CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

islamic fashion via 1mesiashit; umno promosi pakaian islamic ala jahiliah!!

  [Copy link]
Post time 22-10-2010 10:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 22-10-2010 23:05
aku baca dalam blog pisau.net kata yang majlis islamic fashion nampak ketiak,dada,segala tu bukan ma ...
samax Post at 22-10-2010 21:34



Jumaat, 2010 Oktober 22   

Bandingkan Islamic Fashion Festival yang dianjurkan Jakarta, Monte Carlo & Kuala Lumpur. Terbukti Rosmah difitnah!

[size=180%]Di bawah ini adalah gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang diadakan di Jakarta pada 29 dan 30 Jun 2010. Tuan rumah yang bertanggungjawab ialah Indonesia.

Untuk gambar-gambar lain yang dianjurkan di Indonesia, lihat sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini,  dan sini.

[size=180%]Seterusnya,gambar-gambar dari Islamic Fashion Festival yang dianjurkan di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Monaco.Jangan terlepas pandang, gambar yang dipolitikkan PAS berada di sini.

Gambar yang dianjurkan di Monaco ini diambil di sini.


[size=180%]Berikut pula gambar-gambar Islamic Fashion Festival di Kuala Lumpur. Tuan rumah yang menguruskannya adalah Malaysia.



Barisan selebriti tempatan yang turut menjayakannya




Artis tempatan yang menjayakan persembahan.



Gambar-gambar penganjuran di Kuala Lumpur ini diambil dari laman web rasmi IFF di sini.

Slaid berikut juga ada paparannya.


Islamic Fashion Festival


View more presentations from Vili 48.




[size=180%]Setelah lihat kesemuanya, yang diuruskan oleh tiga Negara penganjur yang berbeza, apa kesimpulan yang dapat dibuat?


[size=130%]Kesimpulannya ialah peragaan pakaian di ketiga-tiga Negara adalah berbeza di antara satu sama lain kerana ia mengikut tema tempatan (Negara penganjur).

Ini bermakna pengisian aktiviti, pelaksanaan dan perjalanan IFF diuruskan oleh tuan rumah. Bukannya oleh ROSMAH!



Rosmah hanya Penaung bagi kewujudan IFF. Beliau adalah orang yang beri idea penubuhan IFF dengan harapan industri busana akan meningkatkan pendapatan masyarakat Islam di seluruh dunia. Selain itu ia juga bertujuan untuk menolak perspektif negatif Barat terhadap Islam yang kononnya jumud dan mengongkong penganutnya.

Rosmah bukanlah orang yang menguruskan pengisian, pelaksanaan dan perjalanan aktiviti IFF. Beliau hanya orang yang menasihati. Jawatankuasa pelaksana (tuanrumah) yang akan menentukan segalanya!

Sama juga macam Tun Mahathir yang menjadi penaung PERKIM sebelum ini. Tun M hanya melontarkan idea dan memberikan ucap utama dalam majlis-majlis PERKIM.Bukan beliau yang tentukan apa yang boleh dan yang tidak boleh dibuat oleh PERKIM.

Jelas, PAS menjadikan isu ini sebagai modal politik untuk memburukkan Rosmah dan seterusnya memalitnya kepada Najib.   [size=100%]

Ia terbukti apabila diakui sendiri
oleh Fadhil Osman, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutan seperti berikut:
[size=130%]“Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik

Tak percaya? Baca sini! Malaysiakini yang laporkan tu. Bukannya Utusan!

Betapa busuknya PAS hingga sanggup menjatuhkan maruah orang untuk mendapat kuasa.

Kasihan Rosmah, berterusan PAS dan Pakatan Haram memfinahnya untuk memperoleh undi dan kepentingan politik. Entah sampai bila ini akan berterusan.

Semoga Rosmah tabah dalam menghadapi fitnah ini dan cabaran yang bakal mendatang.

Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi isteri kepada orang nombor satu Negara.

http://satulimatiga.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 11:02 PM | Show all posts
Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim
        Abdul Rahim Sabri
Okt 22, 10
12:14pm        
Kongsi 64
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) hari ini membatalkan rancangan mengadakan demontrasi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Sebaliknya, ia memutuskan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Wilayah malam semalam, kata ketua penerangannya, Fadhil Osman. Sebelum ini, bantahan tersebut dirancang diadakan di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.

