|
dinoooooooo!~
ni balasan surat pasal drama NE tu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian Aduan Drama Citer Sedap Giler
Pejabat Ketua Giler Kuasa Tapi Baik Hati
Tingkat 500 (Lif Rosak, naik tangga ) Tel : 603 – 3222 2222
Wisma Zuyyin Zulaikha Fax : 603 – 2333 3333
Kuala Lumpur. Email : [email protected]
Ruj Tuan: 84shazlinboloxpipigemok
Ruj Kami: 84ZZsangatbaik
Tarikh: 07 June 2011
Puan Nowa
Pengerusi Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Kakitangan Kajaan
Putrajaya
Puan,
Relevan Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita terbahak bahak dimaklumkan, surat (sila klik) daripada pihak Puan telah diterima dan pihak kami telah berbincang dan menyelesaikan masalah mengenai isu yang dibangkitkan oleh pihak Puan. Antara perbincangan dan penyelesaian dari pihak kami ialah :
i) Membuatkan jiwa suami isteri terganggu
Untuk penyelesaiannya, lebih baik pihak Puan pergi berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang atau perubatan secara islam kerana biasanya orang2 jiwa terganggu ni ada “benda/makhluk halus” melekat kat dia. Di nasihatkan Puan jangan pandang belakang. Ohh, saya nak promote sikit. Sila la pergi Pusat Rawatan Darussyifa’ Kat Gombak tu. Di sana pihak Puan boleh berjumpa dengan Ustaz Amirul a.k.a Asyraf Muslim. Cemart cangat dia tau. Auwww.. Kami pasti tiada lagi gangguan jiwa suami isteri.
ii) Memberi harapan pelesu kepada gadis – gadis yang belum menikah
Puan, kadang2 berangan itu bagus. Itu tandanya kita ada matlamat. Lagipun berangan itu free, pisang berangan je kena bayar kalau nak. Puan ada bukti ke mengatakan “non ada lelaki MELAYU se romantik Seth Tan”? Elehh, sebenarnya puan jeles sebab suami Puan tidak se romantik Seth lalu menuduh semua leleki MELAYU tidak romantik. Puan kata yang romantik adalah lelaki Bangladesh, lelaki Lombok & Shah Rukh Khan saje. Alaa, itu tidak menjadi masalah yer Puan. Kalau perempuan berkahwin dengan lelaki Lombok / Bangladesh, dorang boleh pergi JPN isi borang Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15(1). Tidakkah status Lombok & Bangladesh itu bertukar menjadi Malaysia? Haa settle masalah bukan?
iii) Pasangan bercinta kerap bergaduh
Aduhh... tak relevan betul point Puan yang ini. Kalau Sang Aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga, itu small matter jela. Bukankah lelaki mempunyai 9 akal? Pasti lelaki bijak mengkelentong awek dia, memberi alasan mahupun memujuk rayu bila Sang Aweks merajuk. Bagi penyelesaian dari pihak kami pulak, kami cadangkan Sang Lelaki memberi bunga telur kepada Sang Awek agar duit poket Sang Lelaki jimat. Sekarang kang musim orang kawin. Bunga telur bersama telur free boleh didapati dengan mudah sekarang ini. Curi sahaja minyak attar kepunyaan ketua kampung lalu di sapu pada bunga telur itu. Tidakkah bunga telur itu lebih wangi baunya dari bunga fresh? Ataupun kami cadangkan Sang Lelaki membeli bunga plastik murah yang sebijik macam bunga fresh yang dijual di Mydin. Ohh lagi satu… kalau Sang Lelaki berkata “kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand2?” Sila Tanya Sang Lelaki balik ikut skema jawapan ini “ Abg ingat abg tu hensem sangat setanding selipar jamban ke yang nak eksyen sangat tanya Syg camtu? Biar dia sedar, selama ini selipar jamban lagi hensem dari dia.
i) Tak logik punya citer
Sesedap mulut tak de insurans pihak Puan je cakap tak logik punya citer. Bukan ada adegan pari2 muncul berterbangan macam citer Indonesia Bawang Putih, Bawang Merah tu. Bukan ada adegan di mana alien muncul bersama UFO nya. Ada ke lelaki se sabar Seth tu setelah berapa lama kawen baru boleh “ bersama” ? Lorr, Seth tu terpaksa sabar sebab Nora Elena tu keluar darah Istihadah iaitu darah keluar tanpa putus-putus after period tuu. Di harap pihak Puan think positif la. Bukan saje2 Seth tu nak sabar.
v) Kari hangus, nasik hangit
Ini bukan masalahnya sampai pihak Puan membantah penyiaran drama ini. Pihak kami cadangkan Sang isteri angkut jer dapur gas dan tong gas tu letak depan TV kat hall tu. Memasak sambil bersila depan TV kan syiokkk. Tak pun, kami cadangkan, TV itu di angkut ke dapur.
vi) Menganggu tumbesaran anak kecil
Memandangkan si anak kecil itu tidak tahu apa2, jadi secara logiknya si anak kecil itu akan buat derk & bodoh jer. Bila dia buat derk & bodoh jer, dia tidak akan fikir apa2. Bila dia tidak fikir apa2, si anak kecil itu tidak akan tension. Bila si anak kecil tidak tension, secara otomatiknya tidak menganggu tidur, makan, mood mahupun tumbesaran dia.
3. Kalau pihak Puan masih lagi rasa terganggu, pihak kami cadangkan pihak Puan jangan tengok citer Nora Elena yang bersiaran pada pukul 7 malam itu. Adalah lebih baik, pihak Puan dan Sang Suami bersiap2 di sejadah untuk sembahyang Maghrib berjemaah bersama si anak kecil. Pasti jiwa suami isteri aman, tenang malah tidak lagha dan lalai ketika waktu itu.
4. Sekian penyelesaian dari pihak kami. Terima kasih kerana sudi menghantar surat kepada kami untuk dimajukan. Memang kami majukan surat tersebut ke dalam “DUSTBIN”. Dan semoga dengan balasan surat dari pihak kami, tiada lagi kekeliruan, kecelaruan, gangguan, kari hangus, nasi hangit, dahi lebam akibat berangan. Kerana semuanya telah kami settle kan bersama hujah2 nya untuk di aplikasikan dalam kehidupan pihak Puan.
5. Ohhh.. satu lagi.. Ayat ni saya tambah sendiri. Bos saya tidak tahu. Ehh, Puan Nowa.. setakat Puan sorang tak nak tengok citer ni, tak jejas langsung pun penonton2 citer Nora Elena tau. Sebab memang sudah ramai yang terpukau dan melekat seperti ada elephant glue di depan Tibi tau. Lagi2 saat Seth Tan dan Nora Elena beraksi. Bukan setakat rakyat Malaysia jer tengok, warga Zimbabwe yang tak faham tu pun terpukau tengok drama ni. Ellehhh.. Puan Nowa dengki lettew suami puan tak romantik macam Seth Tan. Hikhikhik
Sekian, Terima Kasih
“BERFIKIRAN POSITIF ADALAH TUNGGAK KEPADA KEHIDUPAN YANG BAIK DAN SIHAT”
(WANO BINTI OWAN)
Setiausaha
Bahagian Aduan Drama Citer Sedap Giler
sila baca dan gelak guling2 hoccay!
   |
|