CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

~ LIVERPOOL FC : You'LL NeVeR WaLK aLoNe ~

   Close [Copy link]
Post time 8-11-2010 01:58 PM | Show all posts
rambut toreh x hensemm!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 02:18 PM | Show all posts
team nasib.. harapkan toreh jambu je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 02:20 PM | Show all posts
papepun aku hanya ada satu perkataan utk toreh smalam

FANTASTIK
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 02:23 PM | Show all posts
rambut toreh x hensemm!!
jAck666 Post at 8-11-2010 13:58


nampak jantan sikit rambut pendek...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 02:25 PM | Show all posts
yg aku perasan semalam bini john henry tue siap nyanyi sama lagu YNWA tue...
satusembilan Post at 8-11-2010 12:59 PM



    ko kalo pempuan manjang perasan je,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 02:48 PM | Show all posts
ko kalo pempuan manjang perasan je,,
hardeyboyz Post at 8-11-2010 14:25


aku teliti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2010 03:34 PM | Show all posts
aku rasa player terbaik mlm tadi...lucas...
kabus_ribut Post at 8-11-2010 10:16


setuju!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 03:37 PM | Show all posts
Fernando Torres: 44 goals in 47 Premier League games at Anfield.

Manthopp abang torehh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 10:54 PM | Show all posts
TORRES TERBAIK...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 08:22 AM | Show all posts
TORRES TERBAIK...............
jualtshirt.com Post at 8-11-2010 22:54


dah lama tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:30 AM | Show all posts
Torres pastikan Reds terus bangkit

FERNANDO Torres (tengah) melepaskan rembatan ke arah pintu gol Chelsea walaupun diasak John Terry dan penjaga gol Petr Cech pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield, kelmarin. - AP



LIVERPOOL - Roy Hodgson menegaskan Fernando Torres gembira berada di Anfield, selepas penyerang Sepanyol itu mempamerkan persembahan menakjubkan, dengan menjaringkan dua gol ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Chelsea, kelmarin.
Torres menunjukkan tanda bahawa dia sudah pulih daripada aksi hambar, apabila berjaya menambah dua lagi gol untuk dimasukkan dalam senarai jaringan Liverpool musim ini.

Kecemerlangan yang dipamerkan pemain itu seiring dengan persembahan konsisten anak-anak buah Hodgson, yang melebarkan rekod lima perlawanan tanpa kalah dalam aksi Liga Europa dan juga Liga Perdana.

''Kami sentiasa berbincang. Dia mahukan kelab ini bermain dengan baik.

''Malah, dia juga mahu melihat kami bergerak ke arah laluan yang betul,'' kata Hodgson, yang mengulas mengenai hubungannya dengan Torres, yang menjaringkan 60 gol dalam 79 perlawanan sejak menyertai Liverpool.

''Kami semua tertanya-tanya mengenai masa depan kelab apabila proses pengambil alihan berlaku, tetapi seperti diri saya, dia juga mampu melihat masa depan yang positif di sini.

''Dia suka berada di Liverpool dan bermain untuk Liverpool.

''Saya tidak bimbang tentang masa depannya bersama kelab ini, selagi kami berada pada kedudukan teratas di mana Liverpool sepatutnya berada.

''Dengan prestasi seperti ini, dia telah mempamerkan mutu permainan yang cemerlang. Fernando Torres merupakan pemain yang penting bukan sahaja untuk Liverpool, tetapi mana-mana kelab yang disertainya.

''Anda tidak boleh mencapai kejayaan tanpa pemain yang mampu membawa anda berada pada kedudukan teratas.

''Saya harap, Fernando mampu melihat kembali ke belakang dan berkata, 'walaupun pasukan saya tidak bermula dengan baik, saya mahu menamatkan musim ini dengan sesuatu yang hebat'.

''Saya amat berpuas hati dengan persembahan secara keseluruhannya dan Fernando berhak menerima pujian. Dia menerima kritikan dengan baik, walaupun, segelintir daripada teguran sengaja dibesar-besarkan.

''Namun, kini orang boleh berkata bahawa dia sudah kembali mendapat sentuhannya.

''Chelsea telah mencatat begitu banyak kejayaan dengan memiliki ramai pemain depan yang berkualiti dan Liverpool pula memiliki Fernando.

''Saya harap kami mampu kembali ke tahap yang terbaik.''

Bagi Torres pula, dia lebih senang untuk tidak menjawab persoalan sama ada dia kini sudah mencapai tahap terbaiknya atau tidak.
''Sukar untuk mengetahuinya. Saya terpaksa mengharungi musim yang sukar, begitu juga ketika beraksi pada Piala Dunia, saya berhadapan dengan masalah kecederaan dan setiap hari saya perlu mengharungi sesi latihan yang sukar,'' kata Torres. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 09:49 AM | Show all posts
Liverpool masih rapuh: Hodgson


2010/11/10

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Roy Hodgson akan bertandang ke laman lawan bertemu Wigan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini dengan perasaan gembira namun dia masih perlu mempamer persembahan terbaiknya bagi menyamai sikap optimis yang baru muncul di Anfield.