"Hasil perbincangan, Pemuda PAS Wilayah mengambil pendekatan yang lebih bersifat untuk mendapat sokongan politik.

"Kita akan berbincang mengenai isu ini dengan Jakim. Setakat ini mereka (Jakim) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan (berhubung isu ini)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat malam tadi juga, kata Fadhil, bercadang menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut.

"Memorandum itu sudah siap. Kita akan menghantar surat memohon perkenan mengadap Seri Paduka untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Fadhil berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Jakim dan Istana Negara petang ini.

Mengulas pendirian pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pihaknya tiada halangan asalkan isu berkenaan ditangani dengan berkesan.

Katanya, tindakan itu diambil kerana mungkin mereka beranggapan masih ramai yang belum mengetahui isu tersebut.

“Nak tukar pendekatan hantar memo kepada Jakim dan Agong kerana merasakan isu ini masih ramai belum mengetahuinya dan mereka merasakan penyerahan memo itu lebih berkesan. Itu ok.

“Tidak mengapa dan saya setuju. Yang penting isu ini mesti ditangani secara berkesan,” kata Nasrudin dalam satu pesanan ringkas sms kepada Malaysiakini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS pusat mengumumkan akan mengadakan bantahan secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam itu.

Nasrudin dilaporkan mendakwa tindakan Rosmah, selaku penganjur festival fesyen itu, sesuatu yang keterlaluan.

Di festival itu seorang model - yang tidak menutup aurat - telah memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya membatalkan perhimpunan hari ini kerana menerima tekanan, Fadhil berkata:

"Kita tidak menerima tekanan dari mana-mana pihak. Ia adalah hasil persetujuan dalam mesyuarat malam tadi".

Katanya, pembatalan perhimpunan itu hanya di peringkat Wilayah Persekutuan sahaja.

http://www.malaysiakini.com/news/146069
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:31 PM | Show all posts
stop this shit la. islamic fashion tapi rambut mengerbang mcm jembalang. model rambut berjambul ketat sana terbukak sini. jgn mengelirukan sejumlah besar umat islam yg memang dah bodoh dalam agama kat malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:36 PM | Show all posts
TERKINI
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mengenai IFF
Disiarkan pada Oct 22, 2010 dalam katego ...
Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
an2toncit Post at 22-10-2010 22:05


prsoalannya sekarang, mahu ke Bik Mama mintak maaf kepada umat Islam Seluruh Dunia????
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:43 PM | Show all posts
Reply 1# amazed


    ape kejadah nyer nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:43 PM | Show all posts
Wahai orang-orang UMNO yang tutup aurat dengan betul dan memperjuangkan Islam dari dalam UMNO sekelian.

Tergamakkah anda melihat Islam dihina oleh pemimpin tertinggi anda hingga sebegini sekali?
Tergamakkah anda hanya berdiam diri?
Tergamakkah anda mengangguk tanda setuju walau naluri anda tahu makna menutup aurat yang sebenarnya?
Tergamakkah anda bersekongkol menggadai maruah Islam?
Tergamakkah anda menjadi salah seorang dari orang Islam yang memberikan tanggapan buruk pada Islam?


Isu ini bukan isu politik.  Isu ini tidak dipolitikkan.  Tapi isu ini melibatkan maruah/kehormatan Agama Allah swt.

FIKIR-FIKIRKANLAH.  Wahai penyokong UMNO yang menutup aurat  mengikut syariat yang betul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2010 11:46 PM | Show all posts
salah satu fesyen tuh dah macam pakai kain kapan dahhh kat kepalahmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2010 11:56 PM | Show all posts
agak2 sablom iff ni berlangsung...penaungnya serta konco2 penaung ada dpt portfolio designer serta gamba2 baju2 yang akan diperagakan tak untuk review? board meeting la gitu...dan dalam meeting tu tak ada ka juri2 yg syariah compliance?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2010 11:57 PM | Show all posts
Ya myseba, mungkin pakaian yang digambarkan itu tidak berapa menarik.   ...
Maideen. Post at 22-10-2010 15:08


yg ni dah mcm pinball bowling jek
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:06 AM | Show all posts
Sesiapa yang pandai tolong upload youtube ni .  Maaf tak pandai.  Berita CNN pasal festival di Monte Carlo tu.  Terang lagi bersuluh siapa yang hadir.

