|
Edited by bianglala at 1-4-2015 10:09 PM
KUIZ 10.
Syarat-syarat.
- PM jawapan kepada ip_lepat.
- Digalakkan menjawab semua soalan.
- Markah kuiz adalah muktamad.
Tempoh menjawab.
- Rabu - 1 April 2015 (10.15pm) hingga Sabtu - 4 April 2015 (10.15pm)
Berikan nama binatang berdasarkan info yang diberikan.
(2 kredit x 25 = 50 kredit)
Primat.
(1) _______ = Haiwan yang bermata besar, keluar memburu serangga atau cicak di waktu malam. Ianya bergerak dengan perlahan.
(2) _______ = Tidak mempunyai ekor. Hidup secara berkeluarga bersama bini dan anak-anaknya. Suaranya kuat boleh kedengaran sehingga berbatu jauhnya di dalam hutan.
(3) ________ = Menghabiskan sepanjang hayatnya di atas pokok. Badannya kecik, bermata bulat. Berbulu coklat. Haiwan ini hidup dengan memakan daun-daun kayu dan buah-buahan.
(4) ________ = Mempunyai ekor sepanjang badannya. Suka memakan ketam yang ditangkap di kawasan bakau, atau kacang.
(5) ________ = Hidup di hutan bakau dan hanya memakan daun. Pandai berenang.
(6) ________ = Primat terbesar di Malaysia. Boleh membesar sehingga 1.5 meter tinggi dengan berat badan 200 kilogram. Hidup di atas pokok dan membuat sarang untuk berteduh di waktu malam.
Roden
(7) _________ = Haiwan ini memakan akar, dan batang-batang pokok yang bersari. Giginya kuat, boleh memecahkan tulang-tulang untuk mendapatkan sumsum. Sekiranya diserang, akan menegakkan duri di badan.
(8) _________ = Ekor kembang dan panjang membantunya mengimbangi badan semasa berlari di atas dahan. Aktif di waktu siang, hidup di hutan, dusun dan juga di bandar-bandar.
(9) _________ = Aktif di waktu malam. Merupakan tetamu yang tidak diundang di seluruh dunia.
Ungulat
(10) ________ = Hidup di pinggiran hutan dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk di ladang-ladang. Spesis jantan hidup secara bersendirian, manakala spesis betina dan anak-anaknya hidup secara berkumpulan yang terdiri daripada 10 ekor.
(11) ________ = Sejenis haiwan kecil, tingginya hanyalah 30 - 35 sentimeter pada paras bahunya. Tidak mempunyai tanduk, tetapi mempunyai gigi taring yang besar.
(12) _________ = Tanduk pendek. Berukuran 40 - 60 sentimeter tinggi pada paras bahunya. Mengeluarkan bunyi seperti bunyi batuk.
(13) _________ = Berukuran setinggi 100 - 140 sentimeter pada paras bahunya. Haiwan ini mempunyai tanduk yang bercabang-cabang.
(14) _________ = Menyerupai kerbau, badan yang lebih besar dan keempat-empat kakinya seolah berstokin putih. Sering keluar daripada hutan untuk memakan rumput dan daun-daun buluh.
Mamalia Ganjil
(15) ________ = Mempunyai sisik yang dibuat daripada bulu. Mempunyai lidah panjang serta melekit untuk menjilat semut. Sekiranya dalam ketakutan, ia akan menggulungkan badan.
Karnivor.
(16) ________ = Hidup dalam hutan. Makan buah-buahan dan serangga. Sukakan sarang lebah dan penyengat kerana gemar memakan ulat dan juga madu serangga ini.
(17) __________ = Memburu haiwan kecil seperti kijang atau pelanduk secara berkumpulan. Lebih kecil daripada anjing dan tidak menyalak.
(18) __________ = Hidup dalam air, mempunyai misai seperti kucing. Pandai menangkap ikan dan katak. Haiwan ini sering dijumpai di perairan pantai, terutamanya di Pulau Pinang.
(19) __________ = Amat pintar memanjat pokok. Haiwan yang memakan segala benda, mempunyai bau yang kuat. Mempunyai ekor panjang. Tidak tidur di waktu malam.
(20) __________ = Hidup di atas pokok dan boleh bergayut di dahan-dahan kayu dengan bantuan ekornya. Haiwan ini memakan buah-buahan juga haiwan kecil seperti ular.
(21) __________ = Merupakan karnivor terbesar di Malaysia. Berburu sendirian dan menterokai sebahagian besar kawasan hutan untuk mendapatkan makanan yang cukup. Salah satu spesis haiwan yang semakin terancam.
Herbivor
(22) __________ = Haiwan terbesar di Malaysia. Hidup secara berkumpulan yang terdiri daripada 5 - 15 ekor yang merayau-rayau di kawasan yang meluas. Suka memakan daun-daun muda dan rumput dan amat gemarkan pokok palma dan pokok pisang.
(23) __________ = Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sumatra sahaja dan tidak di lain-lain negara di dunia. Belalainya pendek digunakan untuk mengutip daun-daun untuk dimakan. Haiwan yang pemalu.
Mamalia Air.
(24) __________ = Haiwan periang yang sering mengikut kapal di laut. Haiwan ini dapat berenang dengan mudah pada had laju 5 batu sejam. Kadang-kadang 15 - 25 batu sejam untuk jarak dekat.
(25) _________ = Berat badan 8000 kilogram. Memakan hidupan kecil di laut yang menyerupai udang, yang disedut melalui satu organ penapis yang istimewa. Boleh menyelam selama 1 jam selepas mengambil nafas di permukaan air.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih tag n madu...
|
|
|
|
|
|
|
|
tq lala sbb tag sy..Insya'Allah ari sabtu nanti sy cube jawab soklan erk..huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ bianglala..nanti ipo jawab ya..
mak aih...susahnya soklan..
|
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama kasih N.
|
|
|
|
|
|
|
|
welcome purple. amboi sabtu baru nak jawab. hari terakhir tu. terror ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
welcome Ipo. susah ke? kita percaya Ipo terror..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...selalunya ipo paling rendah markah
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaa..takde maknanya terror2 nie..sbb tak pernah pun dpt markah penuh..huhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
anniez08 replied at 1-4-2015 02:20 PM
@flarengirl @tari @sfhzuraz @jonedoe meh jawab kuiz meh..
arigatou guzaimasu atas panggilan |
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu lala tag mzz
@jonedoe @Blueberri @znuyul @Yoongie @buapakperut @imthegirl @Budak_gemuk91
jom jawab kuiz tersebut di atas
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu, nak tanya sikit...
soklan 20 tu memang haiwan karnivor ke? tapi dia makan buah-buahan dan haiwan kecil...
ke omnivor?
mekasih...
|
|
|
|
|
|
|
|
sama-sama mzz, selamat menjawab.
|
|
|
|
|
|
|
|
memang di bawah kategori Karnivor, spankee.
|
|
|
|
|
|
|
|
baikkkk...sy teruskan mencari lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
@ip_lepat
da pm jawapan utk kuiz 10...sila semak..
tq... |
|
|
|
|
|
|
|
tq N... |
|
|
|
|
|
|
| |
|