CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PlutoNium

[Merge] All About Dajjal

[Copy link]
Post time 15-11-2007 01:50 PM | Show all posts
Ramai yang memberikan penjelasan yang agak kelabu terhadap tafsiran ayat-ayat di atas tadi. Mereka menilaikan bahawa Iblis itu terdiri dari kalangan Malaikat berdasarkan tafsiran secara terus mereka dalam memahami konteks ayat ini. Allah s.w.t. berfirman di dalam ayat-ayat di atas yang berupa perintahNya yang nampak bagaikan ditujukan kepada para malaikat yang mana perintah itu akhirnya ditentang oleh Iblis dengan keangkuhan dan kesombongan dirinya yang akhirnya membawa kepada kekufurannya terhadap Allah. Setelah kemurkaan Allah ditimpakan keatasnya, Iblis langsung digelar sebagai syaitan oleh Allah dalam ayat-ayat yang menceritakan perihal-perihal perkara yang berlaku sesudah kekufurannya. Namanya tidak lagi dipanggil Allah sebagai Iblis, tetapi syaitan sesudah dari itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 01:52 PM | Show all posts
Riwayat yang mengatakan syaitan itu merupakan dari golongan malaikat yang dilaknat juga terdapat dalam riwayat-riwayat Israeliyyat dan terpahat kukuh dalam beberapa doktrin agama Yahudi dan Kristian, di mana salah seorang ketua malaikat yang dimuliakan disyurga dengan nama Azael, dengan angkuhnya memulakan pemberontakan terhadap Allah. Pemberontakan yang digagalkan itu akhirnya membawa kepada Azael dan pengikutnya yang dikatakan hampir 1/3 daripada jumlah penghuni syurga dihalau dan dipaksa tinggal di bumi. Azael juga dikenali sebagai Lucifer, dalam bahasa latin yang membawa maksud pembawa obor atau cahaya. Ini berdasarkan bintang kejora yang muncul pada waktu pagi dan petang sebelum maghrib juga digelar sebagai Lucifer oleh barat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:53 PM | Show all posts
Apa pula kata Islam mengenai siapa itu Syaitan?
Beberapa ulama dan sajana Islam pula berpendapat bahawa Iblis ini merupakan golongan malaikat dari sejenis keturunan Malaikat yang dikenali sebagai Jinn.


Setelah membuat beberapa penilitian ke atas ayat-ayat Al-Qur'an yang berkenaan dengan peristiwa kekufuran Iblis ini dan merujuk hadis-hadis sahih dan hukama'. Maka saya mendapati bahawa menyamakan asal usul Iblis dengan keturunan Malaikat adalah tidak berasas sama sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:54 PM | Show all posts
Kenapa pula ianya tidak berasas sama sekali sedangkan Allah sendiri menyebut dalam Al-Qur'an yang perintah itu Dia tujukan kepada golongan malaikat dan Iblis juga termasuk dalam perintah tersebut?
O.k
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:55 PM | Show all posts
Al Israa' ayat 12
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.


Oleh kerana segala-galanya telah jelas dalam Al-Qur抋n, maka saya mengambil pendekatan mencari bukti dan penjelasan melalui Al-Qur抋n dan hadis-hadis sahih yang mana sumber ini sangat saya yakini kebenarannya dan tidak akan memesongkan arah trajektori pencarian asal usul syaitan dan siapa yang dinamakan sebagai syaitan ini.


Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 50 dan surah Ar Rahman ayat 15
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:56 PM | Show all posts
Al Kahfi ayat 50
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jinn, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2007 01:57 PM | Show all posts
Allah s.w.t. telah menjelaskan kepada kita melalui ayat di atas bahawa Iblis itu berasal dari golongan Jinn. Penerangan Allah dalam ayat ini menunjukkan bahawa Jinn itu telah sudah sedia lama dicipta sebelum Adam a.s. Di sebut Allah juga bahawa Iblis itu berasal dari kalangan Jinn. Ini membawa maksud bahawa Iblis itu bukanlah Jinn yang pertama sebagaimana Adam a.s. yang pertama bagi manusia. Tetapi Iblis itu adalah dari kalangan Jinn yang dimuliakan Allah disebabkan ketaatan dia dalam melakukan amal ibadah kepada Allah. Jadi jelas dalam ayat ini, Allah s.w.t. memberitahu kita umat Islam bahawa Iblis itu berasal dari bangsa Jinn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:58 PM | Show all posts
Bagaimana pula dengan pendapat yang mengatakan bahawa Jinn itu merupakan salah satu dari berbagai bangsa-bangsa malaikat?
Memang terdapat sebahagian sarjana Islam, ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 01:59 PM | Show all posts
Saad 76
Iblis menjawab:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 02:00 PM | Show all posts
Dari A抜sya r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 揗alaikat dijadikan dari nur (cahaya). Jinn dijadikan dari marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (iaitu dari tanah),
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 02:04 PM | Show all posts
A抜sya r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 揗alaikat dijadikan dari nur (cahaya). Jinn dijadikan dari marij (api). Dan Adam telah diterangkan kepadamu (iaitu dari tanah),
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 02:05 PM | Show all posts
At Tahrim ayat 6
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 02:07 PM | Show all posts
Allah s.w.t. menyatakan dengan jelas dalam ayat ini bahawa malaikat-malaikat yang diciptakan oleh Allah s.w.t. (dalam ayat ini diceritakan mengenai malaikat penjaga neraka) tidak akan menderhaka hatta walau sekalipun terhadap Allah dan akan patuh di atas segala perintah Allah terhadap mereka. Mereka merupakan makhluk-makhluk Allah yang paling taat, tidak pernah merungut dalam beribadat kepada Allah dan sentiasa menjunjung perintah Allah tanpa banyak soal. Ini sangat berlainan dengan sikap Iblis sebagaimana yang dapat kita baca dalam beberapa ayat dari beberapa surah yang dinyatakan diawal artikel ini tadi. Oleh kerana kesombongan dan sifat meninggi dirinya, Iblis telah menderhaka kepada perintah Allah dan akhirnya menjadi kufur. Ini sangat jelas menunjukkan bahawa Iblis itu bukanlah dari kalangan malaikat. Jika Iblis bukan dari kalangan malaikat, maka sekelian bangsa Jinn juga bukanlah tergolong dalam golongan malaikat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 09:30 PM | Show all posts
nice write up..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 09:31 PM | Show all posts
hmm mhang jgk ke thread nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:10 AM | Show all posts
plan dah ubah


Dajjal tak akan turun..infiniti choice (kata2 aiz) dah berubah..tak perlu cerita2 hal dajjal..dunia ini akan musnah cara Allah..bukan cara korang   ..Apa? Allah tu tak berkuasa ka? sampai korang nak cerita pula pasal masa depan (mengambilkata2 anda sbm ini   
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kepala otak ko...!!!!
laknatullah ni...suke2 ko je kata plan dah ubah??!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 11:16 AM | Show all posts

Reply #51 highlander07's post

Apa nak ditakutkan..


Kita kena yakin dgn kuasa Allah (spt mana forumer2 tempurung nyatakan..)..
Cara nak lihat wajah dajjal..

-keluar dari tempurung anda
-lubangkan tempurung
-letakkan sebelah tempurung pada mata kanan anda
-pandang pada sebuah cermin
-perhatikan apa yg anda nampak melalui lubang tempurung itu..
Itulah wajah dajjal anda..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita kena yakin dgn kuasa Allah (spt mana forumer2 tempurung nyatakan..)..
<ey lahanatttt....kau seolah2 menghina pengakuan kitorang tentang kekuasaan Allah....>
bangsattt...!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 09:37 PM | Show all posts

perancangan jahat dan era dajjal

salam semua...

disini saya sertakan links2 berkaitan fenomena aneh dan pelik di mana org2 di sebelah amerika mula mencari jalan penyelesaian disebalik kejadian yg berlaku di tempat2 mereka...dan mereka juga ada maklumat dan akui ada satu agenda atau juga disebut peristiwa2 besar di akhir zaman ini....

http://www.abovetopsecret.com/forum/thread263380/pg1

http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=38456

http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=41782

http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=42299

http://www.abovetopsecret.com/forum/thread263236/pg1

saya nantikan makluman balas dari semua...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 09:52 PM | Show all posts
mcm lampu je...x jelas....n x meyakinkan!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 09:55 PM | Show all posts
jin2 dan anak buahnya kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.347447 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list