Sorry kalau dah ada.

http://www.youtube.com/watch?v=hG5YrTeSXYw
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by shiraloveyou at 23-10-2010 00:20

ni bkn masalah politik...xde kena mengena dgn politik...tetapi bwat setiap drpd kita haruslah berwaspada dgn sesetengah individu yg ingin menghina ISLAM DAN RASULULLAH ...gmbar diambil drpd facebook...disini sy ingin tunjukkan&fokuskan pd logo kaligrafi Muhammad itu...sila abaikan gmbar2 lain(BN,rosmah) yg ada dkt dlm gmbar ni..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:14 AM | Show all posts
Batal perhimpunan, Pemuda PAS WP jumpa Jakim
        Abdul Rahim Sabri
Okt 22, 10
12:14pm         
Kongsi 64
...
Anak_Nogori Post at 22-10-2010 23:02



    bagus jugak derang batal kan.....takde pekdahnya nak berdemo sana sini..... cakap elok2 bukan orang tak boleh dengar....
tapi kan.......kalau nak ikut gini......baju kurung pesak gantung pun takleh lah ye.. sebab menampak kan bentuk badan.... jubah jugak menampakkan montot terutamanya pompuan2 montot besar ala2 big mama.....jadinya pakai sajelah guni bawang.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:21 AM | Show all posts
Reply 610# KakFie

thanks for the clip ... tu dia , Shah Rezza duk terang pasal islamic fashion ,  beauty of modesty etc etc ... uhuks..tp sayangnyer pakaian yg diperagakan tak pun menepati ciri2 Islam .. yg org marah sesangat tu sebab fashion show ni menggunakan platform islamic fashion sedangkan pakaian nyer bertentangan dengan ciri2 pemakaian Islam yg sepatutnyer..kalau buh nama fashion show biasa jer tanpa perkataan islamic , takdela mendapat bantahan mana kut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by animaniac at 23-10-2010 00:25
ni bkn masalah politik...xde kena mengena dgn politik...tetapi bwat setiap drpd kita haruslah berwas ...
shiraloveyou Post at 23-10-2010 00:12




dah dibesarkan ..  ,..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:33 AM | Show all posts
Reply 601# Anak_Nogori

apa yang pakcik nak sampaikan sebenarnya ni.....

andaikan....kita buangkan najib..ganti nik aziz...dan bini nik aziz jadi penaung pulak...pakcik nak kata apa?

kenapa mempertahankan sesuatu yang kita nampak ada kesilapan pada seseorang...kalau pakcik menuduh fitnah,...berapa banyak fitnah juga yang dibuat oleh umno dan penyokong2nya pada individu lain?....


politaik sungguh.....hipokrit....sama saja semua...tetapi bila melibatkan agama...tidak boleh kah kita menegur walau terang2 nampak silap...bukan kita membunuh,.,..sekadar menegur.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:34 AM | Show all posts
dah dibesarkan ..  ,..
animaniac Post at 23-10-2010 00:23



    knp??saya x phm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2010 12:42 AM | Show all posts
Reply 616# shiraloveyou

saja nak bandingan  gambar yg dibesarkan , mmg nampak la tulisan muhammad tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:46 AM | Show all posts
dah dibesarkan ..  ,..

animaniac Post at 23-10-2010 00:23


sungguh jahat mereka ini....:@


mula saya cuba nak baca jugak apa yang di tulis kat dada dan pepet model ni....tak clear....
rupa-rupanya mirror-image kalimah 'muhammad'....
..kunun-kunun creative lah tu...ingat orang tak boleh cam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:49 AM | Show all posts
testing upload . Semoga menjadi..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 12:55 AM | Show all posts
Reply  KakFie

thanks for the clip ... tu dia , Shah Rezza duk terang pasal islamic fashion ,  be ...
mysticleen Post at 23-10-2010 00:21


Itula, kalau kita tak faham, bawak-bawaklah belajar.  Bukannya memberi idea yang totally salah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.828775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list