Kemenangan The Reds ke atas Chelsea, Ahad lalu adalah kemenangan ketiga berturut-turut Liverpool dalam liga dan mengurangkan tekanan buat bekas pengurus Fulham itu, walaupun Hodgson masih belum enggan mempercayai Liverpool sudah mampu menjadi pencabar kejuaraan ketika ini. “Saya menikmati kedudukan di tangga kesembilan ketika ini namun dalam EPL, kamu boleh kembali ke tangga ke-16 dengan cukup mudah,” katanya. “Skuad The Reds ketika ini amat rapuh terutama dengan masalah kecederaan dan kesihatan. “Jika kami dapat melepasi dua perlawanan selepas ini dengan baik, siapa yang tahu? “Namun musim ini masih panjang dan kami baru saja melepasi 11 pertemuan, belumpun tiga suku perjalanan liga. Saya lebih gemar berpijak di bumi nyata.

“Jadi, kami perlu menghasilkan lebih banyak persembahan baik seperti ini bermula saat ini sehingga Mei depan,” kata Hodgson yang turut percaya kebangkitan pasukannya turut disebabkan pengambilalihan pemilik baru kelab itu.

“Namun ia juga tidak bermakna semua masalah sudah berakhir. Pemilik baru memberi harapan dan mengubah keadaan namun kami tidak berada di sini kerana kami menang satu perlawanan.

“Skuad kami perlu lebih kuat daripada ini dan ia akan berlaku apabila jendela perpindahan bermula,” katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 11:18 AM | Show all posts
harap2 dapat beli lorente dan mata utk january transfer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 11:22 AM | Show all posts
Reply 613# hardeyboyz

yang aku baca...
lorente tue akan dibeli kalau torres blah...
kalau torres tak blah... takde la dapat beli... rega mahal tue... 30M++

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:23 PM | Show all posts
Dapat Keisuke Honda Jan ni pon bagus gakk
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 03:33 PM | Show all posts
Reply  hardeyboyz

yang aku baca...
lorente tue akan dibeli kalau torres blah...
kalau torres t ...
satusembilan Post at 10-11-2010 11:22 AM



    kalo dpt 2 2 liverpool ada 2 torres..

torres dulu nak beli pun kene jual luis garcia.. lani nak beli torres baru kene jual torres lama?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 04:31 PM | Show all posts
Reply 616# hardeyboyz


    owner baru xkn kedekut gak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 09:07 AM | Show all posts
Wigan ikat Liverpool


2010/11/11

WIGAN, England: Siri empat kemenangan berturut-turut Liverpool terhenti dengan keputusan seri 1-1 di Wigan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas gol ketiga Fernando Torres dalam tempoh empat hari disaingi jaringan Hugo Rodallega.

Torres yang menjaringkan dua gol melepasi Chelsea Ahad lalu, menemui gawang pada minit ketujuh selepas menerima umpanan cantik Steven Gerrard dan merembat melepasi penjaga gol Ali Al Habsi.  Rodallega menyamakan kedudukan pada minit ke-52. Keputusan seri itu bemakna Liverpool terlepas peluang untuk naik ke kedudukan lima teratas liga yang beberapa minggu lalu kelihatan agak mustahil ketika ia berada di kedudukan tercorot. - AP

* seri jer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 09:09 AM | Show all posts


Fernando Torres was on hand to finish off from Steven Gerrard





Scoring Summary
Wigan Athletic Liverpool
Hugo Rodallega (52)Fernando Torres (7)


Match Stats
Wigan Athletic Liverpool
Shots (on Goal) 13(6) 10(2)
Fouls 10 11
Corner Kicks 5 4
Offsides 2 1
Time of Possession 54% 46%
Yellow Cards 0 2
Red Cards 0 0
Saves 1 5


Match Information
Stadium: DW Stadium
Attendance: 16,754
Match Time: 19:45 GMT
Referee: Peter Walton

Teams
Wigan Athletic Liverpool
26 Ali Al Habsi25 Pepe Reina
3 Antolín Alcaraz37 Martin Skrtel
5 Gary Caldwell23 Jamie Carragher
31 Maynor Figueroa3 Paul Konchesky
23 Ronnie Stam34 Martin Kelly
21 Mohamed Diame21 Lucas
14 Jordi Gómez8 Steven Gerrard
6 Hendry Thomas17 Maxi Rodríguez
15 Tom Cleverley4 Raul Meireles
10 Charles N'Zogbia9 Fernando Torres
20 Hugo Rodallega18 Dirk Kuyt
Substitutes
13 Steven CaldwellChristian Poulsen 28
1 Chris KirklandDavid Ngog 24
16 James McArthurMartin Hansen 41
11 Victor MosesJonjo Shelvey 33
7 Franco Di SantoJay Spearing 26
8 Ben WatsonNathan Eccleston 39
9 Mauro BoselliMilan Jovanovic 14
Substitutions
Victor Moses for Jordi Gómez (69)
Jonjo Shelvey for Raul Meireles (45)
Franco Di Santo for Hugo Rodallega (87)
Christian Poulsen for Dirk Kuyt (73)
Nathan Eccleston for Maxi Rodríguez (81)
Yellow Cards
Lucas (14)
Jamie Carragher (58)
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 10:50 AM | Show all posts
aiyakkkk. Liv main defensive gile lepas goal Torres tu.
Meireles x sihat Pak Roy ganti ngan Poulsen?? tactical decision apekahhh itu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079657 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list