Apapun, Saus Kacangboleh dikategorikan 'kisah romantis realiti' pasangan popular artisdari Malaysia dan Indonesia itu. Namun, bagi penulis, kekuatan filemini tidak sehebat My Heart yang sememangnya boleh membuatkan penonton berkhayal seketika dalam dunia percintaan Acha dan Irwansyah.
Jadi, jangan lepaskan peluang menonton Saus Kacang yang ditayangkan sejak 17 Mac 2009 di pawagam berhampiran anda. |
|
|
|
|
|
|
|
kisah putus chenta lagik
Biar saya simpan sendiri

SAAT diajukan soalan tentang kebenaran perihal putus cintanya bersama Kefli, Marsha seboleh-bolehnya mahu mengelak dan enggan memberikan sebarang komen.
Katanya, dia sudah tidak kisah akan pandangan orang ramai terhadap dirinya, terpulang saja kepada umum untuk mentafsirkan apa status hubungannya dengan lelaki bernama Kefli.
Namun, setelah puas dipujuk, apatah lagi apabila diberitahu yang Kefli sendiri sudah membuat pengakuan eksklusif kepada Kosmo!, Marsha mula mengalah.

| KEFLI menganggap cerita cintanya dengan Marsha adalah kisah lama yang tidak harus dikenang lagi.
|
"Ya, memang saya mengaku bahawa kami pernah bercinta. Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengannya, tetapi kami masih berbaik dan masih lagi saling hubungi antara satu sama lain," ujarnya ringkas.
Apabila disoal benarkah dia pernah dikasari oleh bekas kekasihnya ini, Marsha lama terdiam sebelum memberitahu bahawa itu semua gosip yang dicipta untuk mereka berdua.
"Tidak pernah dia pukul saya. Itu hanyalah cerita yang dicipta orang. Sebab itu saya sudah malas untuk memberi komen, kalau saya cakap sikit saja, tafsiran orang akan jadi panjang berjela.
"Ini saja yang boleh saya cakap, yang lain biarlah saya simpan sendiri. Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu berkongsi hal peribadi walaupun sedar pekerjaan saya sebagai artis.

SELEPAS putus cinta, jejaka ini mahu menjulang namanya dalam dunia seni semula.
"Lepas ini, saya tutup buku dan mahu buka buku baru. Cukuplah semua cerita kontroversi yang ada. Saya sudah penat nak layan. Kalau boleh saya nak letakkan jurang antara peribadi dan kerjaya. Jika nak tanya tentang kerjaya seni saya alu-alukan," tuturnya jujur yang memegang watak Mae dalam filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair.
Biar saya simpan sendiri
SAAT diajukan soalan tentang kebenaran perihal putus cintanya bersama Kefli, Marsha seboleh-bolehnya mahu mengelak dan enggan memberikan sebarang komen.
Katanya, dia sudah tidak kisah akan pandangan orang ramai terhadap dirinya, terpulang saja kepada umum untuk mentafsirkan apa status hubungannya dengan lelaki bernama Kefli.
Namun, setelah puas dipujuk, apatah lagi apabila diberitahu yang Kefli sendiri sudah membuat pengakuan eksklusif kepada Kosmo!, Marsha mula mengalah.

| MARSHA menafikan dia pernah dipukul atau dikasari Kefli.
|
"Ya, memang saya mengaku bahawa kami pernah bercinta. Saya sudah tiada apa-apa hubungan dengannya, tetapi kami masih berbaik dan masih lagi saling hubungi antara satu sama lain," ujarnya ringkas.
Apabila disoal benarkah dia pernah dikasari oleh bekas kekasihnya ini, Marsha lama terdiam sebelum memberitahu bahawa itu semua gosip yang dicipta untuk mereka berdua.
"Tidak pernah dia pukul saya. Itu hanyalah cerita yang dicipta orang. Sebab itu saya sudah malas untuk memberi komen, kalau saya cakap sikit saja, tafsiran orang akan jadi panjang berjela.
"Ini saja yang boleh saya cakap, yang lain biarlah saya simpan sendiri. Saya sebenarnya kalau boleh tidak mahu berkongsi hal peribadi walaupun sedar pekerjaan saya sebagai artis.
"Lepas ini, saya tutup buku dan mahu buka buku baru. Cukuplah semua cerita kontroversi yang ada. Saya sudah penat nak layan. Kalau boleh saya nak letakkan jurang antara peribadi dan kerjaya. Jika nak tanya tentang kerjaya seni saya alu-alukan," tuturnya jujur yang memegang watak Mae dalam filem Saus Kacang bersama Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #614 niy\ catat
Ok aper, niy tepek jer,
thanks, anyway
macam aku ni tak pernahhpun tau wujud kesah ni
itu true kaler artis yg suka deny last last kantoi ..
artis perlu tau, peminat bukan mengagungkan artis
ala-ala super perfect
baik diwar-war, yg buruk di sorok2  |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #580 bluemenx\ catat
gambo ngko ni dah jadi topik bibik yg hangat kat bod gossip blu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikgu_murni at 25-3-2009 12:20 
gambo ngko ni dah jadi topik bibik yg hangat kat bod gossip blu
hehehe..dari mmalaya.com tu.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #615 cikgu_murni's post
dah tiga kali paper keluarkan citer putus chenta nih
dan tiga kali jugak aku yg paste kat sini
tu yg takut korang marah
thanks cikgu  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #617 bluemenx's post
Mediamalaya tu suke hati je kan? Dah laa cilok gambo tu dari FB aku.. pastu die tulis hak milik die...
nak cilok no hal.. tapi kot ye pon tak yah ler cap hak milik drg.. hmmm.. oh well.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|